SEPERTI YANG DIRAMALKAN SEBELUM INI. MAHATHIR KENA KAW KAW

Jawatan pengerusi Bersatu yang sebelum ini disandang Tun Mahathir Mohamad akan dimansuhkan daripada struktur parti, kata Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Mohd Redzuan Md Yusof.
Bagi tujuan itu, tambah beliau, Bersatu akan meminda perlembagaannya untuk mengelak berulangnya konflik antara Pengerusi dan Presiden sebagaimana yang berlaku antara Tun Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin sebelum ini.
Mohd Redzuan berkata, sepatutnya hanya ada seorang pemimpin tertinggi saja dalam parti itu.
“Ya, Insha-Allah jawatan pengerusi akan ditiadakan sebab kita sudah nampak masalahnya.
“Kapal perlu ada seorang nakhoda saja (there must be one captain in a ship).
“Jawatan itu akan dilupuskan,” tegasnya lagi.
Blog ini dalam artikelnya pada 20 Mei lalu telah menjangkakan perkara itu memang ada dalam pertimbangan Muhyiddin susulan perbalahannya dengan Tun Mahathir sebaik beliau membawa Bersatu menubuhkan kerajaan baru yang berjaya menjadikannya sebagai Perdana Menteri.
Langkah awal ke arah itu dilihat melalui keputusan RoS menerima perletakan jawatan Tun Mahathir dan seterusnya mengiktiraf Muhyiddin sebagai Pemangku Pengerusi merangkap Presiden Bersatu.
Dalam artikel tersebut juga disebut bahawa walaupun Tun Mahathir telah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu bagi penggal 2020-2023, tetapi dipercayai Muhyiddin akan bertindak memecatnya dan seterusnya akan memansuhkan jawatan Pengerusi bagi memastikan beliau dapat menguasai parti itu secara mutlak.
Yang nyata sekarang ini, semua jangkaan itu akhirnya benar belaka di mana setelah dipecat dan kerana tiada peluang lagi untuk kembali ke dalam Bersatu, Tun Mahathir telah memutuskan untuk menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangannya. (Shahbudindotcom 10/08/2020)



No comments: