PRU DUN Johor: PM Anwar Dijadual Lancar Jentera PH Johor Malam Esok

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan jentera Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor di Batu Pahat pada 6 Jun 2026.

JOHOR BAHRU, 5 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dijadual melancarkan jentera PH negeri bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-16, malam esok.

Menerusi hantaran di Facebook Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Batu Pahat hari ini, pelancaran itu dijadual berlangsung di Dewan Sekolah Tinggi Cina, Batu Pahat pada 8 malam.

“Pelancaran jentera PRN PH Johor. ‘We are ready’ (Kami sudah bersedia),” menurut hantaran itu.

Pakatan Harapan (PH) dijangka bertanding kesemua 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Johor ke-16 sekitar Julai 2026.

Timbalan Pengerusi PH yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu juga dijangka hadir pada pelancaran itu.

Sebelum ini, PH Johor mengumumkan bakal bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN kali ini.

Pada PRU DUN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi DUN, PH (12), Perikatan Nasional (tiga) dan MUDA (satu).

DUN Johor dibubarkan pada 1 Jun lepas selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.




No comments: