PMX BERTEMU PEMAIN SEPAKTAKRAW


 Hari ini saya berpeluang bertemu dengan pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah memenangi pingat emas dan merangkul gelaran juara berganda dalam Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw Tahun 2024 pada Mei lepas.









Antara perkara yang dibincangkan semasa pertemuan ini ialah keperluan mewujudkan stadium sepak takraw negara, status sukan sepak takraw sebagai sukan bukan teras, peluang melanjutkan pelajaran serta kerjaya dan kebajikan atlet sepak takraw.


Dalam pertemuan ini, saya turut umumkan pemberian imbuhan kemenangan sebanyak RM10,000 untuk setiap pemain dan jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan. 


Sekalung tahniah dan penghargaan tertinggi buat seluruh anggota pasukan sepak takraw kebangsaan yang telah mengharumkan nama negara serta melonjakkan imej serta standard sukan sepak takraw kebangsaan di persada dunia.


==============


Today, I am honored to meet the national sepak takraw team, which won the gold medal and the title of double champion at the 2024 Sepak Takraw World Cup Championship last May.


Among the matters discussed during this meeting were the need to establish a national sepak takraw stadium, the status of sepak takraw as a non-core sport, opportunities for further education, and the career and welfare of sepak takraw athletes.


#MalaysiaMADANI



No comments: