ALEH....BODEK LA SANGAT....DULU SEMUA TAK BETUL.....

 

Pemuda PAS tempelak pembenci Muhyiddin guna Rukun Negara

Pemuda PAS tempelak pembenci Muhyiddin guna Rukun Negara

Pemuda PAS tampil mempertahankan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin daripada serangan pengguna maya di media sosial dengan memetik dua prinsip Rukun Negara.

Ketuanya, Khairil Nizam Khirudin menyifatkan pelbagai hamburan kata jelik di media sosial rasmi Muhyiddin atau institusi negara sebagai tindakan yang “disengajakan”, “berlebihan”, mementingkan diri dan tidak kena pada tempatnya.

“Para pembenci seperti ini hanyalah mereka yang mementingkan diri dan mempunyai motif, sebab itu tidak tahu meletakkan kritikan di tempatnya.

“Sedangkan kesopanan dan kesusilaan adalah Rukun Negara yang menunjukkan salah satu penghormatan dan ciri sepatutnya ada pada rakyat Malaysia.

“Harus dimalukan, apabila mereka tidak tahu membataskan jari-jemari sendiri hingga menampakkan tiadanya kesetiaan kepada raja dan negara yang juga satu daripada Rukun Negara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, kesetiaan kepada raja dan negara serta kesopanan dan kesusilaan merupakan prinsip kedua dan kelima daripada lima prinsip Rukun Negara.

Katanya, Muhyiddin dituduh diktator sedangkan dia telah bertindak berasaskan undang-undang dan segala keputusan dibuat secara kolektif, bukannya peribadi, malah telah mendapat pengesahan atau diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong selaku pemerintah tertinggi negara.

Khairil dipercayai merujuk pengisytiharan darurat yang mendapat kritikan sesetengah pihak, terutamanya pembangkang dan sebahagian daripada penyokong PN – seperti Umno – yang melihatnya sebagai cubaan Muhyiddin untuk terus berkuasa setelah kehilangan majoriti.

Justeru, memburukkan perdana menteri dengan membangkitkan unsur menentang perkenan yang diterimanya, kata Khairil, samalah maknanya dengan merendahkan kedaulatan negara.

Beberapa hari lalu juga, Muhyiddin diserang warga maya di ruangan komen akaun Facebook Istana Negara.

Rata-ratanya mengadu kesukaran mereka sewaktu pandemik Covid-19, dan tidak kurang juga yang meninggalkan komen nakal mengenai jumlah majoriti pentadbiran Muhyiddin.

Di sepanjang pelaksanaan darurat yang dijadual berlangsung dari 11 Jan hingga 1 Ogos, parlimen dan DUN tidak bersidang.

Di bawah darurat, kerajaan boleh mencadangkan pindaan undang-undang sedia ada menerusi ordinan yang hanya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong, tanpa harus diluluskan terlebih dahulu menerusi Parlimen.

Parlimen boleh memansuhkan ordinan apabila ia bersidang nanti.

Ulas Khairil, dalam keadaan negara dilanda Covid-19 dan diisytihar pula dengan darurat, sukar untuk rakyat menjangkakan kesempurnaan, namun beberapa insentif diumumkan kerajaan sudah membuktikan kesungguhan kerajaan menangani cabaran dihadapi rakyat.

“Pergerakan yang dilihat perlahan perlu dikompromi dan difahami semua bahawa ia terjadi atas kekangan terbatas sedang dihadapi di setiap peringkat,” tambahnya.

Malah, katanya, jika agenda politik dan kuasa menjadi tekanan kepada “pihak tertentu”, dia meminta semua pihak berpegang kepada janji perdana menteri untuk mengadakan pilihan raya umum sebaik sahaja Covid-19 dapat ditangani.

“Oleh itu mari bersama kita menghadapi cabaran ini dengan menjadi ejen yang memutuskan rantaian berbahaya ini dan bukannya menjadi penyebab keadaan yang lebih parah,” katanya lagi.



No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Tiada campur tangan politik dalam siasatan, kata ketua pesuruhjaya SPRM

  Bernama  - April 11, 2021  Azam Baki berkata usaha membina negara bangsa, campur tangan politik dalam tugas badan penguat kuasa di negara ...