Lagi ditekan, lagi anak muda bangkit

Lagi ditekan, lagi anak muda bangkit

Lagi ditekan, lagi anak muda bangkit

Himpunan #Kita Lawan 28 Mac dianggap berjaya dalam keadaan pemimpin utama Pakatan Rakyat seperti Mat Sabu, Tian Chua, Rafizi Ramli dan Hishamudin Rais ditahan polis. Polis gagal mengulangi taktik menangkap pemimpin besar Hindraf pada 2011 bagi menggagalkan tunjuk perasaan NGO pembela masyarakat India itu.

Himpunan #Kita Lawan bermula di Masjid Jamek dengan membawa tema kenduri kahwin anak Najib – Rosmah. Model sepasang pengantin dan pengiring yang membawa replika cincin berlian, wang hantaran dan pelbagai hadiah perkahwinan diarak dari stesen LRT Masjid Jamek.

Pada pukul 4.10 petang konvoi pengantin itu sampai di Jalan Tun Perak, berhampiran Dataran Merdeka. Peserta perhimpunan sejumlah 500 orang dari Masjid Jamek bergabung dengan peserta di sana membentuk konvoi sejumlah 1500 demonstran berkerak ke Sogo melalui Jalan Raja Laut.

DSC_0474


Demonstran menyanyi sambil diiringi paluan gendang dari kumpulan The Bang Art. Kira-kira pukul 5.00 demonstran tiba di Sogo dan bergabung dengan 500 demonstran yang menanti di sana.
Pemimpin utama yang tunjuk perasaan itu berucap. Antaranya Fariz Musa, Dr Dzulkifly Ahmad dari PAS, Ustaz Fakrol Razi bendahari Pemuda PAS, Maria Chin dan lain-lain.

Exco Pulau Pinang Dr Afif Bahardin menyampaikan pesanan dari Ketua Umum KEADILAN Anwar Ibrahim.

“Saya sempat berjumpa Anwar di Mahkamah Syariah Selasa lalu. Pesan Anwar agar rakyat teruskan perjuangan

“Kepada IGP dan polis kita beri amaran jangan halang rakyat. Rakyat yang bayar gaji kamu. Jangan sombong sangat,” katanya.
Manakala Ust Fakrol memuji demonstran kerana berani hadir walaupun diugut dengan penahanan oleh kerajaan BN.

“Tahniah kerana berani hadir, walaupun polis tangkap pemimpin.
“Jangan takut kerana bukan kerajaan bagi kita makan, bukan Umno bagi makan. Polis pula kena sedar rakyat yang bayar gaji mereka,” katanya.

Pada pukul 5.30 demonstran bergerak ke KLCC melintasi bangunan IPD Dang Wangi tempat Tian Chua, Mat Sabu dan lain-lain disoal siasat. Mereka berhenti di hadapan IPD itu.

Tiba-tiba tingkap sebelah atas bangunan IPD 20 tingkat itu dibuka. Tian Chua, Mat Sabu dan beberapa OKT lain melambai tangan ke bawah. Lambaian itu disambut sorakan daripada demonstran yang memberikan kata-kata semangat kepada para pemimpin.

Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke KLCC melalui dua batang jalan sebelum masuk ke Jalan P Ramlee. Polis membuat hadangan di simpang empat hadapan KLCC agar demonstran tidak mengganggu anak Najib yang sedang bersanding di KLCC.

Demonstran terhenti di hadapan dua lapis penghadang dan dibentengi kira-kira 200 anggota polis. Rundingan dengan polis membenarkan penunjuk perasaan melakukan duduk bantah dan mendengar ucapan pemimpin. Marivannan Gowind berucap menolak GST. Diikuti Mandip Singh.

Ketua perarakan fariz Musa kemudian menutup himpunan itu pada pukul 6.00 petang dengan pengumuman satu himpunan mega akan dianjurkan pada Hari Pekerja 1 Mei 2015.

No comments: