Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tampil menjawab mengenai pertemuan beberapa pemimpin Umno dengan pemimpin Pas malam tadi.
Zahid berkata, pertemuan itu sekadar perbincangan mengenai kemungkinan kerjasama yang boleh dibuat demi memastikan kestabilan politik dalam negara.
Bagaimanapun beliau berkata, pertemuan itu tidak membabitkan presiden parti.
“Pertemuan itu tanpa presiden parti, ia sekadar perbincangan bagaimana soal kolaborasi yang harus kita lakukan kerana kita tidak mahu kestabilan politik di negara ini tergugat,” katanya selepas ‘Walkabout’ Karnival Hari TVET Negara 2026, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, UMNO sememangnya kerap mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk rakan dalam parti komponen Kerajaan Perpaduan.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menyifatkan pertemuan itu sekadar pertemuan biasa.
Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Setiausaha Agung Datuk Seri Takiyuddin Hassan dikatakan antara individu yang menghadiri mesyuarat itu di sebuah hotel, di Kuala Lumpur.
No comments:
Post a Comment