CHE Ibrahim.
LALAT PUN PENING
Mohd Yusri Ibrahim
Pemerhati politik menanti penuh minat perkembangan mesyuarat majlis presiden PN yang katanya diadakan minggu depan.
Tujuannya untuk dapat gambaran lebih jelas arah tuju gabungan politik tersebut selepas Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU dan Muktamar Tahunan (MT) PAS.
Kelulusan usul menamakan TS Muhyiddin sebagai calon PM oleh PAT dan kelulusan usul oleh MT supaya PAS ambil alih teraju PN menimbulkan polemik besar antara dua parti tersebut.
Lanjutan itu, banyak isu sampingan lain turut diungkit, termasuk agihan wang dana pilihan raya dan sebagainya, semuanya dalam konotasi tidak mesra.
Banyak implikasi daripada polemik BERSATU-PAS ini sebenarnya, paling kurang ada dua kemungkinan besar.
Pertama perlu diingat semasa pembentukan PN dahulu PAS terpecah kepada dua kem.
Satu kem menyokong penubuhan PN, manakala satu kem lagi menentang.
Yang menentang itu kerana mereka lebih cenderung kerjasama dengan UMNO melalui MN, penggeraknya ramai dalam kalangan kumpulan ustaz.
Apabila isu dengan BERSATU ini timbul sekarang, kumpulan ini kembali bersuara, termasuk mengungkit rasa tidak selesa terhadap BERSATU.
Masih belum jelas sama ada itu sekadar reaksi spontan untuk memulangkan paku buah keras, atau ada agenda lebi tersusun untuk menghangatkan lagi suasana bagi memisahkan PAS daripada BERSATU, menyelesaikan misi lama yang tertangguh.
Walau apapun tujuan, jika perkembangan ini gagal diurus dengan baik oleh kedua-dua pihak, kerjasama PAS-BERSATU berisiko terburai.
Apatah lagi ada figura kepimpinan yang dilihat pro MN dan kurang mesra penubuhan PN sebelum ini kembali ke dalam Jawatan Kuasa Kerja PAS Pusat pasca muktamar tempoh hari.
Kedua, jika perikatan politik tersebut masih mampu diselamatkan, risiko paling besar adalah terhadap keputusan PRU16 nanti untuk kerusi2 tertentu.
Nasib TS Muhyiddin di Pagoh sebagai contoh.
Dengan senario politik semasa, maksudnya PH-BN vs PN, Pagoh akan jadi kerusi marginal dalam PRU16 nanti.
Ini kerana campuran undi sedia ada PH-BN dalam PRU15 lalu mengatasi jumlah undi sedia ada PN.
Sebenarnya ini bukan isu besar pun bagi TS Muhyiddin jika senarionya adalah normal, beliau masih ada faktor kekuatan peribadi untuk mengekalkan kerusi tersebut.
Namun apabila polemik dengan PAS ini timbul, situasi berubah secara mendadak untuk kerusi Pagoh itu.
Katalah Mesyuarat Majlis Presiden PN minggu depan sepakat untuk tidak namakan calon PM, dengan kata lain berjaya capai kompromi untuk situasi menang-menang.
Tapi PAS sudah sedia maklum hasrat BERSATU untuk lantik TS Muhyiddin sebagai PM jika PN menang nanti.
Dalam kes sebegini, saya tidak jangka jentera dan penyokong PAS akan bagi ruang selesa untuk beliau menang di Pagoh.
Dalam observasi lapangan semasa PRU15 lepas, saya jumpa senario seperti ini di Gombak.
Jentera PAS tidak bekerja untuk DS Azmin menang.
Atau dengan kata lain, ada sebahagian lagi yang bekerja untuk DS Azmin kalah.
Dalam kes Gombak ini sebagai contoh, PAS mempunyai cukup kekuatan jentera dan sokongan akar umbi untuk memastikan projek seumpama itu berjaya.
Kes hampir sama saya jumpa dalam pemerhatian lapangan PRN 2023 di Pulau Pinang, kerusi Bayan Lepas yang ditandingi Datuk Dominic Lau.
Berdasarkan gelombang hijau yang sedang memuncak pada waktu itu, kerusi tersebut sebenarnya dalam radar kemenangan kepada PN.
Namun apabila perang besar berlaku antara PAS dan GERAKAN untuk merebut kerusi tersebut, jentera dan penyokong PAS tidak bekerja sepenuhnya untuk menangkan PN.
Atau dengan kata lain, ada yang bekerja untuk kalahkan Dominic Lau.
Akhirnya Datuk Dominic Lau kalah dengan seribu lebih majoriti.
Gombak dan Bayan Lepas ini hanyalah dua kajian kes untuk menunjukkan bagaimana PAS berupaya menterbalikkan menang kepada kalah jika mereka mahu.
Sebab itu polemik sehari dua ini berisiko memberi implikasi kepada pemimpin2 BERSATU yang kurang disenangi oleh sebahagian kem dalam PAS.
Akan ada kemungkinan untuk nama-nama besar daripada BERSATU berisiko kalah tanpa disangka-sangka.
Inilah paling kurang dua kemungkinan implikasi sedang menanti rentetan polemik PAS-BERSATU sekarang.
Kenapa isu ini penting dan signifikan?
PN adalah pembangkang dan gabungan parti kedua terkuat di Malaysia sekarang selepas PH.
Dalam konteks Malaysia yang mengamalkan sistem ala Westminster, pembangkang dikenali sebagai kerajaan menunggu (waiting government).
Apa sahaja perubahan dalam politik dalaman PN berpotensi mempengaruhi landskap politik tanah air.
Sebarang kemungkinan tersebut perlu ditekuni, perlu ada jangkaan kemungkinan2.
Kerana banyak sektor dalam negara dipengaruhi oleh situasi politik, bergantung kepada unjuran2 senario politik.
Elemen geostrategik ini sangat penting untuk ekonomi, pelaburan, pasaran saham, industri, hubungan luar dan sebagainya.
Ini yang sesetengah penyokong dan pentaksub parti politik tidak faham.
Mereka cepat melenting dan marah2 apabila parti pujaan mereka disentuh dalam analisis2 dan wacana2.
Kononnya mereka yang lebih tahu parti pujaan mereka, perjuangan mereka.
Mereka tidak faham apabila sesebuah parti politik menawarkan diri dalam pasaran (open market) politik tanah air, mereka terbuka untuk dinilai dan dikritik oleh pelanggan.
Pelanggan atau pemegang taruh terbesar sesebuah parti politik yang bertanding dalam pilihan raya adalah pengundi, rakyat.
Kena faham konsep itu, jangan fanatik dan sondol mengkhinzir buta.
Saya guna istilah khinzir tu supaya nampak lembut sikit, kurang sesuai kalau tulis membabi buta.
PAS sering menekankan soal wala’, tapi dalam parti sendiri pun ketaatan makin longgar.
Kalau PAS ke Putrajaya, masalah ini berisiko jadi lebih besar.
Ujian sebenar bukan slogan, tapi disiplin bila kuasa sudah di tangan.
Yang di bawah rajin berperang mulut akan gigit jari dan letih, sementara yang di atas terus senang.
Mungkin boleh tukar nama kepada Parti Wala’ Semalaysia.
Alif Jamil
Tulisan saya yg bertajuk Amanah Teraju Pakatan Harapan Part 1 mendapat banyak reaksi dari rakan² yg pro PH. Ada yg setuju, ada yg tidak bersetuju.
Sebahagian berpendapat bahawa Parti Keadilan sewajarnya menerajui PH kerana majoriti kerusi parlimen berada pada tangan mereka.
Dari sudut angka, ya benar Keadilan sememangnya parti dominan dalam gabungan dan mempunyai paling ramai penyokong dikalangan rakyat sendiri.
Namun, jika kita menilai politik ini hanya atas faktor kuantitatif semata², kita akan terlepas untuk melihat nilai strategik pada faktor kualitatif.
Di sinilah saya melihat mengapa Amanah lebih sesuai untuk menjadi wajah peneraju Pakatan Harapan.
Amanah membawa naratif Melayu-Islam progresif yg inklusif, sederhana dan berteraskan nilai² madani.
Ia menyeimbangkan persepsi bahawa PH hanya ditunjangi oleh DAP.
Amanah ibarat jambatan politik yg merapatkan jurang antara kelompok tradisional Melayu-Islam dengan idealisme reformasi PH yg lebih meluas.
Tambahan lagi, Amanah ini terbina dari kumpulan ulama dan tokoh² berpengalaman dari asakan reformasi jalanan hingga ke pentadbiran kerajaan.
Mereka bukan sahaja punya akar ideologi yg jelas, tetapi juga mempunyai kredibiliti moral yg sukar ditandingi oleh parti² lain.
Dengan kedudukan mereka dalam kabinet Madani hari ini, Amanah terbukti mampu memainkan peranan utama dalam melancarkan strategi kerajaan perpaduan.
Jika hanya Keadilan yg mendominasi, ia akan mudah dijadikan modal fitnah lawan seolah² PH dikuasai oleh satu parti tunggal.
Dengan kata lain, bila hanya satu parti nampak terlalu dominan, persepsi rakyat boleh jadi negatif.
Masyarakat akan fikir gabungan tu tidak seimbang kerana hanya menguntungkan satu pihak.
Namun jika Amanah diberi peranan teraju walaupun parti itu tidak sekuat Keadilan, ia menunjukkan bahawa PH benar² berfungsi sebagai gabungan kolektif.
Bukan “one man show”, tetapi perkongsian kuasa.
Amanah bawa identiti Melayu-Islam progresif yg mengimbangi imej Keadilan dan DAP.
Dengan itu, PH lebih sukar dijolok dgn fitnah lawan seperti “parti Anwar saja yg berkuasa” atau “DAP control PH”.
Tetapi apabila Amanah tampil sebagai teraju, ia memperlihatkan wajah kolektif Pakatan Harapan, progresif, seimbang dan benar² berteraskan pada kepelbagaian.
Pada pengamatan saya, Amanah bukan sekadar parti kecil dalam angka, tetapi ianya parti besar dalam nilai.
Dan dalam politik pasca-PRU15, persepsi dan nilai itu lebih menentukan arah sokongan rakyat daripada angka semata².
~~ Ini bukan Part 2.
Ini sekadar justifikasi kenapa saya berpandangan bahawa Amanah wajar diberikan ruang lebih besar sebagai peneraju wajah politik Pakatan Harapan.
Fuh! Siap ada kotak document detector! Dr Linthini adalah pemeriksa dokumen bertauliah dengan pengalaman lebih enam tahun mengendalikan pelbagai kes berkaitan dokumen.
Beliau juga diiktiraf sebagai wanita pertama di Malaysia yang memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pemeriksaan Dokumen Forensik, seperti direkodkan dalam Malaysia Book of Records (MBR).
Beliau mewakili peguam ibu Zara Qairina hadir ke mahkamah, mengesahkan ketulenan bahan bertulis termasuk buku catatan, dokumen peribadi dan diari Zara Qairina.
Menitik Malam.
Ada seorang kawan bekas orang kuat Umno pernah jadi Adun dan MP di Melaka minta diviralkan risalah ini. Dia cuba hendak propagandakan yang DAP adalah parti yang bijak dan cerdik serta jahat dengan harapan jangan terpedaya kepadanya.
Sebenarnya DAP tidak secerdik mana dan sepandai mana pun, kenapa ia dilihat cerdik dan bijak kerana semua parti² Melayu BODOH.
DAP akan terpinggir kalau semua parti Melayu bersatu merapatkan syaf sehingga tanpa ada celah untuk disusupi DAP. Kebijaksana DAP berpolitik menyebabkan ia dilihat berkuasa.
Sebab apa, kerana Melayu bodoh. Trims.
Penat saya nak menjawab...
Setiap kali live TikToq ,
ramai je perli pendekar madani la,
silat dah rosak lah..
Demi 2 juta lah..
Maruah silat di gadai lah..
Silat dah jadi politik lah..
Bila program silat anjuran yang berbeza, semua kau palitkan dengan Pendekar Madani..semua kau tuduh..
Korang semua masuk perangkap orang yang nak tengok sesama Melayu bergaduh..korang xde otak ker..
Tapi selama kami buat program silat besar besar ni.. xde pun nak sponsor buat event silat ke apa..
Nak datang tengok apatah lagi..
Silat sentiasa terpelihara..
Bebas dari ancaman politik..
Yang jadi ancaman pada silat adalah orang yang taksub pada politik dan semua hal nak politik..
PMX pakai busana pun, di hina teruk2..
Karang dia pakai full suite blazer datang majlis silat, kau tetap bising jugak..
Sebenarnya, korang semua ni la pemecah belah.. kau kalau nak cari pasal, tu p cari pasal dengan parti yang memusuhi orang Melayu..
Bukan kau memusuhi orang Silat yang pertahankan Alif Ba Ta..
Dan kau xpayah suruh2 kes Kpg Sg Baru orang Silat jugak kena turun bagai lah..
Tanah tu ada owner masing2..
Depa dapat duit bukan sikit..
Kau p la mengamuk dengan 80% owner yang setuju sign jual tanah..
Bukan kau amuk dan musuhi orang Silat.. fikir lah pakai otak!
Panglima Aduka
- Naib Presiden 3 Persatuan Dunia Seni Silat Melayu Malaysia
Mohd Puad Zarkashi. MKT
Marah sungguh Menteri Besar Kedah Dato Sanusi terhadap saya. Saya kata “mustahil kutipan dana tin milo PAS mencukupi untuk tampung kos pilihanraya yang dia sendiri dakwa 1 parlimen RM1 Juta”.
Sanusi tidak boleh terima bahawa Bersatu sponsor duit pilihanraya PAS berjuta ringgit. Sanusi kata “saya nak dipilih jadi calon dalam BN pun kena berabih duit”. Nak beritahu Sanusi, macam mana saya berhabis duit untuk jadi calon, sedangkan dua kali saya tidak dicalonkan.
Sanusi tidak perlu pusing isu. Dia ingat apa yang dia buat, orang lain akan buat. Sebagai contoh kalau dia ada dua isteri, tidak semestinya semua orang beristeri dua.
Justeru saya cabar Bersatu supaya mendedahkan jumlah sebenar yang Bersatu bagi pada PAS. Buktikan cerita “tin milo” Sanusi bohong.
Saya turun ke beberapa kawasan di Sabah petang tadi untuk meninjau sendiri kerosakan akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda beberapa daerah di negeri ini.
Terkesan melihat keadaan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dan pangsapuri Country Heights Penampang yang terjejas teruk dan memerlukan tindakan segera. Justeru saya telah arahkan agensi Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk menyegerakan proses baik pulih dan meneliti keperluan peruntukan tambahan. Keutamaan ketika ini adalah memulihkan tempat tinggal serta barangan keperluan asas mangsa.
Di sebalik ujian ini, saya amat terharu melihat ketabahan urang Sabah yang masih mampu tersenyum tatkala saya bertemu mangsa-mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan St Paul Kolopis dan Kampung Sarapung. Insya-Allah, seluruh jentera Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri akan berusaha sedaya upaya memulihkan kehidupan kalian secepat mungkin.
Penghargaan tertinggi saya kepada pasukan keselamatan, pengurusan bencana dan sukarelawan yang telah menyabung nyawa demi memastikan keselamatan rakyat yang terkesan. Tidak terkecuali petugas Sabah Electricity yang bekerja tanpa henti memulihkan bekalan elektrik yang terjejas. Takziah dan penghormatan tertinggi buat Allahyarham Masedeh Rosmin yang gugur ketika bertugas. Pengorbanan mu demi rakyat Sabah pasti dikenang selamanya.
Saya turut rakamkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah dan jentera Kerajaan Negeri yang bertindak pantas sejak hari pertama bencana, dengan menumpukan sepenuh perhatian pada keselamatan serta kebajikan rakyat.
Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada semua yang terkesan dan mempermudahkan usaha kita bersama dalam memulihkan kehidupan rakyat Sabah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
Haa lagu ni lah..
Kalau jadi apa2 kes pelik ka, tak patut jadi ka kat negeri perintah PAS, awat org dok heboh sangat?
Sbb utama sat ni:
1. PAS dok jual imej Islamik
Depa dok canang negeri depa ni serambi Mekah la, pemerintahan cara Islam la. Jadi bila ada benda tak kena, org pun cepat kata, "haa awat tak kena cara Islam hampa tu?"
2. Expectation tinggi..
Org dah anggap negeri PAS patut lebih molek dari negeri lain. Jadi bila tersilap sikit, terus nampak besaq.
3. Lawan politik dok tunggu..
Bab ni lagi la.. klau negeri lain buat, org buat tak tau. Tapi kalau negeri PAS buat, terus lawan politik dok sambaq, viral sana sini.
4. Persepsi khalayak..
Kalau negeri biasa, orang kata “alah, tu biasalah”. Tapi bila negeri Islamik, orang akan kata “takpa kata Islamik, awat jadi lagu ni?”.
Pendek kata, macam org alim lah kalau dia buat salah sikit ja, habih satu kpg dok cerita. Kalau orang kaki rokok, kaki kopi buat salah, org buat tak tau.
Video: Pasir Pekan Kelamtam.
-Pakde Eismat
Ramai yang dah ambil KOMISEN masing2, akhirnya kontrat di batalkan YDPA , BARU PADAN MUKA, kaki komisen sangat.
Nazri Hamdan.
Aerotree dilapor saman kerajaan RM353 juta tuntutan sebab kontrak sewa helikopter Blackhawk dibatalkan.
Diorang kata kerajaan tak ikut perjanjian asal 2023, siap minta ganti rugi khas RM17.5 juta, tambahan RM38.7 juta, dan pampasan lebih RM297 juta lagi.
Aerotree jugak cuba block kerajaan daripada guna bon bank RM1.87 juta yang diorang dah sumbat sebagai jaminan.
Dari perspektif syarikat, diorang rasa deal ni unfair sebab helikopter dah pun didaftarkan dengan US, cuma tunggu kelulusan eksport je, tapi kerajaan potong jalan terus terminate.
Masalah makin kusut bila Aerotree kata kelewatan tu bukan sebab diorang je tapi ada isu teknikal, perang Russia-Ukraine, tukar menteri pertahanan, sampai nak pinjam duit SME Bank pun tersekat.
Diorang jugak dakwa kerajaan sengaja kenakan syarat extension berat sebelah yang buat projek tu hampir mustahil nak jalan.
Sekarang Aerotree bukan saja hadap kes kat Malaysia, tapi jugak tekanan dari supplier luar negara yang ugut ambil tindakan undang-undang.
Kes ni bukan pasal helikopter je, tapi dah jadi isu reputasi, kewangan dan credibility kerajaan dalam urusan kontrak pertahanan.
ADA PULAK NGAKU BONDA RATU..RUPANYA UBAT TAK MAKAN.PATUT LA.
Beberapa bulan lepas, saya pernah bagitau kawan-kawan dalam Pas, jangan kutuk sangat UMNO ni, takut nanti kita berkawan balik. Pemimpin-pemimpin hangpa dok tengah berunding tu.
Depa tuduh saya menipu, cuba fitnah pemimpin suci mereka. Semalam Dr. Asyraf Wajdi dedahkan cerita yang sama secara terbuka. Penyokong Pas kena desak pemimpin mereka untuk SAMAN Asyraf kerana memfitnah Pas.
Sekarang anda faham dinamik politik Malaysia, kenapa Pas berkeras mahu bertanding guna logo mereka sendiri.
Saya amat yakin Muafakat Nasional akan bertaut semula. Muafakat Nasional adalah kekuatan sebenar orang Melayu.
Dari dulu saya mahu MN kekal, dan bertaut kembali.
Tapi, mestilah tanpa Bersatu.
Kenapa?
Sebab saya orang Larut. Perit luka lama masih bernanah.
Alif Jamil
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia kini mencecah paras tertinggi sejak 10tahun.
Rizab Antarabangsa Bank Negara adalah “perisai kewangan” negara yg menentukan sama ada ringgit mampu bertahan bila gelombang ekonomi global melanda.
Dibawah pentadbiran Kerajaan Madani pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, pencapaian ini berlaku hasil dari dasar fiskal yg lebih berhati², strategi menarik pelaburan berkualiti dan pengurusan hutang yg telus.
Kesannya, keyakinan pelabur asing kembali pulih, pasaran lebih stabil dan kedudukan Malaysia dirantau ini makin kukuh.
Apa maknanya kpd rakyat biasa?
Bila rizab kuat, ringgit akan lebih stabil.
Bila ringgit stabil, kos import barang makanan, bahan api dan bahan mentah industri dapat dikawal.
Memang harga barang belum turun mendadak, tapi tanpa rizab ini, inflasi boleh jadi jauh lebih parah.
Dengan kata lain , angka besar ini adalah benteng yg melindungi isi rumah rakyat dari kejutan ekonomi luar.
Lebih penting lagi, komposisi rizab kali ini bukan lagi bergantung kpd aliran masuk spekulatif jangka pendek.
Sebaliknya ia datang dari pelaburan sebenar dlm sektor strategik seperti semikonduktor, tenaga boleh diperbaharui dan digital economy.
Ini petanda baik bahawa kerajaan Madani tidak bergantung pada 'hot money' tapi membina asas ekonomi yg betul² mampan.
Dari sudut geopolitik serantau pulak, kedudukan rizab yg kukuh menjadikan Malaysia lebih berdaulat dalam rundingan antarabangsa.
Sama ada berdepan dgn kuasa besar atau menarik pelaburan baru, Malaysia bukan lagi negara yg terdesak sebaliknya sebagai rakan yg setara dan dihormati oleh negara² kuasa besar.
Kejayaan ini adalah manifestasi keberanian dan integriti kepimpinan PMX dan pasukan kerajaan Madani.
Rizab antarabangsa yg tertinggi sejak 2015 membuktikan bahawa dasar ekonomi Madani mula menunjukkan hasil yg nyata.
Inilah asas yg sedang dibina untuk kestabilan jangka panjang, demi rakyat dan masa depan negara.
M A D A N I B E K E R J A 🇲🇾
Bekas pegawai Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad berkata, PAS menang 43 kerusi dalam PRU15 yang lepas kerana duit Bersatu.
Pada mulanya aku macam pernah dengar nama Marzuki ni. Sebab masa tahun 2022 tu, nama Marzuki ni dikatakan sebagai 'strategist' atau tokoh pemikir dalam team Bersatu ni.
Aku check la FB dia, sekali memang betul dia cakap benda ni. Well, benda pun dia dah cakap, berita pun dah melaporkan, jadi ini pendapat aku lah.
Apabila Marzuki habaq kat khalayak ramai yang PAS menang 43 kerusi kerana duit Bersatu, mari kita check sikit beberapa fakta.
1. PAS ditubuhkan pada tahun 1951.
2. Bersatu ditubuhkan pada tahun 2016.
Bila hang kata lagu ni, hang nak kata yang Bersatu yang baru berusia enam tahun, dok bagi duit kat PAS yang dah berusia 71 tahun masa PRU15 ni.
71 tahun ni umoq atok. Enam tahun ni umoq cucu. Tak pernah aku dengaq cucu bagi duit kat atok. Macam mana parti politik yang baru ditubuhkan dan belum tumbuh bulu pubis lagi boleh sapot parti yang dah ditubuhkan sebelum merdeka lagi?
Harus diingat bahawa PAS adalah parti kedua paling tertua di Malaysia yang masih aktif, selain daripada UMNO, dan dah pernah tadbir tiga buah negeri sebelum PRU15 (lepas tu Perlis masuk sekali jadi empatlah).
Macam mana Bersatu—parti yang ditubuhkan pada tahun 2016, lepas tu dua tahun kemudian jadi sebahagian daripada komponen kerajaan Pakatan Harapan di bawah Dr Mahathir, lepas tu kena guling oleh Muhyiddin Yassin dalam Langkah Sheraton, lepas tu sempat jadi PM tak sampai dua tahun, dan jadi PM pun zaman COVID, boleh taja parti yang dah berpengalaman lama macam PAS?
Hangpa buleh cakap la Mahathir kaya, Muhyiddin kaya, Azmin kaya—tapi soalannya, dari mana duit tu datang?
Sekaligus si Marzuki ni pi bukak pekung di dada, nak habaq kat semua orang yang depa ni secara misteri dapat duit dari entah mana jadi kaya-raya, pi bagi duit kat PAS walaupun pemimpin Bersatu hanya jadi PM lebih kurang tiga tahun lebih je?
Hang dapat duit tu dari gua Ahmad Albab ka? Ka hangpa pi buat Nigerian scam, atau hangpa semua menang Who Wants To Be A Millionaire?
Dalam hal ni aku tak nak la spekulasi, tapi dari sini bunyinya macam Bersatu dapat duit dari cara yang tak elok, dan PAS—sebagai parti Islam yang patut tahu tentang syubhah halal haram, tak tegoq demi masyuk money go brrrr!
Aku masih ingat lagi masa PRN Melaka dan Johor dan PRU15 masa 2021-22 dulu. PN punya banner, poster Abah bersepah-sepah. Masa tu aku rasa macam banner PN ni macam dok balut satu Malaysia ni.
Ramai kawan-kawan pemerhati politik ni dok tanya, mana hangpa dapat duit banyak ni? Mana pi Azam Baki masa ni? Tak siasat ka dari mana depa dapat duit ni semua?
Now, aku tak ada masalah untuk parti politik ni kaya, tapi bila kaya mendadak dalam masa yang singkat, benda ni something wrong somewhere.
Pun begitu, aku sebenaqnya lagi suka kalau sistem pilihan raya negara kita ni macam apa yang dibuat oleh Sweden: hangpa parti politik semua ada limit belanja pilihan raya, lepaih tu habih pilihan raya, hangpa wajib isytiharkan berapa banyak perbelanjaan hang serta beritahu dari mana duit tu datang dan ke mana duit tu dibelanjakan.
Jadi dengan cara tu barulah semua parti buleh lawan fair and square dan tak perlu menyakau duit rakyat untuk kempen pilihan raya. Hang pandai cari duit dan pandai berbelanja untuk kempen, baguih la. Kat situ rakyat buleh menilai parti mana yang paling bijak dalam menguruskan kewangan.
Aku rasa patutnya Marzuki sebagai bekaih pegawai Abah ni patut buat senyap ja lah memandangkan hang pun dah jadi bekaih. Tak perlu dok gelabah nak buat statement dok hentam PAS pasai apa yang Sanusi cakap tu. Bila hang habaq lagu ni, hang macam dah tak pikiaq strategik lagi dah. Hang dah macam jaring own goal pi bukak pekung sendiri.
Kalau hang nak kritik PAS parti miskin—kutip duit pakai tin Milo, sebenaqnya hang tak kutuk depa. Hang puji depa sebab pengikut depa, walaupun miskin, tapi depa masih buleh bagi duit dan sepakat collect untuk parti depa. Biaq pakai tin Milo asai tak tadah duit kat kapitalis.
Tapi kalau hangpa tanya aku, aku pun tak caya PAS hanya survive dengan derma ahli parti kutip pakai tin Milo. Habih tu yang pi Gua Musang habih pokok kayu balak kena tarah, lepaih tu kemain banyak kebun Musang King tiba-tiba kemain besaq tu, takkan la kapitalis tak huloq duit?
Tak kisahlah—point aku ialah PAS adalah parti yang dah berpengalaman luas, dan bila Bersatu habaq lagu ni, ia seolah-olah ludah ke arah langit. Hangpa buka pekung sendiri.
Tutup je lah Bersatu ni. Dari dulu asyik nak jadi parasit parti lain.
Terdapat 57 buah negara umat Islam. Bernaung bawah OIC.
22 daripadanya adalah negara-negara Arab.
Negara-negara umat Islam ini wujud di kebanyakan benua. Paling banyak di benua Asia dan Afrika. Ada di Eropah, bahkan juga di benua Amerika Selatan.
Negara umat Islam yang bukan Arab di benua Asia ialah Afghanistan, Azerbaijan, Uzbekistan, Indonesia, Iran, Pakistan, Bangladesh, Brunei, Turki, Turkmenistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Malaysia, Maldives dan Uzbekistan.
Di benua Afrika pula ialah Benin, Burkina Faso, Chad, Djibouti, Ivory Coast, Senegal, Sierra Leone, Gabon, Gambia, Guinea, Guinea-Bissau, Cameroon, Mali, Mauritania, Mozambique, Niger, Nigeria, Togo dan Uganda.
Benua Eropah dan Amerika Selatan juga ada negara anggota OIC iaitu Albania dan Bosnia (di Eropah) serta Surinam dan Guyana (di Amerika Selatan).
Sebahagian negara ini, bukanlah bermajoritikan penduduk beragama Islam. Tetapi kewujudan ramainya rakyat yang beragama Islam menyebabkan ia turut menganggotai OIC.
Adapun 22 buah negara umat Islam berbangsa Arab, sebahagian besarnya dikira negara Arab kerana sememangnya mereka berbangsa Arab dan bertutur dalam Bahasa Arab.
Manakala selebihnya ialah negara yang berbangsa lain dan bertutur di dalam bahasa sendiri. Tetapi majoriti rakyatnya berkebolehan menggunakan bahasa Arab.
Seperti Comoros, Somalia, Chad dan lain-lain. Maka negara-negara berkenaan diterima menganggotai Kesatuan Negara-negara Arab.
Di benua Asia, kebanyakan negara ini ialah negara-negara yang berada di Asia Barat, iaitu Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Palestin, Arab Saudi, Yaman, Kuwait, Bahrain, Qatar, UAE dan Oman.
Manakala dari benua Afrika negara-negara Arab ialah Mesir, Sudan, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Somalia, Comoros dan Djibouti.
_______________
Sejak beberapa hari lalu, sebahagian besar negara-negara ini menghantar wakil (sama ada raja, perdana Menteri, presiden atau wakilnya) ke Qatar dalam Sidang Tergempar berikutan serangan Israel ke atas negara pendamai ini.
Saya mengikuti ucapan wakil negara-negara ini. Kebanyakannya senada sahaja. Boleh disimpulkan:
1. Menyatakan kebersamaan dan menyokong Qatar.
2. Menyifatkan serangan Israel terhadap Qatar sebagai serangan terhadap negara-negara anggota (Arab dan Islam).
3. Mendesak masyarakat antarabangsa bertindak terhadap Israel.
________________
Resolusi Sidang
Setelah beberapa bersidang dan berbahas dalam dewan mewah yang pastinya menelan kos jutaan dolar itu resolusi yang diumumkan tidak lari dari 3 point di atas.
Mari kita lihat satu persatu apa yang mereka simpulkan dalam 13 perkara:
1. Memuji kebijaksanaan tindakan Qatar dalam menangani serangan khianat itu.
2. Pencerobohan ke atas tempat berkecuali untuk tujuan pengantaraan merosakkan usaha proses perdamaian antarabangsa.
3. Menyatakan solidariti mutlak bersama Qatar dan berdiri teguh menyokong langkah-langkah yang diambilnya sebagai tindak balas.
4. Mengecam sekeras-kerasnya serangan pengecut dan tidak sah Israel terhadap Qatar.
5. Tindakan zalim Israel terhadap Qatar menggagalkan sebarang peluang untuk mencapai keamanan di rantau ini.
6. Memuji peranan Qatar yang membina dan dihargai dalam pengantaraan serta sokongannya kepada usaha mewujudkan keselamatan.
7. Menyokong usaha para pengantara – Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat – untuk menghentikan pencerobohan di Gaza.
8. Menegaskan kecaman terhadap sebarang percubaan Israel mengusir rakyat Palestin dengan apa jua alasan.
9. Menekankan kepentingan keselamatan bersama dan nasib sepunya negara-negara Arab dan Islam.
10. Menegaskan penentangan terhadap rancangan Israel untuk memaksakan realiti baharu di rantau ini.
11. Serangan tersebut bertujuan meruntuhkan usaha pengantaraan yang bermatlamat menghentikan pencerobohan di Gaza.
12. Menolak sepenuhnya ancaman berulang Israel bahawa Qatar mungkin menjadi sasaran sekali lagi.
13. Menolak sekeras-kerasnya sebarang percubaan untuk menghalalkan pencerobohan Israel atas apa jua alasan.
___________________
Kesimpulan:
Mendukacitakan!
57 buah negara....
Bersidang dengan kos jutaan ringgit.
Hanya ini saja resolusinya.
Israel tiada sidang kemuncak.
Tiada negara lain yang solid sebangsa dengannya.
Tapi bila dia rasa nak serang, dia serang.
Dia rasa nak ceroboh, dia ceroboh.
Dia rasa nak bunuh, dia bunuh.
Dia rasa nak bom, dia bom.
18 September 2025
Berikutan tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon dalam Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu, UMNO Bahagian tersebut mengambil keputusan memutuskan hubungan dengan PH Wilayah Persekutuan.
Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim berkata, tindakan memutuskan hubungan itu diambil kerana PH negeri tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon di kawasan Parlimen Batu kepada UMNO.
Beliau juga mendakwa Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran daripada PKR, tidak pernah memberikan sebarang peruntukan kepada UMNO untuk melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan.
Sebagai tanda putus hubungan itu, Gulam Muszaffar turut meletakkan jawatan sebagai anggota Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Wilayah Persekutuan.
Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada pengerusi yayasan itu, Dr Zaliha Musafa yang juga Menteri Wilayah Persekutuan.
Sebagai respon kepada perletakan jawatan Gulam Muszaffar itu, Dr Zaliha dilaporkan menerimanya dengan senang hati, sambil berkata, beliau akan meminta Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Johari Ghani agar mengemukakan calon baru sebagai pengganti.
Ternampak di sini seolah-olah Menteri Wilayah Persekutuan tidak melihat perletakan jawatan itu sebagai isu yang serius dalam konteks hubungan kerajaan perpaduan, sebaliknya hanya memikirkan calon pengganti yang baru dalam Yayasan Wilayah Persekutuan.
Dalam hal ini, adalah disarankan agar Johari tidak mengemukakan sebarang nama calon baru kepada Dr Zaliha, sebaliknya mendesak PH Wilayah Persekutuan menyelesaikan terlebih dahulu isu yang dibangkitkan Gulam Muszaffar.
Tiada guna jawatan dalam Yayasan Wilayah Persekutuan diisi oleh calon baru, tetapi janji dan masalah yang timbul di Parlimen Batu itu tidak cuba diselesaikan.
Jika PH enggan melakukan usaha untuk menunaikan janji itu, lebih baik semua UMNO Wilayah Persekutuan memutuskan hubungan dengan PH Wilayah Persekutuan sebagai tanda solidariti dan bersatu hati dengan Gulam Muszaffar.
Sampai bila UMNO mahu diperkotak-katikkan, sedangkan tanpa persetujuan UMNO memberi sokongan, kerajaan perpaduan ini pasti tidak wujud.
UMNO mesti sedar nilai diri mereka dan pembahagian kuasa mesti dilaksanakan dengan adil. – ShahbudinHusin 18 Sept2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/09/johari-disaran-tidak-kemuka-calon-baru-dalam-yayasan-wp/
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memberi bayangan awal bahawa Belanjawan 2026, yang akan dibentangkan pada 10 Oktober ini, bakal membawa berita baik buat rakyat Malaysia khususnya penjawat awam.
"Belanjawan mesti ada berita baik... tapi rahsialah, tak boleh (dedah)... tapi yakin bahawa memang ada berita baik,"
Menurut beliau, belanjawan kali ini dirangka berlandaskan kerangka Ekonomi MADANI, yang dirangka untuk memulihkan daya tahan fiskal, memperkukuh asas ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
#ohmedia #as