Hudud Di Kelantan Hanya Terlaksana Untuk 3 Tahun Sahaja

Hudud Di Kelantan Hanya Terlaksana Untuk 3 Tahun Sahaja

Saturday, March 21, 2015

Hudud Perangkap yg Membawa Kepada Perangkap Sebenar yakni Persempadanan Semula

Kalau Pakatan Rakyat pecah kerana hudud, PAS akan hilang semua kerusi Parlimen termasuk kerusi Shah Alam dan Kota Raja.

Selepas itu, PAS juga akan hilang Kelantan kepada UMNO kerana tiada sokongan dari PKR dan DAP.

UMNO pula mendapat semula 2/3 dan memerintah dengan gemilang.

Selepas itu UMNO akan pastikan hudud tidak dilaksana sama seperti di Terengganu sekarang ini.

Maka, di mana kah untungnya pembentangan Enakmen Hudud yang ada ini?

Kalau UMNO berkuasa mereka akan pastikan hudud tidak dilaksana.

UMNO tak pentingkan hudud.

Yang mereka pentingkan adalah berpecahnya Pakatan Rakyat supaya ahli2 Parlimen PAS akan menyokong persempadanan semula.

Dengan persempadanan baru, UMNO/BN akan dapat semula 2/3 dan DAP kekal menjadi parti yang kecil dan tidak releven

Kedudukan Najib akan menjadi lebih kukuh.

UMNO akan merampas semula Selangor dan Penang dalam PRU depan kerana pengundi2 Melayu dan kerusi2 Melayu akan menjadi lebih banyak.

TULANG BESI

ps PKR dah pernah jatuh lubang tahun 2004 sebab sokong hudud di Terengganu.

PKR hingga jatuh kepada satu kerusi Parlimen tahun 2004 sahaja angkara sokong hudud PAS di Terengganu.

Kali ini Tulang Besi mencadangkan supaya PKR memberi syarat kepada sokongan.

Yakni sokongan PKR di Parlimen adalah dengan syarat Presiden serta Mirsyidul Am PAS letak jawatan.

Tanpa sokongan ahli2 Parlimen PKR pindaan kepada Akta 355 mustahil berlaku.

Malahan saya yakin DAP pun akan sokong sama kalau PAS setuju syarat ini


Nik Amar Telah Menipu Pakatan Rakyat Untuk Laksana Hudud Nya

Perhatikan bahagian di bawah dari kenyataan Presiden Keadilan, Datin Dr Wan Azizah:

Oleh sebab itu, apabila wakil Kerajaan Kelantan Datuk Nik Amar memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 8 Februari 2015 bahawa rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat (4) perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993, KEADILAN mengambil sikap menghormati bahawa pindaan itu bukanlah undang-undang baru dan tidak mengubah status sedia ada. Oleh yang demikian, pindaan seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar itu masih berada di dalam kerangka persetujuan bersama dan muafakat Pakatan Rakyat mengenai hudud yang dicapai dalam tahun 2011.

Walau bagaimana pun, KEADILAN tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri). Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat (4) perkara seperti yang dimaklumkan oleh Datuk Nik Amar tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat. Walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal tahun 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh Pakatan Rakyat dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud.

Ini bererti PAS Kelantan telah menipu Pakatan Rakyat untuk "bulldoze" Enakmen Hudud mereka.

Adakah ini perangai orang Islam dalam melaksana Islam?

Menipu dan membohong?

Inikah akhlak seorang pejuang Islam?

TULANG BESI



Hudud Sedang Di "UMNO" Kan oleh PAS Kelantan


Saudara/ri baca sendiri.

Bagaimana Mat Yaakob serta Nik Amar telah meng"UMNO"kan Hudud di Kelantan.

Mereka memasukkan klausa ini kerana hendak menyokong tindakan Saiful Bukhari sedangkan hukum ini tidak wujud dalam mana2 kitab Feqah.

Klik Imej
Tunggulah kehancuran dari langit apabila hukum Allah SWT dilacurkan untuk kepentingan parti politik sekular seperti UMNO.

Ini cuma satu.

Ada banyak lagi contoh dari pindaan 2015 ini.

Sememangnya tujuan membentang Pindaan ini tidak lain hanyalah untuk memecahkan Pakatan Rakyat.

Tulang Besi mendapat maklumat pihak Penasihat Undang2 Kelantan pun telah memberi nasihat pindaan2 ini hanya dapat dilaksanakan sekiranya ada sokongan 2/3 di Parlimen.

Ertinya segala usaha Kelantan meminda Enakmen ini hanya sia sia semata-mata kerana ia tidak mungkin dapat dilaksana memandangkan tiada 2/3 di Parlimen boleh didapati. Malahan, pihak UMNO sendiri tidak memberi apa2 jaminan akan menyokong pindaan ini di Parlimen.

Lebih2 lagi dengan ada bidaah seperti ini, nescara bantuan Allah SWT amat jauh sekali

TULANG BESI


Penyelesaiannya Adalah PAS Pecah Dua?

 Oleh: YB Khalid Samad



Ada yang memaklumkan kepada saya bahawa dalam sesi dialog saya dan Zuhdi, dia ada menyebut kononnya saya bersetuju dengan cadangannya supaya PAS berpecah dua. Menurut Zuhdi, inilah apa yang telah disampaikan kepadanya oleh pimpinan PAS Kawasan Parit Sulong, Johor. Mereka bertanya, adakah ini benar? Memandangkan ini merupakan persoalan penting, maka saya diminta untuk menjelaskan pendirian saya terhadap cadangan Zuhdi bahawa PAS perlu pecah dua demi masa depan yang lebih cemerlang.

PENDIRIAN SAYA BERHUBUNG CADANGAN PAS BERPECAH

Sebenarnya saya sudah jawab isu ini pada malam tersebut, tetapi secara indirect. Oleh kerana ada yang tidak faham, maka biarlah saya nyatakan di sini dengan jelas bahawa saya TIDAK bersetuju dengan cadangan ini.

Bagi saya apa yang perlu dilakukan ialah supaya perbezaan pendapat yang wujud dibahas dan dibincang dengan penuh bertanggung-jawab. Perbezaan pendapat yang wujud adalah berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan PAS dalam suasana politik yang sedia wujud. Persoalan ini boleh dibahas secara ilmiah demi mendapat rumusan yang terbaik. Ianya isu ‘ijtihad siayaasah’ atau pendapat dan pandangan serta bacaan politik dan sudah pasti merupakan ruang di mana perbezaan akan wujud.

Masalahnya sekarang adalah perbezaan sebenar ini tidak dibahas. Sebaliknya dikemuka masalah yang tidak wujud sebagai masalah sebenar. Masalah yang tidak wujud yang sengaja diada-adakan ialah persoalan kononnya adanya golongan yang ingin menjatuhkan DS Presiden, menolak kepimpinan Ulama’ dan menolak syariat. Mana mungkin ada ahli PAS, apatah lagi diperingkat pimpinan Pusat, yang menolak konsep Kepimpinan Ulama’ dan syariat! Kalau benar berpandangan sedemikian, sudah lama bersama UMNO! Dalam soal kedudukan DS Presiden, sepertimana kedudukan semua AJK PAS Pusat, kuasa penentunya adalah di tangan Muktamar. Terpulang pada ahli menilai prestasi semua dan mengundi mengikut pandangan masing-masing.

Saya yakin bahawa sekiranya masalah sebenar dibahas, di mana kedua-dua pandangan berhubung kaedah pendekatan dikaji dan dibedah-siasat dengan menyeluruh dan teliti, satu keputusan yang terbaik akan akhirnya dicapai. Tetapi sekiranya ianya tidak dibincang dan sebaliknya ditonjolkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas, maka akhirnya perpecahan dan keputusan yang songsang pasti terhasil.

Bagi saya, mereka yang tidak sanggup membahas pandangan berbeza berhubung isu kaedah dan pendekatan sambil menaburkan tuduhan-tuduhan palsu adalah pihak yang inginkan perpecahan ini berlaku. Mereka seolah-olah telah membuat kesimpulan bahawa satu keputusan dan kata-sepakat tidak mungkin tercapai atau sekiranya tercapai sekali pun, ianya keputusan yang tidak seperti yang mereka inginkan. Oleh itu, usaha dilakukan untuk awal-awal membuka jalan ke arah perpecahan.

Dan sebenarnya inilah punca masalahnya. Ada yang tidak mahu menerima keputusan jemaah untuk bersama PR kerana dianggap PR menyebabkan PAS kehilangan punca. Maka walau dengan apa cara sekali pun, mereka berusaha supaya pendekatan yang mereka inginkan terlaksana. Walau pun ianya bererti memfitnah melalui tuduhan ‘Islam tanpa syariat’, ‘menolak kepimpinan Ulama’ dan sebagainya. Akhirnya yang diinginkan adalah kaedah dan pendekatan mereka dilaksanakan. Iaitu PAS bersendirian walau pun terpaksa berpecah.

Perumpamaan yang digunakan Zuhdi, iaitu perceraian dalam kes rumah-tangga yang bermasalah, adalah perumpamaan yang tidak tepat. Keahlian dalam sebuah Jemaah Islam tidak boleh disamakan dengan perkahwinan. Dalam sesebuah jemaah Islam keahliannya beratus ribu. Ruang perbezaan pendapat perlu jauh lagi luas dan sikap saling menghormati perbezaan ini perlu lebih jujur dan kukuh. Kalau perbezaan dalam jemaah pun tidak mampu ditangani tanpa berpecah, bagaimana pula nak ditangani perbezaan dalam masyarakat, yang pastinya lebih banyak dan beraneka ragam, sekiranya dijadikan pemerintah? Tangkap dan penjara? Tembak sebagai rakyat yang ‘bughah’?

Pada masa yang sama, dalam perkahwinan sekali pun, usaha menyelamatkan rumah-tangga perlu dilakukan dengan bersungguh dan sekiranya telah habis segala usaha barulah keputusan bercerai diambil. Ianya perkara yang diharuskan yang paling dibenci Allah. Maka sekiranya keredhaan Allah adalah matlamat terutama, semestinya ianya pilihan terakhir.

Hakikatnya perpecahan akan hanya menguntungkan UMNO/BN. Hanya yang buta politik tidak akan nampak hakikat ini. Oleh itu saya amat pelik apabila perpecahan dilihat sebagai kaedah penyelesaian terbaik. Terbaik untuk siapa?

STRATEGI DUA ARAS

Ada juga yang bertanyakan persoalan ‘Strategi dua lapis’ atau ‘dua aras’ yang ditimbulkan Zuhdi. Mereka ingin tahu apa yang dimaksudkan dengan strategi dua aras itu dan adakah benar bahawa melalui perpecahan PAS maka akan terlaksana strategi ini yang pernah dicadangkan satu ketika dulu.

Sebenarnya strategi dua aras tidak ada kena mengena dengan berpecahnya PAS kepada dua badan atau parti yang berasingan. Strategi dua aras merupakan strategi yang mengiktiraf perbezaan antara kerajaan Negeri dan kerajaan Pusat dari sudut kekuatan PAS. Diperakui bahawa PAS mampu menang dengan sendirinya di beberapa negeri tetapi tidak mungkin menang secara bersendirian di peringkat Pusat. Diperakui juga bahawa kemenangan di peringkat Negeri sahaja tidak memungkinkan kelebihan pemerintahan PAS terserlah oleh kerana disekat dan difitnah serta ditutup kebaikannya oleh kerajaan Pusat. Oleh itu, di peringkat Pusat apa yang diperlukan adalah sebuah kerajaan yang lebih adil yang tidak memusuhi perjuangan Islam yang dibawa PAS. Walaupun ia tidak bersetuju, tetapi tidak memusuhi sehingga bertindak tidak adil terhadap PAS sepertimana yang dipraktikkan dibawah BN.

Kerajaan Pusat yang tidak memusuhi PAS semestinya mengambil bentuk kerajaan campuran antara komponen parti pembangkang termasuk PAS. Hanya melalui pendekatan begitu sahaja akan BN mampu dikalahkan dalam suasana sekarang. Walaupun kerajaan campuran di peringkat Pusat ini bukan kerajaan PAS semata-mata, namun dengan pembentukkannya, ia akan menguntungkan PAS. Kerajaan PAS di peringkat Negeri tidak akan disekat dan dizalimi dan pada masa sama, mesej PAS tersebar luas melalui semua saluran media termasuk radio dan televisyen.

Maka strategi dua aras atau dua lapis ini mengandaikan pembentukan kerajaan PAS di beberapa Negeri dan ‘kerajaan campuran PAS dan parti-parti lain’ di peingkat Pusat. Apa yang sedang berlaku sekarang melalui PR sudah menghampiri strategi dua aras ini. Pada masa yang sama terbentuk juga kerajaan campuran PAS bersama parti-parti PR di peringkat beberapa Negeri. Aspek kerajaan campuran di Negeri tidak diberikan tumpuan pada ketika strategi dua aras ini diutarakan kerana tumpuan pada masa itu adalah:

i) Kerajaan PAS di Negeri dan kerajaan campuran di Pusat dan

ii) Bagaimana kerajaan campuran di Pusat akan membantu kerajaan PAS di peringkat Negeri.

Matlamat utama strategi dua aras adalah untuk memberi manafaat kepada PAS.

KESIMPULAN

Maka adalah diharapkan bahawa penjelasan tambahan ini akan mengukuhkan keyakinan semua ahli untuk terus bersatu sambil menguruskan perbezaan pendapat dengan cara yang matang dan bukan cara kebudak-budakan. Cara kebudak-budakan adalah melalui melempar tuduhan-tuduhan tidak berasas terhadap pihak yang berbeza pandangan. Inilah apa yang dilakukan sekarang oleh ‘golongan muda yang lebih semangat’. Sudah pasti ianya tidak wajar untuk PAS berpecah setiap kali adanya khilaf atau perbezaan pendapat. Kaedah yang lebih selari dengan Al-Quran adalah “wasyaawirhum fil amr” atau “dan mereka bersyura (berbincang) dalam urusan pemerintahan”.

Pada masa yang sama semoga penjelasan ini mengukuhkan juga keyakinan PAS terhadap pendekatan PR yang terbukti keberkesanannya. Perlu juga diadakan kesediaan untuk menerima keputusan yang diambil secara jamaai berhubung kaedah pendekatan yang perlu dilaksanakan. Jangan ada pihak yang oleh kerana keputusan itu tidak selari dengan pandangan mereka maka diusahakan perpecahan.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Hudud : Reaksi pemimpin PAS berbeza-beza...

  Oleh: alhusseyn
 
 
Reaksi pemimpin PAS berbeza-beza ekoran kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) berpecah selepas Enakmen Jenayah Syariah 1993 (Pindaan 2015) diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Khamis, sebahagiannya sedih manakala satu kumpulan lagi gembira.

 Mereka yang gembira kerana undang-undang itu berjaya diluluskan manakala mereka yang bersedih kerana berhadapan dengan masa depan suram PR ekoran bantahan sekutu mereka, iaitu DAP dan PKR.

 Hotel penginapan para pemimpin PAS yang menyertai Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah (IAPU) di Kuala Ibai, Kuala Terengganu berwajah suram semalam walaupun mereka menjadi tuan rumah perhimpunan antarabangsa itu.

 Masing-masing tertanya-tanya apakah masih ada masa depan untuk PAS dalam PR ekoran bantahan keras rakan mereka DAP dan PKR terhadap pembentangan enakmen tersebut di DUN Kelantan itu.

 "Masihkah ada peluang lagi buat kita?" soal Datuk Dr Mujahid Yusof ketika ditemui The Malaysian Insider dalam majlis makan malam meraikan perwakilan pertubuhan Islam dari 41 buah negara ke IAPU ke-3 itu.

 Beliau jelas kecewa dengan apa yang bakal dihadapi PAS dan PR ekoran keadaan sekarang.

 Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS Dr Dzulkefly Ahmad pula bergegas pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu untuk cuba berbuat sesuatu menjelang mesyuarat PKR malam tadi dan mesyuarat DAP Isnin ini. 

 "Saya akan cuba berbuat sesuatu agar PR dipertahankan, kerana ia memang harapan rakyat," katanya ketika ditemui di hotel penginapan pemimpin PAS.

 Turut bersama beliau ialah Naib Presiden Salahudin Ayub, Ketua Penerangan Datuk Mahfuz Omar dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.

 Kesemua mereka pulang ke Kuala Lumpur walaupun IAPU itu baru sahaja dirasmikan dan banyak lagi acara bakal berlangsung selepas itu.

 Mahfuz, ahli Parlimen Pokok Sena, antara yang sedih dengan apa yang berlaku.

 Jika benar notis dihantar presiden PAS yang juga ahli parlimen Marang bagi membolehkan rang undang-undang persendirian dibentangkan dan Akta 355 Mahkamah Syariah dipinda membuka jalan kepada enakmen jenayah Syariah Kelantan itu dilaksanakan, beliau antara orang paling sedih.

 Ini kerana, selaku ketua whip anggota Parlimen PAS, beliau tidak tahu menahu mengenai notis itu.

 "Saya tidak tahu apa-apa dan tidak diberitahu apa-apa," kata Mahfuz ketika ditemui di hotel berkenaan sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
 Bukan Mahfuz sahaja tidak tahu mengenainya, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga tidak mengetahui adanya notis itu.

 "Ia tidak ada dalam pengetahuan saya dan saya tidak tahu mengenainya," katanya kepada The Malaysian Insider semalam.

 Kekhuatiran perpecahan PR yang dirasai pemimpin PAS tersebut bagaimanapun tidak dirasai Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah.

 "Kalau DAP rasa nak keluar, keluarlah," kata beliau sebagaimana dilaporkan media semalam ketika mengulas reaksi DAP terhadap pembentangan enakmen itu.

 Namun begitu, Hadi mengatakan sehingga kini PAS masih lagi bersama PR dan tentangan DAP dan PKR berhubung rang undang-undang itu perkara biasa dalam amalan demokrasi.

 Presiden PAS itu berkata, tindakan mereka memperkenalkan hudud seharusnya dihormati semua pihak kerana ia dilakukan secara demokratik dan bukannya paksaan.

 "Kerjasama dalam PR tidak melibatkan dasar parti. Kami tidak menyentuh agama dan hak mereka, jadi mereka juga tidak sepatutnya menyentuh agama kita," katanya menurut laporan Bernama. – 21 Mac, 2015.

ULAMAK HARUS BERCAKAP BENAR DAN BUKAN PUSING PUSING....

Perlu baca dan faham kenapa tolak Hudud PAS.Sebabnya kita lihat PAS kena kencing dengan Umno.Bukan tak setuju Hudud. Tapi sekadar nak porak perandakan Pakatan...MUlanya masuk DSAI dalam jel...Kemudianpecah belahkan PAS dan DAP....Mudah sahaja nak pecahkan dua parti ini hanya dengan rang undang undang Hudud. Walau akhirnya di peringkat parlimen tidak akanmenjadi , tetapi sikap orang alimbercakap bercabang macam Hj Hadi...melemahkan sokongan orang bukan Islam kepada alim ulamak. Sebab itu perlu dulu kekuatan, kemenangan, baru laksanakan. Faham dulu..bagi peluang masyarakat faham dulu....

 Oleh:  GREENBOC


Hudud: Ayam Terlepas Tangan Berbau Tahi!


Umno sokong hudud hanya untuk pecahbelah Pakatan, kata penganalisis

Satu-satunya tujuan Umno menyokong hudud sekarang ialah untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat (PR), menurut penganalisis politik yang mengatakan, apabila rang undang-undang itu sampai ke Parlimen, soal mengundi untuknya tidak penting kerana kerosakan sudah pun terjadi.
Mereka menolak dakwaan ahli Parlimen Umno yang menyokong hudud penting bagi memenuhi ajaran Islam, dengan mengatakan apabila tiba masanya, parti itu mungkin tidak akan menyokong rang undang-undang itu kerana ia mengundang risiko kemarahan sekutu mereka di Sabah dan Sarawak.

"Tujuan Umno menyokong rancangan hudud ialah untuk memecahkan PR. Dengan pembentangan rang undang-undang hudud di Kelantan, PR sudah di ambang kemusnahan," kata Dr Mohd Faisal Syam Abdol Hazis, pensyarah kanan Jabatan Pengajian Politik, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

"PR tidak boleh diteruskan jika PAS berkeras menghidupkan semula agenda hudud. Jadi, jika PR musnah sebelum pembentangan usul itu di Parlimen, Umno boleh senang lenang tidak menyokong rang undang-undang itu bagi memastikan BN tidak terjejas."

Pengarah Merdeka Center, Ibrahim Suffian berkata, sokongan Umno terhadap hudud mungkin merupakan satu pembohongan, terutamanya memandangkan langkah itu tidak akan diterima baik oleh BN Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemusnahan pakatan pembangkang merupakan peluang terbaik Barisan Nasional (BN) untuk terus hidup, susulan tekanan yang diterima akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan dan cabaran yang dihadapi kepimpinan Perdana Menteri.

"Menariknya, pemimpin kanan PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Haron Din terpedaya dengan rancangan bijak BN memecahbelahkan pembangkang, tanpa menyedari PAS yang akan rugi besar apabila pengundi bukan Islam menolak mereka, menyebabkan ia hilang semua kerusinya di Semenanjung.

"Saya setuju yang BN Sabah dan Sarawak tidak akan setuju dengan hudud kerana ia akan melemahkan kedudukan mereka sendiri,"
kata Ibrahim kepada The Malaysian Insider.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah Pusat Kajian Dasar, juga bersetuju, sambil mengambil maklum yang masyarakat Kristian dan bukan Islam di Malaysia Timur mempunyai pegangan yang besar dari segi kebebasan beragama di negara ini.

"Tidak diketahui ramai yang Sabah dan Sarawak mempunyai jumlah penduduk bukan Islam yang besar yang undian mereka boleh menentukan gabungan parti mana yang akan memenangi kuasa di peringkat persekutuan, terutamanya ketika pilihan raya umum dengan persaingan sengit.

"Dan bukan orang bukan Islam sahaja yang bimbang dengan kes pencerobohan terhadap isu agama dan kebebasan sivil lain," kata Lim.

Bagaimanapun, Faisal berkata, sekiranya Umno mengundi menyokong rang undang-undang itu di Parlimen kelak, ia tidak akan membawa kepada perpecahan dalam Barisan Nasional (BN).

"Sabah ditadbir Umno, manakala Sarawak ditadbir sebuah parti yang dikuasai Bumiputera Islam. Umno ialah parti yang sangat dominan hinggakan parti BN yang lebih kecil tidak akan berani menarik diri daripada gabungan itu.

"Melalui naungan atau malah ancaman, gabungan itu boleh kekal," kata Faisal.

Hadi memohon membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen ketika sesi Dewan Rakyat yang sedang berlangsung sekarang hingga 9 April, bagi membolehkan Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud, walaupun terdapat bantahan daripada PKR dan DAP.

Rang undang-undang bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, yang mengehadkan kuasa mahkamah Syariah kepada denda maksimum RM3,000, lima tahun penjara dan enam kali sebatan.

Satu pindaan diperlukan terhadap akta ini bagi membolehkan pindaan hudud Kelantan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, sekutu PAS dalam PR berkata, hudud bukan sebahagian daripada pendirian bersama pakatan itu dan ia lantang bersuara menentang.

DAP akan bermesyuarat pada Isnin bagi mengkaji semula hubungannya dengan PR, selepas merasakan “dikhianati” PAS apabila Dewan Undangan Negeri Kelantan membentangkan dan meluluskan pindaan kepada enakmen itu minggu lalu.

PKR hari ini mengumumkan ia tidak akan menyokong rang undang-undang hudud PAS itu sekiranya ia dibentangkan di Parlimen, mengatakan parti Islam itu bertindak secara unilateral dalam hal itu dan membelakangkan keputusan Majlis Pimpinan PR.


PAS PERLU MENGENALI SIAPA RAKAN SEBENAR…

Mungkin PAS ‘melatah’ ekoran daripada ‘geletek’ UMNO yang mahu bekerjasama dalam menegakkan hukum Hudud di Kelantan. Dan telahpun dibuktikan oleh BN (UMNO) tentang hakikat demikian apabila kesemua ADUN UMNO menyokong cadangan PAS. Samada sokongan BN (UMNO) itu tulin atau hanya mainan politik hanyalah mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Ataupun mungkin mereka telahpun awal-awal mendapat ‘arahan’ daripada Puterajaya supaya ‘berlakon’ sedemikian rupa demi untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat. Mungkin.

Kepimpinan UMNO sedar dan amat faham bahawa ‘Hudud’ adalah merupakan ‘soft spot’ parti PAS terutamanya kepimpinan ulama mereka. ‘Hudud’ adalah merupakan perjuangan ‘hidup mati’ parti PAS dan mungkin ‘perjuangan hidup mati’ ahli PAS itu dianggap sesuatu yang tulin. Namun mengenali UMNO yang penuh dengan tektik politk dan strategi, ramai yang merasa sangsi tentang ketulinan kerjasama yang dijalinkan demi untuk melaksanakan Hudud itu. Dan sehingga kini DS Najib atau kepimpinan tertinggi UMNO lain belum pun membuat apa-apa keputusan dan pendirian mengenai Hudud ini. Dan sekirannya berdasarkan kepada keputusan UMNO yang telah lalu sememangnya mereka belum bersedia menerima Hudud.

Satu hal yang amat jelas yang berkemungkinan tidak akan dapat dilaksanakan hukum Hudud di negara ini ialah jika ditinjau dari segi kedudukan perlembagaan negara. Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perkara 75 menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya. Maknannya perlu mendapat kelulusan di peringkat parlimen terlebih dahulu. Maknanya tentulah tidak mudah untuk mendapat persetujuan kesemua anggota parlimen terutama wakil bukan Islam.

Sepatutnya sebelum ucapan yang ‘berapi-rapi’ dan ‘ratap tangis’ di DUN Kelantan (baru-baru ini) apabila membahaskan tentang Hukum Hudud, ADUN seeloknya terlebih dahulu mengkaji implikasi keputusan yang dibuat di DUN berkenaan. Mentadbir negeri atau negara bukan boleh merupakan langkah ‘syok sendiri’ berdasarkan sentimen dan emosi kerana negara kita mempunyai perlembagaan dan undang-undang yang telah dirangka dengan penuh berhati-hati oleh pemimpin kita yang terdahulu.

PAS pernah dikecewakan oleh UMNO dalam tahun 1977. Mungkin pemimpin muda dalam PAS tidak tahu ‘penangan’ UMNO ketika mengadakan kerjasama dengan PAS pada tahun berkenaan. TG Nik Aziz amat tahu dan faham hal sebegini. Dan dengan sebab beliau benar-benar tahu ‘perangai’ UMNO itulah yang telah menyebabkan arwah TG Nik Aziz seolah-olah ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan UMNO. Dan kemungkinan munculnya keghairahan yang luar biasa untuk bekerjasama dengan UMNO oleh kepimpinan PAS (khususnya golongan ulama) kini berpunca daripada ‘kejahilan’ mereka tentang tektik dan tindak tanduk politik UMNO.

Yang jelasnya kini ialah apa yang dilakukan oleh PAS itu sudah dapat dilihat oleh rakan dalam Pakatan Rakyat sebagai ‘mata berpandangan budi kedapatan’. Apa tidaknya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin PAS berkaitan dengan Hudud sudah boleh ‘menusuk ke jantung hati’ siapa yang termakan cili dan akan terasa pedasnya.

Kenyataan TG Haji Hadi yang merasakan bahawa dia lebih mementingkan wawasan akhirat daripada wawasan dunia sudah melambangkan bahawa tindakannya itu ibarat ‘membujur lalu melintang patah’. Ditambah pula dengan kenyataan daripada YAB Menteri Besar Kelantan yang terang-terang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menyokong Hudud adalah golongan yang tidak beriman. Dan jelas juga ditujukan kepada rakan dalam Pakatan ia itu PKR dan DAP khususnya dan rakyat yang beragama Islam umumnya.

Dengan tindakan yang dilakukan oleh PAS seolah-olah sudah jelas ‘sekilas ikan diair sudah diketahui jantan betinanya’. Kelihatan dengan jelas juga bahawa seolah-olah PAS tidak begitu peduli ‘hati dan perasaan’ rakan dalam Pakatan. Seolah-olah rakan dalam Pakatan tidak begitu penting berbanding dengan ‘rakan baru’ yang menampakkan lebih akrab. Lagipun apa yang telah berlaku berkaitan dengan kenyataan dan tindakan TG Haji Hadi ‘melukakan’ hati dan perasaan Dr Wan Azizah ketika berlaku kemelut politik Selangor masih segar dalam ingatan rakan-rakan dalam Pakatan. Dan tindakan yang mirip sebagai sabotage kepada calon tajaan PKR ( Dr Nasir ) di ADUN Subang dalam PRU 13 yang lalu juga masih segar dalam ingatan juga.

Kesemua ini menampakkan seolah-olah ‘langkah-langkah awal’ kepimpinan PAS terutama Presidennya sendiri untuk tidak begitu ‘mementingkan menjaga hati kawan’. Seolah-olah beliau berkata,’ apa nak jadi, jadilah…” Mungkin aku tersilap.

Isu hubungan DAP-PAS adalah merupakan isu ‘duri dalam daging’. Dan sekiranya dilihat dalam konteks parti Pakatan Rakyat pula ia merupakan isu yang membabitkan Pakatan Rakyat juga terutama setelah Anwar Ibrahim tidak berada bersama-sama. Sepanjang kewujudan Pakatan Rakyat kelihatan PAS hanya akan bersama dan ‘berbaik-baik’ dengan komponen dalam Pakatan sekiranya ‘prsahabatan’ demikian menguntungkan mereka.

Tetapi sekiranya mereka merasakan bahawa ‘persahabatan’ itu tidak menguntungkan mereka, maka tindakan mereka tidak seperti ‘cubit peha kanan, peha kiri terasa sakitnya’.Nampak semacam begitu.

Aku tidak mempunyai bukti jelas tetapi umumnya sebagaimana yang dapat aku lihat kepimpinan ulama dalam PAS sememangnya tidak secocok dengan perjuangan Pakatan Rakyat khususnya DAP. Aku tidak pula menyalahkan mereka yang menyebabkan keadaan terjadi sedemikian. Ada sebab-sebab tertentu yang menyebabkan mereka merasa ‘terasing’ dengan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, terutamanya dengan DAP. Seolah-olah ‘Persahabatan’ yang dijalinkan buat sementara waktu itu hanya untuk kepentingan untuk memenangi pilihanraya semata-mata. Boleh juga diibaratkan seperti ‘melepaskan batuk di tangga’.

Namun begitu telah terbukti bahawa dengan adanya kerjasama antara PKR,DAP dan PAS telah sedikit sebanyak memberikan harapan untuk menumbangkan BN pada pilihanraya akan datang. Telah dibuktikan kejayaanya pada PRU 13 yang lalu. Atas perkiraan sedemikian jugalah agaknya maka BN bersungguh-sungguh benar untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat itu walau dengan apa cara sekalipun.

Dan PAS kena berfikir panjang-panjang untuk memilih ‘rakan’ seperjuangan. Kepada kepiminan PAS (terutama kepimpinan ulamanya) “Tepuk dada tanya iman’. Orang tua-tua kata,’ tepuk dada tanya selera’.
-abuhassanadam.blospot.com




ULASAN GB

Maka berlakulah apa yang dinamakan "krisis Hudud". Bagi ulama PAS ia kini sudah menjadi keutamaan. Walaupun Hj. Hadi sebelum ini menyatakan Hudud bukan Keutamaan.




Tiada istiqamah. Dan berlakukah tikam menikam. Mereka lupa akan hukum alamiah, hukum kebenaran dan keadilan bahawa: satu hari anda menikam orang lain, anda bakal ditikam pula. "Sunatullah" tidak pernah berdusta, dan sunnatullah juga tidak pernah berubah. Itu janji Allah swt.



Ada pula berkata, "kita tak hiraukan niat UMNO BN kerana ikhlas tak ikhlas itu bukan urusan manusia". Tetapi mereka terlupa dengan pesanan Rasulullah saw supaya jangan masuk lubang biawak dua kali. Mengapa bodoh sangat?

Ada pula yang berhujjah, kita hendak mencapai redha Allah, walaupun tak ke Putrajaya.
Kita kata: kita hendak ke Putrajaya bersama dengan redha Allah.
Kedua-duanya itu berbeza dari sudut tekad dan implikasinya.

Memang benar kata Ustaz Kamal Koh Abdullah, bahawa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hudud terlepas, hubungan dengan rakan PR punah ranah dan dan matlamat ke Putrajaya musnah.


Dengan kata lain, ayam terlepas tangan berbau tahi....

Ahmad Awang dapat pencalonan pertama, Hadi layak tanding presiden


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang ialah nama yang ketiga yang dicalonkan untuk jawatan presiden PAS selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015. 


Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang ialah nama yang ketiga yang dicalonkan untuk jawatan presiden PAS selain Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Mac, 2015. 

Bekas pesuruhjaya PAS Perak Ahmad Awang mendapat pencalonan pertama sebagai presiden PAS dari kawasan Parit Sulung, manakala penyandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendapat pencalonan kedua untuk jawatan itu dari kawasan Kuala Kedah, sekali gus melayakkan beliau mempertahankan kedudukannya dalam pemilihan pada muktamar Jun ini.

Dengan pencalonan Ahmad, 3 nama kini dicalonkan sebagai presiden PAS selain Hadi, iaitu penyandang naib presiden Datuk Husam Musa, yang menerima 2 pencalonan, dan seorang lagi naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim menolak pencalonan itu manakala Husam masih belum membuat apa-apa pendirian sehingga kini.


Pada masa sama, Tuan Ibrahim mendapat pencalonan pertama bagi jawatan timbalan presiden dari kawasan Kuala Kedah semalam.
  Mesyuarat agung PAS Kuala Kedah itu memilih Hadi untuk dicalonkan sebagai presiden selepas beliau mengalahkan Ahmad yang turut dicalonkan.

Hadi mendapat 91 undi manakala Ahmad hanya mendapat 27 undi daripada perwakilan mesyuarat agung kawasan yang sebelum ini diketuai presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Phahrolrazi melepaskan semua jawatannya dalam PAS untuk memberikan tumpuan kepada PasMa.
Sementara itu, Ahmad dipilih sebagai calon presiden melalui mesyuarat ahli jawatankuasa (AJK) PAS kawasan Parit Sulong yang pertama, selepas mendapat mandat daripada mesyuarat agung mereka.

"Mesyuarat kami pada 18 Mac memilih Ahmad selepas majoriti AJK memilih beliau berbanding Hadi," kata Yang Dipertua PAS Parit Sulong, Khairudin Abdul Rahim kepada The Malaysian Insider.

Menurut sumber lain di kawasan itu pula, PAS Parit Sulong juga mengekalkan pencalonan bagi semua jawatan utama yang lain – Mohamad Sabu sebagai timbalan presiden dan Salahudin Ayub, Tuan Ibrahim dan Husam sebagai naib-naib presiden.  – 21 Mac, 2015.

"TALAQQI & PRATIKUMLIVE DARI ZON KULIAH: KITAB MASYARAKAT DAN ISU SOSIAL" -Ustaz Kamaruddin Kassim


Pimpinan PAS perlu perubahan, kata Nizar


AJK PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpendapat krisis parti berkaitan dengan pemikiran pemimpinnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015. 


AJK PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpendapat krisis parti berkaitan dengan pemikiran pemimpinnya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Mac, 2015.


Perubahan perlu dilakukan terhadap kepimpinan parti memandangkan krisis utama dihadapi PAS sekarang ini ialah berkaitan pemikiran pemimpinnya, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini.

"Jika mereka ini ada unsur-unsur mempamer kelemahan, maka perlu diubah, ini hak perwakilan dan ada dalam perlembagaan parti. Ubah pimpinan, sebab pemikiran tu bersama pimpinan," katanya di Kuala Kedah.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai presiden PAS dengan alasan beliau mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam menghadapi pelbagai situasi.


Ahmad dilapor berkata, walaupun Perlembagaan PAS memberi ruang untuk sesiapa sahaja memilih calon yang layak bagi menggalas tugas itu, namun sehingga kini keperluan Hadi menjadi presiden PAS dilihat masih tinggi.
  Ditanya apa perlunya bagi PAS untuk terus bersama dengan Pakatan Rakyat, Nizar berkata ianya penting bagi memastikan kedudukan PAS di hati orang bukan Melayu.

"Bila PAS berkeseorangan sepanjang 12 tahun, kita tak dapat tempat di hati pengundi bukan Melayu, tapi bila kita sama Pakatan Rakyat, kita banyak menang di kawasan yang bukan majoriti Melayu."

Justeru katanya, pendirian Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang menegaskan parti itu meletakkan perjuangan menegakkan hukuman hudud sebagai ketetapan yang jauh lebih penting daripada kerjasama pakatan pembangkang itu adalah pendapat peribadi Haron.

Nizar berkata pada masa ini terdapat dua pemikiran dalam PAS iaitu pemikiran ulama dan pemikiran progresif profesional. – Bernama, 20 Mac, 2015.



BERSEDIA DENGAN KAIN LAP KENCING

KENAPA PERTIKAI HUDUD ?


Bila dr haron din dilantik sbg mursyidul am di dlm mesyuarat MSU yg entah bila telah diadakan, tak sampai 24 jam najib utus ucapan tahniah kpd dr haron din.

Bila enakmen pindaan hudud diluluskan di Dun kelantan, maka berjurai air mata yb amno kononnya insop sangat. Bersejarah, kata mereka. Itu bukti umno suka sgt kpd hudud, tambah mereka lagi.
Puas tok tunggu, sampai sekarang satu ucapan tahniah pun takde dari najib atas kjayaan kjaan kelantan meluluskan undang2 pindaan hudud tersebut. 

Tok mula fikir bukan2....betul ke umno suka sgt kat hudud ni? Mengapa negeri lain umno buat dekkk je? Mengapa sebaik saja arwah tok guru nik aziz tiada, tiba2 je umno minat nk hudud tapi di kelantan je lah?

Tok dah lain macam dah fikir. Mungkin gangguan was2 dari setan kot nk.ganggu komitmen tok utk bsama umno atas dasar sokong hudud ni.
Apa pun...tok dah standby kain buruk utk lap muka..mana la tau kot2 kena kencing lagi...
Like ·
·

Ulasan tentang Rang Undang-undang Hudud Kelantan

Ulasan tentang Rang Undang2 Hudud Kelantan
 
Ustat Wanji tolak enakmen hudud Kelantan di tuduh - Tolak hukum Allah.
TGEP tolak kepimpinan President PAS dan Nik Amar di tuduh - TGEP tolak nabi sebab mereka tu pewaris nabi tak boleh tegur depa smayang lagi banyak dari TGEP.. kahkahkah

Nah! Saksi video ini.. kahkahkah Harap korang lebih faham apa sebenarnya yang berlaku. bukan men tuduh guna kasyaf orang ni sesat, orang ni kafir, orang ni munafik.. kahkahkah





Dipos oleh Era Pasca.
 



Dipos oleh Era Pasca.




Islam mesti betul, orang islam tidak semestinya betul. Islam bersumberkan wahyu, sedangkan orang islam punyai kaitan akal dan nafsu.

Ulama adalah orang. Mereka membaca sumber islam. Kefahaman mereka terhadap sumber islam tidak semestinya benar. Jika kefahaman mereka mesti benar, sudah pasti tidak berlaku kekhilafan. Jika kefahaman mereka mesti benar, sudah pasti perlaksanaan pandangan-pandangan mereka tidak menatijahkan keburukan langsung. 

Yang berlaku secara pasti, pandangan seseorang ulama tidak sama dengan pandangan ulama yang lain. Yang diakui ramai, ada pandangan ulama yang boleh membawa keburukan.

Contohnya amat banyak. Kekacauan berlaku di syria, ada kalangan ulama yang menyokong Basyar Asad sehingga mengisytiharkan yang bangun melawan asad sebagai bughah, dan ada pula ulama yang bangun melawan asad.

Kejadian di Mesir. Mursi ditekan oleh Al-Sisi lantikan beliau sendiri. Ada ulama yang melawan al-Sisi dan ada pula ulama yang menyokong al-Sisi.

Semua ulama yang berbeza pendapat ini, apabila didengari dari penghujahan, didapati pendapat mereka didokong oleh sumber wahyu, baik yang mendokong asad/al-sisi, mahupun yang menolak asad/al-Sisi.
Apabila pandangan ulama tidak semestinya benar. Tidak bermakna pandangan mereka perlu ditolak secara mutlak. Ekoran itu, pandangan mereka boleh dikritik. Kritikan dalam menilai balik, sejauh mana pandangan itu boleh diterima, atau pandangan itu perlu ditolak.

Menerima dan menolak pandangan ulama, memerlukan kepada proses berfikir. Berfikir yang punyai kaitan dengan pengkajian dan penghujahan.

Kemampuan berfikir, bukan sekadar wujud pada ulama. Berapa banyak manusia tidak bergelar ulama punyai kebijaksanaan menjangkaui ulama.

Justeru, orang awam wajar mengkritik pandangan ulama dengan kemampuan berfikir yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Pihak ulama pula, tidak wajar menganggap kritikan orang awam itu sebagai menghina mereka, sebaliknya perlu dianggap sebagai perkembangan ilmu yang sihat. Ia wajar dianggap sebagai permulaan bagi terbentuk tamadun umat manusia. Lebih -lebih lagi, tamadun dunia mula terbentuk apabila wujud proses berfikir.

Ulama yang dikritik, tidak wajar menggunakan alasan agama untuk nafikan hak orang awam mengkritik. Ini kerana, tiada satu nas wahyu pun menafikan hak untuk mengkritik. Tuduhan kafir, murtad, tidak wala, sesat, liberal, plural dan berbagai-bagai lagi label diwujudkan untuk nafikan kritikan wajar dielak.

Memberikan label buruk kepada pengkritik bukan satu sikap yang baik, sebaliknya memberi implikasi sudut pandang buruk umat manusia terhadap ulama.

Bahkan dalam al-Quran juga pernah menyatakan bahawa label "sesat" pernah diberikan oleh Ahli Neraka kepada para Nabi yang menyeru mereka kepada hidayah.

Kata Allah dalam surah Al-Mulk, ayat 9 - Mereka (ahli neraka) menjawab: "Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!"

Memberi label negatif kepada pengkritik bukan satu tindakan yang terpuji. Sebaliknya, ia adalah amalan calon-calon ahli neraka yang pernah diungkapkan oleh Allah.

Yang paling penting, ulama bukan mesti benar. Orang awam tidak semestinya salah. Pihak ulama wajar memberikan pandangan, tetapi tidak bermakna pandangan ulama itu suci dan qudus. Makanya, ia boleh dikritik.

Wallahu alam

Dulu PAS ganti Umno, kini PAS jadi Umno


Oleh: Jebon
 

PAS ganti Umno adalah cogan kata yang paling banyak dijadikan banner menjelang pilihan raya umum 2013. Cogan kata itu berasal selepas kemenangan besar PAS pada pilihan raya 2008.

Banyak veteran PAS tidak bersetuju dengan maksud mendalam cogan kata itu. Mereka berkata ia seperti doa. Apa sahaja yang buruk dilakukan Umno akan diikuti PAS sebagai ‘penggantinya’.

Namun ulama PAS tidak menerima teguran itu dan ‘doa’ PAS ganti Umno terus berkumandang selama lima tahun. Pada 2014, doa itu mula dimakbulkan. PAS sedikit demi sedikit mengambil perangai buruk Umno.

Pada era Reformasi 1998, PAS sering memperkatakan mengenai kediktatoran Mahathir dalam Umno. Mahathir mahu berkuasa sehingga mati. Jawatan Presiden Umno tidak boleh diganti walau betapa lemahnya kepimpinan presiden atau betapa tidak terurusnya parti.

Ganti presiden

PAS membandingkan situasi tersebut dengan kepimpinan ulama yang boleh mengganti presiden sekiranya perwakilan tidak bersetuju dengan arah tuju presiden. Terdapat penulis-penulis yang membangkitkan sejarah penggantian Asri Muda sebagai yang Dipertua Agung PAS.

Pemuda PAS menentang Asri dan Asri meletak jawatan pada 1982. Begitu juga dengan penolakan sebahagian ucapan dasar presiden pada Muktamar 1986 sehingga menyebabkan Yusuf Rawa meletak jawatan tetapi menarik balik kemudian.

PAS dipakejkan dengan demokrasi Islam. Dikatakan parti yang teruji dengan debat dalaman tidak mungkin bertindak secara unilateral di dalam pemerintahan. Betapa terpujinya imej PAS ketika itu.

Namun pada 2015, semua itu diputar balik ke belakang. PAS mencontohi Umno tidak mahu jawatan presiden dipertandingkan. Ulama-ulama di belakang Hadi Awang bersungguh-sungguh mempertahankan beliau agar tidak dicabar. Malah Musrsyidul Am yang baharu Haron Din memihak kepada Hadi. Mempertahankan presiden itu daripada disentuh oleh puak pro Pakatan Rakyat dalam PAS.

Lebih teruk dari umno

PAS berubah 360 darjah daripada parti mengamalkan demokrasi Islam kepada parti autokratik yang lebih teruk daripada Umno. Umno masih mempunyai cara untuk mendapatkan semula sokongan rakyat apabila diktator paling dibenci Dr Mahathir sukarela meletak jawatan pada 2003. Pak Lah naik dan ramai rakyat terpedaya dengan Islam Hadhari yang dibawanya.

PAS sebaliknya meletakkan Hadi sebagai satu-satunya pemimpin sepanjang hayat, tidak boleh dicabar dan tidak akan meletak jawatan.

Suatu ketika dahulu perlantikan dalaman Umno dijadikan bahan ceramah oleh PAS. Wujud pergeseran dan berpuak-puak. Perlantikan menteri yang hanya disetujui Mahathir dan ditentang oleh pemimpin Umno yang lain.

Kini, perlantikan Mursyidul Am PAS pula dipertikaikan. Menurut sumber 16 ahli Majlis Syura Ulama yang berhak melantik mursyidul am pada mesyuarat 8 Mac. Namun tidak diketahui berapa ramai anggota majlis syura yang hadir untuk melantik Haron. Ada yang mendakwa korum 8 anggota minimum tidak dipenuhi kerana terdapat anggota yang berada di luar negeri, kematian bapa, berada dalam penamaan calon di DUN Chempaka dan lain-lain.

Pengumuman mursyidul am yang baharu dibuat pada 12 Mac dan lewat empat hari juga menimbulkan persoalan. Adakah perlantikan Haron semata-mata strategi untuk mengelakkan ahli PAS mendesak Hadi mengambil jawatan tersebut dan mengosongkan kerusi presiden? Memandangkan Haron tidak mempunyai kebijaksanaan politik sebagaimana Nik Aziz yang melayakkannya ke jawatan tersebut.

Haron kurang wibawa

Haron yang satu ketika dahulu pernah menjadi Naib Presiden PAS ketika kerajaan perpaduan dengan BN 1972 – 1978 ‘meningalkan’ PAS buat sementara waktu ketika parti itu lemah. Beliau kemudian timbul semula di sisi Anwar Ibrahim dan dikenali sebagai kawan baik Pak Sheikh ketika itu. Beliau bersekongkol dengan puak Umno pada 1980an hingga 1998. Adakah seorang yang pernah ‘menyeberang’ seperti itu layak menjadi ketua tertinggi PAS?

Jika strategi menghalang Hadi ke jawatan mursyidul adalah alasannya, maka PAS bukan lagi parti demokrasi tetapi telah berubah arah kepada corak autokratik. Semua jawatan ditentukan melalui muslihat dalaman dan tidak ada peluang untuk seseorang menunjukkan bakat kepimpinan.

Suatu ketika dahulu PAS sering memperlekeh Umno kerana Mahathir tidak mampu berdebat dengan Anwar maka TPM itu disingkir dengan tuduhan jijik. Kini, PAS juga hampir berperangai sedemikian.

Sangat mengarut apabila ditubuhkan satu jawatankuasa yang menyiasat tuduhan Timbalan Presiden Muhammad Sabu dan AJK PAS pusat Dr Hatta Ramli mahu menjatuhkan presiden pada pemilihan Jun 2015.

Jawatankuasa bunuh demokrasi

Penubuhan jawatankuasa itu membawa PAS ke era politik zaman gelap khalifah Umayyah. Ketika itu atas nama agama musuh politik dijemput khalifah ke istana untuk jamuan makan dan selepas jamuan mereka dibunuh.

Pemberontakan rakyat yang tidak tahan dengan kezaliman atas nama Islam itu meruntuhkan khalifah Umayyah berpusat di Damsyik dan menubuhkan khalifah Bani Abbasiyah yang berpusat di Baghdad.

Demokrasi tidak pernah menyebut usaha menjatuhkan presiden parti dan berkempen untuk mendapatkan sokongan bertanding jawatan presiden suatu kesalahan. Hanya Umno yang menganggap salah menjatuhkan presiden sekiranya majlis tertinggi tidak bersetuju. Sebab itu jawatan presiden tidak dipertandingkan.

Presiden Tunku Abdul Rahman  dijatuhkan oleh  golongan muda ‘Young Turk’ dan Dr Mahathir. Tun Razak meninggal dunia. Tun Hussein dipaksa meletak jawatan oleh Dr Mahathir. Pak Lah dijatuhkan Mahathir dari luar Umno. Dan Najib dalam proses untuk ditumbangkan oleh Mahathir.

Adakah PAS akan melakukan proses tersebut dalam menentukan jawatan presiden? Mengambil hak perwakilan untuk diberi kepada seseorang individu atau sekumpulan pemikir seperti Majlis Syura Ulama?

Samseng menular?

Suatu ketika dahulu, PAS sering menjenakakan amalan politik dalaman Umno yang berebut untuk bertanding menjelang pemilihan. Puak yang tidak berpuas hati akan mengupah samseng memukul lawan.

Kini, perangai itu didakwa telah menulari PAS. Samseng didakwa membakar kereta Dr Hatta kerana cuba menjatuhkan presiden dan menumbuk muka Dr Dzulkefly kerana mengkritik ulama.

Apa nak jadi dengan PAS? Umno telah berkuasa lebih 55 tahun. Wajarlah parti itu jadi ‘nyanyuk dan gila’ kerana berada di usia tua. Mereka telah puas menjarah kekayaan negara dan tidak mengapa jika mereka berlawan sesama sendiri. Lebih daripada itu Umno adalah parti sekular yang tidak mementingkan agama dan tidak mendapat petunjuk Allah.

Namun kini rakyat mentertawakan PAS kerana parti itu belum pun berjaya memerintah negara tetapi telah berebut dan bertumbuk sesama sendiri. Lebih tenat parti itu dianggotai oleh pak lebai, guru agama dan ulama.

Kalau kelompok ini pun jauh dari petunjuk maka di manakah rakyat mahu mendapatkan kedamaian jiwa. Islam tidak buruk tetapi yang memperjuangkannya mempunyai akhlak buruk. Akhirnya PAS benar-benar menggantikan Umno. Bukan dari sudut politik kerana Umno tetap hebat memerintah, tetapi mengambil perangai buruk Umno dan hilang kepercayaan rakyat.

UCAPAN PERBAHASAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH 2015 DI SIDANG DUN KELANTAN


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sidang editorial dan rakan media sekalian.

Bersama-sama ini disertakan kenyataan rasmi saya untuk sebaran media.

Terima kasih.

--------------------------------------------------------


UCAPAN PERBAHASAN ENAKMEN JENAYAH SYARIAH 2015 DI SIDANG DUN KELANTAN


أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ (5:50)
5:50 Apakah hukum Jahiliah yang menjadi pilihan mereka, dan hukum siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang benar-benar yakin?

Mengikut skrin sidang DUN saya dijadual berucap petang semalam, tetapi dalam perjalanan sidang ditangguhkan awal. Namun begitu saya ucap terima kasih atas kesempatan berucapa pagi ini.

Dalam Persidangan DUN pada Oktober 2013, saya telah bangkitkan pentingnya langkahan diambil untuk mempastikan Enakmen Jenayah Syariah II melihat sinar pelaksanaan dan tidak hanya menjadi momokan menjelang pilihanraya.

Sidang kali ini, kita akan meluluskan sekali lagi penjelmaan semula Enakmen yang telah diluluskan pada tarikh bersejarah 1993, dengan beberapa pindaan, kerana sebab-sebab teknikal yang tertentu.
Enakmen 2015 disekalikan dengan beberapa pindaan dari Enakmen asal 1993.

Pindaan untuk penambahbaikan ini sekali gus membuktikan dari segi pengkanunan, ia terbuka bagi pembaikan dari masa ke semasa.
Dari segi kedaulatan dan hakimiyyah Allah mengenai hukum bagi kesalahan kesalahan yang telah ditentukan, tidak ragu lagi semua orang beriman wajib menjunjung dan berhukum dengannya.

Bagi setiap Muslim yang benar-benar ingin mengikuti tuntutan agama Islam, mereka mempunyai hak untuk dihukum dan berhukum mengikut hukum agama mereka.

Pada hemat saya,ia selari dengan amalan demokrasi negara kita dan demokratik dari segi kebebasan beragama yang dijamin oleh Perlembagaan.

Tuan Speaker,
Berdasarkan kenyataan-kenyataan akhbar pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri dalam isu ini, harapan untuk melihat fasa pelaksanaan Enakmen ini sudah semakin hampir;

PERTAMA: 
Jawatankuasa Teknikal Bersama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah ditubuhkan. Saya difahamkan, pada 15 Disember 2014 Majlis Mesyuarat Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, telah bersetuju untuk meminda akta 355 menjadikan hukuman rotan dinaikkan ke 100 rotan, ini adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatkan Kuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Persekutuan yang telah diadakan pada 2 hingga 4 November 2014 dalam mesyuarat sama menteri diputuskan untuk membawa pindaan akta 355 di Parlimen.

KEDUA:
Kerajaan Negeri yakin ia akan mula dilaksanakan pada tahun 2015 ini
Persiapan untuk pelaksanaan termasuk senarai hakim telah pun disiapkan
Bahagian Empat Enakmen ini memperuntukkan penubuhan Mahkamah Bicara Syariah Khas dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas.

Saya yakin Kerajaan Negeri telah pun mendapatkan waran perjawatan dari JPA, waran dari Perbendaharaan dan budget perjawatan bagi kesemua Hakim-Hakim yang akan dilantik dan semua jawatan pegawai pelaksana yang lain di semua peringkat.

Saya juga yakin bahawa Kerajaan Negeri telah pun mempersiapkan semua Enakmen sokongan seperti Enakmen Acara Jenayah Syariah dll.
Begitu juga kaedah-kaedah. Misalnya bagi jadual II, III dan IV berkait diyah, saya yakin kaedah-kaedahnya telah pun disiapkan.
Hukuman-hukuman telah dinyatakan. Dari segi kaedah, misalnya bagi yang telah diputuskan membayar diyah tetapi akhirnya tidak membayar diyah berkenaan, adakah hartanya boleh disitakan?
Ianya saya yakin, telah pun disiapkan sepenuhnya.

Tuan Speaker,
Bagi majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi parti pemerintah hari ini, mereka tidak lagi mahu melihat larian setempat dalam pelaksanaan Enakmen ini.
Kerajaan Negeri telah, melalui kenyataan akhbar, memberikan sedikit gambaran laluan politik, perundangan dan proses lain menuju pelaksanaan Enakmen ini.
Ada masanya, proses ke hadapan selepas Enakmen ini diluluskan disebut melalui Bill Persendirian Ahli Parlimen untuk meminda Perkara 76 (A1).

Pada ketika yang lain, langkah seterusnya dikatakan untuk membawa pindaan Akta Jenayah Syariah 355 di Parlimen sama ada melalui;
satu, Menteri akan mencadangkan pindaan Akta Jenayah Syariah 355 dengan menaikkan hukuman rotan mengikut hukum syara’ kepada seratus rotan bagi membolehkan sekurang-kurangnya empat kesalahan syariah di bawah Enakmen ini dilaksanakan.

Ia membuka jalan sebagai permulaan.
Ia menepati kaedah fiqah, apa yang mampu dilaksanakan, dilaksanakan dan yang lain belum boleh dilaksanakan, di kemudiankan tanpa meninggalkan kesemuanya atas alasan menunggu dilaksanakan kesemua sekali sekali gus. 

Dua,: wakil Kerajaan Negeri yang menjadi Ahli Dewan Rakyat membawa Bil Persendirian mencadangkan pindaan Akta 355 dengan tujuan yang sama seperti di atas, tetapi bukan dibawa oleh Menteri.

Tuan Speaker,
Saya difahamkan, tujuan asal Jawatankuasa Teknikal Bersama ditubuhkan ialah untuk antara lain memutuskan samada laluan 76 (A1) atau Akta 355 lebih sesuai untuk dilalui.

Saya difahamkan Menteri berkenaan memberi faham kepada wakil Kerajaan Negeri bahawa Kerajaan Pusat lebih bersetuju dengan laluan pindaan Akta 355 dengan menaikkan hukuman rotan kepada seratus rotan.
Pindaan itu akan dibawa oleh Menteri.

Jika ia dibawa oleh Menteri, tentulah dengan kuasa whip yang ada, semua Ahli Parlimen dari parti Kerajaan baik MCA, MIC, Gerakan dan wakil dari Sabah dan Sarawak wajib menyokong dan ini memudahkan kelulusan walaupun pindaan seperti itu hanya memerlukan simple majority.

Ia juga tidak menakutkan sesetengah pihak di luar dari batasan sepatutnya kerana empat kesalahan yang akan terlibat adalah lebih berbentuk kesalahan syariah seratus peratus dan tidak melibatkan kuasa-kuasa dan kesalahan di bawah Kanun Kesalahan Jenayah atau Penal Code, kecuali kesalahan liwat.
Begitu juga dengan bentuk hukuman iaitu rotan yang telah pun ada dalam sistem perundangan Malaysia kecuali bilangannya sahaja yang ditambah.

Kebelakangan ini, saya mendengar, Kerajaan Pusat hanya bersetuju meningkatkan bilangan rotan hanya menjadi 39 rotan, menjadikan kesemua empat kesalahan yang dijanjikan boleh dilaksanakan menerusi Enakmen ini tetap tidak dapat dilaksanakan.

Kedua, saya difahamkan Menteri mencadangkan Ahli Parlimen PAS dan bukannya Menteri membawakan usul pindaan Akta 355 denagn alasan-alasan tertentu yang tidak berbangkit pada permulaan Jawatankuasa Teknikal Bersama hendak ditubuhkan dahulu.

Jika ini berlaku, apa jaminan ia akan mendapat sokongan Ahli Parlimen BN?

Ia juga menambahkan perlunya pelbagai pihak memberikan sokongan terhadap usul itu nanti bagi mempastikan kejayaannya dan bukan hanya satu percubaan yang sia-sia.

Di sinilah letaknya keperluan berbahasa dengan elok dan bijaksana dengan semua pihak.
Jika cubaan berasaskan Bil Persendirian untuk meminda Akta 355 akan gagal, apa tah lagi pindaan Perkara 76 (A) yang memerlukan majoriti dua pertiga?

Tuan Speaker,

Aspek kedudukan nas syarak yang wajib diimani oleh semua orang Islam sudah tentu tidak boleh dipertikaikan lagi.
Kerana itulah Parti Islam ditubuhkan dan kita semua mendokongnya. Kerana itulah Enakmen 1993 terlahir sejak sesetengah ADUN pada hari ini belum lagi menjadi ADUN atau terlibat dengan kerajaan. 
Kita berterima kasih kepada al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa menjadi menteri besar telah menorakai usaha ini sehingga diwujudkan enakmen yang dibentang pindaan hari ini.

Aspek pengkanunan pula, ia terbuka untuk perbincangan, penelitian dan penambahbaikan dari semasa ke semasa, seperti yang berlaku kepada Enakmen ini sendiri.

Aspek laluan menuju pelaksanaan adalah aspek ketiga yang terpaksa diambil kira dengan penuh teliti. Sudah tentu pertimbangan politik juga wujud dalam aspek ini.

Saya yakin majoriti rakyat Kelantan yang telah mengundi PAS berkali-kali, ingin melihat pelaksanaan Enakmen ini diangkat penuh bijaksana, cermat dan berjaya. Bukan semata-mata kehebohan-kehebohan dan cabar mencabar melebihi keperluan sebenar tetapi akhirnya terbantut.
Semangat permuafakatan lebih memudahkan laluan berbanding dilihat menonjolkan keangkuhan dan kesombongan.

Saya juga yakin bahawa kita semua mengangkat agenda ini untuk mendapat keredhaan Allah dan bukannya dijadikan satu bola politik semata-mata dalam apa jua cara dan bentuk.

Saya yakin, rakyat Malaysia, jika berbahasa dengan bahasa yang lunak dan tidak sengaja bertujuan menakut-nakutkan, akan mengizinkan ummat Islam khususnya rakyat Kelantan di mana majoriti mereka beragama Islam dan telah melalui proses demokrasi yang diamalkan oleh negara kita, mendapat hak demokratik beramal dengan Islam anutan mereka sepenuhnya.

Apa lagi, bagi empat kesalahan jenayah syariah permulaan seperti telah saya sebutkan, bentuk hukumannya telah sedia ada dalam sistem perundangan negara kita.

وَهُوَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ لَهُ الْحَمْدُ فِي الْأُولَى وَالْآخِرَةِ وَلَهُ الْحُكْمُ وَإِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (28:70)
28:70 Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Saya berdoa, usaha kita diberkati.

Husam Musa
ADUN Salor
19 Mac 2015
Sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan.