Pelawat, Pesakit Hospital Kuala Lumpur Terkejut Kehadiran PM Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 22 Mei – Pelawat dan pengunjung Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini dikejutkan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang melakukan lawatan ditemani isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Menerusi lawatan yang dikongsikan di media sosial hari ini, Anwar turut berkesempatan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ambil kesempatan tinjau operasi di HKL hari ini sambil menyapa dan bertanya khabar orang ramai yang sedang mendapatkan rawatan.

“Doa saya agar mereka diberikan kesembuhan, dipermudah segala urusan dan terus dikurniakan kekuatan,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja HKL yang berkhidmat dengan kesabaran dan ihsan menurut beberapa keping foto yang disertakan bersama hantaran itu.

“Terima kasih kepada seluruh petugas kesihatan HKL yang terus berkhidmat dengan penuh sabar dan belas ihsan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan suasana harian di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sambil bertanya khabar kepada para pesakit dan waris mereka pada 22 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia pengorbanan yang besar demi menjaga nyawa serta kebajikan rakyat setiap hari,” ujarnya.




No comments: