Najib sanggah dakwaan Dr Mahathir tidak campur tangan dalam badan kehakiman

 


Astro Awani
Najib sanggah dakwaan Dr Mahathir tidak campur tangan dalam badan kehakiman
Najib berkata pada April 1987, UMNO mengadakan pemilihan parti yang menyaksikan pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden parti. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa pembatalan pendaftaran UMNO pada 1988 sebagai bukti tidak campur tangan dalam badan kehakiman negara.
Menyokong hujahnya, Najib berkongsi apa yang berlaku pada tahun tersebut hingga menyebabkan UMNO diharamkan dan tertubuhnya UMNO baharu.
Najib berkata pada April 1987, UMNO mengadakan pemilihan parti yang menyaksikan pertembungan antara Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden parti.
Ketika itu Mahathir mempunyai pasukannya sendiri yang dikenali 'Team A' manakala Tengku Razaleigh atau Ku Li mengetuai pasukan 'Team B'.
“Sebanyak 1,500 perwakilan mengundi, dan Tengku Razaleigh dijangka menang selepas kemelesetan 1985, tetapi selepas berlaku ‘blackout’ di bilik kiraan undi Mahathir pula yang menang dengan 761 undi mengatasi 718 undi yang diperoleh Tengku Razaleigh. Perbezaan sebanyak 43 undi," kata Najib.
Najib turut memberitahu, pasukan Tengku Razaleigh mendakwa Mahathir memenangi jawatan tersebut dengan 78 perwakilan yang mengundi datangnya dari 30 cawangan yang tidak berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Pasukan Tengku Razaleigh berkata 78 perwakilan itu tidak layak mengundi dan mencabar keputusan pemilihan UMNO itu di mahkamah.
“Mahkamah memerintahkan penyelesaian di luar mahkamah. Namun, kumpulan Tengku Razaeligh mahu pemilihan baharu diadakan.
“Mahathir pula tidak mahu pemilihan baharu, dan Mahkamah Tinggi mengisytiharkan UMNO tidak sah, bermaksud pemilihan 1987 itu terbatal dan tidak sah,” katanya lagi.
Najib berkata sebelum rayuan pasukan Tengku Razaleigh itu dapat didengar, Tun Salleh Abas, yang ketika itu presiden Mahkamah Agung, dan semua Hakim Mahkamah Agung digantung. Salleh kemudiannya disingkir.
“Inilah permulaan kepada kehancuran sistem kehakiman.
“Mahathir kemudian menubuhkan UMNO Baru dan memindahkan semua aset parti lama yang tidak sah itu dan ahli-ahli yang mesra kepada UMNO baharu, kecuali Ku Li dan pasukannya,” katanya.
Baru-baru ini, dalam satu wawancara khas bersama portal FMT, Mahathir mengingatkan beberapa keputusan mahkamah ketika beliau menjadi Perdana Menteri keempat tidak memihak kepadanya, khususnya apabila UMNO yang dipimpin beliau diisytiharkan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi pada 4 Feb 1988.
Keputusan itu dibuat selepas 11 ahli UMNO menyaman parti itu pada 1987, menuntut pemilihan parti pada awal tahun sama diisytiharkan tidak mematuhi Perlembagaan dan tidak sah.
Hakim Tan Sri Harun Hashim memutuskan UMNO tidak sah berdasarkan apa yang didakwa oleh Mahathir sebagai “salah laku kecil oleh segelintir cawangan kecil UMNO”.
Mahathir berkata Harun boleh mengambil tindakan terhadap cawangan terbabit namun memilih untuk mengisytiharkan seluruh UMNO sebagai tidak sah, menunjukkan “banyak keputusan mahkamah ketika itu tidak memihak kepada saya.”


1 comment:

Anonymous said...

urmm thanks sir tommy plots sudah Kena the truth akan terungkai hahaha just fingers sang tap tap tap..

(function() { var d = document, w = window; w

MMMMM......HATI HATI JIKA ANDA HANYA MARHAEN