KAH..KAH...WEIII AGEN CIA....NAK TUNJUK CONTOH...BEKALKAN AIR BERSIH DAHULU..ASAS PAING MUDAH.....NAK PERINTAH DENGAN 18 KETUL....

 


Nik Abduh puji PAS mampu memerintah

Nik Abduh puji PAS mampu memerintah

Dalam tempoh hampir setahun Pas menjadi sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN), ia berjaya membuktikan bahawa parti Islam juga mampu memerintah.

Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, paling asas ialah Pas berjaya mematikan tuduhan dan momokan pihak lawan sejak berpuluh tahun kononnya Pas mustahil mampu memerintah Malaysia yang maju dan majmuk.

Malah, katanya, ada yang mendakwa Pas hanyalah ‘parti lebai’ yang hanya mampu memerintah negeri-negeri di Pantai Timur yang kononnya ‘miskin’.

“Itulah yang pernah berlaku kepada Pas apabila kembali memerintah negeri Kelantan pada tahun 1990 dahulu dengan bermenteri besarkan seorang lebai agama berserban. Pas Kelantan membuktikan sebaliknya.

“Bezanya, Pas Kelantan mengambil masa beberapa tahun yang agak lama untuk meyakinkan rakyat Malaysia akan kemampuannya mentadbir negeri dengan slogan ‘Membangun Bersama Islam’. Tidaklah pelik bagi sebuah negeri pelopor yang merintis laluan awal.

“Pas di Putrajaya pula hari ini melalui liku yang lebih mudah. Pujian bagi ALLAH, dengan rahmat dan kelebihan daripada-Nya, Pas membina keyakinan rakyat Malaysia dengan cepat sekali” katanya dalam kenyatan di Facebook beliau pada malam Selasa.

Sementara itu, beliau berkata, menghampiri setahun di Putrajaya, hampir tiada sindirian dan tohmahan musuh, apatah orang awam bahawa Pas begitu ketinggalan dan lemah kemampuannya menerajui beberapa kementerian yang diamanahkan.

Malah, katanya, Pas dilihat mampu berdiri sama tinggi duduk sama rendah bersama parti-parti rakan dalam PN.

“Tohmahan ke atas Pas hanyalah berputar-putar kepada serangan bertali arus kononnya Pas menjilat ludah sendiri sanggup bersekongkol dengan UMNO untuk memerintah di Putrajaya.

“Ia hanyalah ratiban politik yang begitu mudah dilangsaikan jawapannya,” katanya.





No comments: