Jenayah kejam paling jarang ditemui – Hakim
Mahkamah Rayuan menyifatkan pembunuhan Zulfarhan Osman tujuh tahun lalu, sebagai jenayah kekejaman yang paling jarang ditemui.
Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail yang mempengerusikan panel tiga hakim bersama-sama Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin, berkata kejadian itu berpunca daripada perbuatan tertuduh pertama hingga keenam.