PENGUMUMAN PM MEMBEKUKAN AKAUN SUAMI CULAS MEMBAYAR NAFKAH ISTERI DICERAIKAN: RUJUK FAIL INISIATIF PH SEJAK 2018-2019




1. Salah satu inisiatif memartabatkan Mahkamah Syariah semasa saya diamanahkan bawah kerajaan PH ialah memastikan tindakan susulan keputusan Mahkamah Syariah terhadap isteri yang diceraikan dapat dikuatkuasakan. Ini termasuk membekukan akaun suami yang culas termasuk tuntutan KWSP suami.

2. Setakat ini keputusan Mahkamah Syariah di bawah akta Kementerian Kewangan tidak tersenarai sebagai keputusan yang terikat di bawah akta. Keputusan Mahkamah Syariah seolah tidak diiktiraf bagi tindakan kuatkuasa dan ini sangat menyedihkan kerana ia menjejaskan hak para isteri yang diceraikan tanpa pembelaan terhadap keperluan nafkah mereka. Semua kes cerai melibatkan umat Islam ditentukan keputusan penghakimannya oleh Mahkamah Syariah di seluruh negara.

3. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) abwah Menteri Agama telah dipertanggungjawabkan untuk berunding dan menyelaras dengan bahagian undang-undang Bank Negara dan Kementerian Kewangan supaya dibuat pindaan bawah Kementerian Kewangan. Inisiatif ini bagi menjaminkan keputusan Mahkamah Syariah diktirafi secara berakta untuk tindakan membekukan akaun suami yang gagal memenuhi nafkah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

4. Saya harap Perdana Menteri yang isytiharkan tindakan membekukan akaun suami yang culas membayar nafkah isteri yang diceraikan perlu ada komitmen untuk buat pindaan di parlimen supaya akta bawah Kementerian Kewangan mengiktirafi keputusan Mahkamah Syariah terlebih dahulu. Tanpa pindaan saya anggap PM hanya beretorik semasa PAU untuk sokongan politik. Beliau hanya perlu rujuk kepada JKSM yang telah pun memulakan usaha ini semasa dasar Islam Rahmatan Lil Alamin diperkenalkan pada tahun 2018.

Yb DS Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Ahli Parlimen Parit Buntar

Pengerusi PH Perak

21 March 2022

 

No comments: