PEMBELA TUN M SEMAKIN TIADA?

Image result for SUPPORT TUN M

Jika diperhatikan, hari demi hari, mereka yang mempertahan dan membela Perdana Menteri jelas nampak kian berkurangan di media sosial sejak kebelakangan ini.

Berbanding mereka yang menyokong dan membela Tun M di media sosial sebelum PRU14 lalu, jumlahnya yang kini masih setia  barangkali hanya tinggal 10 peratus saja lagi.

Cuma ada dua tiga kerat yang kekal rajin memberi komen seolah-olah membela Tun M di wall orang lain, tapi malangnya wall mereka sendiri selalu kosong, hanya banyak gambar selfie dan cerita bab makan semata-mata.

Kenapa jadi begitu?

Bolehkah gambar selfie dan makan-makan membeli kelebihan kepada Tun M di mata warga maya yang kian kritikal dan menolaknya?

Tiada masalah menunjukkan aktif di wall orang lain, tapi tentulah amalan itu tidak bermakna jika wall sendiri tiada apa-apa cerita.

Penzahiran idea di wall sendiri menunjukkan keaktifan serta kejujuran dan fikiran yang sentiasa berkembang, manakala hanya sibuk-sibuk di wall orang lain tapi wall sendiri kosong, itu identiti pengacau dan penulis berbayar namanya.

Alhamdulillah, rasanya Tun M pun tidak akan mampu bertahan lebih lama berdasarkan keadaan ini.


No comments: