SELEPAS DUN JOHOR DAN NS DIBUBARKAN, ELOK JUGA JIKA MELAKA MENGAMBIL LANGKAH SAMA



5 Jun 2026


DUN Negeri Sembilan telah diumumkan bubar berkuatkuasa hari ini, 5 Jun 2026.


Pengumuman pembubaran dibuat Menteri Besar, Aminuddin Harun dalam satu sidang media mengejut yang dilakukan jam 11 malam tadi.


Aminuddin berkata, Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memperkenankan permintaan beliau untuk membubarkan DUN, pada pertemuan sebelum itu.


Dengan pembubaran itu, PRN Negeri Sembilan perlu diadakan dalam tempoh 60 hari’daripada sekarang.


PRN Negeri Sembilan yang lalu diadakan pada Ogos 2023, bermakna belum sampai tiga tahun.


Pada 1 Jun lalu, DUN Johor lebih dulu diumumkan bubar oleh Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi.


Berdasatkan situasi ini, dua negeri iaitu Johor dan Negeri Sembilan akan berdepan PRN yang dipercayai akan diadakan serentak sebelum 1 Ogos 2026.


Bagaimanapun, satu lagi negeri yang patut lebih dulu mengadakan PRN ialah Melaka.


Ini berikutan PRN Melaka sebelum ini diadakan pada November 2021 dan ini bermakna tempoh penggal lima tahunnya sudah hampir berakhir.


Memandangkan PRN Johor sebelum ini diadakan pada Mac 2022, Melaka seharusnya lebih dulu diadakan PRN berbanding Johor.


Tetapi disebabkan BN ada perkiraan lain iaitu untuk membentuk momentum kemenangan menuju PRU16, maka sebab itulah PRN Johor diberi laluan terlebih dahulu.


Ikut perancangan, selepas PRN Johor ini barulah diadakan pula PRN Melaka.


Pun begitu, berikutan krisis politik dan kemelut melibatkan Undang Yang Empat yang berlaku di Negeri Sembilan, ia memaksa DUN negeri itu akhirnya dibubarkan sebagaj jalan penyelesainnya.


Yang pasti kini, dua negeri iaitu Johor dan Negeri Sembilan wajib diadakan PRN, manakala Melaka hanya menunggu masa ia dibubarkan.


Ketua Menteri Melaka sebelum ini dilaporkan berkata, DUN negeri itu akan dibubarkan menjelang September 2026.


Dalam hal ini, oleh kerana DUN Johor dan Negeri Sembilan telah dibubarkan, lebih elok dan munasabah jika Melaka juga membubarkan DUN negeri itu dalam waktu terdekat ini.


Jika boleh pembubaran itu sebaiknya dilakukan sebelum SPR bermesyuarat untuk menentukan tarikh PRN di Johor dan Negeri Sembilan.


Ini bagi membolehkan PRN Johor, Melaka dan Negeri Sembilan dapat diadakan serentak untuk menjimatkan masa, kos dan bertujuan lebih memudahkan SPR menyusun kerjanya. 


Sudah tentu hanya membuang masa, menambahkan kos dan menyusahkan SPR kiranya pilihan raya di tiga negeri itu diadakan secara berasingan, walhal ia boleh dijadikan serentak.


Bolehkah Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh mempertimbangkannya? - ShahbudinHusin 05Jun2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1302957445160705&id=100063393840098




No comments: