Idris Ahmad sudah hubungi CEO TH isu tak benarkan petugas pakai songkok, kopiah
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCON/ January 17, 2022
Pada semalam, tular satu memorandum dari pihak Tabung Haji (TH) yang mengarahkan semua kakitangan TH Hotel Kelana Jaya untuk tidak memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.
Susulan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, beliau telah menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin.
Beliau telah meminta agar pihak TH segera menyelesaikan isu tidak membenarkan petugasnya memakai songkok atau kopiah ketika bertugas.
“Lepas balik daripada solat Isyak, dapat maklumat mengenai memorandum TH Hotel Kelana Jaya. Terus hubungi CEO TH Datuk Seri Amrin. Ini respon daripada CEO kepada saya.
“Memo dikeluarkan oleh pengurus hotel tanpa maklum balas. Tiada masalah sebenarnya asalkan bersih, kemas, selamat, tertib, menutup aurat dan seragam.
“Saya minta CEO segera selesaikan isu ini,” katanya dalam hantaran Facebook malam tadi.
terdahulu, dalam memo ditulis Pengurus Hotel TH Kelana Jaya, Mohamad Nazrul Nazib Nasihin, songkok dan kopiah hanya boleh dipakai apabila ingin menunaikan solat sahaja.
Anggota juga diminta untuk berpakaian kemas termasuk pemakaian kasut yang bertutup dan menjaga kebersihan diri sepanjang bertugas.
Setiap kali terima - Kerajaan Negeri tak maklum pada rakyat
Kelantan. Membisu saja. Lembu kenyang - katakan. Tikus jatuh ke genak beras.
Aturlah program biar rakyat jelata dapat mengecapi hasil bumi
Kelantan seperti hasrat Bapa Pejuang Royalti - Tok Guru Nik Aziz.
Jangan dibazirkan. Jangan pemimpin guna untuk bermewah.
Sedikit sama dikecapi, banyak sama dilapah.
Ingat rakyat miskin mengharap, faqir melarat, anak yatim,
pelajar dan guru pondok, anak muda inovatif dan kreatif, armalah, warga emas,
peniaga kecil, usahawan, peluang niaga dan pembinaan generasi di era digital
dan teknologi - antara lain.
Tiada lagi belanja duit royalti petroleum tanpa ketelusan.
Hm... Macam plot drama dulu-dulu. Bezanya, yang selalu kena macam ni anak gadis. Tapi ini... Haha... Adoi!
Yep, dia bukan muslim jadi tiada larangan untuk dia hadir ke tempat begitu. Tapi dia juga adalah Adun. Seorang pemimpin masyarakat.
Sepatutnya dia sedar dia membawa nama parti. Ini silap langkah yang sangat besar dan pasti akan jadi senjata kepada pihak lawan.
Tapi polis dah ambil kes. Biarkan polis yang buat siasatan. Yang kita tak mahu, kalau polis lepaskan walaupun sebelum siasatan.
Dia pun kata ada saksi nampak orang masukkan sesuatu ke dalam gelasnya. Kalau dia ada saksi, buktikanlah kepada polis.
Ini peringatan buat YB yang lain. Jangan dedahkan diri kepada kesilapan sebegini. Tak cerdik.
Walau pun ini kesalahan peribadi, yang tidak menjejaskan negara seperti menyeleweng dana berjuta-juta ringgit, tetapi adalah menjadi kewajipan kepada para YB untuk menjaga pekerti.
Dalam sibuk Kerajaan Melayu Islam PAS jatuh hukum kepada
non-muslim mengenai arak, mereka selalunya buat2 lupa hukum mengenai dadah.
Minggu ni saja cerita mengenai dadah merunsingkan. Ada penagih
dadah yang penggal kepala emak sendiri, ada cerita nenek 52 tahun kena tangkap
menagih.
Berapa kali kita baca kes penagih dadah liwat dan rogol bayi dan
ada kes penagih dadah bawah umur sampai bunuh budak tahfiz.
Tapi kita lihat pemimpin Melayu Islam kita jarang langsung
berbunyi pasal dadah ni. Walhal hukum nya sama saja dengan arak. Haram jua.
Untuk rekod, masyarakat Melayu paling banyak terjerumus dalam
kes dadah. Negeri majoriti Melayu Islam Kelantan dan Kedah pada tahun 2020
merupakan negeri yang catat kes dadah paling tinggi. Ini mengikut AADK.
Untuk rekod juga, kes jenayah akibat dadah adalah lagi tinggi
daripada kes langgar lari akibat mabuk. Tapi kes dadah jarang ditekankan oleh
parti politik.
Kenapa? Jawapan nya simple. Sebab tak boleh nak ditunggang untuk
tujuan politik kerana yang ramai terlibat adalah Melayu Islam.
Pada saya, dua2 haram. Maka pemimpin Islam patutnya bersuara
lantang ke atas kedua2nya.
Bukan hanya pilih satu kerana hendak raih populariti politik
Melayu.
Walhal kalau betul nak pertahankan kaum, elok ditengokkan dan
diperbetulkan kaum kita dulu. Najis dadah ini yang utama.
Bukan hanya menjerit melolong menetapkan dosa orang bukan
seagama.
Pandemik Covid 19 yang belum berakhir dan mangsa banjir yang masih menderita kehilangan harta benda tidak mewajarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan ketika ini.
Bagi Senator Datuk Ismail Yusop, cadangan kerajaan BN Johor untuk meneliti keperluan PRN dalam tempoh satu dua bulan ke hadapan adalah tidak bertanggungjawab dan mengenepikan penderitaan mangsa banjir Johor, khususnya di Segamat.
“Bagi saya dalam keadaan sekarang keutamaan nombor satu adalah rakyat. Ini bukan masa kita buat pilihan raya.
“Bila kita buat pilihan raya bermakna kita lebih utama kedudukan dan kuasa. Sedangkan kita tahu pandemik, banjir dan urustadbir erta tatakelola negara seperti yang kita dapat lihat (amat buruk). Sepatutnya fokus kepada kesejahteraan rakyat,” katanya.
Beliau mempersoalkan apakah motif sebenar PRN tersebut kepada kerajaan BN Johor. Katanya, suasana politik di peringkat pusat yang kondusif tidak memungkinkan berlaku perubahan Kerajaan Negeri secara melompat ke gabungan lain.
Begitu juga kemuakkan rakyat terhadap politiking melampau yang perlu diredakan.
“Sebenarnya kalau di peringkat pusat kita boleh berlapang dada, bukan sahaja buat MoU kerjasama, tujuannya bukan untuk meletakkan agenda politik nombor satu.
“Kerajaan yang ada sekarnag tak cukupkah dengan kuasa yang mereka ada dan dalam konteks Johor majoriti satu kerusi? Kelantan dulu pada satu ketika beza satu kerusi sahaja tetapi boleh tunggu sampai habis penggal. Lagi pun bukan lama, setahun sahaja lagi,” katanya.
Beliau berkata, kesan PRN sekiranya diadakan mungkin akan meningatkan jangkitan Covid atau menaikkan kemarahan rakyat. Bagi KEADILAN, kata mantan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat itu, parti akan tetap bertanding kerana itu adalah matlamat perjuangan mereka.
“Kalaulah mereka buat keputusan PRN, bagi parti politik kita kena masuk. Sebagai parti politik, kita sertai pilihan raya. Parti akan masuk PRN tetapi itu bukan bermakna kita meletakkan agenda plihan raya itu keutamaan.
“Dalam suasana sekarang kena faham sentimen rakyat apa? Rakyat lelah dengan politiking yang sedang berlaku ini,” katanya lagi.
Kelantan tidak menerima royalti bagi minyak yang diekstrak di luar pesisirannya, tetapi kerajaan persekutuan membayar RM400 juta kepada kerajaan negeri untuk 2020 dan 2021. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Perbalahan mengenai royalti minyak Kelantan telah dihidupkan kembali oleh mereka yang mendakwa hak negeri itu dirampas secara tidak adil dan ini telah menjejaskan pembangunan negeri.
