Thursday, May 17, 2018

Najib harus jawab ‘jenayah’ terhadap rakyat – Anwar Ibrahim


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak menyimpan sebarang perasaan dendam terhadap bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ekoran pemenjaraannya.
Beliau sebaliknya mengulangi dakwaannya bahawa pemenjaraan ke atasnya dibuat atas alasan politik.
“Saya tidak menyimpan sebarang perasaan benci peribadi, saya tidak mahu isu Anwar dipenjarakan dijadikan isu yang dibuat menentangnya.
“Tetapi isu ketidakadilan terhadap rakyat, jenayah yang dilakukan terhadap rakyat, gejala rasuah yang menjadi budaya di negara ini – dia harus jawab,” katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Segambut hari ini lapor Malaysiakini.
Jelas Anwar, pertuduhan sehingga menyebabkan beliau dipenjara direkayasa untuk membunuh kerjaya politiknya.
Anwar dibebaskan dari penjara setelah menerima pengampunan penuh daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Pembebasan Anwar disambut dengan laungan ‘reformasi’ sejurus beliau melangkah keluar dari pusat rawatan, Pusat Rehabilitasi Cheras kira-kira jam 11.20 pagi tadi.
Beliau sempat melemparkan senyuman dan melampaikan tangan kepada media dan penyokong sebelum memasuki kenderaan diiringi kawalan keselamatan ketat menuju Istana Negara
Post a Comment

Blog Archive

My Blog List

Followers