Durian runtuh untuk menantu Muhyiddin?

 

Durian runtuh untuk menantu Muhyiddin?

Di kala perlumbaan untuk mendapatkan kontrak konsesi NIIS semakin membara, bayangan menantu perdana menteri memayungi kontroversi

Description: https://www.themalaysianist.com/content/images/2020/12/klia2-work-in-progress-2014-04-14-0008-1.jpg

Selamat datang ke The Malaysianist, suratberita yang mencabar dan menyiasat komplot wang dan kuasa demi anda. Ruangan ini bebas daripada tekanan mereka yang  berkepentingan dan kami utuh bersama akar umbi masyarakat.

Isu utama hari ini berkenaan dengan menantu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, Muhamad Adlan Berhan, dan pengaruhnya terhadap konsesi Sistem Integrasi Immigresen Kebangsaan (NIIS) yang bernilai RM1.2 billion.

Walaupun masih dibelenggu keraguan, khabar-khabar yang bertiup semakin kencang mengatakan bahawa bahawa syarikat teknologi Iris Corp Bhd menerajui perlumbaan tender NIIS tersebut.

Namun tumpuan utama kami bukanlah kepada siapa yang akan akhirnya merangkul projek NIIS tetapi kepada tangan-tangan gelap yang sedang giat bersedia untuk mengaut keuntungan lumayan daripada konsesi tersebut dan juga mengawal nilai strategiknya – keselamatan negara pertiwi.

Kontrak NIIS yang sedia ditawarkan adalah untuk menempah, membina dan memasang sistem kawalan immigresen baru yang akan digunapakai di semua pintu-pintu masuk negara termasuklah di lapangan-lapangan terbang dan juga setiap laluan rasmi darat. Disamping itu, kontrak penyelenggaraan yang berasingan juga ditawarkan semestinya akan menjamin kelansungan ekonomi penerima tender terbabit.

Dalam keghairahan bidaan, satu nama iaitu nama Muhamad Adlan Berhan telah banyak disebut oleh sumber-sumber dalaman seperti syarikat-syarikat pembida sejak daripada awal penyisytiharan pembukaan permohonan RFP (request for proposal) pada tahun lepas oleh Muhyiddin yang merupakan Menteri Dalam Negeri kerajaan Pakatan Harapan pada ketika itu. Khabarnya, Adlan berminat untuk membida sama ada secara langsung ataupun melalui kerjasama dengan pihak lain.

Sungguhpun peranan ahli perniagaan tersebut sukar dibuktikan, bayangan pengaruhnya banyak kelibat di dalam pertimbangan kontrak NIIS. Terdapat juga ura-ura yang mengatakan bahawa tidak kira siapa yang dianugerahkan tender tersebut, Adlanlah pemenang sebenarnya.

Pertamanya adalah kerana beliau mempunyai hubungan dengan hampir setiap pembida. Contohnya Orenda Sdn Bhd yang dimiliki penuh oleh Maju Holdings Bhd di bawah kawalan Abu Sahid Mohamed, ahli korporat yang terkenal membantu Dr Mahathir Mohamad menyelamatkan Perwaja Holdings Bhd.

Semasa Adlan terlibat di dalam syarikat pelaburan Australia Chapmans Ltd, Abu Sahid muncul menjadi pemegang saham penting Chapmans selepas membeli pegangan sebanyak 5% pada 2017.

Keduanya adalah hubungannya bersama S5 Holdings yang juga dikatakan antara calon yang cerah berpeluang mendapatkan tender NIIS. S5 Holdings, dikatakan sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan dipegang oleh S7 Holdings Sdn Bhd (76.38%), Merrington Assets Ltd (10%), MyEG Capital Sdn Bhd (10%) dan Avocat Sdn Bhd (3.62%).

Adlan dan Lim Beng Guan (yang juga merupakan satu-satunya pengarah dan pemegang saham Avocat), bersama terlibat di dalam Agathistwo Jio Sdn Bhd dimana Lim merupakan seorang pengarah manakala Adlan merupakan seorang pemegang saham dan bekas pengaarahanya sehingga 21 September 2018.

Semakan ke atas Merrington Assets Ltd pula mendedahkan bahawa Merrington Assets Ltd dimiliki oleh Vent Millions Sdn Bhd and Barolagun Sdn Bhd, dua entiti British Virgin Island. Satu lagi anak syarikat S5 Holdings iaitu S5 Systems Sdn Bhd juga mempunyai pemilik luar pesisir, NSA Technology (L) Inc.

S5 Holdings juga akan melaksanakan pengambil alihan terhadap Ancom Logistics Bhd (ALB), salah satu daripada tiga entiti tersenarai yang dikawal oleh Siew Ka Wei, rakan kepada bekas perdana menteri Najib Razak.

Siew dikatakan rapat kepada Syed Mohamad Hafiz Syed Razlan, seorang lagi ahli korporat di dalam S5 Holdings dan menggalas jawatan pengarah di dalam anak syarikat S5. Bapa kepada Syed Mohamad Hafiz, adalah wakil rakyat Arau, Syed Razlan Syed Putra Jamalullail yang menyertai Bersatu daripada Umno pada 15 Julai 2018 dan merupakan adik kepada Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail

Secara “kebetulan”, doktor Muhyiddin, Ampikaipakan S Kandiah juga telah dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif ALB pada 24 Julai tahun ini.

Struktur pegangan saham S5 Holdings yang amat rumit, samar dan berahsia tidak seperti konsortium yang biasa telah menjadi tanda tanya, bukannya untuk kali yang pertama.

Pada Julai 2016, Goodway Integrated Industries telah bercadang untuk membeli S5 Holdings untuk nilai RM900 juta. Harga pembelian tersebut akan dicerminkan melalui pengeluaran saham-saham baru bagi pembuat barangan getah yang disenaraikan tersebut.

Tujuh bulan kemudian, urusniaga tersebut gagal kerana “masa tambahan yang diperlukan untuk mempertingkatkan taraf pendedahan dan pemberian maklumat yang diperlukan.”

Perkara tambahan yang harus diketengahkan berkenaan S5 Holdings adalah kerana S5 Holdings merupakan kontraktor semasa konsesi kelulusan keselamatan immigresen.

Menurut laporan Jawatankuasa Akaun Umum Kerajaan (PAC) pada tahun 2017 mengenai Sistem Immigresen Malaysia (MyIMMs), yang akan digantikan dengan program NIIS, RM105 dikenakan ke atas setiap pekerja asing yang dibawa masuk ke dalam negara.

MyIMMs, telah digambarkan kini seperti satu bencana kepada negara. Sistem berkenaan yang juga diselenggara oleh Haitech Padu Bhd dan menelan belanja hampir RM600 juta (semenjak tahun 2010) menurut laporan 2017 PAC telah diganggu dengan masalah ketidak-stabilan dan penutupan sistem serta pelbagai kejadian sabotaj.

Malah pihak berkuasa juga dikatakan tidak dapat mengesahkan atau mengenal pasti ribuan pendatang asing yang telah masuk dan keluar negara ini menurut penemuan PAC dan Jabatan Audit Negara.

Sebagai contoh, pada tahun 2016 laporan-laporan berita mendedahkan bahawa sistem MyIMMS terdedah kepada gangguan bekalan tenaga yang membolehkan pelbagai sindiket haram untuk mengambil kesempatan menyalurkan lebih daripada RM1 billion keluar daripada negara.

Disamping itu juga, peluang seperti itu telah digunakan oleh kumpulan seperti pengganas dan penyeludup manusia untuk keluar masuk negara pada saat berlakunya  kegagalan tenaga tersebut. Laporan ini disangkal oleh Menteri Dalam Negeri pada ketika itu, Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut laporan Katua Audit Negara bagi tahun 2018 siri ketiga, MyIMMs didapati tidak boleh mengenal pasti 198,479 pendatang asing yang telah masuk kedalam negara sehingga April tahun ini melalui pelbagai pas tempoh-panjang immigresen.

Lebih terkini, PAC menemui bahawa integrasi di antara MyIMMs dan sistem-sistem lain kerajaan lemah sehingga menyebabkan pelbagai agensi kerajaan tidak berupaya untuk berkongsi dokumen dan data sesama mereka. Kelemahan ini telah membawa kepada penggunaan orang tengah dan membenarkan aktiviti-aktiviti jenayah seperti penyalahgunaan dan pencurian data peribadi individu untuk permohonan kuota palsu di bawah MyIMMs untuk berlaku.

Walaupun laporan polis dikatakan telahpun difailkan oleh Wong Kah Woh selaku pengerusi PAC, tetapi sehingga kini tiada hasil penyiasatan telah dikeluarkan.
Kesemua ini kekal menjadi tanda tanya bagi sistem NIIS yang baru. Bergantung kepada siapa yang akan diberikan tender terbabit oleh kerajaan, NIIS berada di dalam bahaya untuk kembali mengulangi kegagalan sama sistem lampau.

NIIS telah dicadangkan oleh Muhyiddin selepas pembatalan Sistem Kawalan imigresen Nasional (SKIN) yang terdahulu kerana kosnya yang terlalu tinggi. Anggaran kos bagi NIIS adalah pada lingkungan RM1.2 billion, penjimatan sebanyak 66% daripada belanjawan RM3.5 billion yang telah dibelanjakan bagi SKIN.

Prestariang Bhd yang telah diberikan kontrak SKIN melalui perundingan terus oleh kerajaan Barisan Nasional pada 2017 sedang menyaman Putrajaya untuk pampasan sejumlah RM732.86 juta.

Tetapi RFP yang dipinta oleh kerajaan membenarkan pembidaan projek NIIS oleh syarikat-syarikat konsortium. Penerbitan dagang The Edge melaporkan pada 24 Ogos bahawa Iris juga  telah membida melalui satu konsortiumnya yang ditubuhkan bersama S5 Holdings (yang juga membida secara langsung).

Beberapa pembida telahpun menyuarakan bahawa berlakunya campur tangan politik di dalam proses ini dan tambahan pula dengan cap jari menantu Muhyiddin yang membayangi proses dan juga konsesi ini, jika campur tangan politik sekali lagi terbukti benar ataupun menjadi lebih ketara, bukan sahaja para rakyat Malaysia akan melihat wang negara diboroskan sekali lagi tetapi akan terpaksa berdepan ketakukan bahawa keselamatan negara sudahpun tergadai ditangan para kroni dan sindiket yang mengejar keuntungan mudah.


EDITOR'S NOTE: THIS ARTICLE IS THE MALAY TRANSLATION OF IN THE SHADOWS

 

BILA HANG NAK LETAK JAWATAN NI ?

 ImageImage

MUHYIDDIN TERBUKTI GAGAL, PERLU SEGERA LETAK JAWATAN


 1.Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memegang jawatannya sejak 1 Mac 2020 ternyata telah gagal menjalankan tugasnya mentadbir Malaysia. Bukti-bukti berikut menjelaskan kegagalannya itu:-

2. Bukti Kegagalan Pertama: PM Muhyiddin Yassin telah gagal menangani wabak Covid-19. Angka-angka berikut menceritakannya.Pada hari Jumaat 29 Januari 2021, sebanyak 5,725 kes baru, menjadikan kes terkumpul mencecah lebih 200,000. Jumlah kumulatif kematian pula seramai 733. Sehingga hari ini, vaksin untuk Covid-19 masih belum sampai ke Malaysia. Kesimpulannya, PM Muhyiddin dan Kabinet pimpinannya telah gagal menangani Wabak Covid-19.

3. Bukti Kegagalan Kedua: Dalam masa 11 bulan PM Muhyiddin Yassin mentadbir Malaysia, kedudukan negara kita dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) bagi tahun 2020 semakin teruk iaitu jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019. Kedudukan yang merosot ini antaranya disumbangkan oleh pembebasan atau pelepasan kes-kes mahkamah yang meragukan dalam beberapa kes berprofil tinggi bagi kes rasuah seperti kes Riza Aziz, Tan Sri Musa Aman dan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.

4. Bukti Kegagalan Ketiga: PM Muhyiddin Yassin bersama seluruh Kabinetnya telah gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Rating penarafan kedudukan kewangan Malaysia telah jatuh. Pertumbuhan ekonomi menguncup teruk. Berjuta rakyat telah hilang pekerjaan. Hutang negara bertambah. Kadar hutang negara berbanding KDNK semakin meningkat. Kerajaan Muhyiddin gagal menghasilkan peluang pekerjaan baru kepada berjuta rakyat yang menganggur. Terakhir sekali ialah fakta yang dibentangkan oleh Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) berhubung pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia telah jatuh 68 peratus kepada AS$2.5 bilion pada tahun 2020.

5. Bukti Kegagalan Keempat:PM Muhyiddin Yassin sekarang memimpin sebuah kerajaan minoriti, bukannya sebuah kerajaan majoriti. Muhyiddin Yassin telah gagal mendapatkan sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat di Parlimen. PM kerajaan minoriti ini menggunakan Proklamasi Darurat dan seterusnya menggantung Parlimen Malaysia semata-mata untuk terus berkuasa. Perisytiharan Darurat dijadikan alasan untuk kekal memerintah. Ini bercanggah dengan amalan demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia sejak negara kita Merdeka pada tahun 1957. Kerajaan minoriti Muhyiddin Yassin ini tidak stabil, tidak mendapat mandat rakyat dan tidak demokratik.

6. Dengan berlandaskan seekurang-kurangnya empat (4) sebab kegagalan yang dinyatakan di atas, maka dengan sesungguhnya demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta ini, saya HASSAN ABDUL KARIM, Ahli Parlimen Pasir Gudang mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seluruh anggota Kabinetnya meletakkan jawatan dengan segera. Sekian.

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

Sabtu 30 Januari 2021



PAS SELEWENG FAKTA MENGENAI PSR, SEMAI KEBENCIAN TERHADAP KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

 


Berikut merupakan kenyataan balas Farid Maulud, Ketua DAPSY Bukit Bendera terhadap fitnah yang dilemparkan oleh PAS mengenai PTMP dan PSR.

Oleh Farid Maulud

Sukar hendak digambarkan apabila Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff sanggup menipu dan memutar belitkan fakta demi kepentingan politik. Apalah yang ada dalam fikirannya kalau 24 jam asyik menyerang tanpa fakta dalam kenyataannya yang dikeluarkan oleh Harakahdaily pada 27 Januari 2021 mengenai projek PTMP dan PSR. Segala fakta yang ditulis adalah tidak tepat dan diseleweng mengenai pelan induk yang dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang demi kehidupan rakyat yang lebih baik di masa hadapan.

Sebenarnya sejak awal rancangan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) tidak lain tidak bukan adalah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang semakin mencabar ekoran kepadatan penduduk di Pulau Pinang yang semakin meninggi saban hari. Sebagai sebuah kerajaan yang telah diberikan mandat oleh rakyat maka pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertanggungjawab untuk merangka pelan pengangkutan yang dijangka bakal mengurangkan isu kesesakan lalu lintas yang telah menyiksa rakyat Pulau Pinang sejak dahulu lagi disamping membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang.

Menurut laporan Halcrow dalam kajian Pelan Induk bagi Pengangkutan dan Pengurusan Lalu Lintas Pulau Pinang pada muka surat 76, kos sebenar yang dicatatkan adalah sebanyak RM27 bilion dan bukannya RM10 bilion seperti yang dipesongkan oleh Pesuruhjaya PAS itu.

Walaupun Halcrow mencatatkan bahawa kos projek PTMP sebanyak RM27 bilion, namun sebenarnya angka tersebut belum lagi merangkumi pertambahan untuk pembangunan sistem pengangkutan awam di Seberang Perai yang merangkumi monorel, Bus Rapid Transit (BRT) dan Rel Transit Ringan (LRT). Kos sebenar merangkumi keseluruhan projek PTMP ialah sebanyak RM46 bilion.

Tambahan pula, laporan Halcrow tidak mengandungi financing model, iaitu pelan untuk menjana peruntukkan yang cukup bagi membiayai PTMP, memandangkan pihak kerajaan persekutuan tidak akan membiayai pembangunan tersebut maka itulah salah satu sebab keperluan projek Penang South Reclamation (PSR), iaitu untuk mendanai sistem pengangkutan awam yang baik untuk rakyat. Sikap Muhammad Fauzi Yusoff salin tak tumpah seperti akal labah-labah, di gua buruk suka merakut.

Pesuruhjaya PAS tersebut juga mendakwa, “Kehilangan tapak rayau nelayan cari makan (macam) pasir menimbus dalam periuk nasi setelah penat bertempikan. Hanya pasrah diberi untuk korban sebuah pembangunan. Mana kerajaan?”.

Sebenarnya kerajaan ada, malah pembangunan 3 buah pulau buatan PSR, selain mendanai PTMP, adalah demi masa depan yang lebih baik kepada komuniti nelayan. Kawasan tambakan yang telah dirancang juga telah diperakui oleh konsultan profesional bahawa kawasan tersebut memang kurang aktiviti penangkapan ikan.

Nelayan tidak akan terjejas ekoran pembinaan projek PSR. Malah, apabila projek tambakan ini bermula para nelayan masih boleh keluar menangkap ikan.  Pembangunan PSR akan menyediakan laluan air dan jeti baharu bakal dibina kepada para nelayan yang mana ini juga merupakan hasrat Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menggalakkan aktiviti penangkapan ikan oleh nelayan setempat terus berjalan. Kerajaan Negeri tidak akan sesekali menimbus pasir didalam periuk para nelayan malah Kerajaan Negeri menyediakan juadah lauk sampingan agar para nelayan terus mampu mencari punca rezeki.

Saya harap Pesuruhjaya PAS, Muhammad Fauzi Yusoff insaf atas tindakan menyeleweng fakta dan kebenaran dari rakyat Malaysia yang membaca. Sudah-sudahlah bermain politik demi kepentingan peribadi. Hentikanlah usaha menyuntik cecair kebencian dalam kalangan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Jika PAS tidak mampu untuk merangka pelan pembangunan demi memajukan negeri Kelantan jangan pula bersikap seperti ayam senang dalam reban, musang yang susah beredar keliling.

Farid Maulud

Ketua DAPSY Bahagian

Bukit Bendera




PROGRAM VAKSINASI: MALAYSIA TERTINGGAL BERBANDING INDONESIA


PKP TIDAK LANJUT, MENGAPA DARURAT DIPERLUKAN LAWAN COVID?


PENGGUMUMAN DARI ADMIN WRLR.

 Penjelasan Ustaz Ahmad Husam Dato Baderudin Berkaitan Jari Tengah - YouTube


ADMIN MEMOHON MAAAF JIKA VIDEO SUARA LEBAI MASIH TERSIAR KERANA

 VIDEO DIMAINKAN SENDIRI ..UNTUK NAK MEMBUANG VIDEO TERSEBUT

 MUDAH TAPI TAK  MENJELASKAN  KEADAAN . PELAQ SUNGGUH LA DOK

 DENGAQ SUARA LEBAI  SEKOQ  NI.


KOMEN TIDAK AKAN DISIARKAN JIKA MEMAKI HAMUN ...JIKA TIDAK

 JANGAN KOMEN ATAU BACA. DI UTARA KALAU ANAK HARAM, DAJEI,

 PELAQ NI PERKATAAN MAKI HAMUN YANG DIANGGAP BIASA ..KADANG

 BOLEH KATA MELAWAK PUN YA JUGA. JADI PEMBACA JANGAN HUKUM

 ADMIN SEBAB ADMIN PUN NAK MELAWAK JUGA MACAM LEBAI TU KATA

 MELAWAK.


Mungkin ini salah satu sebab sumpah... - KMB - Kelab Maya Bunga Raya |  Facebook



TAPI KALAU TUNJUK JADI TENGAH NI BUKAN MELAWAK..NI KURANG AJAR.





 

PH TUBUH JAWATANKUASA RENTAS POLITIK TANGANI COVID 19


INDEKS RASUAH MENINGKAT, ADA KEMUNGKINAN PERUNTUKAN COVID DISELEWENG?

 

Menghasut penganut Kristian: Abdul Hadi mohon batal saman

 


Menghasut penganut Kristian: Abdul Hadi mohon batal saman


Abdul Hadi Awang mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula dua penganut Kristian dari Sabah yang dikemukakan berhubung kenyataan dikeluarkannya yang didakwa menghasut penganut agama berkenaan yang diterbitkan dalam sebuah akhbar lima tahun lalu.

Permohonan untuk membatalkan saman pemula itu difailkan Abdul Hadi selaku defendan menerusi Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid semalam.

Peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Abdul Hadi berkata mahkamah menetapkan 19 April ini untuk keputusan permohonan tersebut.

“Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan bertulis pada 11 Mac ini.

“Sekiranya terdapat hujahan lisan tambahan daripada kedua-dua pihak, ia juga akan dihujahkan pada tarikh sama (19 April),” katanya selepas pengurusan kes di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Akhtar Tahir yang dijalankan melalui aplikasi dalam talian hari ini.

Abdul Hadi mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman pemula difailkan Maklin Masiau dan Lawrence Jomiji Kinsil @ Maximilhian selaku plaintif pertama dan kedua atas alasan antaranya saman itu tiada kausa tindakan yang munasabah, remeh, menyusahkan dan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Kedua-dua plaintif memfailkan saman pemula terhadap Abdul Hadi pada 9 Dis tahun lalu,.

Antara lain mereka memohon pengisytiharan bahawa Abdul Hadi melakukan tindakan hasutan yang bertentangan dengan Seksyen 3 Akta Hasutan 1948 dan pengisytiharan bahawa defendan tidak layak memegang sebarang jawatan dalam kerajaaan Malaysia termasuk suatu jawatan yang setara dengan jawatan menteri.

Saman itu difailkan atas alasan Abdul Hadi mengeluarkan penyataan menghasut penganut atau mubaligh Kristian yang telah diterbitkan dalam sebuah akhbar pada 18 Jan 2016 dan kemudiannya dilaporkan oleh sebuah portal pada hari sama. 



[VIDEO] Rela dedah lebai jari tengah ‘kantoi’ reka cerita buruk frontliner dalam ceramah

 


[VIDEO] Rela dedah ustaz terkenal ‘kantoi’ reka cerita buruk frontliner dalam ceramah

[VIDEO] Rela dedah lebai jari tengah  ‘kantoi’ reka cerita buruk frontliner dalam ceramah

Apabila tular potongan video memaparkan seorang lebai  di utara tanah air yang di tuduh menghina RELA.

Pihak Rela Seberang Perai Utara mengambil sikap tabaiyyun dan husnuzon dengan menganggap lebai  berkenaan sekadar bergurau atau “melawak kasaq” mengikut bahasa utara.

Kami yakin watak dalam ceramah itu tidak wujud. Hanya sekadar penyedap ceramah dan penarik perhatian pendengar meskipun sahabat sahabat RELA negeri lain ramai yang merasa terhina dan mula menyerang akaun media sosial lebai berkenaan.

Walaubagaimana pun apabila lebai ini menerbitkan video kononnya penjelasan insiden berkenaan pihak Rela SPU terpaksa mengambil langkah proaktif menyediakan video hujah balas ke atas tuduhan yang dilemparkan.

Hal ini kerana dalam video berkenaan  lebai  ini menuduh anggota RELA dipercayai anggota SPU itu bersikap biadap dan menyalah guna kuasa dengan memeriksa cukai jalan serta lesen memandu.

Tidak cukup dengan itu lebai  ini mendakwa kejadian ini disaksikan oleh pegawai polis yang kemudiannya memohon maaf bagi pihak anggota RELA berkenaan.

Ironisnya fakta yang diberikan oleh lebai  ini saling bercanggah dan keraguan melebihi munasabah.

Saksikan sendiri hujahan balas video yang kami anggap penuh rekaan dan semata mata untuk melepaskan diri dari tuduhan menghina Jabatan Sukarelawan Malaysia itu.

Pada kesempatan ini RELA Daerah SPU mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga RELA yang berdiri teguh membidas perbuatan lebai  ini terutamanya pegawai dan angggota RELA Negeri Perak serta negeri negeri lain yang lantang mempersoalkan tindakannya.

#SetiaBerbakti
#UstazSerangKamiTerang
#BiarCoriangDiMukaJanganCoriangDiHati

Video Player















CYBERTROOPER PN SUDAH MULA ‘PUNCH CARD’- ANGKAT KERAJAAN SERBA TAHU


Kita tahu ucapan menteri terdahulu jauh lebih kasar menyerang raja kita, saya hanya menyanggah keputusan PM. Kenyataan yang dibuat kononnya hendak mempertahankan raja tetapi sengaja mengheret raja dalam hal ini. “Saya nyatakan Perdana Menteri, kamu Tan Sri Muhyiddin dan kerajaan patut sampaikan nasihat yang betul berdasarkan peruntukan undang-undang dan perlembagaan,” ujarnya.




RENTASAN 816 | PERLEMBAGAAN MALAYSIA 'DIPERKOSAI' PERDANA MENTERI!!!




MENARIK DALAM RENTASAN 816
1. MEWA, MAFI DAN FDI 2. SIAPA SYAITAN YANG BERWAJAH MANUSIA ITU? 3. SIAPA SEBENARNYA YANG SEDANG BERSANDIWARA? 4. MUHYYIDDIN MENDERHAKAI PERLEMBAGAAN!!







1MDB BUKAN HANTU BUNGKUS







“Oleh itu, saya percaya rakyat akan setuju bahawa tiada alasan untuk penyelesaian dalam kes ini. Kami akan memaklumkan pendirian tersebut kepada mahkamah,” ujarnya. Pada 26 Januari lalu media melaporkan Mahkamah Tinggi mencadangkan supaya kes saman difailkan Tony Pua terhadap Najib empat tahun lepas, atas dakwaan melakukan salah laku dalam jawatan awam berkaitan 1MDB diselesaikan secara baik.







Akhirnya Azmin Ali mula jelas & tidak kabur lagi. Azmin Ali sila letak j...

IMBASAN!! RAFIZI NASIHAT PRESIDEN PAS ISU DANA KEWANGAN PAS/ISU 1MDB DAN...

MEMORANDUM RAKYAT MALAYSIA UNTUK RAJA-RAJA MELAYU.