JEPUN BAYAR RM1.1 BILION BELI STARTUP BATERI MALAYSIA YANG BARU WUJUD 5 BULAN. ORANG KITA MASIH INGAT KILANG BATERI TU TEMPAT CAS POWERBANK.



Baca 3 minit. Lepas baca baru kau faham kenapa Jepun sanggup bakar RM1.1 bilion untuk syarikat Malaysia yang ramai pun baru dengar nama minggu ni. Dan kenapa dunia sekarang tengah berebut bateri macam dulu rebut minyak.


1. Cerita dia senang je, jangan cakap admin goreng pulak


20 Mei 2026, TDK Corp Jepun umum nak beli Linergy Power Sdn Bhd, syarikat bateri lithium-ion kat Malaysia. Harga dia sekitar US$241.1 juta = RM1.1 bilion.


Pembeli bukan direct TDK Jepun. Tapi anak syarikat dia kat Singapore, Amperex Technology Singapore. Deal target selesai 15 Jun.


Yang buat orang garu kepala:

Linergy Power baru ditubuhkan 19 Disember 2024.


Belum sempat syarikat tu sambut birthday pertama, Jepun dah datang bawak cek 10 angka.


2. Kenapa benda ni nampak gila, tapi sebenarnya sangat masuk akal


TDK bukan beli nama. TDK beli teknologi, supply chain dan positioning.


Linergy fokus pada lithium battery cooling system dan energy storage. Benda ni penting gila untuk AI, data center, EV dan grid storage.


Dunia sekarang bukan berebut minyak je. Dunia tengah berebut siapa boleh simpan elektrik paling efisien.


Linergy pula ada model end-to-end manufacturing. Dari sourcing supplier sampai mass production semua dia urus.


TDK nampak satu benda:

Kalau tunggu bina semua dari kosong, lambat. Lagi murah beli terus pemain yang dah ada tapak.


3. Kenapa Malaysia tiba-tiba jadi rebutan


Jujur cakap, Malaysia takde nama besar macam CATL atau BYD.


Tapi kita ada benda yang dunia nak:


1. Lokasi tengah ASEAN

2. Ekosistem elektronik & semikonduktor dah matang

3. Polisi EV, solar dan BESS tengah naik laju


Malaysia sekarang tengah masuk radar “China+1 strategy”.


Maksud mudah:

Syarikat global dah tak nak letak semua kilang kat China. Terlalu banyak risiko geopolitik, tariff dan perang dagang.


Jadi Malaysia tiba-tiba nampak sexy balik dalam mata pelabur luar 😅


4. Sebab tu Jepun laju masuk


Demand bateri sekarang meletup sebab:

AI server naik.

Data center naik.

EV naik.

Grid storage naik.


Semua benda moden sekarang telan bateri macam budak sekolah telan air kotak.


TDK pula dah lama cari cara kukuhkan supply chain luar China.


Malaysia bagi benda yang Jepun suka:

kos operasi kompetitif, supply chain matang dan akses rantau ASEAN.


Sebab tu syarikat luar sekarang masuk Malaysia bukan nak jual ramen lagi dah. Dorang datang nak secure masa depan tenaga.


5. Apa kena mengena dengan kau dan aku


Kalau industri bateri terus naik, permintaan untuk:

engineer,

technician,

automation,

cooling system,

power electronics,

AI-energy integration


semua akan naik sekali.


Maknanya kerja kilang masa depan bukan setakat tekan button conveyor lagi. Dunia dah bergerak ke energy-tech manufacturing.


Kalau Malaysia main betul, kita boleh jadi hub bateri ASEAN.


Kalau kita tidur, Vietnam dan Indonesia sapu semua investment ni sambil kita masih gaduh siapa patut bayar parking EV.


6. Kita nak jadi kilang upah, atau jadi pemain sebenar?


Ini pattern yang ramai tak nampak.


SK Nexilis Korea masuk.

Enovix US masuk.

Sekarang TDK Jepun masuk.


Semua nampak Malaysia sebagai tapak penting industri bateri dan storage Asia.


Soalan dia:

kita nak terus jadi tempat orang datang pasang kilang,

atau kita nak mula bina IP, R&D dan teknologi sendiri?


RM1.1 bilion bagi TDK mungkin duit kecil.

Tapi signal dia besar:


Malaysia dah masuk radar perang bateri global.


Last nak tanya


Kau nak Malaysia terus jual tenaga kerja murah,

atau jadi negara yang pegang teknologi bateri sendiri?


Kau nak startup tempatan terus dijual awal,

atau satu hari nanti syarikat Malaysia pula beli syarikat Jepun?


Pilihan ada 2 je.


Sama ada kita mula serius labur dalam R&D bateri sekarang walaupun lambat nampak untung.

20 tahun lagi kita pegang teknologi sendiri.


Atau kita terus jadi tukang pasang benda orang lain sambil tepuk tangan tengok pelabur asing kaya atas tanah kita.


Dunia sekarang tengah berebut bateri untuk AI, EV dan grid tenaga.


Kalau kita masih fikir bateri ni setakat untuk telefon dan powerbank, memang kita tinggal jadi pengguna je.


Kalau rasa Malaysia patut serius jadi kuasa bateri ASEAN, SHARE post ni.


Biar ramai sedar, masa depan tenaga sekarang bukan sekadar minyak bawah tanah je. Dah pindah masuk dalam bateri.


Sumber: The Edge Malaysia, Nikkei Asia, Tech in Asia 20 Mei 2026


Olahan & Susunan: Mohammad Alif Zabri




No comments: