HADI - RASUAH ADALAH 'MENGAMBIL HARTA SECARA SUKARELA'…

 

"Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)" - Surah AlBaqarah. Ayat 188.

Hadi kata rasuah tidak termasuk dalam hudud PAS. Hadi kata rasuah adalah 'mengambil harta secara sukarela'. Al Quran tidak sebut pun rasuah itu adalah mengambil harta secara sukarela!! Sukarela? Kalau dia ambil harta bapak dia secara sukarela kita peduli apa? Tetapi yang dia ambil itu bukan harta bapak dia. Yang dia ambil itu harta duit rakyat. Sukarela kepala hotak apa?

Kalau orang politik nak "mengambil duit rakyat" dia buatlah projek besar-besar, yang harga projek sengaja berlipat kali ganda. Jalan kampung 10 kilometer dia letak harga berpuluh juta ringgit. Pada hal boleh siap berapa juta ringgit sahaja. Duit lebih itu dia bagi rasuah kepada pemimpin politik, pemimpin yang rasuah yang bantu "lulus" bayaran projek. Itu bukan "mengambil harta secara sukarela".

Itu adalah mencuri duit rakyat dengan guna kaedah rasuah. Itu adalah perbuatan mencuri atau merompak juga tetapi tanpa guna senjata api, tanpa guna parang atau pisau. Cuma kaedahnya lain - rasuah, CBT, salahguna kuasa, menipu white collar crime dsbnya. Tetapi,ia tetap mencuri juga. - Syed Akbar Ali

Tahukah anda bahawa Topik 'Rasuah' dibincangkan sebanyak 50 kali dalam Al-Quran,dalam 47 Ayat...

https://www.thelastdialogue.org/.../the-topic-corruption.../

May be an image of one or more people and text

No comments: