GAMBAR-GAMBAR VINCENT TAN MENCARI PELABURAN HALAL DI TERENGGANU ?




OLEH : NIZAM AKA




Imej mungkin mengandungi: 2 orang, lautan, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang senyum, orang duduk
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum, orang berdiri, lautan, langit, luaran dan alam
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum, lautan, gunung, luaran, air dan alam


Hari ni tersebar gambar MB Terengganu Bersama Vincent Tan tauke Berjaya Group, Yang dikata kroni Mahathir dan Tauke Judi oleh Penyokong PAS.. Bermesyuarat bersama, Juga bersiar siar bersama diatas Bot..

Kalau nak tahu, Vincent Tan ni Tauke Sport Toto, Atau nama penuhnya Berjaya Sport Toto.. Kalau mudah faham, Dia Tauke syarikat Judi yang ramai ramai Lebai pakat Demo bantah depan kedai Judi kat Pokok Sena tu.. Tauke dia Vincent Tan lah.. Harap2 ada lah Lebai Terengganu pulak demo..

Takda ker Lebai Lebai Terengganu angkat sepanduk, mana MP Marang ? Mana MB Terengganu ? dulu bila kita kata lesen judi tu dilulus zaman BN, depa kata, dah jadi kerajaan kenapa tak batal.. Habis tu MB Terengganu ada kuasa keatas Tanah kenapa tak hapus , batal lesen Resort dan Hotel yg jual arak milik Syarikat Judi tu ?

Apakah Salah Tindakan MB Terengganu..? Bagi aku tak salah, Kalau Investment , selagi pelaburan tu menepati Syariah..pelaburan dari siapa pun kita terima, Memang dah lama Vincent Tan melabur dalam resort dan perhotelan Di Terengganu..Apakah hasil negeri Terengganu dari hasil cukai pelaburan Syarikat Judi ?

Apakah Aqidah MB Terengganu tergadai sebab bekerjasama dengan Tauke Judi.. Tidak, sebab kepercayaan kita, Soal Muamalah, Siyasah tidak berkait dengan Aqidah, Judi itu soal lain..Pelaburan dalam industri Perhotelan itu cerita lain..Malah Berjaya Group juga menjalinkan usahasama dengan Univeristi Malaysia Terengganu.. bukan zaman BN, tapi zaman PAS..

Cuma PAS saja dalam Dunia ni mengaitkan Politik, Ekonomi dengan Aqidah.. kalau lah gambar MB terengganu iu diganti dengan MB Perak, atau Ketua Menteri Pulang Pinang, atau Lim Guan Eng...apa reaksi Walau Walaun sekalian..? Sudah pasti mereka akan dihukum jadi barua tauke Judi.. gadai tanah dan hak melayu kepada tauke Judi.. Itu pun bernasib baik kalau depa tak kata, Depa ni dapat saham judi di akhirat..tempatnya di Neraka..

No comments: