PAS Gagal Tunai Janji Manifesto Pilhanraya Umum (PRU) :?





OLEH : HALIM (FB KELAB RAKYAT BERSATU MALAYSIA)




Semenjak Pas memenangi PRU pada tahun 1990 bersama Angkatan Perpaduan Ummah (APU), bersama dengan Semangat 46 + Berjasa + Hamim seterusnya sehinggalah ke Pru14, kegagalan Pas dalam menunaikan 80 % janji janji dalam semua PRU yang Pas janjikan kepada rakyat Kelantan, Perantau Kelantan khususnya serta kepada penyokong penyokong Pas diluar Kelantan amnya.

Pihak kerajaan Pas Kelantan sendiri mengakui, walaupun telah memegang tampuk pemerintahan selama 29 tahun mereka masih memerlukan lebih banyak masa untuk menunaikan segala janji janji yang telah Pas buat semenjak tahun 1990 lagi.

Antara Janji - Janji dicapati Pas:

1. Hukum Hudud. Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993, yang menyentuh kesalahan syariah hudud, qisas dan ta'azir telah mendapat perkenan YTM Tuanku Sultan Muhammad V dan diluluskan sebulat suara buat kali ke-3 dalam Dun Kelantan pada tahun 2017.

Pertama  diluluskan pada tahun 1993 dan kedua pada tahun 2015. Sebenarnya Dun Kelantan  telah meluluskan Hukum  HUDUD tersebut untuk dilaksanakan.

Pembohongan Pas untuk tidak melaksanakan undang undang yang dikenali dengan hukum hudud atau Ruu355 dapat dilihat melalui tindakan Presiden Pas sendiri yang sebanyak 3 kali telah menangguhkan Usul pembentangan  RUU diparlimen pada 26 Mei 2016, 17 Oktober 2016 dan pada 6hb April 2017 tanpa apa apa alasan yang wajar.

Wajarkah Pas berbuat sedemikian. Tindakan Ahli Parlimen Marang itu dengan segala 'hanky panky' yang dimanipulasikannya menimbulkan persoalan ketelusan yang menunjukkan sebenarnya Pas tidak mahu melaksanakannya hanya gula gula politik sahaja.

2. Pemberian Tanah sebanyak 2 ekar seorang kepada Persara Tentera.( Kelantan dan Terengganu).

3. Pemberian rumah mampu milik kepada rakyat miskin tegar . (Kelantan Dan Terengganu).

4. Menyediakan  peluang pekerjaan kepada Rakyat.

5. Bantuan RM100 sebulan kepada warga emas.

6. Menghapuskan cukai pintu kepada rakyat Kelantan.

7. Bayaran saguhati sebanyak RM10 ribu kepada keluarga yang ditimpa musibah.

8. Pendidikan percuma kepada rakyat Kelantan.

9. WiFi percuma kepada rakyat Kelantan .

10. Penghapusan bayaran caj letak kereta di seluruh Majlis Perbandaran diKelantan. Malah pada 25hb Julai 2019 MPKB-BRI akan laksanakan kaedah Kepit Tayar dimana projek tersebut diberikan kepada pihak swasta Syarikat Vista Summerose sdn. bhd.

11. Air paip yang bersih dan terawat. (Majoriti penduduk Kelantan yang putus asa dengan Air Kelantan telah menggunakan kaedah 'air boring' / telaga tiub) semenjak tahun 2000.) Isu ini juga menjadi penghalang kepada pelabur luar dan perlancongan seperti bidang perhotelan untuk masuk melabur di Kelantan.

Kelantan juga terpaksa mengimport bekalan air terawat daripada Terengganu untuk industri perikanan di Semerak, Bukit Yong dan Tok Bali. Isu bekalan air terawat ini menjadi faktor yang utama bagi para pelabur untuk melabur diKelantan.

12. Tembatan Banjir Kota Bharu - sehingga kini masih belum ditunaikan.

13. Stadium negeri yang baru dan canggih. Belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

14. Pelabuhan Tok Bali belum ditunaikan oleh kerajaan Pas.

15. AFTA City diRantau Panjang.

16. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh, Tumpat.

17. Pembinaan Terminal Bas Bersepadu di Kubang Kerian.

18. Projek Agro Tourism DiPergau  Jeli.

19. Pusat Bandar Baru Pengkalan Kubor.

20. Pelabuhan Darat diKuala Krai.

21. Petrokimia City, di Bachok.

22. Eco - Tourism City di Danau Tok Uban, Pasir Mas.

23. Jambatan ke-3 Sungai Kelantan, iaitu Palekbang - Kg.Cina yang dijanjikan dari tahun 1996 lagi. Batu asas sahaja yang terbina.

24. Pembangunan Lembah Sireh di Kota Bharu. Dimana kerajaan Pas telah serahkan tanah seluas 1,000 hektar bersamaan dengan 2, 471 ekar kepada sebuah syarikat pada tahun 2003. Sehingga kini syarikat tersebut masih gagal tunaikan janjinya.

25. Masjid Baru di Kampung Sireh. Gagal ditunaikan oleh kerajaan Pas.

26. Jambatan Baru Di Kampung Sireh. Gagal Ditunaikan oleh kerajaan Pas.

27. Stadium Mini Tertutup Wanita diKota Bharu. Gagal ditunaikan oleh Kerajaan Pas.

28. Tembatan Banjir disepanjang Koridor Sungai Golok.

29. Lebuh Raya Rakyat, Machang - Kuala Krai sejauh 30km yang bernilai RM550 juta yang gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Pas. Lebuh Raya Rakyat tersebut telah dibatalkan oleh kerajaan Negeri Pas pada Mac 2018 dan kutipan sumbangan rakyat Kelantan sebanyak RM3.2 juta sahaja.

30. Pembangunan Bandar Baru Islam di Tok Bali seluas 140 hektar diberikan kepada syarikat swasta, Aimfora Holdings Sdn bhd. Masih gagal dilaksanakan.

31. Masjid Baru di Tok Bali yang sehingga kini gagal ditunaikan kerajaan Pas.

32. Pusat Keewangan Islam di Tok Bali. Gagal dibina oleh kerajaan Pas.

33. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Bharu. Sehingga kini kerajaan Pas Kelantan gagal selesai isu pengambilan tanah penduduk setempat.

34. Projek Solar Park di Danau Tok Uban seluas 80 hektar   yang kerajaan Pas berikan tanah kepada syarikat swasta. Sehingga kini masih gagal ditunaikan.

35. Projek Bachok Perdana. Tanah PKINK seluas 10 hektar diberikan kepada syarikat swasta untuk dimajukan pada tahun 2013. Sehingga kini masih gagal disiapkan.

36. Kegagalan kerajaan Pas menangani hakisan pantai diPantai Cinta Berahi atau Pantai Cahaya Bulan. (PCB).

37. MPKB - BRI  dan kerajaan negeri yang gagal tangani kebersihan bandar.

38. Kegagalan Kerajaan Negeri Pas menyediakan 5, 000 rumah mampu milik kepada rakyat Kelantan.

39. Projek Kelantan Biotech Corporation sdn bhd  diLojing. Masih gagal dilaksanakan.

40. Kegagalan kerajaan Negeri mengekalkan kilang kilang asing supaya kekal ada dikelantan. Akibat kekurangan  jaringan infrastruktur serta insentif menarik daripada  kerajaan Negeri Pas dan dasar parti Pas. Dalam tempoh 28 tahun sebanyak 250 kilang menutup operasi serta berpindah ke negeri lain. 20, 000 peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan hilang akibat kesan penutupan kilang tersebut.

41. TIADA PAWAGAM DIKOTA BHARU, untuk aktiviti riadah santai kekeluargaan. sedangkan di Kuala Terengganu ada pawagam.

42. Projek Pembangunan Jalan Gajah Mati. Gagal.

43. Projek pembangunan Lundang. Gagal.

44. Projek Pembangunan wakaf Mek Zainab. Gagal.

45. Projek  Bandar Baru Tunjong. Tanah milik kerajaan negeri seluas 2,000 ekar.  Gagal dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan. Sekarang terjadi pula kes saman oleh pihak Bank.

46. Projek Batutta Ville diatas tanah milik MPKB - BRI dijalan Telipot ( kawasan Elitis Kota Bharu). Pada tahun 2010. MOU disaksikan oleh Exco Yb Takiyuddin. Gagal dilaksanakan.

47. Projek Bandar Satelit Islam Pasir Tumboh. Projek MPKB - BRI bersama syarikat swasta. Pembangunan sebanyak 5 . Fasa 4 & 5 gagal dilaksanakan.

48. Projek Madinatur Raudhah diatas tanah milik kerajaan negeri sebelah di Jalan Sultan Ibrahim diKota Bharu. Tanah secara Kontra basis. Gagal dilaksanakan oleh Kerajaan Pas.

49. Projek MPKB - BRI Highrise Tower diatas tapak pasar lama Arked MPKB di Kota Bharu. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas.

50. Projek Bazaar Tok Guru - Kota Bharu. Tapak asal IPD Kota Bharu. Gagal dimajukan serta gagal juga menjadi tempat yang popular diKota Bharu berbanding di tempat lama Arked MPKB. Tingkat 1 sahaja dipenuhi peniaga. Tingkat 2 dan 3 kosong. Peniaga banyak yang rugi. Design wise pun adoiii.....terukk bohh, typical standard JKR... planning retails pun hancuss. Imej Kegagalan kerajaan Pas.

51. Projek Airport City diPengkalan Chepa milik MPKB - BRI. Seluas 200 ekar. Kegagalan kerajaan Pas Kelantan.

52. Projek Kandis Eco Tourism Bachok seluas 7 ekar. Gagal dilaksanakan oleh kerajaan Pas Kelantan.

Itulah serba sedikit kegagalan Janji janji Kerajaan Pas Kelantan.

'Perantau Kelate' hanya pulang semasa musim perayaan sahaja. Pada hari hari biasa meninggalkan kesusahan kepada penduduk tetap negeri Kelantan.

Ayuh kita gerakkan gelombang (PH). Tiada lagi gelombang Hijau.

Pada pade lah Hijau.

#tukar kelate Hijau kepada Merah
5hb Ogos 2019.



No comments: