Oleh: Yong suka Kuning
TAK TAHU ATAU TAK MAHU TAHU? |
Ketika seluruh negara heboh Mat Sabu di tahan, PAS Wilayah Persekutuan
sedang mengadakan konvensyen. Ramai "ulama" PAS turun ke Gombak,
termasuk Haji Hadi, Presiden PAS.
Tetapi dia tak tahu timbalannya telah ditahan polis dan dibawa dari
Pulau Pinang ke IPD Dang Wangi sebelum dibebaskan pada jam 11.30, 28
Mac, 2015, setelah ditahan hampir 23 jam.
Berita penahanan Mat Sabu juga dimuatkan dalam Astro Awani, Berita
Harian dan Tranungkita.net selain portal berita online seperti TMI,
Malaysiakini juga Facebook dan Blogs milik aktivis.
Tetapi Presiden PAS kata dia tidak tahu.
Presiden PAS mungkin tidak kesempatan membaca berita-berita tersebut.
Atau mungkin kurang sihat. Tetapi dia dikelilingi oleh
penasihat-penasihat, anak-menantu yang sihat wal-afiat, dan
penyokong-penyokong yang 24 jam sembang dalam Facebook, Whatsapps, etc.
Sesungguhnya jawapan Haji Hadi itu langsung tak masuk akal.
Mana boleh Presiden parti tidak tahu Timbalan Presiden telah ditangkap?
Timbalan Presiden itu bukan ditangkap penyamun ketika sedang mencari
minyak (untuk dapatkan dana membantu mangsa bah kuning Kelantan) di
Mongolia.
Amat memalukan sekiranya Presiden PAS itu benar-benar tidak tahu (bukan tidak mahu tahu) timbalannya telah ditangkap.
Kalau Presiden PAS benar-benar tidak tahu, maknanya berita penangkapan
Mat Sabu sengaja digelapkan dari pengetahuan Presiden PAS.
Tapi apa tujuannya?
Sekarang siapakah yang memalukan Presiden PAS?
Kalau sampai beginipun pemimpin PAS masih tak sedar betapa buruknya
akhlak orang yang berada di keliling Presiden, Yong tak tahu nak cakap
apa dah.
Semua gara-gara berebut jawatan.
Jauh sangat ke IPD Dang Wangi dari Gombak?
Semua gara-gara berebut jawatan.
Jauh sangat ke IPD Dang Wangi dari Gombak?