BERITA YANG TIDAK MENGGEMBIRAKAN UmPas



OLEH: W.FAUDZIN NS

Sudah tentu berita ini tidak menggembirakan Umno dan lebai kerana mereka tiada modal untuk buat himpunan sambil kutuk Dap, kan?

DAP Putrajaya menyokong penuh langkah Kementerian Pendidikan (KPM) untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi dalam sukatan mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat mulai tahun depan.

Setiausaha DAP Putrajaya, Mohamad Nazir Zakaria berkata, usaha kerajaan untuk memperkasakan seni dan tulisan yang sinonim dengan masyarakat Melayu itu sewajarnya diterima secara positif.

"Pada saya tulisan ini (Jawi) perlu diketengahkan semula memandangkan inilah tulisan bagi orang Melayu.

"Saya sendiri kalau boleh hendak belajar tulisan bahasa lain kerana seni tulisan juga merupakan ilmu yang membolehkan kita memahami bahasa lain. Mana mungkin kita menulis tanpa memahami apa yang kita tulis itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Nazri yang juga ahli Persatuan Pecinta Jawi Malaysia (Penjawim), kaum lain di negara perlu menghormati tulisan yang menjadi warisan bagi orang-orang Melayu yang merupakan masyarakat majoriti di negara ini.

No comments: