Amanah Perlu Hentikan Kerja Yang Sia-Sia


Faezuddin Puad


Saya sebenarnya malas nak tulis benda yang melibatkan parti sendiri, tapi apa yang saya nampak Amanah ini pun macam ada DNA parti lebai, nak buat kerja isim dan sia-sia. Contoh dalam PAS, mereka main dua kolam, mereka nak dengan PN dan dengan MN. Waktu PRU13 pun sama juga, PAS putus hubungan dengan DAP dan PKR tapi masih dalam Kerajaan Selangor. 


Tapi bila kenapa dulu waktu PRU13 Amanah berani, sekarang ini masih lagi hendak bersama dengan parti yang luar dari PH? Saya dah tulis banyak kali, PRU15 nanti sosial media akan main peranan yang besar. Mungkin kita tak boleh ada ceramah berkelompok, mungkin kempen secara fizikal akan di haramkan. Jadi, satu-satunya cara berkempen adalah dalam sosial media.


Amanah kena jelas dengan prinsip progresif dan peduli. Kalau asyik terkenang kuasa yang dah hilang, lepas itu hendak berkerja-sama dengan mastermind pengkhianat, apa dia ini? Dia sendiri tak boleh bagi alasan kukuh kenapa dia berkhianat, buat apa Amanah nak jadi punching bag untuk dia? Kini dah ada dengar yang geng-geng otai reformis hendak langgar kerusi Amanah bertanding. Berbaloi ke nak dapat sokongan mastermind pengkhianat lepas itu terlepas sokongan pengundi pure PH?


Tolong belajar baca sentimen pengundi dulu. Kalau betul hendak berkerja-sama dengan parti mastermind pengkhinat; cuba post dalam Facebook sendiri dulu. Nak kenal langit tinggi atau rendah; nak tengok berkicap atau masak kari. Kalau sentimen dalam facebook sendiri pun tak boleh nak lawan, bayangkan sentimen pengundi atas pagar nanti macam mana nak menang.


Kalau pengundi atas pagar tanya:


"Betul ke dia letak jawatan tapi tak berbincang dengan parti komponen"

"Betul ke dia simpan jawatan PM macam hak peribadi"

"Betul ke dia sengaja letak jawatan sebab dendam peribadi tapi di khianati saat akhir"


Cuba jawap soalan ini dulu.


Faham tak beza move forward dan tinggalkan parti yang tak releven? Nak berjaya kena ambil risiko. Dulu waktu PRU14 boleh aje ambil risiko tinggalkan parti lebai, kenapa sekarang tak boleh? Ingat lebai dulu claim ahli mereka berjuta-juta, tapi kenapa mereka kalah di Selangor? Sebab yang undi mereka bukan ahli parti, tapi rakyat kebanyakan yang nak sokong agenda Islah/pembaharuan. Bila kita tinggalkan parti yang tak releven, bukan bermakna kita perlu kutuk atau hina; buat tak peduli sudah. Dia nak bertanding 50-60 kerusi pun lantak pi kat dia la; nak bertanding 222 kerusi pun nyiru kita tadahkan.

Kalau boleh menang balik 4 kerusi yang ada sekarang ini pun kira ajaib. 


Lagi satu, kalau pembahagian kerusi nanti antara PH, Amanah boleh dapat 50 kerusi, tapi parti tamak tak ada ahli nak 60 kerusi, habis tu Amanah gembira nak jadi tukang pacak benda macam parti lebai ke? Cuba tanya Ahli Amanah Titiwangsa yang tolong berkempen untuk Rinamon, Adakah mereka gembira undi pengkhianat? Inilah yang akan jadi kalau Amanah duk layan kerenah parti kecil yang nafsu besar.


Seriously , saya naik jelek tulis benda yang sama. Kalau pimpinan Amanah macam Yb Khalid Samad, Mahfuz Omar , dan Salahuddin Ayub berani buat keputusan untuk kuatkan PH dan tinggalkan parti di luar PH, saya pun akan turut behenti dari ulas benda sama; It's getting old really quick.


Jangan sampai untung secupak rugi segantang. Kalau nak kata sokongan, Ibrahim Ali pun ada penyokong. Oh, saya anggapkan para pengkhianat sekarang ini macam Ibrahim Ali pasca PRU12 lepas di khianat ATGNA. Lepas tu bertanding PRU13 terus hilang deposit. 


Betul, Anwar Ibrahim ada short-coming dia. Tapi dia tak berkhianat; dia sentiasa kekal dengan agenda reform dia walaupun jadi pembangkang. Dan bila baca komen dia tentang buku Tommy Thomas; kita dapat lihat satu ulasan mahakarya yang sangat-sangat adil dan tidak bias; siap dia boleh lagi pertahankan Jabatan Peguam Negara walaupun dia sendiri pernah di zalimi. Ini ciri-ciri seorang pemimpin yang rakyat hendak. Bukan jenis yang ada dendam peribadi sampai sanggup mastermind pengkhianatan tapi terciduk, atau jenis dinasor yang tak tahu apa tapi pandai berlakon baca doa depan TV. In the end macam cerita pak pandir mandikan anak. 


WallAhualam




2 comments:

Jsman Tori said...

Solong. Bdgul sangat. Saya pun ahli amanah (06001267). Nak buat macamana pemimpin Amanah tak abis sekolah. Pakat keluar beramai-ramailah kalau tak mahu berubah.

Anonymous said...

Dalam AMANAH, daripada mat sabu, khalid ibrahim, mahfuz omar dan salahuddin ayob amat kental sebagai 'harumanis' hijau diluar oren di dalam.
Perjuangan bermuka muka dan kerap tikam belakang.
Suka mengungkit dan tiada pendirian.

(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Malaysia Sekali Lagi Dimalukan Di Peringkat Antarabangsa ...

KENYATAAN MEDIA - 21 April 2021 Malaysia sekali lagi dimalukan di peringkat antarabangsa dalam aspek demokrasi tatkala rekod negara kita me...