KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli bank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana SRC International Sdn Bhd bahawa RM606.51 juta didepositkan dan dibelanjakan oleh bekas Perdana Menteri itu melibatkan tiga bank akaunnya dalam tempoh tiga tahun.
Bekas pengurus perhubungan di AmBank, Joanna Yu Ging Ping, 48, berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaran berhubung jumlah wang yang digunakan oleh tertuduh antara 2013 dan 2015.
Menurut dokumen bank yang dikemukakan di mahkamah, jumlah tepat yang dikreditkan ke dalam itu adalah RM606,510,434.66.
Tiga akaun semasa itu adalah akaun Ambank dengan nombor 2112022011-898, 2112022011-906 dan 2112022011-880.
Sithambaram: Berdasarkan jumlah ini, jumlah keseluruhan dalam ketiga-tiga akaun ini, iaitu kredit dan debit, adalah RM606,510,434.66. Yu menjawab: "Ya".
Berdasarkan penyata bank yang dikemukakan di mahkamah, pecahan jumlah amaun yang dikredit adalah RM109,344,315.26 juta (akaun-898); RM205,200,913.36 juta (akaun-906); dan RM292,365,208.07 juta (akaun-880).
Ketika ditanya sama ada pemegang akaun berkenaan tahu tentang jumlah transaksi membabitkan akaun itu berdasarkan perspektif beliau dan penyata bank, Yu menjawab: "Ya".
Mahkamah turut diberitahu Najib menerima sejumlah RM212,367,697.57 wang asing dalam tempoh sama.
Najib, 66, berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung. - BERNAMA