ADA MARA...MARA PUN LINGKUP....INI UNTUK ORANG MELAYU..HAQAM MELINGKUP....DULU 70AN MARA ADALAH UNTUK PELAJAR CEMERLANG MELAYU...

 

Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma

Hasimi Muhamad
Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma
Ebit Lew bergegas ke Tumpat, Kelantan selepas mendengar kisah mengenai Nurul Asma Alya Mohd Zainal yang memerlukan bantuan. - Gambar Facebook Ebit Lew
KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew memaklumkan akan menaja sepenuhnya kos pengajian pelajar cemerlang, Nurul Asma Alya Mohd Zainal bagi melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah perakaunan di luar negara.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Ebit berkata, tajaan tersebut melibatkan lebih RM40,000 untuk tempoh pengajian selama dua tahun setengah termasuk penginapan.
“Tadi saya sudah hubungi universiti dan mereka terima kemasukannya bulan April.
“Kami hadiahkan juga laptop dan router serta Wifi. Wifi oleh Digi (diberi) percuma selama setahun, dan beri sedikit duit sumbangan buat emak adik ini,” katanya dalam entri tersebut, pada Khamis.

Ebit turut memberikan sumbangan laptop kepada Nurul Asma
Ebit turut memberikan sumbangan laptop kepada Nurul Asma
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan hasrat Nurul Asma, 22, yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di luar negara dalam bidang perakaunan terpaksa dilupakan susulan kekangan kewangan.
Selain itu, bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) dengan kelulusan 3.95 CGPA itu turut mengalami masalah ketiadaan beras dan lauk di rumahnya.
Bercerita lebih lanjut, Ebit berkata, beliau berasa sedih selepas menemui keluarga berkenaan kerana mereka menangis dan tidak henti-henti mengucapkan terima kasih.
Jelasnya, beliau bergegas ke Tumpat, Kelantan selepas mendengar kisah mengenai pelajar berkenaan.
“Saya sampai dekat pintu terus adik Nurul Asma Alya dan maknya menangis kuat. Ya Allah doa saya dikabulkan.
“Saya terbaca kisah adik ini pelajar MRSM Tumpat cemerlang.
“Hanya air mata dapat menggambarkan kesedihan seorang pelajar cemerlang di Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu kerana terpaksa melupakan cita-cita melanjutkan pengajian di peringkat ijazah perakaunan di luar negara,” katanya lagi.
Beliau dalam masa yang sama berharap Nurul Asma dapat mengecapi kejayaan dan berjaya membahagiakan keluarganya kelak.


PENGALAMAN KESUSAHAN DIPENJARA MENJADIKAN LEBIH KENTAL MEMBANTU RAKYAT SUSAH

ANWAR IBRAHIM 


 Semalam tarikh 10 Februari adalah tarikh yang amat mengesankan saya tatkala sekali lagi dihumban ke penjara. 


Pengalaman mendekam di penjara itu mengajar saya untuk kekal kuat dan teguh dalam menyuguh agenda rakyat meski diuji, diancam dan ditekan dengan dahsyat. 


Derita yang saya alami pada ketika itu masih kecil ketimbang derita yang ditanggung rakyat yang masih dirundung masalah kemiskinan dan peminggiran. 


Justeru itu, saya akan terus memperteguh tekad agar negara ini harus segera dipulihkan dan agenda reformasi itu mesti membela semua. 


I will not be silenced, i will fight on for freedom and justice and i will never surrender!



Adakah kita hanya boleh puji PM, soal Ahli Parlimen pembangkang


Seorang senator menggesa undang-undang baharu yang lebih keras susulan komen kritikal terhadap Muhyiddin Yassin disiarkan di laman web Indonesia. (Gambar Bernama)


PETALING JAYA: Ahli politik dan aktivis mengkritik cadangan untuk melarang penghinaan terhadap perdana menteri, dengan berkata, rakyat berhak memuji atau mengkritik pemimpin yang dipilih.

Wong Chen.

Ahli Parlimen Subang, Wong Chen daripada PKR berkata, cadangan itu akan mendorong Malaysia ke arah autoritarianisme dan juga melemahkan ekonomi.

“Kerajaan seharusnya melindungi kebebasan bersuara setiap orang dan tidak menghalangnya,” katanya kepada FMT.



Beliau berkata, kebanyakan rakyat Malaysia “berkelakuan baik dan banyak komen politik yang saya baca di media sosial bersifat kreatif dan lucu.”

“Sekiranya orang ramai tidak boleh mengkritik pihak berkuasa secara bergurau, maka apakah yang akan terjadi selepas ini? Adakah kita hanya diminta memuji perdana menteri di media sosial?,” katanya.

Fahri Azzat.

Fahri Azzat, seorang peguam hak kebebasan sivil berkata, peristiwa yang berlaku dalam kerajaan menunjukkan wujud darurat politik yang menyebabkan mereka mengisytiharkan darurat kebangsaan.

“Apabila melihat daripada konteks itu, kita boleh faham mengapa mereka perlu memberitahu kita supaya menutup mulut berhubung perkara yang mereka tidak suka dengar tentang perdana menteri,” katanya.

“Tetapi perdana menteri adalah penjawat awam tertinggi dan berkhidmat kepada rakyat. Orang ramai berhak memberi maklum balas kepada mereka, sama ada beliau suka atau tidak, mereka perlu mendengar suara orang ramai dan memahami kekecewaan mereka,” katanya kepada FMT.


Cadangan undang-undang baru mengenai komentar kritikal itu dibuat oleh Senator Razali Idris mewakili PPBM dan merupakan pengerusi kaukus Dewan Negara mengenai kesejahteraan rakyat.

Gesaan supaya undang-undang lebih ketat dibuat menyusul selepas komen yang terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di laman web Indonesia selepas lawatannya ke sana minggu lalu.

Fahri berkata pilihan undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi perdana menteri mengambil tindakan jika beliau merasai tuduhan tertentu melampaui batas undang-undang.

Dr Jeyakumar Devaraj.

Tambah beliau, jika kerajaan meneruskan undang-undang yang dicadangkan itu, ia dapat dilihat sebagai “penyalahgunaan undang-undang untuk menghalang perbezaan pendapat politik.”

Pengerusi Parti Sosialis Malaysia Dr Jeyakumar Devaraj berkata, negara ini memerlukan perdebatan yang baik, persaingan idea dan analisis untuk maju, yang tidak dapat dilakukan dengan menanamkan perasaan takut.

Bagaimanapun bekas Ahli Parlimen Sungai Siput itu berkata, kerajaan perlu menghentikan ucapan kebencian yang menghasut keganasan atau kenyataan tidak sensitif kaum yang kebanyakannya dibuat oleh ahli politik untuk terus berkuasa.

Charles Santiago.

“Ahli politik adalah pesalah terbesar yang berlumba-lumba untuk membina karier politik bagi mendapatkan sokongan. Tetapi mereka merosakkan perpaduan negara,” kata Jeyakumar.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago berkata, perdana menteri dilantik oleh rakyat dan beliau bertanggungjawab kepada negara.

“Rakyat pasti akan memuji dan mengkritik anda. Tetapi apa yang dikehendaki oleh senator itu hanyalah pujian tanpa kecaman. Tetapi rakyat berhak untuk mempersoalkan perdana menteri,” tambah Santiago.


Pinda akta hukum pengguna media sosial lapuk, keterlaluan -Shamsul

 


Cadangan Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, YB Senator Datuk Razali Idris untuk meminda Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 bagi menghukum pengguna media sosial yang mengkritik institusi Perdana Menteri dianggap lapuk dan keterlaluan.

Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berpendapat, tidak perlu ditambah lagi akta sakit hati yang mahu menghukum rakyat yang menyakitkan hati kerajaan.

"Hakikatnya, dengan undang-undang sedia ada pun kerajaan boleh sesuka hati menghukum pandangan yang tidak bersetuju dengannya, maka sah jika digubal undang-undang baharu ini, akan ada lebih ramai lagi mangsa kezaliman akta sakit hati kerajaan.

"Institusi Perdana Menteri bukan maksum daripada kesilapan. Rakyat yang melantik mereka berhak untuk menilai prestasi dan menyuarakan pandangan terhadap kerajaan," katanya.

Shamsul juga menganggap cadangan itu bertentangan dengan nilai keterbukaan yang amat dimahukan rakyat ketika ini.

"Ketika dunia bercakap soal dasar keterbukaan cadangan ini melangkah jauh kebelakang. Bertentangan dengan nilai keterbukaan yang dipupuk oleh kerajaan Pakatan Harapan, sebelum dicuri.

"Adakah cadangan ini mengambarkan budaya yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri? Sehingga kini Tan Sri Muhyiddin Yassin mengelak daripada mengadakan sidang media terbuka," katanya.

Justeru, Shamsul meminta Menteri Komunikasi dan Multimedia menjelaskan pendirian kementerian dalam memastikan hak bersuara rakyat sentiasa terpelihara.

"Kita tidak harus menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara selagi ianya tidak menjejaskan keharmonian kaum dan agama," katanya.

 

KENYATAAN BODOH PIMPINAN PAS BUAT NETIZEN SERANG PARTI TERSEBUT....

 


ANTARA YANG BODOH IALAH LEBAI TAR SENIK, NIK ABDUH, NIK AMAR, DAN JUGA PIMPINAN LAIN TERMASUK JUGA IDRIS AHMAD DAN AT TAKIRI....PANJANG KALAU NAK SENARAI PEROSAK DALAM PAS NI...


BOB KELANANG


KOH KOH KOH... cuba pok lebai ‘list’kan apakah kejayaan PAS mampu memerintah...

Yang rakyat tau, apa yang pok2 lebai dan walaun yang terbukti bodo terpekik terlolong bab isu2 semasa jadi pembangkang masih kekal tiada perubahan malah isu2 yang dikaitkan dulu makin bertambah la plak...

Contoh paling nyata ialah penambahan cabutan khas judi dari 8 cabutan semasa PH dulu ke 22 cabutan masa PN, Dong Zhong masih bertambah gah di mana sekolah vernakular akan ditambahbiak beberapa buah lagi... ‘terlepas dari mulut DAP, masuk ke dalam mulut MCA...

KOH KOH KOH... jilaker!!

Blom lagi berkenaan pakaian pramugari, tulisan jawi, kes kematian Adib dll, semuanya pok2 lebai dan walaun bodo yang sememangnya bodo buat diam, sunyi sepi ajer...

KOH KOH KOH... jilaker sekali lagi!!

Jadi di manakah bukti yang mengatakan PAS bole memerintah..??


May be an image of 1 person and text that says "" U Mobile Stay Safe LTE 9:54 AM 47% IR RAKYAT Info Nik Abduh dakwa Pas berjaya bukti Parti Islam mampu memerintah 10/02/2021 5:00 PM 251 Shares SMS"







BILA RAKYAT KRITIK..JADIKAN PANDUAN..KENAPA? TAKUT DIKRITIK KE...PH TUMBANG RELAKS SAJA WALAU PUNCANYA SAKA TUA...TAPI SEDIKIT SEBANYAK AKIBAT FITNAH JUGA....

 Razali syor wujudkan undang-undang lebih keras untuk netizen

Razali syor wujudkan undang-undang lebih keras untuk netizen

Satu rang undang-undang (RUU) baharu berkait cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan secara khusus dalam media sosial baharu atau pindaan undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Pengerusi Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, rang undang-undang baharu ini perlu perlu lebih tegas dan efektif bagi mengatasi tindakan segelintir netizen yang menunjukkan sikap ekstrem, melampau serta tidak patriotik di media sosial.

Selain itu katanya, pindaan juga boleh dilakukan kepada undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Menurutnya, Parlimen juga boleh menggubal undang-undang menurut Perkara 10(2)(a) bagi menyekat kebebasan bersuara sekiranya ia berkaitan keselamatan dalam negeri, prinsip moral, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa.

“Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir netizen yang menunjukkan sikap ekstrem dan melampau melalui platform media sosial.

“Tindakan tidak patriotik terhadap institusi beraja, institusi Perdana Menteri dan negara ini boleh terarah kepada menjejaskan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Dalam pada itu, Razali berkata, cercaan dan hasutan netizen dilakukan dalam platform media sosial Facebook terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan lawatannya ke Republik Indonesia disifatkan tidak wajar sama sekali.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Majlis Senator Malaysia berkata, tindakan sedemikian adalah sesuatu yang tidak boleh diterima serta tidak melambangkan sifat sopan santun dan tatasusila yang baik.

“Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara bimbang dengan fenomena ini malah cercaan, hasutan dan carutan dalam platform media sosial baharu dilihat sudah menjadi penyakit mental nombor satu yang memerlukan tindakan undang-undang yang lebih tegas dan efektif,” katanya.

Razali berkata, pihaknya yakin Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan tindakan lebih tegas mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Jenayah Komputer 1998.

“Mereka yang menyalahgunakan platform media sosial baharu hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Peguam untuk tujuan pendakwaan.

“Rakyat Malaysia termasuk netizen, bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan namun ada batasannya serta tidak melanggar undang-undang digubal mengikut Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan netizen perlulah menunjukkan tingkah laku terpuji melalui kesopanan dan kesusilaan serta toleransi sebagai pegangan kukuh bagi menghormati institusi beraja, institusi Perdana Menteri dan negara.

“Rakyat di negara ini dinasihatkan menunjukkan tingkah laku, disiplin dan patriotisme yang tinggi termasuklah soal menghormati pucuk kepimpinan tertinggi negara.

“Sejak dahulu lagi, Perdana Menteri seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan seterusnya berkhidmat merentasi fahaman politik, kaum, agama, budaya dan latar belakang pendidikan demi kesejahteraan rakyat sekalian.

“Institusi Perdana Menteri adalah ketua eksekutif pentadbiran negara bagi memacu pembangunan negara ke arah masyarakat yang bersatu padu, muhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain.

“Melalui perpaduan yang kukuh, pertumbuhan dan pemulihan ekonomi akan dapat ditingkatkan serta kestabilan kesejahteraan rakyat dan kesihatan awam dapat diperkasakan secara lebih efektif,” katanya.



Gempar! Pendakwa dedah UMNO ada akaun bank rahsia yang tidak diaudit

 


Gempar! Pendakwa dedah UMNO ada akaun bank rahsia yang tidak diaudit


Umno mempunyai akaun rahsia yang tidak diaudit bagi menerima sumbangan politik, kata pendakwa raya hari ini.

Perkara itu didedahkan ketika pihak pendakwaan menyanggah dakwaan bahawa wang tunai RM114.16 juta, yang dituntut oleh bekas perdana menteri Najib Razak dan Umno dalam saman pelucutanhak berkaitan 1MDB terhadap Obyu Holdings, adalah milik parti itu.

Dalam hujah bertulis oleh timbalan pendakwa raya Faten Hadni Khairuddin hari ini, pihak pendakwa mendakwa ini kerana sebilangan pemimpin Umno sendiri menafikan mereka tahu mengenai dana tersebut.

Pihak pendakwaan mendakwa bahawa kenyataan polis yang dirakam dari beberapa pemimpin parti, seperti bekas setiausaha agung Tengku Adnan Tengku Mansor, dan bendaharinya, Ahmad Husni Hanadzlah dan Salleh Said Keruak, menafikan mereka tahu bahawa Najib sepatutnya menyimpan wang berkenaan bagi pilihan raya umum 2014.

Mereka mendakwa bahawa dana itu adalah hasil aktiviti haram dan berasal dari 1MDB.

Pihak pendakwaan berpendapat adalah mustahil presiden parti sekarang, Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wang tunai berjumlah RM114.6 juta itu adalah dana Umno kerana ia terdiri daripada mata wang asing.

“Wang itu dijumpai daripada 35 beg yang dirampas oleh polis seperti yang disahkan oleh Superintendan Foo Wei Min dalam afidavitnya daripada serbuan itu. Ia juga terdiri dalam pelbagai mata wang dan pelbagai denominasi.

“Ahmad Zahid sendiri menafikan sumbangan politik itu dalam mata wang yang berbeza, ”dakwa pihak pendakwaan dalam hujah bertulis bagi menyanggah Najib dan Umno yang mahu mendapatkan semula aset yang dirampas.

Pasukan pendakwaan – yang diketuai oleh DPP Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi berkata terdapat akaun rahsia yang tidak diaudit yang disimpan oleh Umno di sebuah bank di Malaysia.

Mereka berpendapat keberadaan akaun yang tidak diaudit itu merupakan kesalahan di bawah Akta Pertubuhan 1966, dan dengan itu tiada keperluan bagi Najib menyimpan sejumlah besar dana dalam pelbagai mata wang asing secara peribadi.

“Ahmad Zahid, Tengku Adnan, Ahmad Husni dan Salleh, yang mana keterangan mereka telah direkodkan, menafikan adanya sebarang sumbangan politik dalam bentuk mata wang asing.

“Malah, bukti dari bendahari Umno (tidak disebutkan namanya) terdapat satu lagi akaun bank tidak rasmi dan tidak diaudit yang telah digunakan oleh Umno sejak tahun 1988 untuk menerima sumbangan politik.

“Sumbangan politik yang tidak diaudit secara tunai juga melanggar Seksyen 14 (1) (d) dan (b) Akta Pertubuhan.

“Tuntutan Umno sebagai pemilik (RM114,164,393.44) bercanggah dengan saksi dari parti itu sendiri dalam keterangan saksi mereka. Tuntutan ini, jika benar jelas melanggar pelbagai peruntukan dalam perlembagaan parti itu.

“Wang tunai yang tidak dihitung, tidak diverifikasi dan tidak diaudit juga menyalahi pelbagai peruntukan dalam Akta Pertubuhan, yang boleh mengakibatkan Umno dibatalkan pendaftaran oleh Pendaftar Pertubuhan, ”dakwa pihak pendakwaan.

Najib tetap mengelak dan enggan mendedahkan identiti penderma berkenaan walaupun dalam prosiding yang berlangsung di mahkamah.

Pihak pendakwa berhujah bahawa jika benar wang tunai yang dirampas itu adalah derma politik, pastinya tidak sukar bagi Najib untuk mendedahkan sumber dan identiti penderma.

“Dakwaan yang dikemukakan oleh Najib dan Umno bahawa wang tunai yang dirampas adalah derma politik adalah lemah jika dibandingkan dengan bukti yang menunjukkan sebaliknya,” katanya.

Pada 3 September 2019, Najib adalah antara pihak ketiga yang mencelah dalam saman pelucutanhak melibatkan wang tunai dan barangan kemas yang disitaoleh pihak berkuasa dari Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada tahun 2018.

Pihak ketiga yang lain dalam saman pelucutanhak tersebut adalah isteri Najib, Rosmah Mansor, Umno dan syarikat barangan kemas Global Royalty Trading SAL.

Najib dan Umno, melalui peguam mereka Muhammad Shafee Abdullah dan Hariharan Tara Singh, akan membalas hujah pendakwaan semasa prosiding di mahkamah pada 11 dan 15 Mac. 


BERSATU MEMANG MENCARI MUSUH


Bob Kelanang


PRU15 dah tak berapa lama lagi... Kerajaan Persekutuan yang memerintah la nih pon bukannya stabil mana... minoriti jer... itu pon bukan dapat sokongan padu... semua yang dok dalam Kabinet pun ader agenda sendiri... xder sepakatan...


Jadi bilamana BERSATU (PPBM) dilihat asyik mencari musuh dengan UMNO https://m.malaysiakini.com/news/562418 ... yang kita ketahui memang agak kuat sokongannya bila dilihat dari jumlah kerusi yang mereka ada DAN masih kekal...  memang itu sebenarnya mencari musuh... mencari padah...


BERSATU (PPBM) ingat PAS akan kekal membantu mereka agak terus memang pada PRU15... tapi itu semua angan-angan jer... PAS memang terkenal sebagai semua parti yang rajin sailang deal yang mereka sendiri buat... bilamana kepentingan DAN agenda PAS tak diperolehi... maka alamat kena tinggal la sesiapa pun...


PAS akan pentingkan diri mereka dulu... Itu dah memang modus operandi PAS... PAS bukan nak bawak Islam seperti mana apa yang diorang selalu cakap... PAS hanya lihat apa keuntungan DAN laba yang mereka akan dapat...


Dalam keadaan genting sekarang nih... BERSATU (PPBM) xsepatutnya menambahkan musuh... tapi nampak gayanya macam itulah apa yang sedang dibuat oleh mereka... cari musuh hari-hari... Hahaha... Puak PH memang xkan support BERSATU dah... walaupun ader sekor dua pimpinan yang berat condong kepada BERSATU... tapi itu la... pimpinan tu semua memang akan kena pancung... tunggu masa jer...


Nak harapkan bantuan dari UMNO? Hahaha... UMNO pun dah menyampah dengan BERSATU (PPBM)


Aper pun... rakyat akan perhatikan... dan PRU15... aku jamin rakyat akan campak semua celaka tu semua keluar dari kerusi yang mereka ader... itu pasti...



KUARANTIN 3 HARI UNTUK MENTERI ADALAH SALAH.MELUASKANNYA KEPADA AWAM LAGI LAH SALAH.

 

Hampir tidak ada pihak yang setuju dengan keputusan Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba melonggarkan tempoh kuarantin bagi menteri-menteri yang pulang dari luar negara daripada 10 hari kepada hanya 3 hari.

Rata-rata mengkritik keputusan itu dan menyifatkan ianya sebagai bukti wujudnya dua set peraturan yang berbeza antara menteri atau golongan orang kayangan dengan rakyat biasa.

Selain itu, keputusan tersebut juga dilihat sebagai petunjuk tidak seriusnya kerajaan untuk menangani Covid19, walaupun dalam masa yang sama PKP dan juga darurat telah dikuatkuasakan.

Ini kerana melonggarkan kuarantin hanya kepada tiga hari bagi menteri-menteri adalah tindakan salah dari segi fakta sains memandangkan tempoh mengeram virus Covid19 adalah 7 hari.

Beberapa kes sewaktu PRN Sabah sebelum ini menunjukkan ada pemimpin politik yang diuji negatif dalam tempoh 3 hari selepas tiba di KLIA, namun kemudiannya didapati positif setelah ujian kali kedua tiga empat selepas itu.

Sehubungan itu, ramai pihak, termasuk beberapa pakar kesihatan sendiri tampil mengkritik Dr. Adham dan menyatakan, daripada memberi kelonggaran itu, lebih baik tiada kurantin terus.

Begitu pun, Dr. Adham yang sebelum ini dikritik kerana memberi petua palsu mengenai air suam boleh membunuh virus Covid19, tetap mempertahankan tindakan melongggarkan tempoh kuarantin atau memberi keistimewaan untuk menteri-menteri itu.

Beliau memberi alasan ia dilaksanakan untuk kepentingan ekonomi.

“Sebelum ini saya dapat mengunci negara, sekarang saya dapat membuka negara.

“Saya harus melakukan sesuatu yang baik untuk negara kita,” katanya.

Bersekali dengan itu, barangkali untuk meredakan kemarahan ramao, Dr. Adham berkata, kelonggaran tiga hari tersebut mungkin akan diperluaskan kepada ahli-ahli perniagaan dan orang awam pada masa akan datang.

“Kita buat pada menteri dulu sebab menteri senang buat perintah sebelum kita buka kepada orang lain seperti ahli perniagaan misalnya,” tambah beliau lagi.

Bagi Dr. Adham, tempoh kuarantin 10 hari telah menjadi penghalang kepada para pelabur juga orang kenamaan asing yang ingin datang ke Malaysia.

“Sebab kerajaan melakukan ini adalah untuk memastikan kita dapat membuka ekonomi kita” tegasnya.

Dengan kenyataan ini, sekali lagi Dr. Adham sekali telah melakukan kesalahan dan tindakan yang bertentangan dengan usaha kerajaan menangani Covid19.

Pergerakan di dalam negeri dengan kunjungan ke luar negara atau melibatkan orang luar masuk ke negara ini haruslah dilihat daripada sudut yang berbeza.

Jika menteri yang diberi kelonggaran kuarantin selama 3 hari pun dianggap berisiko menyebarkan virus Covid19, apatah lagi kalau diperluaskan kepada ahli perniagaan, orang awam dan pelabur dari luar negara.

Kenapa Dr. Adhm tidak mampu melihat dengan lebih jauh soal ini?

Tetapi, jika Dr. Adham terus berdegil dan seolah-olah tidak nampak bahaya penularan Covid19 dengan keputusan yang diambilnya, beliau sebenatnya memang tidak layak memegang jawatan Menteri Kesihatan.

Sudahlah dalam banyak keadaan, kelibatnya lebih banyak hilang daripada dirasakan wujud, sesekali membuat keputusan pula langsung tidak menunjukkan ada kewibawaan.

Bahkan, beliau boleh dianggap sebagai Menteri Kesihatan paling teruk berbanding semua penyandang jawatan tersebut sebelum ini.

Ini bermakna, kempen #AdhamBabaLetakJawatan belum boleh dihentikan, sebaliknya mesti terus diperhebatkan lagi sehingga bukan saja beliau harus ditekan agar berundur, malah kerajaan yang ada ini pun wajib dicampakkan ke dalam longkang melalui kuasa undi yang dimiliki rakyat. 

(Shahbudindotcom 11/02/2021)



BILA GAMAKNYA NAK SAMAN HUSAM MUSA


 Sampai hari ini pemimpin Pas tak berani saman & dakwa datuk husam musa dimakamah....Kenapa Yer..boleh sama-sama bagi Tahu kenapa agak-gaknya..??



BILA ANWAR IBRAHIM MENGANJING RADHI JIDIN

 



Bob Kelanang


Kita tau la ini semua bukan modal dari Anwar Ibrahim... tapi dengan kontek yang Anwar Ibrahim ader... dia pergunakan kontek tu untuk membantu rakyat... bantu pelajar yang terjejas dengan PdPR ...


Apa dia buat...


Dia bagi 1000 unit tablet... Hahaha... aku bukan nak up sangat bab Anwar Ibrahim ni... tapi cara dia menganjingkan pihak-pihak tertentu tu macam Radzi Jidin memang best...


KOH KOH KOH...


1000 tablet tu... kalu sebijik bernilai RM700... itu bermakna kos kesemuanya bernilai RM700 ribu... pergh!!


KOH KOH KOH...


Dan yang paling penting skali... Anwar Ibrahim tak canang citer agama... setakat canang citer politik dier ja... hahaha... itu xder hal... xder saper pun yang lain tu tak amik politikal mileage...


Ramai kena nganjing.... burung helang yang bagi RM200 ribu hari tu pun terkena nganjing... mamat  burung helang tu pun bukan pakai duit dia pun sebenarnya...


KOH KOH KOH...


Yang dapat tu untung la... jangan khianat amanah DAN jasa orang... belajarlah bersungguh-sungguh DAN jadilah orang berguna untuk bangsa, negara DAN agama... hangpa kena ingat... semua ini asbab dari Allah Taala yang bagi wabak Covid-19 la... xdak wabak ni... haram korang xdapat apa...


Ader paham ka??




BERTUAH RAKYAT KELANTAN DAPAT NIKMAT KEPIMPINAN ULAMAK. UNTUK TATAPAN NIK ABDUH...SIMPAN BODO TU....

SEMUA NAK TAPAW DEPA PUNYA JASA..

 

MOHD SHAH RIM

Done claim.. sebelum ni yang suarakan isu I-Sinar adalah Anwar Ibrahim dan pemimpin UMNO.. tetiba hari ni lobai cakap suarakan secara dalaman..

kah kah kah

May be an image of text

TUMPANG TUI IKUT TEBUK ATAP...SEMBANG ISLAM PERINTAH ?PEEEGEDAH....

 

MOHD SHAH RIM


Aku baca kenyataan Nik Abduh ni di Harakah Daily..dia melalut lalut ceta pasal Kelantan sedangkan persoalan yang dia sendiri bangkitkan tak terjawab..

PAS dalam kerajaan BUKAN melalui proses pilihanraya tapi Langkah Sheraton, dan rakyat tidak pernah bagi mandat kepada PAS untuk mentadbir negara..

Bukti apa yang didakwa PAS mampu mentadbir negara..?? Banyakkan Cabutan No Khas Judi dari 8 kali kepada 22 kali..??

 May be an image of 1 person and text that says "Sinar Harlan Rabu 10 Februari 2021 cari Pas berjaya bukti parti Islam mampu memerintah: Nik Abduh MOHD AZLIM ZAINURY 2021 10 Februari"

SAPA KATA DARJAH KEBESARAN PAHANG TAK BERBISA.

 May be an image of 2 people and text that says "BEERAMA RADIO BERNAMA Radio @bernamaradio Gelaran Datuk bagi pelakon Farid Kamil, Boy Iman antara dibatalkan Sultan Pahang berkuatkuasa 1Feb- Setiausaha Kerajaan Negeri 4:58PM 5812021 Feb10,2021 。wttAp Twitter Web"

TU DIA AIHHH...

 May be an image of 3 people and text that says "drnikritzakosai Farah Nabila 55m. $ 55 35k fee untuk treatment ni. Ada duit apa pun boleh buat. Urat perut dari 37kaki potong sampai tinggal 5kaki. Makan cokodok seketui pun tak habis dah rasa kenyang. Tak caya tanya Dato Armand Adza. Habis buat treatment dan berat badan susut mendadak mereka akan cakap rahsia mereka boleh kurus adalah sebab depa kayuh basikal harga 50k nama PINARELO. Podah 21 12 comments ike Charn"

YOYA YOYA....

 May be an image of text that says ""Kalau kita tarik... maknanya sungguh la kita buat.." Hadi JEMADAK"

May be an image of 2 people and textMay be an image of 3 people and text that says "Clare gembira kebenaran sudah nyata Saya tidak berganjak. Pemimpin PAS memang menerima Duit haram 1MDB 90 juta dari Najib Razak, walaupun ada cubaan menutup mulut saya dan memperlecehkan saya sebelum PRU lalu," kata Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown Siapa yg bohong org putih kafir atau ulama pas?"


ZULAIFAH RAHMAN


Yoya-yoya  hadi keluarkan mantiq yang mengatakan bahwa "sumbangan bukan rasuah"

nape ekk???tentulah ada sebab dan musababnya kannn....

fikir-fikirkanlah....


May be an image of 1 person and text that says "Terima Kasih PAS bagi saya RM1.42 Juta"May be an image of 2 people and text that says "Kalau Anak Tiri Najib Tak Curi, Kenapa Pulangkan RM465juta? SR suara rakyat Kalau PAS Tak Ambil, Dedak UMNO, Kenapa Bayar RM1.4 juta Pada Clare Secara Senyap-senyap Untuk Tutup Kes Saman?"




SALAH NI...BUKAN SEBAB PKP PUN...DAH KENYANG...

 

SHAHBUDIN HUSIN


Salah ni, bukan kerana PKP...tapi disebabkan yang memperjuangkannya sudah jadi ular sawa kenyang dengan jawatan serta kedudukan dalam kerajaan, termasuk yang hanya duduk rumah tapi gaji jalan penuh....


May be an image of 1 person, food and text that says "11:16 English themalaysianinsight.com Bahasa Daftar Masuk Berita Seksyen Buy Muslim First tergendala kerana PKP, kata penganjur Mohd Farhan Darwis Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada 10 Feb 2021 11:00AM Komen ভননননননরম BMF digerakkan Ummah bersama NGO seperti PPIM dan menerima sambutan daripada komuniti Melayu dan Islam dalam negara sejak akhir 2018. Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Februari, 2021. !!x Lebih aด A+"



DAP, TOMMY THOMAS TAK ADA, APA KHABAR RUU 355?


Muhyiddin Ancam Saman, Annuar Minta Dipecat?

[[LIVE]]10.2.2021 Pegawai Menteri berotak Bingai. UMNO bakal diharamkan...

RENTASAN 824 | PKP DUA DARJAT: PM MUNGKIR JANJI, MENTERI KESIHATAN MENGA...



MENARIK DALAM RENTASAN 824
1. SOP UNTUK SIAPA? 2. SAUH DILABUH, LAYAR DIKEMBANG . . . 3. PENGANGGURAN: BUKTI KERAJAAN JANGAN LEMBAB! 4. MENTERI KUARANTIN 3 HARI- PN DIMAKI RAKYAT, MUHYIDDIN DIAM SERIBU BAHASA







Amanah Perlu Hentikan Kerja Yang Sia-Sia


Faezuddin Puad


Saya sebenarnya malas nak tulis benda yang melibatkan parti sendiri, tapi apa yang saya nampak Amanah ini pun macam ada DNA parti lebai, nak buat kerja isim dan sia-sia. Contoh dalam PAS, mereka main dua kolam, mereka nak dengan PN dan dengan MN. Waktu PRU13 pun sama juga, PAS putus hubungan dengan DAP dan PKR tapi masih dalam Kerajaan Selangor. 


Tapi bila kenapa dulu waktu PRU13 Amanah berani, sekarang ini masih lagi hendak bersama dengan parti yang luar dari PH? Saya dah tulis banyak kali, PRU15 nanti sosial media akan main peranan yang besar. Mungkin kita tak boleh ada ceramah berkelompok, mungkin kempen secara fizikal akan di haramkan. Jadi, satu-satunya cara berkempen adalah dalam sosial media.


Amanah kena jelas dengan prinsip progresif dan peduli. Kalau asyik terkenang kuasa yang dah hilang, lepas itu hendak berkerja-sama dengan mastermind pengkhianat, apa dia ini? Dia sendiri tak boleh bagi alasan kukuh kenapa dia berkhianat, buat apa Amanah nak jadi punching bag untuk dia? Kini dah ada dengar yang geng-geng otai reformis hendak langgar kerusi Amanah bertanding. Berbaloi ke nak dapat sokongan mastermind pengkhianat lepas itu terlepas sokongan pengundi pure PH?


Tolong belajar baca sentimen pengundi dulu. Kalau betul hendak berkerja-sama dengan parti mastermind pengkhinat; cuba post dalam Facebook sendiri dulu. Nak kenal langit tinggi atau rendah; nak tengok berkicap atau masak kari. Kalau sentimen dalam facebook sendiri pun tak boleh nak lawan, bayangkan sentimen pengundi atas pagar nanti macam mana nak menang.


Kalau pengundi atas pagar tanya:


"Betul ke dia letak jawatan tapi tak berbincang dengan parti komponen"

"Betul ke dia simpan jawatan PM macam hak peribadi"

"Betul ke dia sengaja letak jawatan sebab dendam peribadi tapi di khianati saat akhir"


Cuba jawap soalan ini dulu.


Faham tak beza move forward dan tinggalkan parti yang tak releven? Nak berjaya kena ambil risiko. Dulu waktu PRU14 boleh aje ambil risiko tinggalkan parti lebai, kenapa sekarang tak boleh? Ingat lebai dulu claim ahli mereka berjuta-juta, tapi kenapa mereka kalah di Selangor? Sebab yang undi mereka bukan ahli parti, tapi rakyat kebanyakan yang nak sokong agenda Islah/pembaharuan. Bila kita tinggalkan parti yang tak releven, bukan bermakna kita perlu kutuk atau hina; buat tak peduli sudah. Dia nak bertanding 50-60 kerusi pun lantak pi kat dia la; nak bertanding 222 kerusi pun nyiru kita tadahkan.

Kalau boleh menang balik 4 kerusi yang ada sekarang ini pun kira ajaib. 


Lagi satu, kalau pembahagian kerusi nanti antara PH, Amanah boleh dapat 50 kerusi, tapi parti tamak tak ada ahli nak 60 kerusi, habis tu Amanah gembira nak jadi tukang pacak benda macam parti lebai ke? Cuba tanya Ahli Amanah Titiwangsa yang tolong berkempen untuk Rinamon, Adakah mereka gembira undi pengkhianat? Inilah yang akan jadi kalau Amanah duk layan kerenah parti kecil yang nafsu besar.


Seriously , saya naik jelek tulis benda yang sama. Kalau pimpinan Amanah macam Yb Khalid Samad, Mahfuz Omar , dan Salahuddin Ayub berani buat keputusan untuk kuatkan PH dan tinggalkan parti di luar PH, saya pun akan turut behenti dari ulas benda sama; It's getting old really quick.


Jangan sampai untung secupak rugi segantang. Kalau nak kata sokongan, Ibrahim Ali pun ada penyokong. Oh, saya anggapkan para pengkhianat sekarang ini macam Ibrahim Ali pasca PRU12 lepas di khianat ATGNA. Lepas tu bertanding PRU13 terus hilang deposit. 


Betul, Anwar Ibrahim ada short-coming dia. Tapi dia tak berkhianat; dia sentiasa kekal dengan agenda reform dia walaupun jadi pembangkang. Dan bila baca komen dia tentang buku Tommy Thomas; kita dapat lihat satu ulasan mahakarya yang sangat-sangat adil dan tidak bias; siap dia boleh lagi pertahankan Jabatan Peguam Negara walaupun dia sendiri pernah di zalimi. Ini ciri-ciri seorang pemimpin yang rakyat hendak. Bukan jenis yang ada dendam peribadi sampai sanggup mastermind pengkhianatan tapi terciduk, atau jenis dinasor yang tak tahu apa tapi pandai berlakon baca doa depan TV. In the end macam cerita pak pandir mandikan anak. 


WallAhualam




DULU KEMPEN..DAPAT FREE SENYUM LEBAR....

 Ahmad Shahril


Patut la dulu siap kempen sebiji pun jangan beli....

rupa-rupa nya tu jongkong emas nak beli mahai ooo......lagi mahai dan manis kalau dapat dari MCA.




HA...TENGOK TAHAP TERUK GABAN

 Image

KALAU BELI BAGI LEBAI CUBA DULU...

 

Vaksin ini didapati tidak berkesan, lalu penggunaannya ditangguhkan serta-merta.

Adakah negara kita turut membeli vaksin keluaran syarikat ini?

May be an image of text that says "COVID-19: Afrika Selatan tangguh penggunaan vaksin AstraZeneca Astro Awani Februari 9, 2021 05:55 MYT AstraZeneca AstraZeneca Barry Schoub, data awal menunjukkan kadar keberkesanan vaksin terhadap varian menurun hingga sekitar 22 peratus. REUTERS JOHANNESBURG: Afrika Selatan tidak akan menggunakan vaksin AstraZeneca dalam sebahagian program vaksinasi negara itu."

UALAMAK TENGKORAK APA FITNAH ORANG?

 

IBRAHIM MAT ISA


Ramai Lebai PAS kaki fitnah!

Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengetepikan taksiran ganti rugi RM50,000 untuk kes saman fitnah Husam Musa terhadap bekas pengetua sekolah agama di Kelantan, Masri Che Yusoff, dan menetapkan nilai lebih tinggi.

Peguam Husam, Faiz Fadzil berkata mahkamah menetapkan nilai ganti rugi baru sebanyak RM150,000, dengan kos RM5,000.


May be an image of 2 people, including Ahmad Zaidi Md Zharif, people sitting and text that says "Ulama Pas diarah bayar gantirugi lebih tinggi kepada Husam kerana memfitnah 10/02/2021 4:00 PM"

 

KAH...WOIII....LAMA DAH DOK KENCIN ORANG MACAM TU LA....PEMOHONG BAGI DUA..BAB SEMBANG SERAH KAT DEPA

 Bila sudah berkuasa bagi alasan takde kuasa penuh pula, PAS ni memang sembang deras


Bila sudah berkuasa bagi alasan takde kuasa penuh pula, PAS ni memang sembang deras

Orang Pas kata, depa tak boleh buat apa² dalam kerajaan PN kerana depa tak ada kuasa penuh.

Itulah alasan depa apabila diasak supaya buat apa yang depa cakap masa jadi pembangkang.

Cuba habaq mai, parti mana yang pernah ada kuasa penuh dalam kerajaan?

Umno sendiri tak pernah ada kuasa penuh sebab berkongsi kuasa dengan MCA, MIC dan parti² Sabah dan Sarawak.

Alasan tak ada kuasa penuh tak boleh pakai. Nak tunggu ada kuasa penuh, bila?

Nak tunggu Pas menang semua kerusi parlimen? Nak lawan DAP di Penang pun depa tak berani. Macam mana nak ada kuasa penuh?

Di Kelantan depa ada kuasa penuh. Tapi depa bagi alasan tak ada kuasa penuh di persekutuan pula.

Buatlah di Kelantan dulu. Tutup semua kedai judi dan arak. Di Kota Bharu MPKB ada kuasa penuh. DAP pun tak ada di Kelantan.

Di Kelantan pun ramai perempuan Islam tak tutup aurat. Tak payah kacau pramugari di KL, buat di sana dulu.

Takkan menteri Pas tak boleh buat apa² kot dalam kerajaan PN? Tim Pres depa “ulama”, takkan orang Umno dan PPBM tak hormat “ulama”.

Kalau Pas rasa tak boleh buat apa², tak boleh buat Islam, tak boleh cegah mungkar, tunggu apa lagi?

Kalau berkawan dengan DAP tak boleh, berkawan dengan MCA boleh? Berkawan dengan kami tak boleh, berkawan dengan geng “semburit” boleh?

Sebab tu aku tulis di atas, bab sembang serah kat depa. Depa, sembang bab Islam, kalah Arab. Sembang bab terbang, kalah gajah. – GD