Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim
KUALA LUMPUR – Datuk Zaid Ibrahim berkata pelantikan atau pemecatan jawatan utama dalam kerajaan perlu perbincangan antara Perdana Menteri dan parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Walaupun Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai prerogatif mengikut dalam melantik seseorang menteri Kabinet, beliau masih memerlukan perlu mengadakan perbincangan kerana Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) merupakan sebuah parti politik yang
 kecil dalam kerajaan.
Zaid berkata, Artikel 43 (2) menyebut bahawa adalah prerogaif seorang Perdana
Menteri untuk melantik menteri-menteri Kabinet.
“Tetapi Perdana Menteri (Dr. Mahathir) mewakili sebuah parti (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) minoriti dalam kabinet.

tun-M-perlembagaan
Walaupun Artikel 43(2)(b) beri prerogatif kepada PM menasihati YDPA melantik Menteri kabinet, beliau masih perlu bincang dalam mesyuarat PH kerana tidak mewakili parti memerintah yang besar, kata Zaid Ibrahim.

“Yang mana dalam mana mana pemerintahan di dunia ini, yang menjadi perdana Menteri adalah parti besar.
“Oleh sebab itu, maka perlulah diadakan satu perbincangan mengenai pelantikan atau pemecatan seseorang anggota kabinet,” katanya dalam akaun twitter.
Pada Khamis lalu, Dr Maszlee Malik yang merupakan Ahli Parlimen Simpang Renggam mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan atas nasihat
Dr. Mahathir, berkuatkuasa 3 Januari lalu.
Pengumuman tersebut mengundang pelbagai kritikan dan pandangan pihak akademik
 dan politik sehingga wujud cadangan bahawa Dr. Mahathir harus membincangkan soal pelantikan pengganti Maszlee dalam mesyuarat Presiden PH.
Zaid mendakwa Dr. Mahathir tidak mewakili suara majoriti parti dalam PH yang membolehkan beliau melantik anggota Kabinet.
Bagaimanapun Ketua Penerangan PPBM, Dr Radzi Jidin menjelaskan bahawa menjadi prerogatif atau hak budi bicara Peredana Menteri untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong tentang pelantikan seseorang menteri mengikut Perkara 43(2)(b) dan tidak
wujud keperluan bagi Dr. Mahathir untuk membincangkannya dalam mesyuarat
 khusus melainkan beliau sendiri berpandangan sedemikian.