COVID19 – ANTARA UJIAN KEPADA MANUSIA DAN UJIAN KEPADA PEMIMPIN GILA KUASA

 

Di ketika ini, ujian bagi semua orang ialah wabak Covid19 yang secara tiba-tiba melanda negara sejak lebih setahun yang lalu.

Akibat daripadanya, ramai yang mati, hilang kerja, hilang pendapatan, hilang ahli keluarga kerana kematian, termasuk hilang ahli keluarga kerana terjun bangunan dan bunuh diri.

Tidak kurang juga ada yang bermasalah dalam rumahtangga, bercerai, bergaduh dan sebagainya kerana tekanan hidup yang datang secara tiba-tiba.

Kesan daripada Covid19 ini bertambah buruk lagi kerana di ketika ia melanda, ia tidak menyebabkan surutnya kerakusan dan rasa tamak terhadap kuasa.

Langkah Sheraton digerakkan pada penghujung Februari 2020 ialah ketika Covid19 baru mula menggila.

Lantaran memikirkan peluang agak terbuka untuk merampas kuasa, maka semuanya dianggap tidak apa.

Ia menyebabkan sebaik saja Mahiaddin Md Yasin berkuasa, perintah PKP terus dikuatkuasakan tidak lama selepas itu.

Kemudian, apabila ia mula sedikit reda, PRN Sabah pula digerakkan, juga dengan tujuan untuk merampas kuasa di sana.

Sejak itu, wabak terus berantai merebaknya sehingga menyebabkan macam-macam jenis PKP, darurat, total lockdown dan akhirnya PPN atau Pelan Pemulihan Negara telah dikuatkuasakan hingga ke hari ini.

Namun, semuanya terbukti telah gagal dan sedang menuju kegagalan, lalu menyebabkan kes tidak pernah berkurangan mengancam nyawa kita semua.

Akhirnya yang sengsara ialah rakyat yang dikurung tak henti-henti, sementara kes mati kian meninggi setiap hari.

Mereka yang rakus dan tamak kuasa tetap juga tak sedar diri, walau kegagalan mereka silih berganti dan tak henti-henti.

Sudah tahu gagal dan tak mampu, sepatutnya segeralah berhenti, ini tidak, PKP, darurat dan PPN terus diperalatkan untuk mengekalkan kuasa sehingga titah Agong pun tergamak diderhakai.

Mujur tiada DAP dalam kerajaan yang derhaka ini, kalau tidak mau terbakar seluruh bumi dibuatnya dengan amukan sentimen kaum dan agama yang direka-reka selang seminit sekali.

Patutnya, dengan macam-macam masalah tanpa henti dalam negara, dirawat pula di hospital, sedar-sedarlah tentang ketidakmampuan mengurus negara ini.

Tetapi, barangkali inilah caranya Tuhan nak mendedahkan tembelang sebuah kerajaan yang mengaku sebagai kerajaan Melayu Islam, namun paling haprak dan tak berguna sekali pernah ada.

Yang berlaku hari demi hari akhirnya ialah negara makin huru-hara, nasib bangsa tetap begitu juga, malah tidak berbuat apa-apa untuk agama sepertimana bergema takbir dan penuh tin milo setiap kali selepas ceramah berakhir ketika belum beroleh kuasa.

Menjadi saksi langit dan bumi, yang diutama dan gila-gila mahu dipertahankan tidak lain hanyalah kuasa, kuasa dan kuasa bersama nikmat dunia yang dapat diraih daripadanya.

Dek kerana sayang kepada kuasa, bukan saja sentiasa berdalih untuk diuji majoriti, bahkan sampai ke tahap sanggup memadam fatwa sesat dan orang yang khabarnya sedang tenat di IJN juga turut henti-henti bersuara ketakutan hilang nikmat dunia.

Dalam masa yang sama, di ketika rakyat sengsara dan ramai yang hanya menunggu mati, selain tidak mengurangkan nafsu terhadap kuasa, ada pula yang tetap ghairah nak menambah bini di sini sana.

Adussss….manusia jenis apakah pemimpin yang kita ada sekarang ini?

Covid19 – menguji manusia dengan kesusahan dan kematian, tetapi dalam masa yang sama, sebilangan yang lain diuji dengan kerakusan kuasa dan nikmat dunia yang nampaknya begitu sayang untuk dilepaskan.

Ketika ini jugalah, tidak kedengaran lagi hujah beserta nas dan hadis pilihan yang mengungkapkan matlamat sebenar perjuangan di dunia ini ialah akhirat dan syurga yang kekal abadi.

Apa yang selalu diperingatkan dalam Al-Quran dan Hadis serta kerap ditemui dalam buku-buku sejarah tentang nafsu dan ketamakan pemimpin atas nama agama kepada dunia dunia akhirnya sedang berlaku di depan mata kita semua. 

(ShahbudinHusin 06/07/2021)




Keputusan Umno tarik sokongan pasti, PN boleh rebah bila-bila, kata Puad

 

Puad Zarkashi berkata, Umno perlu meninggalkan ‘kerajaan yang tidak cekap kerana dasar dan cara yang terbukti salah’.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi berkata, kerajaan Perikatan Nasional (BN) boleh tumbang pada bila-bila masa kerana keputusan parti itu menarik balik sokongan terhadap Putrajaya adalah pasti.

Katanya, Umno sedang menunggu MKT memuktamadkan keputusan berkenaan.

“Memang ada yang risau Umno ‘pull the plug’. Mereka ini sama ada di dalam atau di luar Umno risau hilang jawatan dan keistimewaan.

“Keistimewaan yang paling penting ialah perisai daripada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Puad berkata, keputusan itu sudah lama dinantikan memandangkan usul menarik sokongan itu diluluskan sebulat suara semasa Perhimpunan Agung Umno 2020 pada Mac lau.

Beliau turut mengakui terdapat beberapa ahli tidak berpuas hati dengan langkah itu, khasnya mereka yang tidak mahu pentadbiran PN tumbang.

“Mereka akan ‘spin’ kononnya rakyat marah. Mereka tuduh Umno gila kuasa.

“Tetapi mereka lupa, Umno sokong Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri walaupun dia terlibat dengan Dr Mahathir Mohamad yang menjatuhkan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-14.”

Beliau berkata, tiada sebab untuk marah dengan Umno kerana ia membenarkan ahlinya dilantik sebagai menteri tanpa mengikut hierarki parti dan PN diberi peluang mentadbir kerajaan selama 15 bulan.

Katanya, Umno perlu meninggalkan “kerajaan yang tidak cekap” disebabkan dasar dan caranya terbukti salah.

“Bukan Umno sahaja yang kata kerajaan PN gagal, tetapi semua pihak, termasuk rakyat. Sebab itu keputusan Umno adalah tepat.”

Semalam, Ahli Parlimen Umno, anggota Kabinet dan pemimpin lain mengadakan pertemuan sepanjang hari. Pada mulanya di ibu pejabat parti itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, sebelum kumpulan lebih kecil pemimpin berhimpun di Menara Perwira dekat Kementerian Pertahanan.

Difahamkan, perbincangan dalam pertemuan itu berkisar mengenai rancangan menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Sumber dilaporkan semalam berkata, dua menteri Umno dikatakan bersetuju dengan cadangan parti itu keluar daripada kerajaan PN sebelum 1 Ogos dan sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen yang juga Ahli MKT turut bersetuju berbuat demikian.

HANYA AHLI MKT UMNO AKAN KELUAR DARI KERAJAAN PN ? ATAU UMNO AKAN KELUAR DARI KERAJAAN PN SEBELUM 1 OGOS

 

Panas !!! Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos

Ahli MKT yakin Umno akan keluar kerajaan sebelum 1 Ogos . Anggota majlis tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi berkata, dia yakin parti itu akan memuktamadkan keputusan untuk keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum 1 Ogos.

Ini berlaku di tengah spekulasi bahawa Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berusaha menarik keluar parti itu dari gabungan kerajaan tetapi menghadapi tentangan besar, terutama daripada ahli parlimen parti itu.

“Saya yakin MKT Umno akan bermesyuarat secara maya dalam masa terdekat untuk memuktamadkan keputusan PAU Umno 2020 iaitu parti akan tetap menarik balik sokongan daripada kerajaan PN paling lewat 1 Ogos 2021,” katanya

Umno

Puad mendakwa majoriti ahli MT Umno menyokong keputusan untuk keluar daripada PN.

Bagaimanapun, Zahid masih menghadapi tentangan daripada kebanyakan ahli parlimen Umno yang bukan terdiri daripada ahli majlis tertinggi.

Zahid pada 21 Jun lalu memberikan tempoh 14 hari kepada kerajaan PN untuk mengadakan semula sidang parlimen.

Langkah itu dilihat sebagai alasan bagi Zahid mengeluarkan Umno daripada kerajaan yang sebelum ini enggan memanggil parlimen dalam kadar segera.

Bagaimanapun, Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam mengumumkan parlimen akan bersidang semula, yang secara kebetulan adalah hari terakhir tempoh yang diberikan Zahid.

Ini menimbulkan pertanyaan apakah Zahid masih memiliki alasan untuk menarik keluar Umno daripada kerajaan.

Tak ubah pendirian Umno

Namun, Puad tetap yakin bahawa langkah untuk mengadakan sidang parlimen tidak mengubah sebarang pendirian ahli MKT.

“Alasan Umno adalah jelas. Ia berpunca kegagalan kerajaan hari dalam serba-serbi perkara terutama dalam aspek mengurus ancaman pandemik dan ekonomi negara.

“Umno tidak mahu terpalit dengan kegagalan kerajaan PN, apatah lagi sikap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mendengar pandangan Umno sebelum ini. Contoh jelas adalah gesaan bank menawarkan moratorium automatik dan pukal,” katanya.

Semalam, Zahid dilaporkan bertemu dengan beberapa pemimpin Umno, termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, di Kuala Lumpur bagi ‘menyusun gerakan’ selepas kerajaan mengumumkan pembukaan parlimen.

ADAKAH MESYUARAT KHAS PARLIMEN HADKAN ISU DIPERBINCANGKAN?


Panas! Nazri kata Zahid patut dipecat dari UMNO

 


Panas! Nazri kata Zahid patut dipecat dari UMNO

Tindakan disiplin termasuk memecat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO boleh diambil selepas jelas melanggar dasar parti itu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, perkara tersebut boleh dibawa menerusi Majlis Tertinggi (MT) kepada Lembaga Disiplin parti ekoran tindakannya sebelum ini yang jelas menyanggah keputusan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU).

“Tindakan disiplin terhadap beliau (Ahmad Zahid) patut diambil termasuk pecat kerana ia jelas bertentangan dengan keputusan dan dasar parti iaitu No Anwar, No DAP.

“Ia jelas bermula daripada isu audio membabitkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan surat (sokongan terhadap Anwar ) kepada Yang di-Pertuan Agong,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, Mohamed Nazri berkata, beliau akan pulang secepat mungkin dari Perancis untuk menghadiri sidang Parlimen yang akan diadakan dari 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos ini.

“Saya akan pulang awal untuk bersidang. Jangan bimbang. Inilah ‘news’ untuk hari ini,” jelasnya.


Terkini! Zahid, Najib gagal minta ahli parlimen UMNO keluar kerajaan – sumber

 


Terkini! Zahid, Najib gagal minta ahli parlimen UMNO keluar kerajaan – sumber


Ahli Parlimen (MP) UMNO dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan yang dikemukakan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak supaya keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) semasa pertemuan di ibu pejabat UMNO awal hari ini.

Agenda Daily difahamkan beberapa Ahli Parlimen UMNO dipanggil Zahid dan Najib untuk hadir ke PWTC dan sumber memberitahu salah seorang MP UMNO yang hadir semasa pertemuan tadi adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu bertemu dengan Zahid dan Najib bagi membincangkan isu penarikan sokongan daripada kerajaan PN.

Menurut sumber, Zahid dan Najib mencadangkan supaya Menteri dan Timbalan UMNO keluar daripada kerajaan PN, sementara MP UMNO yang memegang jawatan-jawatan lain dalam kerajaan juga perlu mengambil langkah sama.

Selain itu, kedua-dua pemimpin UMNO itu juga dikatakan meminta untuk mengadakan pertemuan secara perseorangan dengan setiap MP UMNO, namun cadangan tersebut ditolak.

Sebaliknya MP UMNO meminta pertemuan itu mesti diadakan dengan memanggil semua MP dan bukan pertemuan secara individu.

Sumber memberitahu, cadangan tersebut ditolak MP UMNO atas alasan mahu menumpukan usaha untuk menangani pandemik Covid-19 dihadapi negara dan ia bukan masa yang sesuai untuk terus bermain politik pada ketika negara sedang berdepan cabaran yang lebih besar.

“MP UMNO menyifatkan langkah untuk tarik sokongan dan keluar daripada kerajaan PN ketika ini tidak sesuai… kini bukan masanya untuk berpolitik kerana masalah yang dihadapi negara lebih besar,” kata sumber kepada Agenda Daily.

Sementara itu, susulan cadangan tersebut ditolak, spekulasi mengatakan bakal berlaku satu pengumuman besar kononnya MP UMNO dan BN akan membuat keputusan keluar daripada kerajaan PN malam ini tidak akan berlaku.

Terdahulu, Agenda Daily mendedahkan beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen BN berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan PN malam ini, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Zahid pada hari ini.

Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat sudah memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Kemudiaan, Najib juga tiba di PWTC dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.

Dalam perkembangan lain, Putrajaya juga menetapkan tarikh sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai, kata kenyataan Pejabat Perdana Menteri, hari ini.

Sidang Parlimen itu bertujuan memberi penerangan kepada MP mengenai Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid.

DIA INGAT RAJA RAJA BERFIKIR MACAM DIA . PATUT PATUT LA NAK PERTAHAN JAWATAN PUN

 W.FAUDZIN

Semakin dirawat semakin bangang orang tua ni. Dia ingat raja-raja melayu tu semua termasuk Agong bangang macam dia sehingga tidak tahu beza kancah politik dengan kegagalan kerajaan tebuk atap?

Rakyat susah skrg ini sampai ada yg bunuh diri, kamu masih anggap ini mainan politik pembangkang? Kamu duduk di jawatan duta khas, menteri bolehlah cakap, hidup mewah sampai di saat rakyat angkat bendera putih untuk cari makanan, di kalangan kamu sibuk angkat jubah gatal nak bernikah kat siam.

Allah dan tunjuk mala petaka akibat kamu khianat mandat rakyat, itu pun masih tidak sedar diri. Kesusahan rakyat pun kamu ingat ini dipolitikkan. 



May be an image of 1 person and text that says "5 JULAI 2021 astro AWANI POLITIK Jangan heret Raja-Raja Raja ke kancah politik- Presiden Pas foง www.astroawani.com"



 

TAK ADA SESIAPA PUN SIBUK, KECULI ADA PENUNGGANG YANG TAKUT HILANG JAWATAN. JAGAN PULA GELABAH SAMPAI CERAI BINI MELALUI WASSAP

Ulamak Pas harap dalam sidang Parlimen nanti, tiada yang mabuk nak jadi PM

Ulamak Pas harap dalam sidang Parlimen nanti, tiada yang mabuk nak jadi PM



Tunggu PRU kalau nak jadi PM, tegur MP Pas.

“Kita harap dalam sidang Parlimen nanti tiada yang mabuk nak jadi Perdana Menteri”.

Itu tegas Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika mengulas mengenai ketetapan kerajaan bersetuju menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 Julai ini bagi Dewan Rakyat.

Menurut Nik Muhammad Zawawi, syarat perbincangan mesti berkonsepkan pembinaan negara dalam semua aspek terutama berkaitan Covid-19.

“Tunggu sahajalah Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti (kalau sibuk nak jadi Perdana Menteri),” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, tempoh mesyuarat bagi Dewan Rakyat itu berlangsung dari 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Jelasnya, bagi Dewan Negara pula akan berlangsung tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos depan.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat bertujuan memberi penerangan kepada ahli-ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan sidang Parlimen diadakan secara hibrid.

WUJUDNYA WALAUN KERANA MALAS MEMBACA DAN BERFIKIR LEBIH

 

Jangan kuat berbohong Abang Haji nanti boleh jadi fasik

 

May be an image of 1 person, sitting and text that says "Hadi gesa rakyat tolak pemimpin fasik, berbohong July 4, 2021 1:11 pm"


NORMAN RADZUAN


MELAYU DIPERHAMBAKAN KERANA MALAS...

 

Mengapa Hadi Awang sangat takut Parlimen dibuka? Tahukah dia apa fungsi Parlimen dan keperluan mendesak ia wajid dibuka segera? Abang Haji takut dgn Allah atau takut hilang jawatan? Berapa lama lagi sejak 80an ingin terus bermain hujah2 agama memperhambakan minda Melayu?

 

Ya saya sering mengkritik parti ini kerana saya sayangkan agama dan bangsa saya. Saya tiada kepentingan apa-apa  dalam politik. Cuma geram hingga jika menulis mengkritik parti ini tak perlu penulisan secara akademik... cukup secara sinis dan direct sebab walaun-walaun muda faham. Persoalannya bagaimana wujudnya walaun?

 

Wujudnya walaun kerana malas dan bukan kerana mereka bodoh. Bodoh ia boleh diajar tapi jika malas ( malas membaca, malas berfikir, malas bertanya ) maka ia mewujudkan masyarakat yg tidak mahu berubah mencari kebenaran. Tidak ada orang yang berjaya di dunia ini jika malas.

 

HADI AWANG DIMINTA CERMIN DIRI. TAKUT HILANG JAWATAN GAMAKNYA.

 

MOHD MUHKLIS


Presiden PAS ini tak ada cermin ke? Masa dia tebuk atap dia dengan bangga kata ini usaha dia sampai tak cukup tidur untuk mendapat kuasa secara jalan belakang.

Lepas itu bila kerajaan haram dia hendak di tebuk dengan cara yang sama dia buat dulu, dia kata sebagai wabak politiking dan gila kuasa.

Habis time dia hampir nak masuk hospital sebab berkhianat dulu tak kira sebagai sebagai wabak politiking dan gila kuasa?

Atau Allah hendak mengangkat hijab dan mempamirkan apa yang tersembunyi dalam hati dia?

 May be an image of 2 people, people sitting and text

DENGAN FACEBOOKERS PUN KAU TAK BERANI NAK DEBAT.TAPI KAU CAKAP SEHALA SAHAJA.

 

MOHD MUKHLIS

Kawan tadi dah kena block, baru tanya baik-baik secara ilmiah aje. Ni sat akaun kami menyusul kena block jugalah kut, nampak macam Tokpeti overtime aje.

Terpaksa create satu lagi akaun nak CCTV tokpeti pula,

So much for bincang ilmiah. Ini ke level mutfi yang ada PHD, block orang bila koyak? Serupa ولعون juga.

Nak kena Ronnie Liu juga yang dapat mangkitkan TokPeti dari dalam gua.

Mesti dia pakat lega habis dapat ratip DAP, kawan tu dok simpan lama lagi dari time MCA duk bagi komunis masuk ruang udara, baru hari ni jumpa point.

Tu kami cakap, mopti ini tak pernah berubah, sebijik sama dengan Hadi Awang.

Tapi pakat bersuara kat twitter kena balun, tulis kat FB orang tak peduli, tu pun sebab dia pakat block habis orang yang tak sependapat. Kesian tengok mutfi hilang tsiqah.

 

 May be a Twitter screenshot of text

No photo description available.


NAK HAPUSKAN JUDI PUN TAK BOLEH.DARI 8 JADI 22 APA CERITA ?

 

Hek eleehh...nak hapuskan judi pun tak boleh, restu pula tambah judi kpd 22 kali.

Sembang kencang. Kot kerajaan Allah pun kalau menteri lebai pun langgar SOP rentas negeri bawak janda, tak guna juga. Kot kerajaan Allah pun, kalau ada lebai nikah kat siam menggunakan smartphone, tak jadi bare jugok...

 W.FAUDZIN


May be an image of text that says "F M T HOME NEWS BERITA CARZILLA OPINIO Luno: Buy Bitcoin, Ethereum and Cryptocurrency GETITO Google Play Hanya 'kerajaan Allah' boleh hapus Covid-19 kata Hadi July 5, 2021 10:59 AM FMT Reporters"

LIVE !! ISU KEBUN MUSANG KING DI RAUB- ISU KETELUSAN ATAU PERKAUMAN?

RENTASAN 921 | PANAS!!! #PMCIRIT 'KIBAR #BENDERAPUTIH' - KINI ANWAR DICA...


MENARIK DALAM RENTASAN 921
1. PARLIMEN MESTI BERSIDANG SEBELUM 1 OGOS 2. ANGKAT BENDERA PUTIH KERJA ORANG GILA 3. KILANG PUNCA COVID-19 TERUS TERSEBAR 4. BENDERA PUTIH ATAU HITAM TANDA KERAJAAN GAGAL



BERITA MEMBUATKAN ANWAR GEMBIRA ??

TEBANG POKOK IKUT SYARIAT ISLAM ATAU PERKAUMAN SEDANGKAN ADA JALAN PENYELESAIAN LAIN ?

 

CHE IBRAHIM MOHAMMED

Ambo nak tanya satu perkara jah....

Pas kata dia nak merintah cara Islam, dalam Islam perempuan mengandung/bunting yang disabitkan kesalahan zina akan ditangguhkan hukuman sebat/rejam sehingga beliau selamat melahirkan bayi tersebut dan sehingga bayi itu pandai makan sendiri, baru hukuman dilaksanakan.

Jadi dalam isu pokok durian Musang King yang ditebang ketika sedang berbuah dan hampir luruh dah, adakah tindakan ini mengikut Islam atau abaikan apa yang Islam kata dalam bab ni asalkan melayu berkuasa???

Saja nak tanya sesuai ko dok dengan Islam jangan, jangan pula kata ambo nak bela Dap.... budak budak pas gat, konar kok tu selalu!!

 

MUNAFIK- SEMASA BELUM MENJADI KERAJAAN.TANAH TIN MILO DAN NO AKAUN 2016 DULU

 May be an image of 3 people and text that says "DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA PRNSARAWAK: SERUAN NFAK RM 11 SETIAP PEMUDA UNTUK 11 DUN MAYBANK 0095 NAMA AKAUN-DANA PILIHANRAYA PEMUDA Sarawak Untukmụ SEBARANG PERTANYAAN, SILA UBUNGI SAUDARA MUKHTAR SUHAILI 016-2339117 arawak"


PRN SARAWAK: SERUAN INFAK RM11 SETIAP PEMUDA ISLAM

Pemuda Islam adalah harapan ugama dan kekuatan perjuangan. Mari buktikan kecintaan kita kepada usaha dakwah dan jihad meninggikan kalimah Allah di negara tercinta.

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) melancarkan kempen besar-besaran agar ribuan pemuda Islam di seluruh negara bersegera menyumbang untuk kemenangan PAS di Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak nanti.

Kita mungkin terlalu sibuk dengan kewajiban yang banyak. Justeru Allah Maha Mengetahui bagaimana memudahkan anda untuk turut bersama menyertai dan mengecapi ganjaran besar jihad di Akhirat nanti. Ia adalah infak dan sumbangan harta untuk perjuangan di jalanNya.

Pastikan anda tidak ketinggalan. Kempen sekurang-kurangnya RM1 untuk setiap DUN yang akan ditandingi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) nanti adalah untuk anda dan kita semua.

JOM sertai kafilah perjuangan!

Allahu Akbar

Allahu Akbar

Allahu Akbar!

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz

Ketua Pemuda DPPM

 


TAMBAH KAWAT DURI ELAK "KOMANDO" LOLOS DIRI

 

Kuala Lumpur

PPR Pantai Ria

Pantai Dalam

Susulan Penghuni Bolos Kawat Duri...

Pihak Tentera menambah 3 Layer lagi Kawat Duri, supaya tiada lg “Adegan Komando” Lolos dari Kawasan PKPD.

 





MASA DAP KURANGKAN JUDI DIAN DIAM. MASA MCA BUAT PUN DIA DIAM.

 

Ehh...tiba time DAD , cepat je tok peti ni bersuara. Time menteri DAP waktu kerajaan PH kurangkan judi dari 22 kali kpd 8 kali kemudian menteri umno dalam kerajaan tebuk atap tambah lagi cabutan judi kepada 22 kali, mana suara tok peti?

Daripada tok peti ulas main isu perkauman, lebih baik tok peti ulas tentang lebai nikah kat siam guna smartphone. Lebih baik ulas tentang pemimpin cirit yang sakit kanser tahap 4 masih nak jadi PM. Jadi imam solat pun jgn ambik yang uzur apatah lagi yang tercirit...

Jangan jadi tok peti terompah kayu..


W.FAUDZIN


May be a Twitter screenshot of text that says "Dr ΜΑΖΑ official @realDrMAZA Terima kasih YB Ronnie Liu, anda menjadikan kita bertambah yakin bahawa demikianlah DAP". Translate Tweet 11:58PM 05/07/2021 Twitter Web App 56 Retweets 57 Quote Tweets 131 Likes 45m Farhan Zulkefly @farhanzulke. Replying @realDrMAZA Kita pun benci dengan sikap rasis pemimpin DAP macam Ronnie Liu ni. Tapi sikap hipokrit Dr. Maza pun jelas jugak. Time MCA bising, ada tak buat konklusi macam ni? Time kerajaan jadi bangsat, ada tak buat ayat macam ni?"


SIDANG PARLIMEN LIMA HARI PATUT DITOLAK, MAHIADDIN MASIH CUBA DERHAKA TITAH AGONG?

 

Kerajaan PN akhirnya setuju untuk mengadakan Sidang Parlimen sebelum tempoh darurat berakhir pada 1 Ogos depan.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri petang tadi, kerajaan telah bersetuju untuk menasihati Yang Dipertuan Agong agar Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan 2 Ogos 2021.

Seterusnya ia akan diikuti dengan Sidang Dewan Negara selama tiga hari bermula 3 hingga 5 Ogos 2021.

Sekali imbas memang ternampak kerajaan PN dan Mahiaddin Md Yasin seperti akur dengan tuntutan pelbagai pihak sejak sekian lama agar Parlimen dibuka untuk persidangan bagi membolehkan proses semak dan imbang berjalan dengan sempurna, khususnya kata dua selama 14 hari oleh UMNO yang tempohnya berakhir semalam.

Ia turut menampakkan kerajaan PN dan Mahiaddin akhirnya akur dengan titah Agong berkenaan pembukaan Parlimen yang dititahkan sebanyak tiga kali sebelum ini.

Tetapi, jika diteliti kenyataan media tersebut, Sidang Parlimen yang bakal diadakan nanti tidak ubah sekadar melepas batuk di tangga saja.

Ini kerana Sidang Parlimen selama lima hari itu seperti tidak sebagaimana yang sepatutnya di mana ada perbahasan dan pengundian sebagai komponennya.



Memetik kenyataan media itu, ia menyebut, “Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid”.

Kenapa hanya penerangan saja diberi kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara?

Apakah ia bermaksud tiada perbahasan dan pengundian selepas penerangan dilakukan?

Selain itu, mengapa juga masih berbangkit untuk mengadakan Sidang Parlimen secara hibrid dan bukan bersemuka sepenuhnya, sedangkan semua Ahli Parlimen sudah pun diberi dua dos suntikan vaksin?

Lebih daripada itu, Menteri Penyelaras Vaksin, Khairy Jamaluddin pada 30 Jun lalu berkata, lebih 400 kakitangan Parlimen akan disuntik vaksin dengan segera di beberapa Pusat Pemberian Vaksin bermula hari tersebut (30 Jun) sebagai persediaan kiranya Sidang Parlimen diadakan dalam waktu yang terdekat ini.

Bermula 30 Jun dan menjelang 26 Julai akan datang, sudah tentu lebih 400 kakitangan tersebut telah pun selesai menerima vaksin, sekurang-kurangnya untuk dos pertama.

Jadi, bersama semua Ahli Parlimen sendiri sudah menerima dua suntikan vaksin, apa perlunya lagi Sidang Parlimen diadakan secara hibrid?

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri itu seterusnya menyebut, “Berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang Dipertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliment).

Apakah Ordinan Darurat juga hanya sekadar dibentangkan kepada Ahli-Ahli Parlimen, tanpa sebarang perbahasan dan pengundian?

Jika sudahlah Pelan Pemulihan Negara pun hanya sekadar diberi penerangan, Ordinan Darurat pula dibentangkan saja, Sidang Parlimen apa namanya?

Setelah setengah tahun Parlimen digantung dan tidak bersidang, apakah cukup sebegitu saja Sidang Parlimen diadakan?

Mengapa tidak Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan Darurat diadakan perbahasan dan pengundian dan Sidang Parlimen juga sepatutnya diadakan dalam tempoh yang lebih lama, misalnya selama tiga minggu?

Lagi pula, jika dirujuk kembali kenyataan media Istana Negara sebelum ini, adalah jelas Agong mahukan Pelan Pemulihan Negara dan Ordinan Darurat dibahaskan oleh Ahli-Ahli Parlimen sebagai proses dan imbang bagi kerajaan.

Mengapa Mahiaddin berdalih lagi terhadap titah Agong?

Adakah kerajaan PN dan Mahiaddin mahu dilihat derhaka sekali lagi?

 (ShahbudinHusin 05/07/2021)