KONFLIK KEGAMAAN SESAMA SENDIRI.


Zulkarnain Al Abyani


 "KALAU BERANI MAI LA ..."


1. Kita masih berpusing-pusing dalam isu yang sama saja setiap hari dalam konflik amalan keagamaan sesama Muslim.


2. Jika melibatkan politik, isunya judi, arak, konsert, dedah aurat, murtad, qunut nazilah, hudud. Jika advance sikit, isu RUU 355.


3. Jika melibatkan ibadat, isunya usolli, zikir beramai-ramai, talqin, ziarah kubur, sambutan maulid, nisfu syaanan. Jika advance sikit, isu hadith dhaif.


4. Jika melibatkan aqidah, isunya sifat 20, tauhid tiga, istiwa', yad, 'ain, nuzul, ta'alluq. Jika advance sikit, Asya'irah - Maturudiyyah, Wahabi - Salafi.


5. Isu-isu anak orang Islam tercicir dari persekolahan, orang Islam terkebelakang dalam sains, kekurangan doktor pakar Muslim, ekonomi orang Islam masih terumbang-ambing, kurang mendapat perhatian.


6. Pusat tahfiz tumbuh macam cendawan, tapi imam masjid masih orang tua yang semput dan tidak faqih. Sekolah agama dan aliran agama bersepah, tapi akhlak anak muda Muslim masih terkebelakang. 


7. Saya tidak berkata, "Manusia sudah binasa", kerana saya yakin masih ramai orang Islam yang sedar masalah sebenar kita dan usaha mengislahkan umat tidak pernah berhenti.


8. Cuma saya meluahkan apa yang terbuku dalam hati apabila kelmarin, seorang pemuda bermotosikal mencabar saya, "Kalau berani mai lah..."


9. Pemuda itu mengajak saya bertumbuk kerana tak berpuas hati dengan situasi di atas jalan raya. 


10. "Abang, jangan bang...", larang isteri saya. Ha ha ... Saya dah tua. Kalau tak dilarang pun, saya tak buat.


11. Kalau pemuda tu berkata, "Kalau berani belanja saya makan nasi Arab", sahih dia dapat makan free.


12. Pemuda tu tersilap besar.



TAK HABIH LAGI KISAH QUNUT NI


 

PUAK GHULAW CUBA SEKAT ACC

 

Jamzuri Ardani


Menang ada gerakan terancang dari puak-puak ghuluw buat lapuran ke atas platform media sosial untuk sekat akaun yang dilihat menjejaskan kepentingan politik mereka. 


Akaun saya telah beberapa kali cubaan menyekat.  Bila saya diberi amaran oleh pengendali platform kononnya posting saya ada unsur 'hate speech' saya akan challenge balik dan pengendali akan buat siasatan. 


Setakat ini setelah siasatan dibuat, saya clear dari semua aduan kecuali satu kes di mana saya share posting berkenaan isu Gaza dalam bahasa Inggeris. Atas aduan itu akaun saya telah dihadkan akses sehingga bulan Ogos ini. 


Ramai kawan tanya kenapa saya tidak lagi menulis. Sebenarnya saya tidak berhenti, cuma ramai rakan FB yang tidak dapat melihat posting saya kerana tidak lalu di wall mereka akibat sekatan ini.


Jika rakan-rakan bersetuju dengan tulisan saya, boleh bantu sebarkan dengan share di wall anda.



TUKAR PULAK KAH


 Utusan Online dah jadi lidah rasmi Perikatan Nasional  ke? Tanya je.




PDRM BOLEH DAH KETUK RUMAH AMBIL

 

Mohd Asri Bakar


Berada di dalam suasana POLITIK ini...sepatutnya tidak mengajar seseorg itu untuk tidak beradab dan tidak pula menjadi biadap. Kehidupan seekor walauns ini...di pelajari daripada corak pemimpin2 mereka yg gemar utk mempergunakan & turut menjual agama. Mohon #PDRM dapat mengambil tindakan yang tegas, serius & sewajarnya. Walauns & PASik ini.. hanyalah sekumpulan perosak, penghina, penjual, pelacur, pencerca kpd agama dan negara (sesuai dgn singkatan PN).





MARI BELAJAR BAB QUNUT.


 MARI BELAJAR BAB QUNUT.

 Che Ibrahim


1. Mazhab Shafie 


Dibaca dalam Solat Suboh dan solat witir di 15 akhir Ramadhan selepas ruku' rekaat kedua. 

Adapun Qunut Nazilah dibaca dlm setiap solat waktu selepas ruku' di rakaat akhir ketika diperlukan.


2. Mazhab Hanafi


Qunut dibaca dlm solat witir shj dibaca sebelum ruku', adapun qunut nazilah dibaca dalam solat waktu sebelum ruku'. 

Tidak ada qunut suboh.


3. Mazhab Maliki 


Sama seperti Mazhab Hanafi iaitu dibaca sebelum ruku',  begitu juga qunut nazilah Dan Suboh, dibaca sebelum ruku'


4. Mazhab Hanbali/Imam Ahmad


Sama spt mazhab Hanafi yakni dalam solat witir sahaja, tapi dibuat selepas ruku'. Begitu juga qunut nazilah dibuat selepas ruku' dalam setiap solar waktu



MARDI MAMPU LAKUKAN


MAT SABU


 Penyelidikan dan Pembangunan (RnD) membantu dalam menghasilkan varieti tanaman dan baka yang lebih produktif dan berkualiti. Ini termasuk pengenalan teknologi pertanian moden seperti sistem pengairan pintar dan teknik pengimejan untuk penganggaran hasil tanaman. 





Insya Allah saya yakin dengan inovasi dan teknologi yang dihasilkan oleh MARDI melalui RnD ia dapat membantu menangani cabaran sekuriti makanan negara.



MERDEKA DARI PAJAK OTAK


Desa HM


 JIWA MERDEKA...



Merdeka dari rasuah dan penyelewengan.

Merdeka dari kemiskinan.

Merdeka dari perkauman.

Merdeka dari fitnah dan pembohongan.

Merdeka dari kebodohan dan diperbodohkan.

🇲🇾🇲🇾🇲🇾❤️❤️❤️



HIDUP SEADANYA.


 Sederhana, tapi masih banyak orang yang tidak paham



GUNA MANFAAT UNTUK AWAM.


Hisham Fauzi


 Hukum ni lama dah... Takde masalah terima derma duit tidak halal utk kegunaan buat infrastruktur awam.



Contoh, duit interest dari simpanan duit anda dalam akaun konvensyenal. Ambik duit interest tu dan dermalah kepada tabung serambi mekah, insyaAllah boleh dimanfaatkan utk orang ramai.


KENAPA PAS TAK ARAH DAN LETAK CALON LAWAN DAP

 

Dakwaan PH dikawal DAP Gimik takutkan Rakyat - Muhyiddin.

DAP bakal Memerintah Negara dan Jadi PM itu tidak akan berlaku - TGHA



#mm


MAJLIS EKONOMI BUMIPUTERA.

 


Sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 2 Tahun 2024 hari ini, tumpuan terarah kepada perencanaan transformasi dan hala tuju baharu agenda Bumiputera untuk sedekad kehadapan. 





Mesyuarat hari ini juga telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif-inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan Bumiputera selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI. 


Saya turut tegaskan keperluan supaya inisiatif-inisiatif yang dirangka, turut dipanjangkan manfaatnya kepada kumpulan masyarakat lain yang turut memerlukan.


Namun, sokongan agensi-agensi kerajaan termasuk Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) masih diperlukan melalui penyelarasan, pengukuhan pendekatan dan sokongan penggunaan teknologi baharu yang didasari mandat penubuhan mereka.


==========


While chairing the Bumiputera Economic Council Meeting today, I touch on the importance of transformation planning and the new direction of the Bumiputera agenda for the next decade. 


Today's meeting has also discussed the framework and initiatives in shifting Bumiputera participation, ownership, and dominance in line with the aspirations of the MADANI Economy. 


#MalaysiaMADANI



SELALULAH LIHAT KEBAIKAN

 

Pandulah kehidupan dengan selalu melihat kebaikan, segala keburukan yang datang anggaplah ia sebagai ujian terutamanya bagi minda untuk melihat hikmah di sebaliknya.



Dalam kita beragama, kita dididik dengan iman bahawa adanya qada, daqar, dosa dan pahala.


Dalam kehidupan pula kita diajar untuk berdikari dengan sifat sabar, ikhlas, ikhtiar dan tawakkal.


Demikianlah sebuah Agama yang maha sempurna sarat dengan didikan ruhani dan jasmani, semua itu adalah aturan Tuhan untuk setiap hambaNya agar istiqamah atas Agama dan syariatNya.


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9



Orang awam yang dinasihati tentang maksiat ada 2 jenis:


Aiman Bana


 Orang awam yang dinasihati tentang maksiat ada 2 jenis:



1. Muhasabah diri, istighfar, ubah diri, azam nak jadi lebih baik, terima nasihat dan ucap terima kasih atas nasihat.


2. Buat falasi: "kau pun sama", "kau lagi teruk", "kalau macam tu, jangan itu ini", "ramai je buat", "kau bukan mufti"


Kasihan golongan dua ini sebenarnya.


Tapi saya gembira sangat ramai je orang awam yang dari golongan pertama.


Moga Allah kurniakan syurga dan istiqamah kepada semua yang ikhlas menerima nasihat dan usaha perbaiki diri.



PMX BERTEMU PEMAIN SEPAKTAKRAW


 Hari ini saya berpeluang bertemu dengan pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024 pada Mei lepas.









Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan ini ialah keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.


Dalam pertemuan ini, saya turut umumkan pemberian imbuhan kemenangan sebanyak RM10,000 untuk setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan. 


Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia.


==============


Today, I am honored to meet the national sepak takraw team, which won the gold medal and the title of double champion at the 2024 Sepak Takraw World Cup Championship last May.


Among the matters discussed during this meeting were the need to establish a national sepak takraw stadium, the status of sepak takraw as a non-core sport, opportunities for further education, and the career and welfare of sepak takraw athletes.


#MalaysiaMADANI



APA PUNYA BALA LA PARTI SESAT NI


Che Ibrahim


 PAS telah meletakkan Kerajaan Perpaduan pimpinan PMX setaraf dengan Kerajaan Israel pimpinan Benjamin Netanyahu dengan menggunakan qunut nazilah sebagai senjata untuk melawannya.






UMNO BOLEH MENANG SEBAB ADA AKMAL? PAS REFERENDUM RAKYAT TOLAK KERAJAAN!


Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, Kelantan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) bulan depan. Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ia berdasarkan kredibiliti calon yang diketengahkan iaitu anak muda tempatan, profesional dan telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan. "Sebelum ini ia bertukar milik kepada Perikatan Nasional (PN) namun pada Pilihan Raya Negeri yang lepas, kita (BN) kalah dengan majoriti 810 undi sahaja. "... dan di Nenggiri ini kalau kalah satu pun kerajaan negeri masih ditadbir PAS tetapi rakyat Kelantan mahukan seseorang yang boleh memberikan semak imbang kerana sejarah di sana, pembangkang hanya ada dua. Jadi tambahkan sahaja satu kerusi pembangkang tanpa menggugat pemerintahan sedia ada," katanya ==================================================================================== Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri bukan hanya terletak di bahu BN. Malah, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan itu, PRK pada 17 Ogos depan juga terletak pada kerjasama semua parti komponen Pakatan Harapan (PH). Menurutnya, AMANAH komited memberi kerjasama penuh begitu juga parti komponen PH akan bekerja sebagai sebuah pasukan bagi memastikan kemenangan memihak kepada calon BN. “Insya-Allah dengan semangat yang ditunjukkan pada hari ini, kita boleh menang. “Jentera parti komponen sedang giat disusun untuk membantu. “Saya yakin PH serta AMANAH Kelantan akan berusaha secepat mungkin bagi memberi bantuan pada PRK ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera PH PRK DUN Nenggiri di Gua Musang hari ini. ======================================================================== DAP akan mengerahkan jenteranya turun berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri. Bagaimanapun, parti itu akan menumpukan usaha berkempen menarik pengundi Orang Asli seramai lebih 2,700 orang, menurut Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani. Pemgundi Orang Asli ini merupakan pengundi tetap kita, katanya kepada FMT. Sementara kaum lain, terutamanya Melayu, kita serah kepada Amanah, PKR dan Umno untuk pujuk pengundi supaya sokong BN. Katanya, DAP akan menumpukan usaha berkempen di lima kawasan Orang Asli, iaitu di Tohoi, Sungai Puian, Sungai Jenera, Sungai Wias dan Pos simpor. Menurut Azaha, pucuk pimpinan utama DAP juga akan turun berkempen untuk PRK 17 Ogos itu, namun senarai tokoh yang terlibat belum diputuskan. Kebimbangan Melayu Kelantan terhadap DAP ‘mula reda’ Diminta mengulas kebimbangan orang Melayu mengenai DAP, Azaha berkata, sentimen itu mula reda susulan penerimaan parti Melayu lain, seperti Umno dan PAS, terhadapnya. “Orang Melayu mula terima DAP susulan kerjasama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), kemudian dengan tertubuhnya Pakatan Harapan (PH) bersama Amanah dan PKR. Dalam kerajaan perpaduan juga, (DAP) bersama Umno, katanya. Beliau berkata, di Kelantan, DAP turut dianggotai orang Melayu dan Orang Asli, malah cawangan DAP di Kelantan ditubuhkan oleh orang Melayu.






Sidang Media Mesyuarat Penyelarasan Barisan National-Pakatan Harapan bag...

PAS KERJASAMA DENGAN UMNO BN! PERSEPSI PAS ATAU SATU PEMBOHONG!



Umno menafikan spekulasi bahawa wujud siri perbincangan antara parti itu dengan PAS bagi membentuk kerjasama. Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata perbincangan itu mungkin di kalangan ahli ataupun penyokong parti, bukannya kepimpinan kedua-dua parti. "Saya setiausaha agung Umno pun tak tahu, kalau nak berbincang ia berbincang dengan kepimpinan. "Macam saya dengar pemimpin PAS bincang dengan Pakatan Harapan (PH) pun boleh berbincang," katanya ketika sidang media di Kuala Lumpur, pagi ini. Hari ini Utusan Malaysia melaporkan wujud perbincangan antara pemimpin PAS dan Umno bagi membincangkan kerjasama mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). Perkara itu di dedahkan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang mendedahkan be­berapa siri pertemuan bersama pe­mimpin Umno kerap berlaku ketika ini. Pertemuan itu dakwanya dibuat secara tidak formal membabitkan pe­mimpin utama kedua-dua parti sekali gus dilihat mempunyai harapan dalam menyatukan kembali undi Melayu yang kini berpecah teruk. Pada 8 Julai lalu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu tidak akan bekerjasama dengan PAS selagi Abdul Hadi Awang menjadi presiden parti itu. Ahmad Zahid berkata, pengalaman bekerjasama dengan PAS sebelum ini menyebabkan keputusan tersebut diambil. Dia juga dilaporkan berkata, banyak keputusan bersama yang dibuat sebelum ini di antara kedua-dua parti dikhianati oleh PAS.





Ucapan Penuh PM Anwar Ibrahim di Majlis Perasmian Persidangan Cukai Keba...

MAHKAMAH! STRATEGI TANGGUH PERBICARAAN! ULARMAK PAS SOKONG BACA DOA QUNUT!


Perbicaraan kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik yang sepatutnya bermula hari ini, ditangguhkan. Hal ini berikutan Menteri Besar Kedah itu mengemukakan representasi kedua bagi menggugurkan pertuduhan dihadapinya. Hakim Datuk Aslam Zainuddin membenarkan penangguhan selepas peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya telah menghantar representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu lepas. "Saya percaya bahawa Peguam Negara perlu masa untuk mempertimbangkan representasi tersebut. Oleh demikian, saya memohon penangguhan selama dua bulan untuk pihak-pihak berkenaan mendapat maklumat penuh dan mempertimbangkan representasi itu. "Jika mahkamah bersetuju dengan cadangan pembelaan, kami mohon untuk mahkamah menetapkan tarikh pengurusan kes," kata peguam itu.







BUKAN TAKUT ATAU SALAH. TAPI TAK PERNAH DIBUAT ORANG KECUALI PUAK KHAWARIJ


 Penyebar fitnah yang digantung dari parlimen selama enam bulan, 𝗪𝗮𝗻 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹, cuba nak halalkan kejahatan yang PN telah lakukan.



Kenapa kerajaan nak terasa? Mudah je mat oi. Setiap individu muslim yang mempunyai iman 𝘄𝗮𝗷𝗷𝗯 𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴 apabila Islam dipermain, dijadikan alat politik dan dibuat tunggangan.


Ini 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘁𝗮𝗸𝘂𝘁. Ini soal maruah Islam yang sengaja dirosakkan. Ini soal khawarij. Cuba tanya lebai PAS, apa hukuman bagi mereka yang anuti 𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗸𝗵𝗮𝘄𝗮𝗿𝗶𝗷. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PEMANDU LANGGAR LARI DIREMAN.



 Polis akan memohon perintah reman terhadap pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang disyaki terlibat dalam insiden langgar lari hingga menyebabkan kematian seorang pejalan kaki di sini, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, suspek lelaki berusia 30-an itu telah menyerah diri petang semalam dan akan dibawa ke mahkamah hari ini bagi mendapatkan perintah reman berkenaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews





KUNCI KERETA MILIK ARWAH DIJUMPAI

 



Kunci kereta jenis Proton dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah ditemui di kawasan Sungai Trolak di Kampung Batu 4, Slim River, Perak.


Difahamkan, kunci kenderaan itu ditemui anggota unit skuba (Unit Forensik) PDRM, kira-kira jam, 11.20 pagi, pada Isnin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/


#AWANInews



MALAYSIAKINI PANGGE HELMET NI ULAMAK?


 Al maunnah kepala helmetb7 inci.



PMX KENTAL SOKONG PALESTINE


.ISLAH


 PMX berpendirian tegas dan konsisten dalam menyokong perjuangan Palestin. Tuduhan pembangkang bahawa PMX bersikap pro-Zionis adalah tidak berasas dan berniat jahat. Kenyataan PMX di hadapan Canselor Jerman jelas menentang segala bentuk penjajahan, apartheid, dan pembersihan etnik, termasuk tindakan zalim terhadap rakyat Palestin.



Malaysia terus mengekalkan solidariti walaupun diancam oleh kuasa asing, menegaskan komitmen kita untuk mempertahankan kebebasan dan hak asasi rakyat Palestin. Di pentas antarabangsa, PMX tidak gentar mengutuk Israel atas pelanggaran serius hak-hak Palestin.



BERAPA KALI DAAA.


. Desa HM


 Hari tu dah hantar representasi, tapi ditolak oleh mahkamah.



Hari ni elok nk mula bicara, ada representasi lagi...dan hakim benarkan. 


Tunggu lagi bulan sept... lps tu setiap kali nk bicara... tangguh lagi...sebab hantar representasi...


Berapa kali mau hantar representasi daaaa...


Nk tanya org undang2... reprentasi boleh hantar smpai berapa ratus kali?... tolak, hantar baru... tolak, hantar baru...


Kalau mcm tu... 40 thn lagi pun tak leh tutup kes ni...


Tak paham aku...


🤔🤔🤔🤔🤔



BIAR BAGI DIA TAK TIDOR NYENYAK.

 

Najib Bakar


Kes Sanusi tangguh lagi daaa. Sebutan kes 27 September. Menandakan apa?


Kerajaan tak campur tangan kes di Mahkamah. ☺️




BERTUBI-TUBI BERITA BAIK EKONOMI MADANI BULAN JULAI 2024*



✍️  Ahmad Mursi


Tahniah PMX, Tahniah Madani, Tahniah PH-BN-GRS-GPS. Alhamdulillah.


1.  KDNK Malaysia meningkat 5.8% suku kedua 2024. Suku pertama 4.2%. Melebihi jangkaan ekonomis. 19 Julai 2024.


2.  Ringgit kini menjadi matawang yang mempunyai prestasi terbaik di Asia selepas rupee India. ~ 13 Julai 2024.


3.  FBM KLCI BURSA mencecah paras tertinggi dalam 3 tahun lepasi halangan psikologi 1,630. Sasaran 1,700 akhir tahun ini~ 15 Julai 2024.


4.  JP Morgan naikkan rating Malaysia dari 'underweight' menjadi 'neutral' pertama kali sejak 6 tahun dengan apa yang mereka sifatkan perkembangan ekonomi yang 'memeranjatkan'. 11 Julai 2024.


5.  Forbes memuji pembaharuan yang dilakukan Malaysia sedang mengarahkan ekonomi Malaysia ke arah pertumbuhan tinggi dan nilai tinggi di bawah kepimpinan PMX. 11 Julai 2024


6.  Nilai dagangan Malaysia naik 8.7 peratus kepada RM1.158 trilion pada June 2024. Trend menaik sejak Jan 2024. ~ 11 Julai 2024.


7.  Harga Sayur turun 20%. ~ 19 Julai 2024.


8.  OPR Kekal 3% untuk kali Ke-7 berturut-turut. 11 Julai 2024.


9.  Malaysia dalam landasan untuk menjadi pasaran data centre ketiga terbesar di Asia. ~ 16 Julai 2024.


10.  Ringgit mula menunjukkan peningkatan berbanding Singapore Dollar sejak enam bulan lalu. ~ Julai 2024.


11.  RM250juta berjaya diselamatkan dari ketirisan sebulan selepas rasionalisasi diesel dilaksanakan - Menteri Kewangan II. 15 Julai 2024.


https://www.facebook.com/ahmursi/posts/pfbid0TAKeSozKue4smriTuqK6SurZ6JZj7sunHhHzRUGXBG3XQ5zNgskefBiC2KaKSRkul



JANGAN BERMAIN-MAIN DENGAN DOA KERANA IA ADALAH SUATU YANG MAHAL



Doa adalah komponen ibadah. Ia adalah senjata orang mukmin. Orang tidak berdoa kepada Allah adalah orang yang sombong. Namun bukan semua perkara dan di semua tempat boleh untuk kita berdoa.


Orang yang dizalimi (mazlum) boleh mendoakan hukuman Allah turun ke atas orang yang menzaliminya. Doa orang yang mazlum mustajab di sisi Allah hatta orang yang kafir ke atas penzalim yang Islam. Terdapat banyak nas-nas syarak yang mencatatkan Baginda SAW mendoakan kehancuran ke atas musuh-musuh Islam di samping turut berdoa agar sebahagiannya diberikan hidayah dan menjadi lunak kepada Islam.


لا يُحِبُّ اللَّهُ الْجَهْرَ بِالسُّوءِ مِنَ الْقَوْلِ إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ وَكَانَ اللَّهُ سَمِيعًا عَلِيمًا

Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui (Al-Nisa' : 148).


Berdasarkan ayat tersebut, Ibn Kathir melaporkan bahawa Ibn Abbas menyatakan, Allah SWT tidak menyukai seseorang mendoakan kemusnahan terhadap seseorang kecuali dia sememangnya dizalimi. Ini kerana Allah memberikan rukhsah boleh berdoakan ke atas orang yang menzaliminya berdasarkan nas  إِلَّا مَن ظُلِمَ ۚ. Namun jika dia dapat bersabar, itu lebih baik. Sabar lebih baik daripada mendoakan kemusnahan.


Kemustajaban doa orang mazlum adalah kerana dia benar-benar dizalimi seperti haknya dirampas, tidak terbela atau dikesampingkan dengan sewenang-wenangnya, bukan kerana persepsi atau rasa dizalimi walaupun hakikatnya tiada pun kezaliman sebenar berlaku. Sebab itu, kadang kala seseorang itu tidaklah mazlum di sisi Allah walaupun kelihatannya dia zalim. Mungkin juga orang zalim merasakan dia berlaku adil, walhal di sisi Allah sememangnya dia zalim. Kedua-dua kena berwaspada. 


Barang harus diingat bahawa walaupun takrifan zalim itu jelas tetapi keberlakuan zalim dan keterasaan dizalimi itu sangat subjektif. Kadang-kadang kelihatan kezaliman berlaku kepada kita tetapi sebenarnya kita yang menyebabkan secara tidak langsung punca kezaliman terjadi. Contohnya, membuka gerai niaga tepi jalanraya yang tidak dibenarkan majlis bandaran, apabila ianya dirobohkan tanpa notis, maka sesetengah pihak mendakwa pihak berkuasa bertindak zalim. Ini selalunya dieksploitasi orang politik untuk menunjukkan mereka membela rakyat. Tetapi dalam kes ini, kita terlupa bahawa orang berniaga itu telah mengambil hak umum tanpa kebenaran walhal itu juga satu kezaliman. Mencari rezeki yang halal sememangnya satu tuntutan. Tetapi menghormati undang-undang juga satu tuntutan syarak. Jangan bersikap selektif terhadap apa yang menguntungkan kita sahaja. Ini sikap yang tidak betul.


Begitu juga dalam kes tauliah mengajar, apabila pihak berkuasa agama menegah pengajaran politik bersifat kepartian, mengajar fahaman yang menyalahi mazhab rasmi, menyampaikan syarahan bertentangan fakta yang betul, maka apabila tauliah mengajar sesetengah asatizah ditarik, pihak berkuasa agama selalu dituduh zalim dan menyekat perkembangan Islam. Walhal kita terlupa semasa berkuliah, tidak membuat persiapan rapi di mana syarahan hambar disampaikan. Kezaliman turut berlaku kerana ianya berbayar menggunakan wang masjid/surau sebaliknya jemaah tidak mendapat faedah ilmu yang betul.


Satu perkara yang saya risaukan ialah seandainya kita mendoakan kehancuran ke atas orang lain dalam keadaan sebenarnya kita yang tidak berlaku adil kepada mereka, maka kita sebenarnya yang zalim.  Adakah Allah akan menerima doa orang yang merasa dirinya dizalimi sedangkan dia bersikap tidak adil kepada orang lain?. Sudah tentu tidak, kerana Allah Maha Adil dalam melayani keperluan semua hambaNya. Begitu juga, jika tiada apa-apa berlaku selepas berdoa, bukan bermakna doa itu tidak makbul atau diabaikan Allah. Akan ada balasannya, kalau tidak di dunia, akan kena di akhirat.


Persepsi kezaliman pada pihak lawan juga suatu perkara yang abstrak. Analogi mudah boleh diberikan iaitu poligami yang sering dikaitkan dengan "kezaliman" para suami terhadap perasaan isteri mereka. Cubalah kedua-dua suami ieteri itu saling berdoa kepada Allah untuk lihat doa siapa yang Dia makbulkan. Katakanlah suami berjaya tambah isteri, adakah bermakna beliau adalah suami yang termazlum akan hak tambah isteri, telah dimakbulkan Allah?. Adakah ianya juga bermakna si isteri yang sebenarnya zalim kerana berdoa agar Allah menggagalkan poligami suaminya?. Dalam isu ini kezaliman hanya persepsi pihak yang berdoa tetapi di sisi Allah mungkin sebaliknya yang berlaku. Kes poligami ini sekadar contoh sahaja ya. Boleh abaikan jika ada pihak tersakiti. 


Doa adalah suatu yang mahal dan berharga. Justeru janganlah digunakan untuk sesuatu yang remeh dan tidak dipastikan kezalimannya. Kerana itu, yang lebih afdhal ialah mendoakan kebaikan kepada semua pihak dan memohon supaya Allah menjaga hak kita mengikut cara yang Dia inginkan.


حسبي الله و نعم الوكيل


Dr HK

22.7.2024



SEMOGA DOK DALAM- [LANGSUNG] Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah | 22 Julai 2024



Perbicaraan kes Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.





Menjawab Isu Fitnah Kepada Kerajaan & Menteri Wilayah Persekutuan Berkai...

Awang Bemee yang dicadang oleh PM Anwar Ibrahim dilantik sebagai Yang Di...

BUAT IBADAT PUN KENA SCAM.


Scam No One


 𝐒𝐈𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐈𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐍𝐈𝐍



Kesemua syarikat yang menawarkan khidmat Badal Haji murah mempunyai modus operandi yang sama.


Kononnya warga Islam Indonesia yang menetap di Saudi mengambil upah lakukan ibadah Haji.


Memang benar ada penglibatan rakyat Indonesia.


Namun penglibatan mereka bukan sebagai individu yang lakukan ibadah Haji, tatapi sebahagian daripada skim penipuan.


Lebih malang, penipuan 𝐁𝐚𝐝𝐚𝐥 𝐇𝐚𝐣𝐢 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧 mengambil satu langkah ke hadapan dengan pergunakan 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐉𝐨𝐡𝐨𝐫 (𝐉𝐀𝐈𝐍𝐉) sebagai endorsement.


📍𝐄𝐒𝐓𝐀𝐁𝐋𝐈𝐒𝐇𝐄𝐃 𝐅𝐀𝐂𝐓𝐒📍


Maksud established facts ialah kebenaran yang tidak boleh lagi dipertikaikan.


Ianya satu kebenaran bahawa permit Haji ialah SR 3000, lebih kurang RM 4 800.


Ibadah Haji merupakan ibadah dalam bentuk perbuatan dan ianya melibatkan beberapa tempat perlaksanaan iaitu Masjidil Haram, Arafah, Mina dan Muzdalifah.


Maknanya perlu juga keluarkan kos pengangkutan selain daripada penginapan.


Macam-macam pakej harga Badal Haji yang ditawarkan di Malaysia.


Semuanya 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐑𝐌 𝟓 𝟎𝟎𝟎.


Kita ambil contoh pakej yang ditawarkan oleh 𝐀𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢𝐧, RM 2 500.


Penipuan Badal Haji berkembang pesat sehingga tubuhkan cawangan hampir di setiap negeri.


Pengurus cawangan di setiap negeri mesti penuhi quota, maka ramailah agent dilantik untuk memburu mangsa.


Jika agen dapat close deal, commission kepada agent ialah RM 500 dan pengurusan cawangan pula dapat RM 700.


Dengan bayaran RM 2 500, baki yang tinggal untuk upah Haji hanyalah RM 1300.


Langsung tak masuk akal, harga teksi untuk bergerak pun tak lepas.


Itu belum lagi ditolak free gifts.


Berapa commission yang dibayar untuk pengurus dan agent Al Hanin kami belum dapat kepastian.


Semestinya besar juga sebab penipuan Badal Haji tidak perlukan modal.


 

📍𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐃𝐎𝐍𝐄𝐒𝐈𝐀📍


Siasatan kami mendapati Syarikat Badal Haji 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧 dan 𝐀𝐥 𝐑𝐢𝐝𝐳𝐮𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐚𝐦𝐚𝐢𝐧 menggunakan MO yang sama, iaitu penglibatan warga Indonesia.


Memang benar, ada penglibatan rakyat Indonesia, namun bukan sebagai pelaku ibadah tetapi sebahagian daripada komplot penipuan.


Rata-rata yang terlibat ialah warga 𝐈𝐧𝐝𝐨𝐧𝐞𝐬𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐋𝐨𝐦𝐛𝐨𝐤.


Kepala tycoon yang jadi tali barut penipuan Badal Haji di Saudi bernama 𝐋𝐚𝐥𝐮 𝐌𝐮𝐬𝐭𝐚𝐟𝐚.


Setiap musim Haji, kumpulan tersebut menguruskan ratusan malah ribuan Badal Haji tetapi hanya melibatkan beberapa individu sahaja.


Jumlah mereka yang terlibat dimuatkan hanya dalam satu bas.


Memang ada rombongan rakyat Indonesia terlibat memasuki kawasan perlaksanaan Haji.


Mereka sewa bas ramai-ramai ke sana dengan mengambil gambar sebagai bukti.


Setiap individu rakyat Indonesia yang terlibat membawa sehingga seratus nama.


Setelah mengambil gambar dengan nama waris terpampang, laku dihantar kepada pelanggan berkenaan.


Pelanggan pun ucap Alhamdulillah.


Hakikatnya, satu individu mengambil gambar dengan berpuluh nama.


Bukti video untuk perlaksanaan setiap rukun Haji hanya tinggal janji.


Hanya ada video ramai-ramai memasuki Arafah.


📍𝐏𝐄𝐍𝐆𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐈𝐍𝐉📍


Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐬𝐮𝐧𝐠.


Dato’ Mufti tiada sebarang pengetahuan mengenai penipuan yang dilakukan.


Ianya hanya melibatkan seorang individu yang berkhidmat dengan JAINJ dan juga merupakan kawan baik 𝐙𝐮𝐥𝐫𝐚𝐡𝐢𝐦, 𝐨𝐰𝐧𝐞𝐫 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥 𝐇𝐚𝐧𝐢𝐧.


Nama individu tersebut ialah 𝐊𝐡𝐚𝐥𝐢𝐥 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐚𝐭𝐚𝐫.


Semasa Khalil berkhidmat di Bahagian Penyelidikan, dia sediakan proposal bagaimana Badal Haji dilakukan untuk JAINJ.


Proposal Khalil mempunyai tiga matlamat:


1. Cuba perdaya JAINJ untuk keluarkan Sijil Pengesahan bagi Badal Haji yang diuruskan oleh Al Hanin dan beberapa Syarikat yang lain

2. Menghalalkan penipuan Badal Haji Al Hanin

3. Habuan dari Zulrahim


Hakikatnya, khidmat ibadah Haji atau secara spesifik Badal Haji bukanlah kepakaran JAINJ.


Ianya diakui sendiri oleh 𝐒𝐒 𝐃𝐚𝐭𝐨' 𝐌𝐮𝐟𝐭𝐢 𝐇𝐣 𝐘𝐚𝐡𝐲𝐚 𝐁𝐢𝐧 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝.


Selepas Al Hanin mendapat pengiktirafan JAIJN, tiba-tiba Khalil keluarkan Toyota Harrier brand new berwarna hitam dengan nombor plate 𝐉𝐕𝐉 𝟗𝟓𝟗, tapi atas nama orang lain.


Merujuk kepada 𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐥𝐢𝐬𝐡𝐞𝐝 𝐟𝐚𝐜𝐭𝐬, kos Badal Haji kurang dari RM 5 000 semestinya satu penipuan.


Maknanya, JAIJN perlu menolak proposal tersebut awal-awal.


Sebaiknya, JAIJN menilai semula endorsement yang diberi kepada syarikat-syarikat yang menawarkan Badal Haji pada harga rendah dari RM 5000.


📍𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀 𝐙𝐔𝐋𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌?📍


Zulrahim ialah makhluk yang tidak punyai rekod cantik.


Siasatan kami dapati restoran Nasi Arab dibuka dari pelaburan rakan dan kenalan.


Namun duit pelaburan tidak dikembalikan.


Pada January 2023 Zulrahim masih lagi berstatus bankrupt sebab tak bayar hutang CIMB.


Hairan juga, macam mana makhluk yang bankrupt boleh menjelajah ke luar negara.


Mengikut auta Zulrahim, dia diberi kebenaran atas peruntukan sebagai travel agent.


Setahu kami, syarikat Sdn. Bhd. yang didaftarkan atas nama adik beradik tidak mempunyai lesen Travel Agency.


📍𝐊𝐄𝐒𝐈𝐌𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍📍


Nak tuduh kami fitnah, silakan.


PW dah lali dengan tuduhan penyebar fitnah dan tohmahan.


Hakikatnya Badal Haji bawah RM 5000 satu penipuan terang-terangan bukan sahaja diakui oleh Tabung Haji, malah pelajar-pelajar Malaysia dan juga warga Malaysia yang menetap di Saudi.


Pelajar Malaysia dan warga Malaysia yang menjadi penduduk tetap di Saudi berkongsi info dengan kami.



KEH.. KEH.. KEH.. . APA LA HANG PUNYA TOYAMATMIN.


Che Ibrahim. 


 Chang adalah jenama kepada arak, saing ambo tu pakai baju jah, takkan nak kecam juga?? 


Orang bagi saya pakailah, Katanya sambil tersenyum....





DOKTRIN DITANAM DALAM KEPALA ANAK MUDA.


Rosly Yusof


 Ini namanya doktrin yang di sumbat dalam pemikiran orang tak kiralah agama apa sekali pun iaitu asalkan kita sokong sekian-sekian maka kita boleh buat apa saja kerana akhir sekali kita akan masuk syurga.



Saya pernah tanya seorang Tik Tokers yang sedang buat live pada waktu maghrib, "tak berhenti sembahyang dulu ka?", dia jawab balik "walaupun kami tak sembahyang tapi kami sokong ulama"


Akhirnya dunia ini akan hancur dengan doktrin begini kerana asalkan kita jadi penganut agama sekian-sekian walaupun makan rasuah, buat fitnah, zalim, menipu dan segala kejahatan ianya tak perlu risau sebab akhirnya kita tetap masuk syurga.


Ini yang di maksudkan oleh Karl Marx "Agama itu candu bagi masyarakat."



WOIIII.. TAK DAK KERJA KA.?


W. Faudzin


 Bila pembangkang dah takde kerja.  Ntah berapa kali dok ratib turun..turun...turun...dari Dubai sampai ke Tambun dok ratib.....last sekali baca Qunut Nazilah....




MASA KAU BACA DOA. BUKAN DALAM SOLAT PUN. SOAL BLACKROCK ZAMAN PAS ADA DALAM KERAJAAN KAU TAK SEMBANG PUN. KELANTAN ADA BLACKROCK. NAMPAK KO NI MENGELIRUKAN MASYARAKAT.


 


BETOI KA 5.8%.. BAIK PERCAYA HARAKAH. LEBAI PUNYA AKHBAR....


 

PENDEDAHAN DARI RAKYAT KG SUNGAI BARU! SEMUANYA ADA DEMI WANG RINGGIT?

SIFAT KHAWARIJ


Mohd Fairul Al Qasas


 Antara punca kesesatan dan seterusnya mengamalkan sifat khawarij kafir mengkafirkan ialah apabila mereka membuang al-Quran dalam diri mereka iaitu apabila tidak melakukan tabayyun dan menyebabkan otak mereka tidak digunakan sebaiknya sehingga percaya kepada sumber palsu.




PEMBALASAN

 






Zuwairi Md Yusof


Ingatan tegas dan keras buat semua PIMPINAN PN PAS dan BERSATU yang di ketuai MAHIADDIN dan HADI AWANG di nasihatkan pula oleh MAHATHIR selaku PUNAHSIHAT PN di 4 negeri.MULUT jangan cabul,TINDAK TANDUK jangan melampau.QUNUT NAZILAH anda ramai2 di parlimen tuju pada seteru politik berbalik kepada kalian sendiri di MARANG,TERENGGANU tempat HADI bersarang jadi MP puluhan tahun.ULAR pun di terbangkan ribut ambillah ingatan dari ALLAH SWT ini.


"Bacaan Qunut Nazilah di Parlimen baru-baru ini di buat di luar Solat, bukan ketika Perang dan bukan juga kerana Musibah yang menimpa umat Islam secara umum."


Qunut Nazilah pernah di baca oleh puak Khawarij kepada Khalifah Ali RA kerana tidak berpuas hati dengan ijtihad Khalifah ketika itu untuk berdamai dengan Mua'wiyah RA.Sekarang PN PAS,BERSATU tak puas hati pula SPEAKER JOHARI ABDUL yang tak memihak agenda jahat kamu ya?Demikianlah sejarah berulang, cuma orang sahaja berbeza.


YDPA16 suruh PN bergabung dengan PH bentuk kerajaan pusat kamu tolak mentah2 dengan bongkak dan sombong.Anwar mahu berdamai dan meneruskan agenda memulihkan negara PN tolak tanpa fikir panjang sekarang kamu tunggang ISLAM untuk mencela dan mengkafir seteru politik kamu.MADANI bawa politik PERPADUAN tetapi PN bawa politik PERPECAHAN.Anda pilihlah baik2 nanti PRU16.




PANDAI NAK BAGI RASUAH

 


Seorang buruh warga Myanmar didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah memberikan suapan RM250 kepada seorang pegawai polis minggu lepas.



Mohammad Shakir Mohammad Zokoria, 27, didakwa memberikan suapan wang itu kepada seorang inspektor yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun pada 15 Julai di Balai Besar Alor Tempoyak, Dungun.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



PROGRAM "SELAMATKAN MALAYSIA" DAN "LAWAN ANWAR" USAHA BODOH DAN LUCU





Beberapa bulan yang lalu, mamat musiBard telah mewar-warkan himpunan rakyat di Dataran Merdeka dengan berbaju kuning.  Kawasan dipilih itu amat luas kerana dia yakin rakyat akan turun beramai-ramai.  Hasilnya, kita saksikan sekitar 50 orang hadir termasuk wartawan.  Sekali pandang macam program promosi "Digi" kerana baju kuning dengan belon-belon kuning yang lebih banyak dari peserta himpunan.  Melucukan.


Bila gagal, seperti biasa Mamat musiBard ini memberitahu wartawan, peserta tidak ramai kerana kami tidak mensasarkan ramai yang hadir, cuma sebagai amaran pertama buat Anwar, katanya.  Selepas ini, barulah kita kerah ramai yang akan turun, kata MusiBard dengan muka merah padam.  Jika dah rancang berhimpun tidak ramai, mengapa pilih Dataran Merdeka?  Bukankah lebih baik berhimpun di tapak parking Sogo?  MusiBard pun jawab, err...errr...errr ...Lucukan ?


Pastu, buat pula kempen berhimpun depan pagar istana Agong.  Jual nama kononnya Agong dah ready nak jumpa Mahathir saka dan pimpinan2 pengkhianat nasional (PN). Bagitahu ramai, Anwar akan diturunkan.  Tidak sampai seratus orang yang jadi bodoh berhimpun di depan pagar Istana.  Pemimpin yang hadir hanya Mahathir saka saja, itu pun sekitar 20 minit Saka tua larat berdiri di tepi pagar.   Yang lain, balaci saka tua termasuk MusiBard yang siap pakai baju melayu lengkap kononnya nak mengadap Agong.  Rupa-rupanya hanya berkumpul tengah panas dan makan nasi bungkus tepi longkang.  Bila ditanya kenapa kehadiran mengecewakan walaupun dengan kehadiran Saka tua?  Sekali lagi dengan wajah merah padam dan mulut terjuih (pinjam kata Salim Parpukari), MusiBard jawab, "Ini amaran pertama buat Anwar, jika gagal letak jawatan, kami akan berhimpun lebih besar lagi," katanya.  Lucu kan?


Berhimpun pulak di hadapan Seri Perdana.  Lawan Anwar.  Semua orang tahu, PMX semenjak angkat sumpah tidak pernah duduk di kediaman resmi PM yang telah diubahsuai oleh Din cirit dengan belanja RM38 juta itu.  Maka, geng2 MusiBard, YB Viral dan Dayang ku Intan penjual tayar buruk itu berhimpun di hadapan Seri Perdana disaksikan oleh pak2 guard dan tukang kebun Seri Perdana selain dari beruk2 atas pokok di situ.  Kehadiran kali ini dikatakan seramai 150 orang yang rata2 berteduh bawah pokok.  Terjerit2 dua tiga ekor bawah bumbung umpama anjing kurap kelaparan.  Sekali lagi bila ditanya, mengapa himpunan yang dirancang berbulan2 itu sendu?  Sekali lagi diberitahu, ini amaran pertama buat Anwar.  Berapa banyak "amaran pertama daaaa..." Lucu kan?


Paling best, himpunan umpama "family day" itu dijadikan rebutan oleh YB Viral, Dayang penjual tayar buruk dan MusiBard.  Masing2 mahu "claim" mereka yang punya idea buat program hampeh itu.  Bergaduh sakan puak2 itu.  Maklumlah, nak claim kos jugakkan?  


Selepas ini, mahu berhimpun kat Permatang Pauh dan kat Tambun pula.  Kononnya mahu datang kawasan Anwar.  Ingat Anwar hairan? Ingat Anwar goyang dengan kerja bodoh kamu?  Mahathir saka tua karala itu pun Anwar lawan, setakat geng MusiBard kaki dedak ini cukup dengan budak2 AMK ranting je.  


Rakyat tahu, program selamatkan Malaysia itu hakikatnya adalah program "Selamatkan anak menantu" masing2.  Hanya yang bodoh saja akan terpedaya.  


WFAUZDIN NS