Oleh: Posted by Riduan shamsudin & Amiruddin Ahmad
Langkah meluluskan enakmen Hudud di Kelantan bukanlah satu kejayaan besar bagi PAS, sebaliknya keadaan parti itu semakin celaru.
Dengan sekutu utama PKR dan DAP yang mula tidak percaya kepada beberapa pimpinan utama seperti Presiden Hadi Awang dan Mursyidul Am Haron Din, Umno pula yang dianggap sekutu baharu kian berdolak dalih dan berdiam diri daripada menyokong Hudud di peringkat pusat.
Rakyat melihat PAS sekali lagi ‘kena main’ oleh Umno. Sokongan padu Umno Kelantan terhadap Hudud pertengahan Mac lalu kini terumbang ambing apabila komponen BN, parti Gerakan memulakan tindakan mahkamah untuk mengisytiharkan Hudud melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Menteri Umno dolak dalih
Umno pusat tidak membantah tindakan Gerakan. Sesuatu yang tidak sesuai dengan tindakan Umno Kelantan. Lebih daripada itu, pemimpin kanan Umno seperti Tengku Adnan Mansor terus menyerang Hudud dan mengatakan ianya tindakan politik PAS manakala Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata rang undang-undang persendirian Hudud tiada ruang di dengar di Dewan Rakyat pada sesei Mac - April.
Lebih dahsyat komen Menteri Perlancongan Nazri Aziz: "Jika hudud merupakan satu isu yang akan memecah-belahkan Pakatan, saya harap begitulah,” katanya pada 31 Mac lalu.
Semua ini membenarkan apa yang dibantah oleh PKR dan DAP, bahawa keadaan tidak kondusif membentangkan Hudud. PKR menyatakan pendirian tidak menentang Hudud tetapi tidak menyokong tindakan PAS yang terburu-buru. Dalaman DAP juga dikhabarkan semakin lembut berhubung isu Hudud. Jika Pakatan Rakyat memerintah DAP mungkin membenarkan sesetengah negeri melaksanakannya. Tetapi Hudud sebelum memerintah bagi DAP akan merosakkan peluang Pakatan mengalahkan BN pada pilihan raya umum ke 14.
547x598 1.bp.blogspot.com
Kesalahan kini diletakkan ke bahu Hadi serta para kroninya yang termakan ‘godaan’ Umno untuk memecah belahkan Pakatan. Hadi pula secara peribadi hilang kredibiliti apabila melanggar janjinya dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat pada Februari lalu yang bersetuju berunding dengan komponen PR sebelum melakukan sebarang tindakan lanjut membentangkan Hudud di Dun atau Parlimen.
Perjanjian Hudaibiyah
Janji adalah perkara mustahak dalam Islam. Perjanjian Hudaibiyah adalah contoh bagaimana Nabi Muhammad saw tidak mengkhianati kafir Quraisy Mekah. Semua butir perjanjian dituruti walaupun terdapat dalam kalangan sahabat yang membantah, termasuk Umar al Khattab kerana disangka perjanjian itu merugikan orang Islam. Tanpa berpegang pada janji maka agama Islam akan dipandang buruk oleh bukan Islam walaupun tabiat mungkir janji itu adalah kelemahan individu penganutnya.
Tidak ada masalah apabila pemimpin Umno berjanji menyokong Hudud tiba-tiba merestui tindakan Gerakan mahu menghalang undang-undang itu melalui kuasa mahkamah kerana Umno adalah parti sekular, namun adalah sesuatu yang tidak boleh diterima pemimpin parti Islam tidak berpegang kepada janji yang dibuat.
Dengan alasan-alasan sedemikian maka Hadi diragui masih layak memimpin PAS. Kelemahannya dalam strategi politik dan akhirnya masuk perangkap Umno sudah menyamakan Hadi dengan Yang Dipertua Agung PAS, Asri Muda pada 1970an.
Contohi Fadzil Noor
Kelemahan beliau dalam mentadbir pula menyamai Presiden Yusuf Rawa pada dekad 1980an. Hadi terlalu banyak mendengar nasihat yang tidak betul daripada puak Dr Zuhdi dan Dr Haron Din. Dua puak ini bukanlah PAS sejati dan mempunyai kepentingan lain di belakang mereka.
Hadi sewajarnya bertindak seperti bekas presiden Fadzil Noor yang tidak banyak mendengar nasihat sekeliling tetapi membuat penyelidikan sendiri mengenai keutamaan politik PAS. Fadzil tidak memperdulikan tentangan keras Ketua Dewan Ulama Harun Taib yang tidak mahu PAS menyokong Anwar dan gerakan Reformasi pada 1998.
Tindakan Fadzil tepat. PAS mendapat laba besar hari ini setelah melayan baik pemimpin Reformasi. PAS memperolehi kepercayaan rakyat berbilang kaum dan ahlinya bertambah daripada hanya 400,000 pada 1998 kepada 1.3 juta.
Sebaliknya penasihat Zuhdi didakwa ‘tiga suku’ apabila mencadangkan PAS berpecah dua selepas Muktamar Jun nanti. Puak PasMa diharap membentuk parti lain. Dan puak penasihat ini lebih suka PAS jadi parti kecil seperti zaman Yusuf Rawa pada 1980an. Menang dua tiga kerusi parlimen serta tidak memerintah mana-mana negeri kerana lebih mudah untuk ditadbir.
Bersarakan Hadi
Hadi juga seronok dengan kenyataan Dr Haron Din bahawa Pakatan tidak penting selepas Umno Kelantan menyokong Hudud. Hadi tidak sedar sekiranya PAS gagal menghukum Hudud pemimpin Umno Kelantan, jika mereka melakukan apa-apa kesalahan di bawah Hudud, maka enakmen itu akan dipersoalkan kerana gagal menghukum sang penguasa.
Atas segala kelemahan ini maka banyak PAS Kawasan yang sedang bermesyuarat untuk menentukan pencalonan jawatan-jawatan tinggi parti tidak mencalonkan Hadi sebagai presiden. Peringkat kawasan mencalonkan ustaz Ahmad Awang dan Husam Musa sebagai pilihan pengganti selepas Tuan Ibrahim menolak pencalonan.
Ahmad Awang adalah pemimpin PAS yang menggagalkan usaha ‘tokoh ulama’ PAS yang menduduki hirarki tinggi hari ini merundingkan kerajaan perpaduan Umno-BN-PAS di Perak selepas pilihan raya umum 2008 lalu. Tanpa istikamah Ahmad sebagai Pesuruhjaya PAS Perak ketika itu, kerajaan Perak pada Mac 2008 tentulah BN campur PAS dan memusnahkan sama sekali penubuhan Pakatan Rakyat.
Hadi yang pernah suatu ketika pada 1980an dituduh puak nasionalis 'mengkafirkan' Umno kini rela bersekongkol dengan parti itu kerana termakan nasihat tidak bijak pemikir di sekeliling beliau. Hadi tidak lagi memikirkan derita rakyat; cukai GST, kenaikan kos hidup, kenaikan tambang pengangkutan awam, perompakan besar-besaran dana negara oleh Najib dan kroninya.
Tibalah masanya PAS mencari pemimpin pengganti agar perjuangannya kembali relevan bersama rakyat dan diterima semula oleh para pengundi.