
Kebakaran besar berlaku di kawasan Tel Aviv selepas Iran melancarkan siri serangan peluru berpandu pada 28 Februari 2026. Foto X
TEL AVIV, 1 Mac – Media Israel mengesahkan seorang individu maut selepas cedera parah dalam serangan peluru berpandu Iran ke atas Tel Aviv, manakala 20 lagi dilaporkan cedera, termasuk seorang dalam keadaan kritikal.
Sementara sebuah bandar pelabuhan di hujung selatan Israel, Eilat mengeluarkan amaran siren serangan udara selepas pengesanan dron memasuki ruang udara.

Bandar yang terletak berhampiran sempadan Jordan dan Mesir, kira-kira 50 km dari Arab Saudi, kini berada di bawah tahap berjaga-jaga tinggi, dengan siren amaran dibunyikan bagi memberi amaran kepada penduduk setempat.
Kebanyakan mereka telah melarikan diri dari kediaman masing-masing sejak petang semalam waktu tempatan dan berlindung di kubu selamat berhampiran.

Serangan Iran ke atas Israel berlaku ketika ketegangan serantau meningkat, dengan ancaman eskalasi konflik lebih besar di Asia Barat masih berterusan.
No comments:
Post a Comment