ISU FITNAH ARMADA TERENGGANU



*Isu Fitnah ‘Armada PPBM Berjoli Sakan di London Lepas Dapat Projek ‘ dan ‘Siapa Datuk Husin ,Sapu Projek KBS ,beri Vellfire kepada Setiausaha politik ,Taja Armada ke Dubai -London’*

Assalamualaikum WBT , Alhamdulillah saya baru sahaja selesai membuat report polis dan diambil keterangan oleh pegawai penyiasat selama lebih 4 jam di Balai Polis Kemaman berhubung isu fitnah keatas saya dan rakan-rakan yang bertujuan memburukkan ,mencalarkan imej dan menjatuhkan kredibiliti saya dan rakan rakan sebagai pemimpin politik .

Saya telah memberikan kerjasama dengan memberikan maklumat yang tepat sepanjang proses penyiasatan ke atas diri saya dan menafikan sekeras kerasnya segala tuduhan keatas diri saya seperti yang disebut oleh page ‘ Friends of BN ‘ dan laman web ‘ Sabahkini2.com ‘ .

Maka saya memberi masa selama 24 jam kepada pihak berkenaan bagi menarik balik dan memohon maaf kepada saya secara terbuka ataupun melalui mana mana medium . Jika gagal berbuat demikian maka tindakan saman akan dilakukan melalui peguam yang bakal dilantik . Siasatan forensik juga akan dilakukan kepada akaun berkenaan untuk mencari pemilik akaun tersebut dan siapa yang bertanggungjawab yang menjadi dalang kepada fitnah ini .

Saya tidak mengenali sama sekali individu ‘ Datuk Husin ‘ seperti yang dikaitkan dan perjalanan saya ke London bagi menghadiri Kongres Belia Melayu Eropah yang sepatutnya dirasmikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad adalah menggunakan duit sendiri dan bukan tajaan sesiapa termasuk Aizad Roslan , Datuk Husin mahupun mana mana badan yang terlibat . 

Saya juga bukanlah seorang ‘Tokan Besar Projek Kementerian ‘ seperti yang didakwa kerana sehingga ke hari ini saya tidak pernah sama sekali mendapat sebarang projek dari mana-mana kementerian di Malaysia dan jika terbukti ada salah laku yang saya lakukan maka saya minta untuk melaporkan diri saya terus kepada pihak SPRM dan bukanlah bertindak dengan memfitnah tanpa sebarang fakta yang jelas .

Saya mohon supaya siasatan dijalankan dengan telus dan adil supaya kebenaran akan terungkai dan sekaligus membersihkan nama saya , Armada dan juga rakan rakan yang terpalit sama . 

Semoga pelaku kepada fitnah ini akan dibawa kemuka keadilan . 

Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar , 

Kepada Allah saya berserah .

Syaiful Irfan Anang
Ketua Armada Bersatu Terengganu

No comments: