Menteri hisap vape di Parlimen turut dilaporkan di Korea Selatan
Berita berkenaan Menteri Luar Datuk Hishamuddin Hussein Onn yang menghisap vape di dalam Parlimen turut dilaporkan di Korea Selatan .
Media tersebut melalui tweetnya pada 8 Ogos lalu memberitahu ” Menteri luar Malaysia ketika secara diam-diam menghisap rokok elektronik di bawah topeng semasa sidang Parlimen” beserta dengan gambar Hishamuddin sedang menghisap vape.
Melalui pautan berita itu, media berkenaan melaporkan dengan tajuk ‘Saya melakukannya dan saya akan membayar denda’.
Terdahulu, seorang netizen yang dikenali sebagai Mhd Shamin berkongsi klip video selama 9 saat di Twitter menunjukkan Hishamuddin menghisap vape sambil memakai pelitup muka semasa persidangan sedang berlangsung.
Beliau turut berkongsi video tersebut kepada bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad sambil menulis: “Dr Dzul tengok ini ada orang hisap vape dalam dewan”.
Bagaimanapun, Hishamuddin mengaku dan meminta maaf diatas perbuatannya itu, dan beliau akan membayar denda yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) .
“Berhubung isu membabitkan saya hari ini, saya mengaku ia memang kesalahan saya. Sekali lagi saya mohon maaf kepada Dewan yang mulia serta seluruh rakyat Malaysia.
“Saya janji tidak akan ulangi kesalahan ini. Saya juga tetap berpendirian bahawa tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang,” kata Hishamuddin.