AZMlN BUAT SUMPAH LAKNAT?


Ramai rakyat Malaysia mula mengeluh. Situasi politik dan keadaan ekonomi semakin teruk. Umum sedia maklum politik yang stabil memacu ekonomi yang baik. Tetapi perebutan kuasa di negara kita semakin menjadi jadi dan tidak lagi selindung-selindung. Masing-masing menyalahkan satu sama lain. Di pihak pembangkang mereka tidak boleh bersatu dan di pihak kerajaan sentiasa bergaduh-gaduh. Kita risau kerana pelabur asing tidak mahu melabur di Malaysia. Negara jiran Indonesia telah membuat lebih baik dari Malaysia dalam menarik pelabur asing kerana mereka bersatu hati. Pemerintah dan pembangkang di sana mahu bekerjasama tidak seperti di Malaysia. Semakin hari semakin teruk ekonomi negara kita. Dengan rakyat yang sudah tiga suku juta tiada kerja, masa depan Malaysia agak malap. Persoalannya sekarang, adakah kita akan dapat melihat, situasi politik kita menjadi stabil semula dan kucar kacir kembali tenang? Rakyat sentiasa memerhati. Namun ianya bergantung kepada ahli-ahli dan pemimpin politik. Jangan nanti menjadi terlalu lewat untuk negara kita bila nasi sudah jadi bubur. Kurangkanlah berpolitik atau cari jalan keluar. Apa pendapat anda? Apa pendapat anda?


No comments: