Pemuda PH dinasihati tinggalkan budaya politik Machiavelli


Logo PH terkini
Pemuda Pakatan Harapan (PH) dinasihat agar meninggalkan budaya politik Machiavelli yang mengamalkan putar belit, adu domba, manipulasi, kontroversi, sensasi, fitnah dan segala rekaan bersifat matlamat menghalalkan cara.
Ianya dilihat sebagai wajah politik golongan berkepentingan, rakus, terdesak, hipokrit, bongkak serta bankrap idealisme.
Pandangan ini dilontarkan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat Ir Khairil Nizam Khirudin (Gambar bawah) yang berkata, kenyataan bersama Pemuda PH mempertikai tulisan Presiden Pas bertajuk “Politik Islam dan Perkauman” jelas menunjukkan ia telah dibaca secara emosi dan melulu hingga menerbitkan salah faham.
"Mereka menyanggah dengan tuduhan kononnya artikel itu berbaur perkauman, sedangkan ia menginterpretasikan suatu perspektif.
"Kita terbuka untuk sesiapa jua mahu mengkritik atau mewacanakannya, tetapi mestilah dengan paksi dan kaedah perbicaraan yang benar lagi sihat. Bukannya menghambur unsur-unsur tipikal yang tidak matang, tidak berfokus dan dilihat bebal. Kawal keghairahan dalam berhujah dan tidak perlu melalut untuk mencetuskan ketegangan lain.
"Terpulang kepada Pemuda PH untuk menyatakan sudut pandang mereka, tetapi tidak perlu rosakkan perbicaraan dilontarkan Presiden Pas melalui tulisan itu dengan naratif yang sengaja disalah ertikan. Juga tidak perlu membuat tuduhan fitnah dan mengheret kepada unsur untuk membibitkan ketidakharmonian dan ancaman kepada mana-mana pihak," ujarnya dalam kenyataan.
Khairl Nizam KhirudinKhairil  Nizam yang juga Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan itu berkata, Pemuda PH yang bersentimen dan menjadikan kenyataan bersama itu sebagai satu bentuk serangan dangkal dengan menafi atau menutup segala konsistensi Pas dalam menentang korupsi.
"Malah menganggap pendekatan dibawa Pas  sekadar slogan retorik yang dijadikan permainan politik dan perangkap tertentu.
"Jelas ada skeptikal dan paranoid hingga dipalit pula Pas seperti membela Umno serta memperburukkan pentadbiran Pas Kelantan.
"Jika begitu ada baiknya kalian melihat dan membandingkan dulu rekod integriti 9 tahun pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang yang dibanggakan itu sebelum sibuk menuding jari dan perasan suci diri," ujarya.

No comments: