DALAM DEWAN TUDUH PEGAWAI KWSP. ITU KAREKTOR PEMBULI. .

 




Shahredzan Johan


YB Machang, dalam Dewan, menamakan seorang pegawai KWSP sebagai, antara lain, mempunyai “karektor pembuli” dengan merujuk kepada suatu surat layang.


Ini jelas tercatat dalam penyata rasmi Dewan Rakyat atau hansard.


Beliau tidak boleh disaman oleh pegawai KWSP yang dinamakan itu, kerana imuniti Parlimen. 


Bayangkan, nama anda selamanya tercatat dalam sejarah Parlimen sebagai “karektor pembuli” dan “dalang”. 


Adakah ini adil buat yang dinamakan?


Saya tidak kenalpun orang itu. Surat layang itupun saya tidak tahu kesahihannya. Tetapi jika kita tidak pasti, janganlah kongsi.


Apatah lagi mengulanginya sambil diselubungi imuniti.


Saya tahu apa rasanya difitnah.


Bezanya, orang yang fitnah saya tak sebut dalam Dewan.


Maka dia tidak ada imuniti. 

Maka saya boleh saman untuk tegakkan hak saya.


Bayangkan orang fitnah awak, tapi awak tak boleh buat apa.


Episod ini menjadi pengajaran untuk saya juga, sebagai Ahli Parlimen baharu, untuk sentiasa ‘fact check’ apa yang saya tuturkan.


Ya, Ahli Parlimen ada kekebalan.


Tetapi itu tidak bermaksud kita bebas daripada tanggungjawab. Setiap yang keluar dari mulut kita, kita bertanggungjawab untuknya.



No comments: