SEBERANG JAYA BUKAN LAGI TEMPAT UNTUK HANG....ELOK CARI TEMPAT LAIN

 


Orang kanan Azmin pertahan cetak bendera PN walaupun tengah darurat

Orang kanan Azmin pertahan cetak bendera PN walaupun tengah darurat

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin berpandangan adalah menjadi satu kebiasaan parti politik untuk mencetak bendera parti.

Menurutnya, beliau sendiri telah mencetak bendera dan baju Perikatan Nasional (PN) untuk mempromosikan gabungan itu.

“Biasalah parti politik cetak bendera. Takkan pilihan raya sahaja cetak bendera. Nak tak nak, selepas darurat ada Pilihan Raya Kecil (PRK).

“PRK yang telah ditangguhkan hari itu (ada) beberapa tempat. Jadi (bila ada) PRK, PN pun nak masuk bertanding.

“(Bagaimanapun) nak ada atau tidak Pilihan Raya Umum (PRU) selepas darurat, saya tak pasti. Itu kena tanya perdana menteri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan bendera PN sedang dicetak dan gambar tangkap layar tarikh pelawaan sebut harga daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa lalu berhubung pembekalan dan penghantaran alat tulis untuk kegunaan PRU-15 Pejabat Pilihan Raya Melaka.

Mengulas lanjut, Afif yang merupakan Pengasas Pemuda Negara berpendapat, pembekalan dan penghantaran alat tulis itu adalah proses biasa daripada SPR.

“Saya ingat itu proses biasa. (SPR) kena bersiap sedia,” katanya.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi pendirian dan komitmennya untuk membubarkan Parlimen sebaik sahaja penularan pandemik Covid-19 telah reda dan seterusnya mengadakan PRU15.

Gambar tangkap layar tarikh pelawaan sebut harga daripada SPR pada Selasa lalu berhubung pembekalan dan penghantaran alat tulis untuk kegunaan PRU-15 Pejabat Pilihan Raya Melaka. 



No comments: