ORANG TAK KISAH PUN NAK JOIN DENGAN UMNO.TAPI PEMIMPIN PUN MACAM MUNAFIK MENAFIKAN.


Akhirnya Pas mengaku penyatuan melayu dimulakan sejak 2015

Setiausaha Agung Pas, Dato’ Takiyudin Hassan mengakui usaha ke arah penyatuan Melayu telah dimulakan sejak 2015.
Menurutnya, usaha tersebut adalah arahan daripada Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang sebaik beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKB BRI di sini, semalam seperti dilaporkan Harakahdaily.
Menurutnya, empat tahun usaha ke arah penyatuan orang di negara ini dilaksanakan sehingga akhirnya menjadi kenyataan pada 14 September 2019.

Kata beliau dalam tempoh tersebut pelbagai fitnah dilempar pihak lawan bagi menggagalkan usaha penyatuan orang Melayu.
Beliau menegaskan, Muafakat Nasional (MN) yang menggabungkan Pas dan Umno perlu dipertahankan sampai bila-bila sebagai benteng kekuatan orang Melayu di negara ini.
Katanya, generasi muda hendaklah mempertahankan MN sebagai kesinambungan perjuangan pada masa akan datang.


No comments: