Jason Yew
DUN Negeri Sembilan Bubar: Masa Rakyat Hukum Gila Kuasa UMNO
1. Pagi ini saya terbaca berita bahawa DUN Negeri Sembilan sudah dibubarkan.
2. Saya ucap tahniah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun. Ini langkah yang berani dan tepat.
3. Pakatan Harapan di Negeri Sembilan sudah mentadbir dengan baik. Negeri pun stabil. Tapi seperti biasa, ada pihak yang tidak senang duduk bila orang lain buat kerja.
4. Kita tahu punca sebenar kemelut ini. Semuanya sebab ada parti yang sentiasa gila kuasa dan tarik sokongan.
5. Inilah perangai UMNO Negeri Sembilan. Mula-mula mereka sokong. Kemudian, bila nampak peluang tebuk atap, mereka tarik sokongan.
6. Mereka fikir kerajaan negeri ini hak milik mutlak mereka. Kononnya kerajaan tidak boleh hidup kalau tanpa UMNO.
7. Tapi mereka silap. MB bertindak bijak pulangkan balik mandat kepada rakyat. Biar rakyat yang hukum.
8. Sekarang DUN sudah bubar. Terkial-kiallah mereka nanti. Sindrom syok sendiri ini memang sudah lama ada dalam UMNO Negeri Sembilan.
9. Saya amat bersetuju bila MB Aminuddin kata PH akan bertanding kesemua 36 kerusi DUN. Tak payah lagi beri muka, berunding, atau bergantung harap pada parti yang kerjanya asyik mahu tikam dari belakang.
10. Saya harap rakyat Negeri Sembilan bijak membuat pilihan. Ajar sikit parti politik murahan yang jadi punca ketidakstabilan ini.
11. Beri mandat penuh kepada Pakatan Harapan yang benar-benar ikhlas bekerja untuk rakyat.
#PRNNegeriSembilan #mbnegerisembilan #aminuddinharun #pakatanharapan #keadilanuntuksemua

No comments:
Post a Comment