Kerajaan Kelantan dan aktivis yang bersetuju dengan pandangannya telah menuntut royalti minyak selama beberapa dekad, dan ditolak berulang kali oleh Putrajaya atas alasan minyak diekstrak di luar perairan wilayah Kelantan.
Bagaimanapun, Putrajaya memberi wang ehsan kepada negeri itu, berjumlah RM15.7 juta pada 2019. Selain itu, kerajaan pusat membayar RM400 juta kepada kerajaan Kelantan bagi 2020 dan 2021, berdasarkan kadar 5% hasil petroleum yang diperolehi daripada negeri itu.
Kelantan sejak itu cuba menuntut bayaran royalti yang tertunggak sejak 2005, selaras dengan royalti 5% yang dipersetujui dalam perjanjian pada 1970-an.
FMT menyelami isu ini dengan lebih mendalam.
Pilih kasih
Pada asasnya, perbalahan royalti minyak Kelantan berkisar tentang pertikaian mengenai sempadan laut dan amalan pilih kasih.
Bawah Ordinan Darurat 1969, semua perairan lebih tiga batu nautika dari pantai mana-mana negeri Malaysia berada bawah kawalan persekutuan. Putrajaya berkata, ia tidak akan membayar royalti jika minyak diekstrak di perairan lebih tiga batu nautika.
Ini sangat berbeza dengan perjanjian syarikat minyak nasional Petronas dengan semua 13 negeri pada 1975 yang menyatakan ia akan membayar royalti 5% kepada negeri-negeri jika minyak ditemui di dalam atau luar pesisirnya.
Perjanjian itu tidak menyatakan sejauh mana minyak diekstrak di luar pesisir bagi memenuhi syarat untuk royalti.
Minyak Kelantan ditemui kira-kira 80 batu nautika (kira-kira 150km) dari pantainya, di kawasan yang bertindih dengan perairan Terengganu di selatan dan perairan Thailand di utara.
Tengku Razaleigh Hamzah.
Mereka yang menuntut royalti minyak Kelantan mendakwa terdapat pilih kasih, dengan merujuk kepada jirannya, Terengganu yang mendapat royalti 5% walaupun telaga minyak terletak 220km dari pantainya.
Bayaran kepada Terengganu dihentikan apabila PAS mengambil alih negeri itu dan dipulihkan pada 2009 apabila Barisan Nasional (BN) kembali berkuasa.
Terengganu menerima royalti minyak berjumlah lebih RM1 bilion pada 2018, tetapi jumlah itu dipotong 25% untuk membayar balik hutang persekutuan bagi projek infrastruktur.
Menurut jawapan Parlimen, Terengganu menerima RM22.4 bilion dari 2008 hingga Ogos 2020.
Pada 2010, Kelantan menuntut royalti minyak daripada Petronas, tetapi negeri itu menggugurkan kesnya pada 2019 selepas sembilan tahun mempertahankannya. Mahkamah juga telah memutuskan bahawa Kelantan tidak boleh menyaman Petronas atau kerajaan persekutuan lagi.
Pengerusi pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata amalan semasa memberi Kelantan wang ehsan berbanding royalti tidak pernah menjadi sebahagian daripada perjanjian dengan negeri-negeri pada pertengahan 1970-an.
Pemberian wang ehsan bermula semasa Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, katanya, dan Petronas bertanggungjawab membayar royalti 5% kepada setiap negeri sebagai pertukaran bagi hak minyak dan gas.
‘Alasan pincang’
Zaid Ibrahim.
Ahli politik dan peguam, Zaid Ibrahim berkata, alasan Putrajaya bahawa Kelantan tidak layak menerima royalti kerana telaga minyak berada di luar sempadannya adalah “pincang dan tidak berasas”.
Katanya, satu lagi perkara yang dipertikaikan oleh kerajaan pusat adalah telaga minyak itu lebih dekat dengan Terengganu berbanding Kelantan, dan alasan ini tidak wajar.
Zaid berkata, keengganan Putrajaya membayar royalti 5% kepada negeri-negeri yang layak menerimanya “bermotifkan politik dan tidak dapat dipertahankan”.
Beliau berkata, Kelantan patut dibayar tunggakan RM20 bilion, dan royalti tahunan 5% baginya patut dibayar segera.
“Sabah dan Sarawak dilayan sebagai negeri yang berdaulat sebelum menyertai Malaysia,” katanya.
“Begitu juga negeri-negeri Melayu seperti Kelantan yang juga negeri berdaulat sebelum bersatu membentuk Persekutuan Tanah Melayu, iaitu pelopor kepada persekutuan Malaysia dengan kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura pada 1963.
“Sebagai negeri berdaulat, negeri komponen persekutuan berhak sepenuhnya ke atas semua galian, kayu balak, petroleum, dan perikanan yang terdapat dalam wilayah masing-masing di dalam atau di luar pesisir.”
Difahamkan Zaid, bersama rakyat Kelantan yang sehaluan dengannya, akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi meneruskan tuntutan mereka ke atas royalti minyak yang patut dibayar kepada negeri itu.
Petronas menyatakan bahawa ia membuat bayaran tunai yang relevan untuk kepentingan Kelantan seperti yang dinasihatkan oleh Kementerian Kewangan, dengan pendedahan penuh kepada Parlimen.
Apa? Takkanlah ulama nak menipu. Kan? Kan? Kalau ulama kata
harimau keluar dari habitat sebab dah tua, itulah sebabnya. Korang yang bukan
ulama jangan nak memandai tau!
Haha... Terima kasih Kuasa. Ini yang kita perlukan. Maka tiada
lagi dalih untuk menafikan yang aktiviti pembalakan telah membuat kehidupan
haiwan liar ini terancam. Rupanya orang kayangan punya kerja. Yang jadi mangsa
pula marhaen.
Bagaimana kita nak selesaikan perbuatan yang jahat begini?
Bagi aku, melalui pendidikan. Sistem pendidikan kita perlu
dirombak. Kerana kita sekarang terlalu tumpu kepada akademi sehingga terlupa
mendidik perkara bukan akademi seperti ini.
Didikan supaya mencintai hutan, alam sekitar, bencikan rasuah
dan lain-lain perlu disemai dari awal persekolahan. Tapi sekarang ni murid
tahun 1 pun dipaksa fahami topik yang terlalu susah sampai mengancam jiwa.
Akibatnya lahirlah manusia buas seperti yang kita lihat sekarang
ini. Sampaikan ada manusia yang gelarkan diri sendiri ulama pun sanggup
berbohong membodohkan rakyat demi harta dan kuasa.
Kalau rakyat sudah ada kesedaran, untuk bekerja dengan pemusnah
hutan ini (contohnya penebang balak) pun mereka tak mahu. Kerana sudah ada rasa
sayang kepada alam dalam diri mereka.
Jika BN/PN yang berkuasa, mati hidup balik lepas tu mati balik
dan hidup balik pun, tak mungkin kita dapat lihat corak pendidikan yang
mementingkan perkara seperti ini.
Sebab apa? Yang mereka yang memimpin sendiri adalah manusia
buas. Sebab itu, kalau mahu negara ini jadi lebih baik, yang perlu diubah
adalah pemimpin. Baru kita boleh betulkan yang lain.
Kalo berlaku zaman Mujahid, mesti orang akan ingat arahan DAP ni... Sekali zaman pemimpin parti ana jadi menteri dan timbalan menteri.... Bobobobo... Takdir !!!
Kontroversi kes pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hanya akan selesai sekiranya satu jawatankuasa siasatan khas ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan.
Menurut Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah, sekiranya siasatan dilakukan oleh SPRM sendiri maka rakyat akan menolaknya sebagaimana mereka tidak meyakini pembelaan yang diakukan oleh Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang.
“Kalau siasatan dibuat oleh SPRM memang tidak akan diyakini. Tetapi kalau dibuat oleh badan bebas seperti Parlimen, Suruhanjaya Siasatan Khas atau polis, itu saya rasa boleh diterima,” katanya kepada Suara Keadilan.
Mengenai sikap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang berdiam diri pula, Sivarasa membidas kelembapan pemimpin Umno itu bertindak.
Katanya, PM sepatutnya mempunyai keberanian meminta Azam Baki bercuti sepanjang tempoh siasatan, agar hasil siasatan itu boleh diterima rakyat.
“Tindakkan kerajaan sampai sekarang tidak memberi keyakinan kebenaran akan dikenalpasti dalam isu Azam. PM tidak mahu dia ambil cuti pun,” katanya.
Cuma, kata Sivarasa, terdapat sedikit sinar untuk mencari kebenaran dalam kes berkenaan apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi Agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan sapina agar Azam hadir membela diri di hadapan jawatankuasa berkenaan.
“Kalau Azam ingkar sapina dari Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan bersidang pada Rabu minggu depan untuk siasat kes beliau dia boleh diambil tindakan kerana menghina Parlimen,” katanya lagi.
PSC memanggil Azam pada 19 Januari ini berhubung dakwaan pemilikan saham Azam yang didakwa dibeli oleh adiknya menggunakan akaun beliau.
Parlimen mempunyai kuasa di bawah Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 untuk menetapkan perintah kehadiran mana-mana saksi yang dikehendali PSC.
Panas! Mahdzir nafi ada dua kem yang sedang bertembung dalam Umno
January 17, 2022
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tidak wujud sebarang kelompok dalam pucuk pimpinan parti itu.
Beliau berkata, urusan perjalanan parti juga berlangsung dengan baik walaupun jawatan Perdana Menteri bukan disandang Presiden UMNO seperti tradisi sebelum ini.
“Usah wujudkan pandangan seolah-olah ada dua kelompok dalam UMNO kerana perkara tersebut tidak wujud.
“Sebagai Naib Presiden, saya boleh sahkan bahawa segalanya baik-baik saja di peringkat pusat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Baucar Persekolahan 2022 Parlimen Padang Terap di Dewan Bangunan UMNO Padang Terap pada Sabtu.
Mengulas lanjut mengenai hubungan antara pucuk pimpinan tertinggi UMNO, Mahdzir berkata, ini merupakan kali pertama Naib Presiden parti dilantik menjadi Perdana Menteri.
“Apabila Naib Presiden jadi Perdana Menteri, Presiden uruskan parti. Dari setakat ini yang saya sebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri manakala Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden parti,” ujarnya.
Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) itu berharap tidak ada pihak yang mengadu domba pucuk pimpinan UMNO sehingga boleh menimbulkan pergolakan dalam parti tersebut.
“Kita berada dalam satu rangka kerja menuju Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dengan Presiden komited menguruskan parti ketika Naib Presiden menjadi Perdana Menteri, jadi saya tak nampak ada sebarang masalah ketika ini,” jelas Mahdzir.
Akta Anti-lompat Parti dijangka akan memulihkan semangat dan mengembalikan mood rakyat untuk keluar mengundi.
Hal itu ditegaskan oleh Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil dalam forum anjuran Studio Keadilan, malam tadi.
Katanya suasana suram dalam beberapa siri Pilihan Raya Negeri (PRN) dialami Pakatan Harapan (PH) kebelakangan ini mungkin berpunca daripada hilangnya mood penyokong PH untuk mengundi akibat pengkhianatan dan politik caca marba yang dihadapi selepas itu.
“Kita sebenarnya hadapi satu malapetaka dalam demokrasi akibat siri pengkhianatan Langkah Sheraton. Sebabnya sekarang ini orang kata sebab apa nak keluar mengundi nanti orang yang diundi 6 bulan atau setahun, mereka belot. Apa jaminan mereka ada?” katanya.
Oleh itu, kata Fahmi, penyertaan PH dalam memorandum kerjasama dengan kerajaan BN dan akan meluluskan akta seseorang Ahli Parlimen tidak boleh melompat parti dijangka akan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap pilihan raya.
Beliau bagaimanapun menyeru rakyat bersabar untuk MoU berkenaan diselesaikan bagi memperbaiki sistem dalam negara yang telah rosak parah.
“Ada orang tanya mengapa PH masih buat MoU ini? Dah tahu kerajaan gagal kenapa teruskan, kenapa tidak batalkan sekarang?
“Bagi kami, kita kena tengok balik dalam MoU ini, ada 18 perkara, bukan semua 18 boleh diselesaikan. Contohnya, kebebasan institusi kehakiman perlu berjalan sepanjang masa.
“Bagi saya sebagai demokrat dan reformis, benda paling penting Akta Anti-lompat Parti akan menjamin pengundi bahawa undi mereka ada nilai dan dihormati. Ini penting dan kalau dapat diselesaikan sebelum Julai ia baik.
“Dalam MoU 18 perkara hanya ada 5 yang belum selesai. Salah satu anti lompat parti. Kalau kita dapat selesaikan saya rasa itu akan menjadi langkah pertama memulihkan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi,” katanya.
Selain itu, Fahmi juga mahu pemimpin politik muda dalam KEADILAN melakukan inisiatif memujuk rakyat keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum ke 15 untuk sekali lagi membuat perubahan total.
“Di negara lain di dunia, seperti negara maju misalnya ramai yang berkata untuk apa keluar mengundi? Di situ pun mereka hadapi masalah. Masalah ini tugas yang perlu dilakukan pimpinan anak muda, meminta rakyat lihat perjuangan KEADILAN, usaha reformasi.
“Isu naratif, kalau dulu sebelum PRU 14 kita ada tukang cerita mencang isu 1MDB, GST, Najib dan sebagainya. Pergi dari bandar ke pekan, rumah ke rumah. Sekarang 2 tahun kita tidak boleh pergi ke mana mana. Oleh itu, (selepas tiada PKP) jangkaan saya waktu berkempen kita dari sekarang hingga ke penamaan calon.
“Kita perlu bercerita mulai sekarang kepada rakyat kenapa mereka perlu keluar mengundi. Kalau rakyat tak keluar maka kita tidak boleh ajar pemimpin yang durjana, khianat dan berdosa kepada rakyat,” katanya lagi.
Dalam forum itu juga Fahmi mengingatkan dasar perjuangan KEADILAN yang merakyat. Katanya ketika negara dilanda wabak Covid 19 Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua wakil rakyat parti untuk menyumbang apa sahaja termasuk dana peribadi bagi mengurnagkan sensara rakyat. Begitu juga ketika negara dilanda bah besar pada pertengahan Disember 2021 lalu.
Ketua AMANAH Bahagian Kota Bharu, Datuk Husam Musa menempelak sikap kerajaan negeri Kelantan yang dilihat hanya berdiam diri selepas menerima hasil petroleum daripada Putrajaya sebanyak RM400 juta.
Bekas Naib Presiden AMANAH itu berkata, kerajaan negeri Kelantan sepatutnya menghebahkan perbelanjaan wang royalti petroleum dan berkongsi hasil galian itu kepada rakyat.
Sehubungan itu, Husam mengingatkan supaya wang royalti petroleum merupakan milik rakyat dan tidak harus disalahgunakan dengan bermewah-mewahan tanpa menyumbang kepada rakyat.
“Setiap kali terima – kerajaan negeri tak maklum pada rakyat Kelantan. Membisu saja. ‘Lembu kenyang’ – katakan.
“Aturlah program biar rakyat jelata dapat mengecapi hasil bumi Kelantan seperti hasrat Bapa Pejuang Royalti – Tok Guru Nik Aziz.
“Jangan dibazirkan. Jangan pemimpin guna untuk bermewah,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook malam tadi.
Husam Musa
Reaksi Husam itu susulan pengumuman Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bahawa Kerajaan Pusat telah menyalurkan hasil petroleum sebanyak RM400 juta kepada Kelantan bagi tempoh dua tahun iaitu pada 2020 dan 2021.
Beliau berkata, peruntukan secara langsung dan seratus peratus disalurkan kepada Kelantan berjumlah RM400 juta itu adalah hasil lima peratus daripada pengeluaran medan berdekatan Kelantan.
Mengulas lanjut, Husam juga mengingatkan banyak golongan asnaf yang masih memerlukan bantuan daripada kerajaan negeri dan wajar diberikan perhatian.
“Sedikit sama dikecapi, banyak sama dilapah.
“Ingat rakyat miskin mengharap, faqir melarat, anak yatim, pelajar dan guru pondok, anak muda inovatif dan kreatif, armalah, warga emas, peniaga kecil, usahawan, peluang niaga dan pembinaan generasi di era digital dan teknologi – antara lain.
“Tiada lagi belanja duit royalti petroleum tanpa ketelusan,” tegas Husam yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor ketika bersama Pas.
Mengadapi Undi 18 dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 sesuatu yang amat mencabar.
Bagi aktivis politik dan ikon anak muda Adam Adli, cabaran yang menanti parti politik ialah untuk menarik undi generasi berumur 18 hingga 21 tahun yang dijangka jumlahnya sekitar 1.2 juta orang.
Lebih menyukarkan, generasi itu dinilai tidak minat berpolitik dan tidak faham untuk menentukan masa hadapan negara.
“Orang akan cakap takkan budak umur 18 boleh cakap pasal politik. Tetapi apa yang perlu dilakukan ialah kita perlu sediakan sesuatu yang boleh dinikmati untuk orang muda. Misalnya biasiswa tak banyak, parti politik kena fikirkanlah, kalau jadi kerajaan apa dasar untuk memastikan anak anak ini dapat teruskan belajar, kalau dapat kerja apa yang perlu, gaji minimm dan sebagainya.
“Satu lagi, generasi ini lahir dengan internet, media sosial. Tak betul kalau mereka tidak ada pandangan politik. Mereka tahu dunia di luar mencabar dan mereka mencari siapa yang dapat ‘mengadilkan’ dunia bagi mereka.
“Mereka juga tengok parti politik tidak boleh selesaikan masalah mereka maka mereka selesai masalah sendiri. Itu yang hasil, apabila dibuat tinjauan pendapat mendapati mereka ini tidak minat kepada politik,” katanya dalam forum terbitan Studio Keadilan, malam tadi.
Menurut Adam lagi, parti politik khususnya KEADILAN perlu faham bagaimana untuk menarik minat golongan Undi 18 menyokong mereka dan strateginya tidak sama dengan golongan undi 21 sebelum ini.
Tambah Adam, Undi 18 adalah golongan yang masih belajar dan kebanyakannya belum bekerja. Jadi pandangan politik mereka berbeza.
“Golongan ini cara fikirannya tidak begitu sama dengan orang muda sebelum ini. Orang muda 21 tahun biasanya telah habis belajar. Masuk alam pekerjaan.
“Atau habis sekolah mereka kerja maka tahu gaji tak naik dan sebagainya. Jadi pandangan politik mereka mula terbentuk.
“Secara kasar saya tak nampak ini sebagai faktor umur, tetapi generasi. Mereka ini lahir dalam suasana yang mencabar. Kalau dulu generasi lepas perang misalnya bangkit bangunkan balik dunia. Sekarang ini generasi yang keluar sekolah dan masuk alam kerja tetapi dia lihat ini bukan sebagaimana dibayangkan di sekolah. Dia akan mendapati ada yang tak kena. Dia bukan sahaja tengok politik tetapi kepada semua isu terkait dalam kehidupan mereka.
Mengheret mereka masuk ke dalam poliik tentulah cabaran yang sangat besar. Bukan soal pengundi 18 – 20 tahun tidak sedia berpolitik tetapi pada saya parti politik yang tidak sedia dengan mereka,” katanya.
Namun Adam tidak bersetuju terhadap pendapat yang mengatakan untuk menghadapi PRU 15 akan sangat sukar, terutama melibatkan Undi 18.
Katanya, terdapat beberapa strategi yang perlu diperbetulkan dalam kalangan PH kerana di sebelah pihak musuh keadaannya masih tidak banyak berubah dan masih ada pemain politik yang sama.
“Musuh kita (BN – PN) pemimpinnya masih sama, peremajaannya tidak begitu berjaya. Pemimpin yang mengakibatkan kerosakannya masih ada. Kita nak berhentikan orang ini, melawan kebobrokan.
“Tetapi kita juga perlu buat tawaran yang lebih besar (kepada generasi muda). Ini generasi yang sangat kaya naratif,” katanya lagi.