PDRM HARUS BERTINDAK TEGAS



IBRAHIM MAT ISA

Kita lihat apa tindakan PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan berhubung dakwaan kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti perjudian.
"Judi menjahanamkan masyarakat kerana ia mengembangkan perlakuan lain-lain jenayah.
"Polis akan siasat dakwaan individu terbabit yang mengatakan berlakunya kegiatan perjudian di kawasan itu," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas video tular yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan pemantauan terhadap kegiatan perjudian dan penjualan rokok seludup di kawasan Sungai Buloh.
Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.
Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.
Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih sejuta tontonan dan 22,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.
Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas. ~ sinar online




0:01 / 3:44



ADA VIDEO DISERTAKAN: LIHAT BEGINILAH SALAHGUNA KUASA BERLAKU .Sekarang dah lain, timbalan menteri pun dah cukup ‘power’, sindir Anthony




Semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan (PH), semua menteri dan timbalan menteri diingatkan agar tidak sekali-kali mengeluarkan surat sokongan kepada sesiapa sahaja.
Mantan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook memberitahu, ini lebih-lebih lagi kepada ahli parti sendiri.
Pesanan itu diberikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melalui Ketua Pesuruhjayanya ketika itu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.
Malah jelas Anthony, bukan sahaja tidak boleh memberikan surat sokongan, malah minit daripada Menteri juga mesti ditulis dengan perkataan yang umum dan tidak mempengaruhi sebarang keputusan.
“Yang dibenarkan hanya “Untuk pertimbangan” atau “Sila teliti cadangan tersebut”.
“Itu cara pentadbiran semasa zaman PH. Ya lah.. Menteri PH tak power. Datang lobi Menteri pun tak guna. Semuanya tak boleh,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurut Anthony, sekarang sudah lain, timbalan menteri pun dilihat sudah ‘cukup power’ dengan surat sokongan dijadikan modal kempen pemilihan parti.
“Macam-macam boleh. Memang power! Hebat Menteri dan Timbalan Menteri sekarang,” katanya.
Beliau turut berkongsi tangkap layar laporan berita bertajuk ‘Video shows Bersatu Youth chief hopeful promising support letters for votes’ yang diterbitkan portal Malaysiakini semalam.
Malaysiakini semalam melaporkan, calon ketua Pemuda Bersatu (Armada) Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata sebagai timbalan menteri, dia dapat “permudahkan” urusan untuk membantu ahli Armada melalui exco-exco yang dilantik kelak.
Timbalan menteri belia dan sukan itu berkata demikian dalam klip video yang dikatakan dirakam ketika Wan Ahmad Fayhsal berkempen bersama Armada Pahang bagi pemilihan calon Ketua Armada yang dijadual berlangsung pada 27 September ini. 


Di mana kah profesor Kamarul Yusoff di saat Presiden Bersatu melanggar perlembangaan dahulu? Mengapa tidak ulas seperti topik hari ini?


TEUKU SYAFIZ RULLAH

1. Bila TSMY keluarkan Bersatu dari PH, tak pulak ada keizinan dari MPT, apa lagi dibuatnya EGM.
2. Soal dasar i.e masuk dan bentuk PN (sebenarnya hal dasar) tak juga diputuskan dengan EGM.
Apakah presiden BERSATU juga JAHIL PERLEMBAGAAN, profesor
Kamarul Yusoff
?
Saya terfikir juga kenapa prof menulis panjang lebar untuk isu Bahagian Bersatu ni? Ada orang minta tulis ya.. come on prof, u can do better than this la.
Sebagai ahli akademik seharusnya anda perlu berlaku adil dan merdeka dalam mengkritik dan membuat ulasan. Peranan ‘bias‘ yang ditonjolkan hanya akan menjatuhkan kredibiliti profesor sendiri. Bukan semua ulasan anda tidak bagus, anda sendiri yang merendahkan kualiti yang ada pada diri anda.
Sekian.

Kamarul Yusoff
t4aSSpicoens ohrgsred ·
JAHIL PERLEMBAGAAN: BERSATU BAHAGIAN TIDAK TERBUBAR WALAU SEMUA AJK KELUAR PARTI
Kelakar sungguh melihat keghairahan sesetengah golongan dalam BERSATU mengumumkan kononnya BERSATU Bahagian mereka terbubar bila mereka dan AJK mereka keluar parti, di mana antaranya adalah Datuk Syed Abdillah Syed Abdul Aziz dari Bahagian Klang, Shukor Bahari dari Bahagian Langkawi dan Shahul Hameed Abdul Wahab dari Bahagian Kota Raja.
Penjelasan Shahul Hameed Abdul Wahab contohnya adalah: “Seramai 15 daripada 17 AJK keluar parti, bermakna mengikut peruntukan perundangan, parti perlukan 3/4 untuk keluar baru bahagian itu terbubar, sekarang AJK yang keluar lebih dari 3/4 atau 75 peratus bermakna BERSATU Kota Raja terbubar serta-merta dan enam cawangan di bahagian ini terbubar secara automatik.”
Tidak mereka ketahui bahawa peruntukan 3/4 itu adalah membabitkan pembubaran seluruh parti, dan ini termaktub di dalam Fasal 30.1. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Parti ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga per empat (3/4) daripada jumlah ahli yang layak hadir dalam suatu Persidangan Perhimpunan Agung Khas.”
Sehubungan dengan perletakan jawatan atau tindakan keluar parti di peringkat Bahagian, walau kesemua AJK Bahagian meletak jawatan atau keluar parti sekali gus sekalipun BERSATU Bahagian tersebut tidaklah terbubar, sebaliknya apa yang berlaku adalah MPT akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu.
Ini termaktub di dalam Fasal 19.10. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika kesemua Ahli-Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian berhenti serentak maka Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) akan mengadakan Persidangan Khas Bahagian untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.”
Malah, walau kesemua Ahli MPT meletak jawatan atau keluar parti sekali gus sekalipun BERSATU sendiri tidaklah terbubar, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula MPT itu.
Ini termaktub di dalam Fasal 16.12. Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika kesemua Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berhenti serentak maka Pengerusi Tetap atau Timbalannya hendaklah dalam tempoh tidak lebih daripada enam puluh (60) hari mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi menubuhkan semula Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) dan Perhimpunan Agung Khas itu hendaklah menetapkan tempoh perkhidmatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang baru tertubuh itu.”
Sungguh pelik sekali bila bekas pemimpin BERSATU yang keluar parti ini boleh tidak tahu peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Perlembagaan BERSATU sendiri.
Pada hemat saya, tindakan sesetengah pemimpin BERSATU keluar parti, walaupun cuba digambarkan sebagai “gelombang” oleh sesetengah pihak, tidaklah memberikan kesan besar kepada BERSATU kerana yang berbuat demikian adalah mereka yang sudah dijangka.
Apa yang baik daripada tindakan ini adalah ia membersihkan BERSATU daripada duri-duri yang ada sekali gus memberi peluang kepada Tan Sri Muhyiddin untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Bahagian dengan mengisikan jawatan ini dengan mereka yang lebih setia.
Dan apa yang paling penting adalah tindakan ini tidak menjejaskan kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional di peringkat Pusat, malah ahli akademik yang dilihat rapat dengan DAP, Dr Wong Chin Huat, sendiri menyebut “The chance of defection at MP level is next to zero” (“Kemungkinan untuk MP lompat hampir tiada”) dan “No wave for now” (“Tiada gelombang sekarang”).


t4aSSpicoens ohrgsred
JAHIL PERLEMBAGAAN: BERSATU BAHAGIAN TIDAK TERBUBAR WALAU SEMUA AJK KELUAR PARTI






MALAYSIA KINI KEMBAI KE ZAMAN DARUL BOLEH

Menteri hisap vape di Parlimen turut dilaporkan di Korea Selatan

Menteri hisap vape di Parlimen turut dilaporkan di Korea Selatan

NURUL ISLAM DAKWA YB NAK DUIT 200K DULU..


W.FAUDZIN

Satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp antara Nurul Islam dan seorang individu tidak dikenali telah dikirimkan kepada kami di TerengganuFokus.
Dalam perbualan tersebut , Nurul Islam yang turut memegang jawatan lantikan politik dalam GLC di Terengganu, mewakili seorang YB daripada PAS meminta imbuhan sebanyak RM200,000 sebagai syarat kelulusan projek pasir di negeri itu.

 #adun #komisyen #projek #skandal #sprm #tangkaplayar


ADUN Terengganu minta Rm200k melalui Nurul Islam?

ADUN Terengganu minta Rm200k melalui Nurul Islam?

Satu tangkap layar perbualan melalui aplikasi Whatsapp antara Nurul Islam dan seorang individu tidak dikenali telah dikirimkan kepada kami di TerengganuFokus.
Dalam perbualan tersebut , Nurul Islam yang turut memegang jawatan lantikan politik dalam GLC di Terengganu, mewakili seorang YB daripada PAS meminta imbuhan sebanyak RM200,000 sebagai syarat kelulusan projek pasir di negeri itu.
“YB setuju buat agreement tapi yb minta 200k dulu sebelum lulus”, tulis Nurul Islam dipetik dari tangkap layar tersebut.
Perbualan tersebut bertarikh antara 3 Oktober 2019 hingga 9 Oktober 2019.
Nurul Islam sebelum ini disebut sebut sebagai pemuda PAS bukan anak negeri Terengganu yang dilantik dalam GLC Negeri, perlantikan tersebut mengundang rasa kurang senang ramai pihak.
Apabila ditanya ADUN mana, sumber berkenaan hanya memberi ‘hint’ menyebut ‘YB Kemaman’.

JANGAN BIARKAN RAKYAT HILANG RESPEK PADA PENGUATKUASA


HAMDAN TAHA

Apabila rakyat malaysia mula hilang kepercayaan kepada penguatkuasaan seperti PDRM,SPRM dan PBT,Kastam dan sebagainya itu tanda tanda yang tidak baik buat negara....
Orang cina jika kita jumpa dan tanya 100 orang apa pandangan mereka kepada penguatkuasaan di malaysia. 100 orang akan kata mereka semua boleh di beli dan penerima rasuah. Kita tanya bukti mereka akan jawap buktinya mereka bangsa cina lebih tahu kerana bangsa cina yang jadi perasuah dan pemberi....itu sebab mereka rasa boleh kurang ajar dengan penguatkuasaan....kerana mereka dah lalui ratusan tahun tentang rasuah di kalangan pegawai penguatkuasaan ini....
Jika kita tanya orang bangla dan nepal dan indonesia. Mereka akan jawap kepada kita tiap bulan kami kena bayar pada mereka. Paling susah hati bila kena tahan sebab tak boleh tahan mereka minta wang kita....ini berlaku dan bagi pekerja asing di malaysia ini polis boleh selesai dengan mudah sebab boleh di bayar dan tidak mahal pun.......
Hari ini bila ada pendedahan dari abg berger tentang judi haram dan sikap polis dan pegawai di PBT. Mendapat sambutan yang dasyat dan berjuta juta orang tengok rakaman itu dan bagi komen yang negatif kepada Ketua Polis negara dan PDRM keseluruhan tercemar dan di maki hamun di ruang komen....sampaikan rakaman abg tu dapat beribu shere dan di tonton dalam masa sekejap....menjadi viral dan panas
Kerajaan dan PDRM serta seangkatan dengannya wajib bersihkan diri dan jabatan supaya rakyat kembali percaya. Masalah sekarang jika kita tanya 1000 orang kita akan dapat jawatan 1000 orang tak suka polis malaysia. IGP sekarang ini amat tidak popular di mata rakyat malaysia.....merudum jatuh populariti mereka.....rakyat memandang sinis

LEBONG : BILA JADI KERAJAAN RUU355 SUKAR DIBENTANGKAN?


Timbalan Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengaku sebenarnya sukar untuk meminda RUU355 apabila parti itu sudah menjadi kerajaan Pusat. “Dulu (kita) pembangkang tak apalah kita desak kerajaan PAKATAN HARAPAN atau BARISAN NASIONAL, sebab kerajaan itu bukan kita. Tapi sekarang kita dah jadi kerajaan, kalau kita desak maknanya kita desak kita, kalau kita marah, kita marah kita sendiri," ujarnya, ketika berucap merasmikan mesyuarat agung PAS kawasan Temerloh, Pahang baru-baru ini.

ORANG SABAH BERMARUAH, TOLAK KATAK POLITIK


Beliau mendakwa agensi-agensi tertentu digunakan untuk menggugat pemimpin WARISAN sehingga masuk ke dalam rumah. "Lebih dahsyat apabila ada pengaruh luar yang menggunakan agensi kerajaan sedangkan fungsi kerajaan Persekutuan sepatutnya memberi panduan menjaga supaya negeri-negeri di Malaysia stabil. Tapi ada individu tertentu di kerajaan Persekutuan yang terlibat dalam konspirasi ini," katanya.

MUJAHID CABAR, AZEEZ DOLAK DALIH



"Pada masa yang sama, wabak Covid-19 berkemungkinan akan memberi kesan negatif kepada kedudukan ekonomi dan pasaran seluruh dunia, termasuk Malaysia, dan akan turut mempengaruhi prestasi pelaburan Tabung Haji untuk tempoh seterusnya, termasuk prestasi kewangan Tabung Haji bagi tahun 2020," katanya. Menurut Zulkifli, "sekiranya terdapat keperluan, Kerajaan akan menubuhkan Jawatankuasa Petugas Khas yang akan dianggotai oleh mereka yang layak dari segi kepakaran untuk mengkaji sebarang urusniaga yang dijalankan oleh pihak Tabung Haji dengan memastikan ianya menepati kepentingan Tabung Haji sebagai institusi milik umat Islam di negara ini."

ORANG TAK KISAH PUN NAK JOIN DENGAN UMNO.TAPI PEMIMPIN PUN MACAM MUNAFIK MENAFIKAN.


Akhirnya Pas mengaku penyatuan melayu dimulakan sejak 2015

Setiausaha Agung Pas, Dato’ Takiyudin Hassan mengakui usaha ke arah penyatuan Melayu telah dimulakan sejak 2015.
Menurutnya, usaha tersebut adalah arahan daripada Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebaik beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini, semalam seperti dilaporkan Harakahdaily.
Menurutnya, empat tahun usaha ke arah penyatuan orang di negara ini dilaksanakan sehingga akhirnya menjadi kenyataan pada 14 September 2019.

Kata beliau dalam tempoh tersebut pelbagai fitnah dilempar pihak lawan bagi menggagalkan usaha penyatuan orang Melayu.
Beliau menegaskan, Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan Pas dan Umno perlu dipertahankan sampai bila-bila sebagai benteng kekuatan orang Melayu di negara ini.
Katanya, generasi muda hendaklah mempertahankan MN sebagai kesinambungan perjuangan pada masa akan datang.


Ahli 11 Cawangan Bersatu Bagan, Permatang Pauh isytihar keluar parti


PENGSAN LAH MUHYIDDIN.ASYRAF WAJDI SAHKAN PAS IKUT UMNO BUKAN PN


Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bagi pihak PAS nafi mengeluarkan surat menyatakan sokongan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) secara sah mengikut undang-undang, seperti yang diviralkan pihak tertentu di media sosial.
Yang pasti ada pihak yang cuba sedaya upaya untuk mengeruhkan hubungan antara UMNO dan PAS dengan sengaja mengeluarkan dan menyebarkan surat palsu tersebut.
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional Khamis lalu, kepimpinan kedua-dua parti UMNO dan PAS sepakat untuk tidak menyertai sebagai komponen kepada PERIKATAN NASIONAL, sekiranya PPBM mahu mendaftarkannya secara rasmi sebagai sebuah parti politik.
Ada juga video tular ucapan calon Ketua Pemuda Armada PPBM yang mendakwa PAS juga sudah bersetuju untuk bertanding atas logo PN yang kononnya bewarna biru gelap, sedangkan PN sehingga sekarangpun belum berdaftar.
Apa-apapun pendirian UMNO jelas TIDAK AKAN MENYERTAI PERIKATAN NASIONAL sebagai komponen parti sekiranya mahu didaftarkan.
DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pemuda UMNO Malaysia
(Dipetik Daripada Laman FB Dr. Asyraf Wajdi Dusuki)