LAWATAN KE SEMPADAN.

 

Susulan kejadian tembakan terhadap kenderaan yang dipandu Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) di Bukit Kayu Hitam, hari ini saya turun sendiri mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.











Saya hadir bukan sekadar untuk meninjau situasi semasa dan mendapatkan taklimat terperinci. Lebih daripada itu, saya mahu bertemu sendiri warga AKPS, untuk melihat dengan mata saya sendiri keadaan di lapangan, dan untuk memastikan semangat mereka tidak luntur walau berdepan insiden yang mengejutkan.


Kita semua faham, peristiwa seperti ini memberi kesan. Ia bukan perkara kecil. Namun saya tegaskan, kita tidak akan sesekali berundur atau berkompromi dengan mana-mana ancaman terhadap keselamatan negara dan pegawai kita.


Saya telah mengarahkan Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, supaya kawalan keselamatan terhadap pegawai-pegawai yang disyaki menjadi sasaran dipertingkatkan segera.


Di pihak Kementerian, komitmen kita jelas. Kita akan terus memberi sokongan penuh bukan sahaja dari sudut moral, tetapi juga dari segi logistik, peralatan dan apa jua keperluan yang diperlukan bagi memastikan anggota kita dapat menjalankan tugas dengan selamat dan berkesan.


Keselamatan pintu masuk negara adalah amanah besar. Dan kita akan pastikan mereka yang memikul amanah ini tidak dibiarkan berdepan risiko sendirian.


#MalaysiaMadani 

#MADANIBekerja 

#RancakkanMADANI 

#KementerianDalamNegeri 

#Saifnasution




No comments: