Ahmad Mursi
1. Pilihan PH jelas: Kekalkan TokMin sebagai MB, tambah baik program rakyat melalui manifesto dan teruskan rekod prestasi yang sudah terbukti — hasil negeri RM785 juta, rizab RM1.3 bilion serta pelaburan RM59 bilion yang mewujudkan 24,000 peluang pekerjaan.
2. Sebaliknya, hala tuju BN-PN masih tidak jelas. Adakah ini gabungan politik atau sekadar persefahaman pilihan raya? Hamzah menyebutnya sebagai “Perikatan Barisan Nasional”, tapi BN nafikan.
3. PH menunjukkan mereka bersedia mentadbir sebagai satu pasukan dan meneruskan kecemerlangan.
4. BN-PN pula masih kabur tentang bentuk kerajaan yang mahu dibentuk. Manifesto mana yang akan dilaksanakan jika mereka menang — manifesto BN atau PN?
5. Hamzah kata Jalal sebagai calon Menteri Besar, tetapi BN sendiri masih tidak berani berkata “ya” kerana tahu rakyat marah dengan tindakan gugat kestabilan dan mengkhianati TokMin.
6. Ingat semula mengapa Jalal dan ADUN BN menarik sokongan terhadap TokMin. Semuanya berlaku ketika TokMin mengambil pendirian sangat berhati-hati dalam isu yang dikaitkan dengan usaha menurunkan Yamtuan Besar Tuanku Muhriz daripada takhta.
7. Rais Yatim, yang dikaitkan dengan usaha menabalkan Yamtuan Besar baharu, kini bersama BN-PN. Anaknya pula bertanding di DUN Klawang. HarakahDaily bahkan pernah berbangga menyiarkan secara langsung majlis “pertabalan” yang diadakan di sebuah hotel di Melaka.
8. Jadi, sekiranya BN dan PN membentuk kerajaan, adakah mereka akan mempertahankan kedudukan Tuanku Muhriz atau meneruskan usaha menabalkan Yamtuan Besar baharu?
9. Slogan kononnya “Perpaduan Ummah” juga kelihatan pelik dan sekadar formula pilihan raya. Ia bermula dengan PAS mengkhianati Bersatu, sebuah parti Melayu-Islam. Kini PN-BN pula bertanding melawan Bersatu. Melayu lawan Melayu.
10. PH lebih jelas menekankan "Perpaduan Madani" yang merangkumi perpaduan nasional rakyat pelbagai kaum, agama dan wilayah termasuk Sabah dan Sarawak. BN sendiri dah mula tinggalkan doktrin “1Malaysia”.
11. PH mahu menang dengan menjual prestasi. BN-PN pula mahu menang dengan memainkan sentimen.
12. Menang kerana prestasi menunjukkan sesebuah kerajaan mampu bekerja. Menang dengan memainkan sentimen kaum dan agama belum tentu membuktikan mereka mampu mentadbir.
13. Prestasi boleh diukur. Manifesto boleh dinilai. Struktur kerajaan boleh dijelaskan. Sentimen semata-mata bukan pengganti kepada rancangan pentadbiran.
No comments:
Post a Comment