SELALULAH LIHAT KEBAIKAN

 

Pandulah kehidupan dengan selalu melihat kebaikan, segala keburukan yang datang anggaplah ia sebagai ujian terutamanya bagi minda untuk melihat hikmah di sebaliknya.



Dalam kita beragama, kita dididik dengan iman bahawa adanya qada, daqar, dosa dan pahala.


Dalam kehidupan pula kita diajar untuk berdikari dengan sifat sabar, ikhlas, ikhtiar dan tawakkal.


Demikianlah sebuah Agama yang maha sempurna sarat dengan didikan ruhani dan jasmani, semua itu adalah aturan Tuhan untuk setiap hambaNya agar istiqamah atas Agama dan syariatNya.


Miqdad Zakaria 

Mantin, N9



No comments: