RENTASAN 1627 | PANAS!! LAGI AGENSI KERAJAAN TERLIBAT RASUAH DIDEDAH?
KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM 15-45% : PERINCIAN & TARIKH PELAKSANAAN
Kerajaan umum khabar gembira kenaikan gaji penjawat awam 15 sehingga 42 Peratus. Khabar gembira itu bakal memanfaatkan jutaan penjawat awam di seluruh negara.
Sebagai usaha dalam meningkatkan kesejahteraan mereka, gaji penjawat awam menerima kenaikan signifikan antara 15 hingga 42.7 peratus. Ini merupakan sebahagian daripada langkah Kerajaan MADANI untuk memastikan golongan penjawat awam menikmati taraf hidup yang sejahtera.
Kenaikan gaji ini ekoran penilaian semula Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bertujuan dalam memberikan pengiktirafan yang sewajarnya kepada mereka yang menyumbang dalam sektor awam.
KADAR KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM
Berikut adalah kadar kenaikan gaji penjawat awam mengikut gred:
- Gred 19: Kenaikan sehingga 47% dari gaji asas RM1,352.
- Gred 44: Kenaikan sebanyak 20% dari gaji asas RM3,359.
- Gred 58: Kenaikan sebanyak 15% dari gaji asas RM5,125.
Baca Juga : Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Mengikut Kategori Penerima
Penjawat awam dalam kalangan kumpulan pelaksana dijangka bakal menikmati kenaikan gaji melalui Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sehingga 42.7 peratus.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, mengesahkan bahawa gambaran secara umum mengenai peningkatan gaji penjawat awam ini akan diumumkan bermula minggu hadapan, untuk memberikan gambaran yang lebih jelas tentang perubahan gaji yang dijangka.
TARIKH PELAKSANAAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM
Kenaikan gaji penjawat awam ini akan mula dilaksanakan bermula 1 Disember 2024. Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media.
Peningkatan gaji ini bakal memberi kesan ketara dalam kalangan kumpulan pelaksana, sementelahan kumpulan pengurusan meliputi Ketua Setiausaha (KSU) dan Ketua Pengarah akan menerima impak yang lebih sederhana.
Selain itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil turut memaklumkan bahawa pihak Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sedang giat meneruskan pendaftaran syarikat yang ingin terlibat dalam program dasar gaji progresif. Ini merupakan sebahagian langkah proakti untuk membantu sektor swasta dalam meningkatkan pendapatan pekerja swasta.
Dengan kenaikan ini, semoga penjawat awam akan dapat menikmati peningkatan mutu dalam kesejahteraan hidup mereka dan terus memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat.
PENGANGKUTAN AWAM: KERAJAAN KOMITED UNTUK MENCAPAI 40% PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM MENJELANG 2030
Kementerian Ekonomi sedang bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan dalam melaksanakan komitmen untuk mentransformasi landskap pengangkutan awam di Malaysia, dengan penekanan khusus di Lembah Klang.
Masalah kepadatan kereta api dan ketersediaan bas yang masih pada tahap rendah menyebabkan kadar pemilikan kereta di Lembah Klang adalah antara yang tertinggi di dunia. Di Lembah Klang, hanya terdapat 0.21 bas yang beroperasi bagi setiap 1,000 orang. Perkhidmatan ini meliputi 323 laluan, namun hanya 9% laluan mempunyai kekerapan 1-15 minit, 63% beroperasi setiap 16-30 minit, dan 28% lagi melebihi 30 minit.
Bagi perkhidmatan kereta api, jika panjang laluan rel dibahagikan dengan keluasan geografi, ketersambungan rel di Lembah Klang hanyalah 7.9 meter bagi setiap kilometer persegi berbanding negara-negara maju seperti United Kingdom (67.5 meter setiap kilometer persegi) dan Singapura (352 meter setiap kilometer persegi). Secara keseluruhannya, hanya 55% Lembah Klang diliputi oleh perkhidmatan rel dan bas, meninggalkan banyak kawasan tanpa sebarang bentuk ketersambungan pengangkutan awam.
70% daripada keseluruhan kapasiti landasan tren penumpang tidak digunakan pada masa ini di Semenanjung Malaysia, dengan hanya 68 tren penumpang beroperasi di seluruh negara.
Sasaran telah ditetapkan dalam Dasar Pengangkutan Negara 2019 - 2030 untuk mencapai 40% penggunaan pengangkutan awam menjelang tahun 2030.
Bagi mencapai sasaran ini, Kementerian Ekonomi bersama Kementerian Pengangkutan telah menjalankan satu bengkel strategik pada 17 Mei 2024, bagi mengenal pasti pelaburan utama yang diperlukan untuk meningkatkan dan memperluaskan rangkaian pengangkutan awam.
Sejajar dengan itu, sebuah pelan komprehensif sedang dibangunkan, merangkumi strategi pelaburan dan pelan pelaksanaan yang menyeluruh. Pelan ini telah dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) pada 1 Julai 2024.
Kerajaan sedang mempertimbangkan peningkatan tiga aspek utama dalam pengangkutan awam: perkhidmatan bas, rangkaian rel, dan ketersambungan ‘first and last mile’ yang bersepadu. Untuk perkhidmatan bas, usaha akan meliputi pengembangan ketersambungan dan liputan, peningkatan ketersediaan dan konsistensi, serta memperkenalkan lorong khas bas bersama sistem Kuala Lumpur Autonomous Rail Transit (KL ART) dan Bus Rapid Transit (BRT).
Rangkaian rel akan juga diperluas untuk meningkatkan perkhidmatan dan mempertingkatkan pengalaman penumpang. Selain itu, kerajaan akan menaik taraf hentian bas, laluan pejalan kaki, serta memperkenalkan Demand-Responsive Transit (DRT), perancang perjalanan bersepadu, dan pilihan mikromobiliti bagi memastikan ketersambungan yang lebih lancar dan cekap.
Bagi mencapai 80% penggunaan landasan keretapi di Semenanjung Malaysia menjelang tahun 2030, Kerajaan merangka rancangan untuk meningkatkan perkhidmatan tren penumpang di Malaysia secara berfasa antara 2024 hingga 2030 dan mensasarkan jumlah tren penumpang yang beroperasi di seluruh negara mencapai 299 tren penumpang.
Inisiatif-inisiatif yang telah dikenal pasti dalam pelan ini akan dilaksanakan secara berperingkat, memastikan pendekatan yang teratur, selaras dengan matlamat ekonomi dan pembangunan negara. Usaha ini akan menjadi salah satu tumpuan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan diperkenalkan pada tahun hadapan.
Sistem pengangkutan awam yang cekap bukan sahaja penting untuk mengurangkan kesesakan dan meningkatkan kelestarian alam sekitar, tetapi ia juga merupakan pemacu utama kepada pertumbuhan ekonomi.
RAFIZI RAMLI
14 OGOS 2024
KERJA SUKAREELA... NAK TOLONG MELAYU PUN KWSP TAK POTONG
Sungguh, kan Harakahdaily? Tak macam guru 𝗣𝗔𝗦𝗧𝗜. Jasa tak besar mana sebab 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮 𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮. Sebab tu bayar gaji pun 𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗮𝗱𝗮𝗿 je. Guane boh?
Raja Gelap II
.
PATUT LA AYAH DOK MENGAMUK KATA ORANG TU ORANG NI.. ANAK KENA PANGGE.... LAAAA..
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beri tambahan tempoh sebulan lagi kepada dua anak bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, Mirzan dan adiknya, Tan Sri Mokhzani, mengisytiharkan aset masing-masing.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata kedua-duanya mempunyai tempoh sehingga pertengahan September bagi berbuat demikian.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
PEJUANG "SIN WAU NUN HA"
Dzulkarnain.
PEJUANG "SIN WAU NUN HA"
1. Ada mereka yang mengaku pejuang sunnah mengeja kalimah sunnah "sin wau nun ha". Padahal ejaan sejati ialah "sin nun (tasydid) ta' marbutah".
2. Saya tidak berkata, salah mengeja kalimah sunnah tak boleh atau tak layak membariskan diri sebagai pejuang sunnah. Bukan begitu.
3. Namun, sedikit sebanyak kita boleh membayangkan kefahaman individu itu tentang sunnah jika mengeja kalimah itu pun ada masalah.
4. Sebab, memahami sunnah bukan urusan picisan. Tapi urusan ilmu yang membutuhkan kefahaman mendalam terutama aspek bahasa sunnah itu sendiri iaitu bahasa Arab.
5. Ya, boleh saja diandaikan mereka tersalah, tersilap, terlajak, tertak sengaja... atau apa-apa "ter..." lagilah untuk menjustifikasikan hal itu.
6. Tak apalah, kita raikan saja. Kita semua manusia kan? Mana ada manusia biasa yang tak buat silap.
7. Cuma kita agak terkilan, kadang-kadang individu sebegitulah - yakni individu yang nak eja sunnah secara betul pun kadang-kadang tersadung - yang begitu gigih menyifatkan pihak lain tidak mengikut sunnah.
8. Sementara individu yang alim tentang sunnah, menaakuli semua kitab hadith termasuk Musnad Imam Ahmad yang mengandungi lebih 28,000 hadith itu, begitu merendah diri.
9. Kadang-kadang mereka yang mengaku pejuang sunnah - yang mengeja kalimah sunnah pun tersasul - tidak habis pun menelaah kitab hadith utama iaitu Sahih al-Bukhari.
10. Ya, saya tak berkata orang yang tak habis menelaah Sahih al-Bukhari tak layak berjuang sunnah atau bercakap tentang sunnah. Tidak, saya tidak berkata begitu.
11. Apa yang saya mahu katakan ialah, jika kita prebet, usahlah bercakap seperti general.
12. Atau, dalam bahasa yang lebih jelas, jika eja kalimah sunnah pun terkeliru, usahlah bermudah-mudah atau sembrono membidaah atau menyesatkan amalan umat Islam.
Zola,
14082024
KARTUNIS ZUNAR AKHIRNYA DAPAT BAG BERJENAMA BIRKINNYA.
AKHIRNYA DAPAT BIRKIN!!
Sejak dulu masa saya banyak melukis Kak Ros, ada satu yang saya cemburu mengenai dia, iaitu Beg Birkin. Dia punya berates koleksi beg Birkin. Kerana itu saya bercita2 untuk memiliki BIRKIN saya sendiri . Nak memiliki BIRKIN bukan mudah - untuk membelinya harus buat melalui tempahan awal, kadang2 sampai setahun. Harga paling murah USD100,000. Sejak itu saya berusaha termasuk "menabung dari kecil" dan berdoa berterusan.
Tak hairanlah hanya ada beberapa individu saja di Malaysia ini yang dapat memilikinya.
Dan hari ini sayalah salah seorang individu bertuah itu.
Hari ini juga, penantian dan doa saya sejak bertahun3 terjawab dan cita2 saya terkabul! BIRKIN kini berada di tangan saya. Saya membeli dengan harga 241,885 (tetapi rupiah), bersamaan RM68 termasuk harga pos. Ia dibuat dari kanvas, tapi dengan gambar muka dicetak Birkin. Tapi itu tak penting, yang penting bila bawa orang sangka BIRKIN! Jangan2 koleksi Kak Ros yang beratus2 buah itu semuanya canvas, bercetak Birkin. Mana tahu...
CENDIAKIAWAN MEMBANTU SESAMA.
Zamri Zainal Abidin
'Circle' PMX Anwar Ibrahim ialah cendikiawan khasnya cendikiawan Muslim dari seluruh dunia. Prof. Yunus adalah rakan lama beliau yang terkenal dengan Bank Grameen. Bank yang tujuan dan gerakerjanya adalah menjana ekonomi mikro melalui kredit mikro kepada golongan marhaen menceburi bidang perniagaan yang dapat menyara hidup mereka. Anwar pula terkenal kerana penubuhan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang tujuan dan pendekatan yang sama.
Anwar Ibrahim.
Pendek kata Anwar dan Yunus memiliki jiwa yang sama, jiwa untuk rakyat.
Malam tadi saya telah membuat panggilan telefon kepada sahabat lama saya, Prof. Muhammad Yunus, bagi mengucapkan tahniah dan bertanyakan khabar susulan pelantikan beliau sebagai Ketua Penasihat kepada Kerajaan Interim Bangladesh baru-baru ini.
Prof. Yunus mempunyai sejarah hubungan yang baik dengan Malaysia. Justeru, saya telah memberi jaminan kesediaan Malaysia untuk membantu Bangladesh mengembalikan keamanan dan ketenteraman ke arah pembangunan semula negara itu.
Saya juga gembira dengan jaminan yang diberikan oleh beliau untuk melindungi dan memberi layanan yang saksama kepada semua warga Bangladesh termasuk golongan minoriti.
Prof. Yunus turut menjemput saya untuk melakukan lawatan pendek ke Bangladesh dalam masa yang terdekat bagi mengukuhkan lagi hubungan persaudaraan di antara kedua-dua negara.
ANWAR IBRAHIM
---------
Yesterday I made a phone call to my old friend, Prof. Muhammad Yunus, to congratulate him personally on his recent appointment as the Chief Advisor for the Interim Government of Bangladesh.
Prof. Yunus has long-standing good ties with Malaysia. Thus, I assured him that Malaysia stands ready to help and support the interim Government in rebuilding and restoring peace and security in Bangladesh.
I am very pleased that Prof. Yunus has given his assurances to protect the rights of all Bangladeshis including minorities.
Prof. Yunus also has invited me to undertake a short visit to Bangladesh as soon as possible to further strengthen the brotherly relationship between the two countries.
ANWAR IBRAHIM
BAGI YANG RAJIN MOTONG OK.. BAGI YANG MAKAN DUIT BINI MEMANG BALOQ LIAT.... TU LA YANG DO QEYAU BAB REGA MAHAI.. DIA NAK PI BELI BARANG BILA? DOK HARAP DUIT BINI JA.
Che Ibrahim
Alhamdulillah... terima kasih kerajaan Madani. Zaman ni dapat harga yang jauh lebih baik...
Bygkan... 3 hari motong dpt 300 kg++... kalau × dgn RM 4.00 ..dah ada RM 1200. Itu baru 3 hari. Kalau dpt full... tak ada cuti... fuhhh... sama mcm gaji gred 56...
Kesan dari kestabilan politik serta kompetensi kerajaan... akhirnya, semua lapisan rakyat dpt nikmati kehidupan yang lebih baik...
Yg dok meroyan kata ekonomi teruk ni... puak walaun pemalas jer.
Pagi2 sembang kedai kopi, balik rumah tonggak ayaq ketum... lspas tu maki PMX, tak reti urus ekonomi...
🙄🙄🙄🙄🙄🙄
IYA LAH AIHHHHH...
Miqdad Zakaria
Sepatutnya bawak la Mantan Dota Timor Tengoh, boleh makan angin panjang sikit.
Setakat nak jumpa Duta, baik tunggu Duta balik Malaysia jer. Ingatkan jumpa pelabur ke apa, ek eleh..
Akai nak berjalan ja ni, rakyat Ganu yang tanggung kos depa punya akai.
🤣🤣
JUMAAT INI JADI PERHATIAN PENJAWAT AWAM DAN PESARA.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membuat pengumuman penting mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19, yang akan diadakan Jumaat ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Timbalan Pengarah Kanan (Pembangunan Kompetensi) Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Datuk Dr Haniff Zainal Abidin berkata pengumuman tersebut dijangka menarik perhatian ramai, terutama para penjawat awam.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
INI PERLU DISOKONG
Ini cadangan terbaik daripada PAC. Sepatutnya dah lama dilaksana. Jawatan 𝗖𝗘𝗢 𝗚𝗟𝗖 perlu disandang dengan 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗴𝗷𝗮𝘄𝗮𝗯. Dan bukan dengan niat untuk 𝗷𝗮𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗸𝗮𝘆𝗮 𝗿𝗮𝘆𝗮. Sokong 100% cadangan ini. Guane boh?
Raja Gelap II
.
DAKWA SIAPA YANG SEBAR MAKLUMAT PALSU
RMS
Tangkap individu menyamar jadi MB Kelantan, dakwa ASN Cement mahu buka kilang simen terbesar di Kelantan.
JOM MELAWAT KEDAH. KITA BOLEH NIKMATI BERBAGAI KEMUDAHAN DAN SUASANA CANGGIH DI KEDAH... MAI KITA BACA...
Desa HM
2025, tahun melawat Kedah.
Ini cadangan perjalanan..
Pelancong2 boleh naik kapalterbang dari KLIA, turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim.
Dari Kulim boleh pi Sg Petani, tengok lumba motosikal GP di Litar Lumba Antarabangsa Sg Petani.
Lps tengok lumba motor, boleh daftar homestay untuk bermalam di Sik. Keesokkannya boleh melawat Projek Padi Huma yang hanya ada di daerah Sik.
Malmanya.. boleh singgah tengok bola, Kedah lawan JDT kat Stadium yang baru disiapkan. Stadium tu yang terpaling hebat di Malaysia.
Keesokkannya, pelancong boleh ambik tiket LRT dari Kuala Kedah ke Langkawi...
Sampai di Langkawi, boleh daftar di Widad Langkasuka... kawasan elit taraf antarabangsa...
Lepas enjoy berjalan sambil shopping coklat Daim, boleh balik naik feri turun di Pelabuhan baru Kuala Sanglang.
Begitulah sikit sebanyak jadual perjalanan yang dicadangkan...
2025... pakat2 mai Kedah naaa.
😜
DAKWAH ISLAMIAH - HANYA KHAWARIJ MUDAH MENGKAFIRKAN ORANG
Benci setegha mana pun pada orang yang berkampung di kubur ulama dan waliya', tahan mulut itu sedikit daripada memanggil mereka 'penyembah kubur'. Ucapan itu jika tidak bertakwil, secara zahirnya menghukumkan mereka itu kafir atau musyrik kepada Allah. Jika ada ruang untuk husnuzzan dan cuba faham apakah perbuatan mereka itu menepati syarat² 'sembahan' benda selain Allah atau kerana sentimen kecintaan yang melampau pada ahli kubur?. Silap hari bulan, tuduhan syirik tu berbalik kepada kita. Jangan ingat kerana kita 'pendokong sunnah', otomatik kita maksum daripada kesalahan hatta kesyirikan.
Salafussoleh yang sebenar tidak bermudah² mentakfirkan sesama Islam. Kecuali puak Khawarj dan penerus fikrah² ektremisme yang mudah mentakfirkan orang lain. Bukan semua yang hidup pada era Salafussoleh itu soleh dan muktadil. Ada yang sesat dan merosakkan perpaduan ummah.
Seperti mana kita cuba untuk berhusnuzzan dengan fikrah yang mengisbatkan makna ayat² sifat (Tuhan ada tangan tapi tangan yang sesuai bagiNya) sebagai satu tafsiran nas, walaupun indikasinya pada fikrah tasybih makhluk sangat identik.
Walaupun sukar untuk terima, kita (baca saya) masih cuba husnozzan ianya satu kaedah pemahaman. Maka begitu juga berkenaan isu kubur, capal dan seumpamanya. Ini tidak, landang sungguh menyebut sembah kubur la, sembah capal la.. La hawla wala quwwata illa bilLah.
Betul, kita tidak dapat elak daripada semangat ekstrimisme, tetapi ada ruang lagi untuk membuang sifat takfiri dengan cara berhusnozzan dengan orang lain.
Amalan² di negara seberang tidak berlaku pun di negara kita. Kalau ada pun, akan dipantau-dibanteras oleh pihak berkuasa agama. Saya tidak menyokong pun amalan berkampung di kubur secara keterlaluan sehingga menjadi pesta. Namun kena ingat, saya pun tidak suka dengan fahaman wahhabi-salafi ekstrem yang gemar memusyrikkan orang lain.
Dr. HK
13.8.2024
HIPOKRIT GABAN NI
Kalau nak kenal apa itu 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶, ini contoh paling tepat. Memanipulasi 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴, 𝘀𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗲𝗸𝗶𝘁𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 dan 𝘀𝗶𝘁𝘂𝗮𝘀𝗶 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘀𝗮 untuk mencapai apa yang dimahukan. Hipokrit inilah yang kini 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗽𝘂𝗷𝗮-𝗽𝘂𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻. Guane boh?
Raja Gelap II
.
SELEPAS TABUR FITNAH DAN MENGHASUT! MINTA MAAF MAHUSIN TEMPELAK ULARMAK!
JANGAN LAYAN LA JARGON NI.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil enggan melayan cabaran debat terbuka daripada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selain menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Machang itu sebagai attention seeker.
Kata beliau Wan Fayhsal dilihat 'tersakiti' dan 'tersentap' apabila Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mencabarnya berdebat mengenai formula cetak wang yang pernah dilaungkan Ketua Pemuda Bersatu itu.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews
SKANDAL JANA WIBAWA MUHYIDDIN! MAHATHIR KATAKAN ZAHID BUKAN HERO!
[memalukan] ADUN REMBIA MENGHASUT DAN JAJAH FITNAH PALING MEMALUKAN!
PENDEDAHAN RAMAI TIDAK TAHU APA YANG PMX PERNAH LAKUKAN UNTUK M. NASIR &...
KERAJAAN PAS TIDAK TUMBANG!USTAZ DON TAULIAH MENGAJAR DITARIK BALIK!
Pengumuman
Norshidah Mohd Daud
Berita lewat malam
Alhamdulilah ada yang menyumbang batu interlocking
Pastu jadah ape perlukan sumbangan kos pengangkutan lagi?
Guna je la hasil sumbangan yang diterima untuk beli batu interlocking aritu...
Kan dah ada yang menyumbang batu interlocking, maksudnya duit sumbangan yang diterima tu xde kegunaan lagi setakat ni
Konar duit sana sini mmg kepakaran Tar Snake Maunah ni
Sekian berita lewat malam












