HELLO KERAJAAN MELAYU- ADA LAGI YANG MABUK LANGGAQ ORANG NI. NI KERAJAAN APA NIH...WALAUN N MACAI MANA...WOIII KERAJAAN HANGPA NI..TENGO SIKIT



Menurut polis, saringan awal mendapati kandungan alkohol dalam
 badan lelaki terbabit melebihi had ditetapkan dan kes disiasat bawah
 Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. (Gambar Twitter)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai mabuk yang merempuh ruang makan di luar sebuah restoran hingga mengakibatkan lapan individu cedera di Jalan Klang Lama, malam tadi, ditahan polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berumur 57 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki itu yang memandu kereta Honda HR-V dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar hilang kawalan ketika sampai di lokasi sebelum melanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang diparkir di bahu kiri jalan.

“Akibat pelanggaran itu, kereta Lexus bergerak ke hadapan dan melanggar sebuah kereta Perodua Axia yang diparkir di bahagian hadapan restoran dan melanggar pelanggan yang sedang makan serta dua pejalan kaki,” katanya dalam kenyataan.

Sarifudin berkata, saringan awal mendapati kandungan alkohol dalam badan lelaki itu melebihi had ditetapkan dan kes disiasat bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.


No comments: