PH DI TEMPAT KETIGA, PENGUNDI ATAS PAGAR LARI – RAFIZI

  

RAKYAT PERLU DIYAKINKAN PERJUANGAN PH TIDAK BERUBAH – IZZAH


PENGUMUMAN PM MEMBEKUKAN AKAUN SUAMI CULAS MEMBAYAR NAFKAH ISTERI DICERAIKAN: RUJUK FAIL INISIATIF PH SEJAK 2018-2019




1. Salah satu inisiatif memartabatkan Mahkamah Syariah semasa saya diamanahkan bawah kerajaan PH ialah memastikan tindakan susulan keputusan Mahkamah Syariah terhadap isteri yang diceraikan dapat dikuatkuasakan. Ini termasuk membekukan akaun suami yang culas termasuk tuntutan KWSP suami.

2. Setakat ini keputusan Mahkamah Syariah di bawah akta Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai keputusan yang terikat di bawah akta. Keputusan Mahkamah Syariah seolah tidak diiktiraf bagi tindakan kuatkuasa dan ini sangat menyedihkan kerana ia menjejaskan hak para isteri yang diceraikan tanpa pembelaan terhadap keperluan nafkah mereka. Semua kes cerai melibatkan umat Islam ditentukan keputusan penghakimannya oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara.

3. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) abwah Menteri Agama telah dipertanggungjawabkan untuk berunding dan menyelaras dengan bahagian undang-undang Bank Negara dan Kementerian Kewangan supaya dibuat pindaan bawah Kementerian Kewangan. Inisiatif ini bagi menjaminkan keputusan Mahkamah Syariah diktirafi secara berakta untuk tindakan membekukan akaun suami yang gagal memenuhi nafkah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

4. Saya harap Perdana Menteri yang isytiharkan tindakan membekukan akaun suami yang culas membayar nafkah isteri yang diceraikan perlu ada komitmen untuk buat pindaan di parlimen supaya akta bawah Kementerian Kewangan mengiktirafi keputusan Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Tanpa pindaan saya anggap PM hanya beretorik semasa PAU untuk sokongan politik. Beliau hanya perlu rujuk kepada JKSM yang telah pun memulakan usaha ini semasa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin diperkenalkan pada tahun 2018.

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

21 March 2022

 

IDEA ISMAIL SABRI TIRU IDEA DR MUJAHID




Hebat Isnail nak bekukan akaun bank suami yang gagal bayar nafkah.

Tapi sebenarnya tak hebat mana pun sebab idea copy paste je. Idea asal daripada Dr. Mujahid sejak tahun 2018 lagi.

Dah hampir 4 tahun punya idea. Di mana maruah kamu wahai Isnail? Dah terdesak sangat ke? Guane boh?

Raja Gelap

 

PAS KUAT MENYALAK

 





MOHD SHAH RIM


Kerana PAS adalah Anjing

UEC ni memang ada dalam manifesto BN. Tak hairan langsung.

Yang celakanya masa PH memerintah dulu benda ni diapi-apikan jadi isu perkauman dan jadikan DAP sebagai sasaran.

Yang paling kuat menentang jawi pun MCA dan Dong Zong masa tu, tapi biasalah, DAP juga yang kena.

 

ORANG SAMA DAPAT TANAH BERTIMPA TIMPA

 


HUSAM MUSA


Tanah Kelantan -

Orang Sama Dapat Keuntungan Bertimpa-Timpa?

The Star pada 3 Jan 2022 melaporkan syarikat Lotus KFM telah membeli dari syarikat Ladang Lojing Sdn Bhd sebidang tanah seluas 1,000 hektar atau bersamaan 2,700 ekar yang diluluskan oleh Yayasan Kelantan atau YAKIN - dengan harga RM 9.17 juta.

Syarikat Ladang Lojing Sdn Bhd antara lain dimiliki oleh se orang penama yang sama yang disebut oleh media dengan kelulusan 7,500 ekar tanah untuk penanaman durian Musang King di Gua Musang.

Berita pertama terbit pada 3 Jan 2022. Dapat RM 9.17 juta tunai jual tanah 2,700 ekar. Si A ada bahagian bersama dua lain.

Berita kedua terbit pada 25 Feb 2022. Kelulusan tanah 7,500 ekar. Si A - orang yang sama ini ada bahagian dalam kelulusan itu.

Tak bolehkah Anak Kelantan lain dapat bahagian? Asyik orang sama? (Orang tu la je dapat tanah?)

======

Lotus KFM ventures into logging business with RM21.65mil deals

• CORPORATE NEWS

• Monday, 03 Jan 2022

Lotus KFM said its wholly-owned subsidiary Lotus Plantation Sdn Bhd last Friday inked a deal to buy Ladang Lojing Sdn Bhd from Lee Lip Khang, Datuk Roshaimi Razak and Kho Sau Hong for RM9.17mil cash.

KUALA LUMPUR: Lotus KFM Bhd has proposed to buy two companies with rights over forest reserve land in Perak and Kelantan for RM21.65mil cash.

The group said its wholly-owned subsidiary Lotus Plantation Sdn Bhd last Friday inked a deal to buy Ladang Lojing Sdn Bhd from Lee Lip Khang, Datuk Roshaimi Razak and Kho Sau Hong for RM 9.17mil cash.

The deal will see Ladang Lojing, upon the issuance of titles, leasing forest reserve land measuring 1,030.44 ha from Yayasan Kelantan Darulnaim for 66 years, with an option to renew for a further 33 years, starting from the date where possession is delivered to Ladang Lojing.

 

SELEPAS GENTING , KINI SAFURA PULA ?

 

Selepas Genting Hong Kong muflis rugi Rm2.6 billion...tiba pula giliran Sapura Energy Rugi rm8.9 billion..shared holders majority PNB dan KWSP..1MDB baru nak bayar bunga hutang Rm17 billion..Datang lagi musibah baru..Hidup melayu hidup Islam..

Duit simpanan Rakyat golongan elite menjarah meratah merogol sesuka Hati..Rugi saja bailout company jual saja kepada China habis cerita..


Waktu mereka untung..apa rakyat dapat ?

Bila mereka rugi dan menjejaskan kepentingan kroni negara dan rakyat disyorkan membantu


Itulah BN PN





ANDA SUDI MEMILIH BELIAU ? KATAKAN TIDAK.


 www.zunar.my

KONVOI KERETA MEWAH SEKAT JALAN SEBAB INI



PETALING JAYA – Tindakan konvoi kereta mewah menghalang lalu lintas di sebuah lebuh raya mendapat kecaman pengguna media sosial. Sebuah rakaman video berdurasi 22 saat memaparkan kejadian itu telah dirakam seorang pengguna TikTok sebelum dikongsi di Facebook Dash Cam Owner Malaysia. Bagaimanapun, di mana lokasi kejadian itu berlaku tidak dinyatakan oleh pemilik video tersebut. Menerusi ruang komen mendapati, orang ramai berang dengan tindakan pemandu-pemandu tersebut yang dianggap membahayakan pemandu lain. Tindakan konvoi itu juga dikatakan menyebabkan kesesakan lalu lintas di lebuh raya tersebut. Bagaimanapun, ada sesetengah pengguna media sosial mendakwa, konvoi tersebut berbuat demikian kerana mahu menyekat seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda yang dikatakan telah melanggar salah sebuah kenderaan mewah itu. “Sportcar semua block (sekat) kenderaan 4X4 sebab mabuk lepastu langgar Lambo Aventador hijau, itu cerita sebenar,” kata Kimiyy. “Ikut dari satu cerita, mereka terpaksa buat macam itu sebab pemandu 4X4 mabuk dan langgar salah sebuah kereta. Mereka tak nak kemalangan dan ada mangsa akibat sikap tak bertanggungjawab pemandu itu,” kata Aisya. “Mabuk itu satu hal, geng yang menyemak di jalan pun satu hal. ‘Test power’ lah, konvoi sampai sekat laluan orang, ini yang kita nampak, yang tak nampak?,” soal Saliwa. “Harap polis dapat tahan mereka. Kalau betul pemandu itu sebabkan kemalangan, jangan ambil tindakan sendiri,” kata Fareez. – KOSMO! ONLINE


MoU dengan pembangkang bawa kestabilan politik, kata PM

 


Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kanan) beramah mesra
 bersama ahli perniagaan Malaysia di Vietnam pada Majlis Perjumpaan
 bersama Keluarga Malaysia di Vietnam hari ini. Turut sama Ketua
 Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Vietnam Neermal
 Shunmugam (kanan). (Gambar Bernama)

HANOI: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata politik di Malaysia adalah stabil ketika ini dan beliau yakin lebih banyak pelaburan luar akan memasuki negara.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan, Ismail berkata buat julung kalinya pembangkang dan kerajaan boleh duduk bersama untuk berbincang isu berkaitan negara.

Beliau berkata berikutan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara kerajaan dengan pembangkang, walaupun terdapat perbezaan pandangan pembangkang tidak terlalu emosional dan mereka menyokong kerajaan dalam sidang Parlimen.

“Keadaan politik stabil ketika ini, sebab itu kita yakin lebih banyak pelaburan luar akan masuk ke Malaysia, cuma ramai yang minta diadakan pilihan raya lebih awal. Kita risau juga jika pilihan raya lebih awal, kestabilan mungkin tidak dapat dikekalkan.

“Alhamdulillah, politik kita stabil. Bolehlah balik Malaysia,” katanya dalam nada bergurau yang disambut ketawa kecil para hadirin.

Ismail berkata demikian pada majlis perjumpaan bersama Keluarga Malaysia di sini sempena lawatan rasmi beliau ke Vietnam selama dua hari bermula hari ini.

Menjelaskan perkara itu, Perdana Menteri memberi contoh pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mendapat sokongan majoriti dua pertiga Ahli Parlimen.

“Pindaan Perlembagaan bukan seperti rang undang-undang lain yang hanya perlukan majoriti mudah …untuk pindaan Perlembagaan, mesti dapat dua pertiga majoriti dan undi ini secara individu bukan lebih suara… jadi, keadaan politik adalah stabil,” katanya.

Beliau tiba di sini pada 1.45 tengah hari waktu tempatan dan lawatan rasmi sulungnya sebagai Perdana Menteri Malaysia adalah atas jemputan Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh.

Polis siasat video tular konvoi kereta mewah halang lalu lintas

 

Bernama
Polis siasat video tular konvoi kereta mewah halang lalu lintas
Polis menjalankan siasatan susulan video tular memaparkan kumpulan konvoi kereta mewah yang berhenti di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan, sehingga menghalang lalu lintas, tiga hari lepas. - Foto Sinar Harian/media sosial
KULAI: Polis menjalankan siasatan susulan video tular memaparkan kumpulan konvoi kereta mewah yang berhenti di Kilometer 34, Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, berhampiran susur keluar Sedenak, sehingga menghalang lalu lintas, tiga hari lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tok Beng Yeow berkata kejadian berkenaan berlaku pada pukul 6.10 petang, Jumaat lepas.
Susulan daripada itu, satu laporan telah dibuat di Balai Trafik Iskandar Puteri pada 10.11 malam, hari yang sama, kata Tok.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada sebuah pacuan empat roda Ford Ranger yang cuba memotong konvoi kumpulan kereta mewah secara berbahaya sebelum melanggar salah sebuah kereta itu ketika memasuki lorong kiri.
"Akibat pelanggaran itu, kumpulan kereta mewah terbabit bertindak memberhentikan kenderaan mereka di tengah-tengah lebuh raya berikutan rasa tidak berpuas hati dan menyebabkan berlaku perselisihan faham di antara mereka di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tok berkata kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Merusuh) yang boleh membawa hukuman dua tahun penjara atau denda dan Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang boleh membawa hukuman maksimum lima tahun penjara dan denda maksimum RM15,000, jika disabit kesalahan.
Terdahulu, video berdurasi 45 saat itu memaparkan aksi pemanduan secara berbahaya oleh sebuah pacuan empat roda Ford Ranger yang cuba memotong kumpulan konvoi kereta mewah berkenaan di lorong kiri sebelum melanggar salah sebuah daripadanya.
-- BERNAMA

UMNO SEBENARNYA SEJAK 2018 GAGAL ADAKAN PEMILIHAN PARTI

 

JAMZURI ARDANI






Tok Mat kata pemilihan Umno hanya akan dibuat 6 bulan selepas PRU15. Ok ... itu game politik dalaman Umno ... saya tak nak campur.

Lepas tu Tok Mat kata beliau akan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia berkenaan penangguhan pemilihan tersebut. Umno sebenarnya telah gagal mengadakan pemilihan parti sejak tahun 2018 dan ini sudah melanggar perlembagaan parti dan peraturan Jabatan Pendaftar Pertubuhan. Sepatutnya Umno sudah boleh dibatalkan pendaftarannya oleh kerajaan.

Tok Mat juga bagitau beliau bimbang Jabatan Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan permohonan Umno untuk menangguhkan lagi pemilihan parti kerana katanya menteri yang jaga Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah bukan dari Umno.

Depan-depan khalayak dia tak malu nak bagitau bahawa kalau menteri itu dari Umno, undang-undang boleh tolak tepi demi kehendak pemimpin parti.

Demikianlah Umno!

 

KENAPA UNDIR DIRI

 

MOHD AZIZI ABD AZIZ


Kenyataan Rafizi mengapa beliau mengundur diri sementara dari politik ketika itu yang patut rakyat tahu hal sebenar. Bukan dari fitnah yang dicuba disebarkan pihak lawan.

Sejak 2019, saya telah menyuarakan pandangan yang tidak bersetuju dengan kegilaan membentuk gabungan (dengan sesiapa sahaja tanpa mengira sentimen rakyat) demi untuk mendapat kuasa. Suara saya menjadi suara minoriti di kalangan pimpinan PKR, apatah lagi di kalangan PH.

Saya mengambil tanggungjawab bahawa saya tidak boleh berada di dalam kepimpinan yang strategi dan keputusannya saya tidak bersetuju.

Jika saya kekal, maka saya perlu menyokong keputusan itu. Jika saya tidak menyokong, saya tidak boleh kekal menjadi sebahagian dari pimpinan. Ini adalah asas utama prinsip pertanggungjawaban (“accountability”).

Sebab itu, saya sangat gembira untuk kembali ke kehidupan sebagai rakyat biasa dan memberi ruang sepenuhnya kepada pimpinan PKR dan PH memikat kembali hati rakyat untuk memegang tampuk pentadbiran negara.

Jika mereka yakin taktik membawa mana-mana Ahli Parlimen yang sanggup menukar kesetiaan (demi mencukupkan angka sokongan) boleh mengembalikan pentadbiran PH dan seterusnya meningkatkan peluang memenangi PRU ke-15, saya tumpang gembira (walaupun saya tidak mahu terlibat).

Malangnya, dari satu khemah ke khemah lain, ketaksuban kepada strategi gabungan politik ini makin menjauhkan PKR dan PH dari rakyat.

Apabila hari ini kita mengkritik dan kemudian esoknya kita berpacaran dengan orang yang kita kritik, lama-lama rakyat merasakan ini semua hanyalah drama Keluarga 69.

Lebih-lebih lagi apabila terlalu banyak tumpuan diberikan kepada membentuk gabungan, usaha mengangkat derita rakyat dan menawarkan penyelesaian menjadi semakin sepi.

Saya terus mendapat desakan dari pendukung PKR dan PH dari kalangan rakyat biasa untuk kembali ke gelanggang politik. Saya mengambil masa yang panjang kerana saya tidak yakin saya boleh membantu keadaan dalam keadaan pandangan saya adalah pandangan minoriti di kalangan pimpinan PKR dan PH.

Saya berpendapat kegilaan mencatur sokongan di peringkat atas sehingga PKR dan PH nampak terpisah dan kaku dari suara rakyat akan dihukum oleh rakyat. Jika PKR dan PH ingin menambat kembali hati rakyat, kembalilah berjuang habis-habisan untuk memudahkan kehidupan harian rakyat.

Bukan sahaja menuding jari, bawalah penyelesaian-penyelesaian yang masuk akal untuk meyakinkan rakyat bahawa kehidupan mereka boleh menjadi lebih baik jika mereka memilih PKR dan PH.

Usaha menambat hati rakyat seperti ini lebih memenatkan berbanding berbincang di meja rundingan atau di restoran mahal mengenai gabungan politik. Sebab itu saya faham kenapa lebih mudah untuk memilih jalan bergabung politik dari menambat hati rakyat.

Selepas keputusan PRN Johor, saya menyedari bahawa PKR dan PH telah ditolak rakyat hingga jatuh menjadi gabungan ketiga selepas Umno/Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Saya menganggotai PKR sejak 1999 kerana saya yakin masa depan Malaysia adalah satu masa depan yang progresif, berbilang bangsa dengan citra idea yang pelbagai.

Sumbangan saya dalam menubuhkan PH dalam tahun 2015 bukanlah semata-mata demi kemenangan dalam pilihan raya. Saya bertekad memastikan politik progresif pelbagai bangsa di negara ini dapat dipertahankan ketika itu.

Pada pandangan saya, dengan perkembangan-perkembangan terbaru, politik progresif pelbagai bangsa sedang berada di dalam bahaya jika PKR dan PH terus menjadi parti ketiga kerana gagal memikat pengundi atas pagar.

Atas kesedaran itu, saya telah membuat keputusan untuk kembali menyertai gelanggang politik dengan mengesahkan saya akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan akan datang.

RAFIZI RAMLI merupakan bekas ahli parlimen Pandan.

 

ANWAR HADIRI KOGRESS DAP

 

Hadiri Kongres Ke-17 Parti Tindakan Demokratik (DAP) di Shah Alam, Selangor pagi ini.

KEADILAN bersama DAP, AMANAH dan UPKO akan terus memantapkan Pakatan Harapan.
Turut sampaikan penghargaan buat saudara Lim Kit Siang yang membuat keputusan untuk bersara dari politik setelah puluhan tahun berjuang.
Terima kasih atas pengorbanan saudara selama ini.