Hari ni DS Anwar Ibrahim akhirnya menjelaskan sebab kenapa laporan RCI Tabung Haji diperam selama hampir tiga tahun. Alasan yang diberikan ialah bagi mengelakkan Tabung Haji kehilangan kepercayaan umat Islam dan para pendeposit sehingga boleh menjejaskan institusi itu sendiri.
Kalau dinilai secara matang, alasan tersebut ada logiknya.
Selepas PH 1.0 mengambil alih kerajaan pada 2018 dan beberapa siri pendedahan mengenai salah tadbir Tabung Haji dibuat, jumlah simpanan pendeposit dilaporkan merosot hampir RM5 bilion, daripada RM74.49 bilion kepada RM69.42 bilion pada tahun 2019. Keadaan hanya kembali pulih selepas kerajaan memberi jaminan bahawa setiap sen wang pendeposit adalah selamat di bawah Akta Tabung Haji 1995.
Sebab itu kalau laporan RCI didedahkan pada tahun 2023 ketika Tabung Haji baru nak bangkit semula, tidak mustahil kesannya akan sama seperti yang berlaku pada 2019. Dalam isu yang melibatkan kepercayaan jutaan pendeposit, PMX memang kena fikir jauh kehadapan
Rafizi Ramli pula mendedahkan bahawa ketika laporan RCI itu dibentangkan kepada Kabinet, menteri-menteri daripada UMNO adalah antara yang paling kuat tidak bersetuju laporan itu didedahkan kepada rakyat. Atas sebab apa.. boleh fikir sendirilah.
Jadi pada pandangan saya, dengan mengambil kira faktor untuk mengelakkan Tabung Haji terjerumus ke dalam satu lagi krisis keyakinan dan pada masa yang sama memastikan kerajaan dapat terus fokus kepada pemulihan ekonomi serta kestabilan politik negara, keputusan menangguhkan pendedahan RCI ketika itu adalah sesuatu yang logik dan boleh diterima akal.
PMX tetap memberi ruang kepada UMNO. Beliau memilih untuk bergerak ke hadapan, membuka peluang kedua kepada UMNO untuk berubah dan sama-sama membina semula negara demi kepentingan rakyat.
Malangnya, peluang itu nampaknya tidak dihargai.
Hari ini kita melihat sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin UMNO dilihat semakin cenderung mengadakan pakatan dengan PAS untuk menjatuhkan kerajaan sebelum cukup tempoh, sedangkan merekalah yang sebelum ini memberi komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal.
Ini berlaku apabila UMNO merasakan mereka telah kembali kuat dan mendapat sokongan rakyat, sehingga melupakan betapa baiknya hati PMX memberi mereka peluang untuk berubah.
Bila keadaan sudah berubah, prestasi Tabung Haji pula semakin pulih dan keyakinan pendeposit kembali meningkat, maka tidak ada lagi sebab untuk laporan RCI itu terus disimpan.
Biar rakyat tahu apa yang sebenarnya berlaku. Biar rakyat sendiri menilai siapa yang telah mengkhianati amanah mengurus simpanan orang Melayu dan umat Islam.
Akhirnya, rkita serahkan kepada rakyat untuk menentukan hukuman di mahkamah paling berkuasa iaitu peti undi.

No comments:
Post a Comment