DR AGUS YUSOFF SOKONG ANWAR PM 10


HARAP WALAUN DAN MACAI MEMBACA CORETAN INI DAN HADAM

 

Coretan hampir setahun lalu.

Harap lebih ramai walaun dan macai baca dan hadam. Kalau rasa betul, didoakan mendapat “hidayah” jua.

Tak pernah dituntut di mana2, pengundi atau rakyat harus setia dan taksub kepada parti atau politikus. Itu ajaran sesat namanya.

Setia kita seharusnya kepada negara, bangsa dan agama. Noktah.

Selamat menghadam…

 LIYANA MARZUKI






PENTAKSUB

1. Sejak kecil, saya telah didedahkan dengan politik. Tok saya yang turut membesarkan saya di kampung, peminat tegar Perhimpunan Agong UMNO (PAU). Saban tahun, setiap kali ada PAU, sepanjang hari la kami dengar perbahasan di TV. Utusan Malaysia jadi suratkhabar ruji di rumah. Disebabkan saya suka membaca dan buku masa tu sangat terhad, saya mula baca Utusan sejak umur 8 tahun sampailah masuk remaja.

2. Mingguan Malaysia surat khabar yang paling saya tunggu setiap Ahad. Bukan sebab hanya nak baca Pancaindera, tapi saya cukup minat baca kolum Awang Selamat. Sebab hanya satu naskah yang Tok beli, saya kena tunggu giliran nak membaca. Selalunya saya dapat paling last selepas tawaf satu rumah di kalangan makcik dan pakcik saya. Bila dapat Mingguan Malaysia tu rasa cukup nikmat. Rasa lengkap hidup saya minggu tu selepas dapat baca Mingguan Malaysia. Punya la nerd dulu2.

3. Tok menyedari saya suka baca ruangan politik, satu hari bawak balik surat khabar Harakah. Dia kata minggu tu dia beli dua akhbar, Utusan dan Harakah. Dia suruh baca dua-dua. Saya pun cakaplah dengan dia, saya ni penyokong UMNO, mana boleh baca Harakah, itu untuk orang PAS. Lalu dia berkata, nak sokong boleh, tapi jangan sampai jadi PENTAKSUB. Baca pandangan berbeza, agar minda terbuka. Kata hikmat Tok tu saya akan pegang sampai bila2.

4. Bila dah besar, belajar di law school, kami diajar dengan subjek Jurisprudence. Kata senangnya, pengajian falsafah dalam undang-undang. Kami diajar mengenai Marxism, Kapatilism pendek kata segala jenis “…sm”. Masa diajar, Profesor saya tak pernah kata falsafah ni lagi betul dari yang lain. Dia suruh kaji dan menilai. Pada dia, setiap falsafah ada baik dan buruknya. Boleh terpakai dalam keadaan tertentu kalau kena gaya dan tujuannya.

5. Bila dah berkerja jadi peguam dan timbalan pendakwa raya, saya dilatih “there is always two sides of the coin”. Hujahan yang diberi mungkin betul pada mata kita, tapi akan ada juga fakta atau hujah lain yang boleh menidakkan kita. Saya diajar konsep “agree to disagree”. Menerima pandangan orang lain dan sentiasa “agile” dalam berpikir.

6. Didikan dan latihan yang saya terima, mempengaruhi saya dalam fahaman dan pendirian politik saya. True to its core, kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi menunjukkan pendirian politik seseorang dipengaruhi oleh faktor keluarga dan pendedahan dalam kerjaya. Tu sebab kalau tuan puan tengok, kalau satu keluarga orang UMNO, makanya semua pun ahli dalam keluarga tu “orang UMNO”. Dari Bapak, Emak dan Anak-anak. Samalah juga, kalau Bapaknya orang PAS, satu keluargalah orang PAS.

7. Yang cukup paham impak kekeluargaan dalam fahaman politik ni saya rasa Hadi Awang. Tu sebab Amanat Hadi Awang, suruh kahwin hanya dengan orang PAS, tak boleh dengan orang lain. Yang lain semua jatuh kafir kalau bukan Ahli PAS. Parti PAS kalau bab ni sangat terer, dari kecil dah suruh anak masuk PASTI. Selain daripada mengajar ABC dan Alif Ba Ta, mereka tahu “dogmatism” dari kecil itu penting untuk lahirkan penyokong parti tegar. Usah cerita PAS, “dogmatism” dalam UMNO pun sangat kuat. Dari kecil kita diajar, kalau bukan UMNO memerintah, bangsa Melayu, agama Islam dan Raja Melayu semua tergadai. Kita pun dari kecil percaya “dogmatism” ini bulat-bulat.

8. Sampai la bila besar, kita boleh menilai mana satu fakta dan auta. Contohnya, Malaysia ini digelar Tanah Melayu, tetapi masih ke relevan bilamana Rizab Tanah Melayu hanya tinggal 12%. Elok2 British masa kita merdeka rezab kan tanah untuk kita, baru 60 tahun merdeka, tanah tu dah tinggal 12%. Yang lain semuanya telah dijual atau digadai. Patutnya dalam Dasar Ekonomi Baru, milikan saham orang Melayu dalam sektor korporat boleh capai 30%. Tapi sampai la ni, tak tercapai malah makin merudum. Zaman 90an milikan kita dah capai 19 %, tahun 2011 naik ke 23 % lepas tu tahun 2015 turun ke 16%.

https://www.bharian.com.my/.../tanah-rizab-melayu-tinggal...

https://www.utusan.com.my/.../02/tangani-sabotaj-ekonomi/

https://www.parlimen.gov.my/.../hindex/pdf/KKDR-07112019.pdf

9. Sekarang, melalui Kerajaan kini suara Raja Melayu pun disekat, perintah Majlis Raja-Raja pun secara halus dilanggar. Jadi mananya, Kerajaan Melayu Islam ni “pejuang bangsa dan pelindung Raja”? Meskipun UMNO, Bersatu dan PAS yang memerintah, adakah kita boleh percaya lagi mereka ini memperjuangkan bangsa dan agama dan bukan hanya untuk pegang kuasa? PAS contohnya sejak berkuasa taring pembangkang dulu2 nak memperjuangkan Islam itu dimana? RUU355 Hudud dan isu Adib dah senyap sunyi. Sibuk pulak dengan Mercedes. Makanya, perlukah penyokong parti ini terus menerus taksub kepada parti, sedangkan pemimpin mereka berjuang pun dah takde gigi?

10. Berbalik kepada isu kita tadi, sekarang ni isu pentaksub ini bukan saja kepada parti politik tapi juga kepada personaliti. Ada orang taksub pemimpin, ada yang taksub uztaz, ada yang taksub influencer. Dalam Bahasa Inggeris, pentaksub ini digelar “BIGOT”. Bigot ini diambil dari Bahasa Perancis: “By God”. Senang cerita, mereka yang perasan mereka macam Tuhan. Hanya dialah yang betul. Orang lain semua salah. Bagaimana kita nak kenal pasti sama ada kita ni tergolong dalam golongan bigot dan pentaksub? Ini adalah ciri-cirinya:

i. Kalau kita dengar benda negatif mengenai parti/ orang yang kita suka, kita yang panas telinga, kita jadi marah tak tentu pasal. Kita boleh maki-maki dan keluar kata kesat.

ii. Kita tak boleh terima apa saja berita negatif mengenai dia, dan otak kita cepat2 menidakkan apa sahaja benda negatif yang disampaikan;

iii. Selagi boleh kita nak pertahan atau sokong dia/ parti “by hook or by crook”, kita lawan semua orang yang berkata sebaliknya.

iv. Kita treat semua yang tak suka parti/ personaliti itu sebagai musuh, musuh kepada kita. Kita boleh start tak suka atau membenci just kerana dia lain pandangan daripada kita.

v. Kita banyak guna emosi daripada “akai” dalam menyokong. Bila diberi fakta mengenainya kita bukan kaji tapi percaya bulat-bulat tanpa usul periksa.

11. Kalau ada di kalangan kita yang ada ciri-ciri di atas, saya sarankan banyakkan istigfar. Kita boleh BERKENAN atau SUKA, tapi jangan sampai jadi TAKSUB. Banyak bezanya tu. Pemimpin sampah memang suka pentaksub, sebab mereka percaya, apa pun mereka boleh buat, macam mana pun orang akan sokong. Makanya jadi lah seperti sekarang, kita dapat pemimpin yang kebanyakan tiada akauntabliti, duduk atas kayangan dan hidup dalam “bubble”. Bukan 100% salah mereka tapi didorong oleh pantaksub yang akan sokong melulu dan berjuang habis2an untuk pertahankan mereka.

12. Saya percaya bukan semua parti tu sempurna. Bukan semua orang itu maksum. Mereka ada kelemahan dan kekurangan juga. Makanya kita perlu paham, kita boleh suka, tapi jangan sampai lelap mata. Kaji dan selidik. Periksa dan pertimbang. Kalau lebih baik dari buruknya, kita sokong. Tapi kalau sebaliknya, kita wajib bersuara dan tentang. Tak kira parti mana dan pemimpin/ influencer mana. Suara keramat demokrasi itu jatuh pada kita, Rakyat biasa.

13. Akhir kalam, elakkan diri menjadi pentaksub / “bigot”. Sesungguhnya tiada yang nampak lagi buruk dan hodoh dari mereka yang perasan jadi “Tuhan”.

Wallahu ‘alam.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


KAH..KAH..KAH...BILA BANJIR SALAHKAN HUJAN LEBAT...BILA BARANG NAIK KATA TAK ADA MASAALAH...BILA KES MUSANG KING...SALAHKAN KERAJAAN LEPAS.....MUDAH SUNGGUH...

 



Sanusi dakwa kawasan Musang King dibalak zaman Mukhriz MB




Banjir di Baling pada Isnin lalu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman rosak. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Muhammad Sanusi Md Nor menafikan ladang rakyat adalah projek gagal kerajaan Kedah bawah pentadbiran menteri besar daripada PAS, Azizan Abdul Razak dari 2008 hingga 2013.

Sanusi berkata, konsep ladang rakyat diperkenalkan Azizan itu digagalkan oleh menteri besar selepas itu iaitu Mukhriz Mahathir kerana khuatir projek berkenaan akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.

Beliau juga mendakwa, kelulusan ladang hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007.

“Pada zaman ustaz Azizan (menteri besar ketika itu), ia bertukar konsep kepada ladang rakyat. Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.

“Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi.

“Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak antara 2018 dan 2019,” kata menteri besar Kedah itu menurut Berita Harian.

Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.

Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman rosak.

Mengulas lanjut, Sanusi berkata, di zaman pemerintahan Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai ladang rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.

Beliau berkata, tender balak berlaku antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.

“Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan ladang rakyat dan tanam Musang King.

“Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.

“Kawasan ladang hutan asal tidak termasuk kompartment lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu,” katanya

Ramai pula yang masuk jerat bila melulu buat komen..



MOQDAD ZAKARIA


Pokok pada posting Asiah Abd Jalil nak cerita ramai yang ada penyakit "skizofrenia" kebelakangan ini.. Mereka sanggup membunuh walaupun orang yang mereka sayang..

Bukan dia nak cerita dia Nabi yang dapat wahyu dalam mimpi..

Dan ayat beliau yang paling akhir menjadi kesimpulan yang nyata bahawa ramai yang berada di dalam situasi itu menganggap "kononnya kerana mendengar suara Tuhan.. "

Maknanya apa..?

Itu bukan arahan Allah kerana syariat kita melarangnya.. Ia adalah bisikan suara dari Iblis yang mengaku Tuhan..

Tak gitu..?

Yang penting..

Ana bukan peminat Asiah tau..!

 


MANA PERJANJIAN NO 7, 8 DAN 9?

 

Dikatakan inilah salinan perjanjian politik antara Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Bersatu, Mahiaddin Md Yasin yang menjadi bualan ramai sejak kebelakangan ini.

Dua menteri, Hamzah Zainuddin dan Annuar Musa disahkan menjadi saksi perjanjian tersebut.


Kandungannya antara lain tentang perlantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagaimana yang dibangkitkan Mahiaddin beberapa hari lalu.

Salinan perjanjian ini telah tersebar di media sosial sejak malam tadi lagi.

Tetapi, kenapa salinan yang didedahkan tidak lengkap?

Mana perjanjian No 7, 8 dan 9?

Apakah kandungannya?

Kenapa ia tidak didedahkan sekali, tapi seolah-olah disembunyikan pula?

Oleh kerana Mahiaddin yang mula-mula bercakap mengenai kewujudan perjanjian ini, bolehkah beliau mendedahkan apa kandungan No 7, 8 dan 9 itu? – ShahbudinHusin 12/06/2022.

PRESIDEN SRI LANKA LOLOS MELALUI KAPAL LAUT

 

NORMAN RADZUAN









Presiden Sri Lanka LOLOS larikan diri dgn kapal laut…

Adakah suatu hari nanti rakyat akan serbu ke Sri Perdana?

JANGAN TUNGGU KITA JADI SEPERTI SRI LANKA

Sudah berulang kali sejak tahun lepas saya menulis mengenai Sri Lanka bermula dari hutang mereka yg semakin membarah. Ketika itu saya ramalkan mereka bakal menjadi seperti Mexico dan Greece. Akhirnya apa yg bakal terjadi telah terjadi.

Ini kerana ia berpunca daripada perlakuan rasuah sejak sekian lama oleh ahli2 politik mereka. Rasuah ini macam kencing manis perlahan lahan akn rosakkan buah pinggang dan pelbagai kompilasi lain yg kita panggil penyakit 3 serangkai.

Sri Lanka skg bukan sahaja meminta bantuan negara seperti Britain, Russia dan Jerman tetapi kpd rakyatnya di luar negara. Bayangkan kerajaan minta duit pada rakyat utk hantar mata wang asing.

Menurut Gabenor Bank Sri Lanka, penyaluran mata wang asing ke negara ini hanya digunakan utk perkara penting seperti mendapatkan bekalan makanan, bahan api dan ubatan.

Seorang jutawan Sri Lanka di luar negara memberitahu dia tidak yakin wang yg disalurkan akn digunakan sebaiknya. Ini kerana sumbangan jutaan dolar sebelum ini oleh ramai rakyat Sri Lanka di luar negara tidak sampai kpd mangsa tsunami tetapi masuk poket ahli2 politik.

Berita luar negara menulis ‘Economists say the crisis stems from domestic factors such as years of mismanagement and corruption. Much of the public’s ire has focused on President Rajapaksa and his brother, former Prime Minister Mahinda Rajapaksa.’

Perangai ahli politik atau pemimpin negara Sri Lanka dan Malaysia tidak ada bezanya. Yg membezakan situasi skg Malaysia masih boleh bertahan adalah kerana hasil buminya yg kaya di mana Sri Lanka tidak ada. Kita ada petroleum & gas, balak, sawit dan lain2 jika tidak kita akn lebih awal terjadi dari Sri Lanka.

Apapun mengikut pakar ekonomi jika rasuah ini tidak dibendung negara kita yg sudah berhutang trillion akn alami perkara yg serupa. Mungkinkah nanti apabila kerajaan tidak mampu membayar gaji dan membeli barangan asas terutama perubatan rakyat Malaysia akn lakukan perkara yg serupa?

Semalam rakyat Sri Lanka ceroboh Istana Presiden. Mereka berkampung di situ dgn menggunakan segala fasiliti yg ada. Adakah suatu hari nanti rakyat Malaysia akn menceroboh Sri Perdana? Tiada yg mustahil apabila rakyat sudah terdesak utk isi perut anak bini.

Apapun dimaklumkan Presiden Sri Lanka telah melarikan diri semalam dgn menaiki kapal laut ke destinasi yg tidak diketahui. Intai2lah dkt Selat Melaka takut dia hadir ke sini.

Maklumkan kreateria dan bakat menyamunnya ramai kawan2 di sini. Org korup mesti cari geng korupDescription: 🫣 Mesti anak Rajapaksa ini kesal dia tak dipanggil ‘Bos ku’ di negaranya hingga terpaksa larikan diri.

Bertindaklah segera rakyat Malaysia sebelum terlambat. Anda hanya perlukan pen utk ubah nasib negara dan keluarga anda.

 

ANWAR BELUM PERLU BERSARA, BIAR TUN M JADI SAKSI HIDUP BELIAU DUDUK KERUSI PM DULU


 Perkara lain yang dibangkitkan oleh Tun Daim Zainuddin dalam interbiunya dengan sebuah portal berita ialah menyarankan ahli-ahli politik lama agar berundur daripada kancah politik.

Secara khusus, beliau menyebut Anwar Ibrahim sebagai sosok yang sangat perlu berbuat demikian.

Katanya, dengan ahli politik seperti Anwar berundur, ia akan memberi ruang kepada generasi baharu memimpin negara.

“Selagi mereka masih kekal, generasi baharu tidak boleh naik,” tegasnya lagi.

Tetapi, dalam konteks Anwar secara khusus, perlukah berundur sebagaimana saranan Tun Daim itu?

Benarkah juga selagi Anwar tidak berundur, generasi baharu tidak berpeluang untuk menonjolkan diri?

Sebagaimana kita semua sedia maklum, jika kerajaan PH tidak dikhianati oleh Tun Mahathir Mohamad dan beliau berpegang kepada janjinya, hari ini Anwar sudah pun duduk di kerusi Perdana Menteri.

Namun kerana ada sikap khianat dan janji dimungkiri oleh Tun Mahathir itu yang barangkali Tun Daim sendiri ada peranan tertentu dalam menjayakannya sehingga kerajaan PH tumbang sebelum habis tempoh, maka itulah sebabnya laluan Anwar terhalang di tengah jalan.

Dengan yang demikian, selain Anwar sendiri dilihat masih bertenaga, berstamina dan berkemampuan, saranan berundur mungkin perlu dikecualikan kepada dirinya.

Meski sudah berusia 75 tahun, banyak kelompok Masyarakat dilihat masih menaruh keyakinan terhadap kepimpinannya untuk menerajui negara.

Maka, memberi Anwar peluang memburu pendakian menuju kerusi Perdana Menteri buat kali terakhir dalam PRU15 akan datang tentu saja sesuatu yang wajar.

Lagi pula, untuk mengatakan Anwar tidak menyediakan barisan pelapis atau keberadaannya menyekat generasi baharu naik ke atas, jika dilihat daripada pemilihan PKR yang baru lalu, ternyata ia tidak benar sama sekali.

Pemimpin-pemimpin muda, bermula dengan Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden, barisan Naib-Naib Presiden yang terpilih, Ketua AMK dan Ketua Wanita, semuanya menampakkan generasi baharu sedang ditempatkan di laluan yang betul untuk proses peralihan.

Jadi, Tuan Daim tidak perlu risau mengenainya.

Lebih-lebih lagi, Tun Mahathir yang sudah berusia 97 tahun pun baru-baru mengumumkan mahu terus bertanding lagi di Langkawi yang bermakna beliau juga belum mahu bersara.

Meski mungkin ada tujuan-tujuan lain mengapa Tun Mahathir masih belum mahu bersara, tidak mustahil antaranya ialah kerana beliau sendiri ingin menjadi saksi hidup melihat Anwar sebagai Perdana Menteri sebelum menghembus nafas terakhirnya.

Kalau Anwar bersara dan berundur sekarang sebagaimana disarankan oleh Tun Daim, nanti kempunan pula Tun Mahathir jadinya.

Maka itu, sangat tidak patut sebenarnya Tun Daim meminta Anwar bersara begitu saja. – ShahbudinHusin 11/07/2022.



BEZA KOMEN TOKPRTI DULU DAN SEKRANG MENGENAI ISLAM TERANCAM

 

Beza tok peti komen dulu dan sekarang. Kalau dulu waktu PH perintah, dia kaitkan dgn kerajaan. Tapi sekarang, ada dia sentuh kerajaan? Sebab itu, jika nak cegah kemungkaran kena berlaku adil dan berani..


W.FAUDZIN






MASAALAH UTAMA PIMPINAN UMNO IALAH MEMIKIRKAN PERUT MEREKA SAHAJA


 

PKNK KENCING RAKYAT DIA SENDIRI


 

KAH..KAH..PERANGAI ORANG SINGAPURA ....LAIN KALI LANGGAR JA BARU DIA ADA AKAI..


 

APA MACAM PENEROKA ? BERAPA KALI LAGI NAK KENA MOHONG? REGA TAK BOLEH BELI.


 

Segera dapatkan penggalak, kes Covid-19 semakin meningkat, kata KJ

 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata tujuh juta rakyat Malaysia
 belum mendapatkan dos penggalak Covid-19 setakat ini.

KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menasihati individu yang belum mendapatkan suntikan dos penggalak Covid-19 agar segera berbuat demikian susulan peningkatan jangkitan kes virus itu sejak kebelakangan ini.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia yang belum menerima suntikan agar mendapatkan Paxlovid, ubat antiviral di fasiliti Kementerian Kesihatan sejak 15 April lepas bagi merawat pesakit Covid-19 dengan gejala ringan dan sederhana (kategori dua dan tiga).

“Dapatkan suntikan, jika anda belum berbuat demikian. Dapatkan Paxlovid, jika anda berisiko tinggi dan positif Covid-19,” katanya di akaun Twitter rasmi beliau hari ini.

Khairy juga menggesa agar rakyat Malaysia memakai pelitup muka apabila berada di kawasan tertutup atau sesak selain mengamalkan kaedah TRIIS (uji, lapor, asingkan, maklumkan, dapatkan).

Dilaporkan tujuh juta rakyat Malaysia belum mendapatkan dos penggalak Covid-19 setakat ini.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata meskipun dos penggalak tidak diwajibkan, ia masih penting kerana bukan sahaja kes positif Covid-19 telah kembali dengan trend menaik, tetapi dos itu juga akan membantu menghadapi varian baharu virus terutama Omicron BA.5 yang lebih mudah berjangkit.

Khairy berkata pemberian Paxlovid kepada pesakit di fasiliti kesihatan swasta adalah percuma namun pesakit masih perlu membayar caj perkhidmatan konsultasi dan caj lain yang berkaitan.