JIKA RAFIZI KERJASAMA DENGAN PN, MAKA RR JUGA AKAN JADI MACAM PIMPINAN PN YANG MEMANG BENGGONG DALAM BANYAK HALSEDANGKAN RR ADALAH SEORANG YANG BIJAK DALAM HAL MENGANALISA. TIDAK SEPERTI PIMPINAN PN. KIOK..




 POTENSI RAFIZI DAN KUMPULANNYA MENANG PRU16 PASTI CERAH JIKA BEKERJASAMA DENGAN PN


01 Mac 2026


Hakikat bahawa Rafizi Ramli ingin membawa haluan sendiri pada PRU16 akan datang, sekurang-kurangnya boleh disahkan berdasarkan dua kenyataan terkininya baru-baru ini.


Pertama, apabila beliau mengatakan ingin terus bertanding di kerusi Pandan, tetapi bukan atas tiket PKR.


Kenapa Rafizi mengatakan beliau akan bertanding bukan atas tiket PKR adalah kerana berdasarkan pelbagai kritikannya terhadap Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini, adalah difahami bahawa 99.99% namanya tidak lagi akan dicalonkan semula oleh parti itu.


Menyedari peluangnya terlalu tipis untuk dipilih semula oleh PKR sebagai calon, bukanlah menjadi kesalahan untuk beliau bertanding semula dan membuat persiapan bagi tujuan itu.


Kedua, apabila Ahli Parlimen Pandan itu  mengatakan beliau  dan sekutunya terbuka untuk "membawa haluan sendiri".


Tanpa mahu mengesahkan secara langsung ia bermaksud untuk menubuhkan parti baharu, bekas Menteri Ekonomi itu menjawab,  mereka mahu memberi "pilihan" kepada pengundi, terutamanya golongan muda.


Apa bentuknya, jelas beliau, hanya akan diputuskan dalam beberapa bulan lagi.


“Kami sedang melihat angka, kami melihat segala kemungkinan, pelbagai kemungkinan konfigurasi politik. Tetapi saya rasa anda akan mendengar lebih banyak daripada kami selepas Jun.


"Bagi mereka yang merasakan 'ini sudah berakhir, saya tidak ada pilihan untuk mengundi siapa'... kami mahu memastikan generasi muda terutamanya, tidak dinafikan pilihan tersebut," katanya lagi.


Berdasarkan sidang medianya minggu lepas ketika mengumumkan kemungkinan menolak atau berkecuali dalam undian RUU Pemisahan Kuasa Peguam Negara, kecuali jika peranan Parlimen dilibatkan dalam perlantikan Pendakwa Raya, adalah didapati 10 Ahli Parlimen PKR (termasuk dirinya) ada bersama Rafizi.


Ini membayangkan, haluan sendiri yang bakal diputuskan Rafizi nanti hampir pasti melibatkan sama semua  10 Ahli Parlimen berkenaan.


Sementara tentunya ramai yang mengalu-alukan pilihan Rafizi itu, persoalan penting ialah bolehkah beliau dan kumpulannya menang pada PRU16 akan datang dengan haluan baharu itu?


Tidak kira sama ada beliau dan kumpulannya menubuhkan parti baharu atau bertanding atas tiket Bebas, potensi untuk menang pastinya lebih cerah jika bekerjasama dengan PN, blok pembangkang yang ada sekarang ini.


Bentuk kerjasama itu ialah di semua kawasan di mana Rafizi dan kumpulannya bertanding, PN bukan saja tidak meletakkan calon, bahkan turut berkempen untuk berlawan dengan calon daripada PH/BN.


Sebagai timbal baliknya,  Rafizi dan kumpulannya pula harus membantu kempen PN di kawasan-kawasan yang difikirkan perlu.


Peranan Rafizi dirasakan perlu khususnya untuk meyakinkan pengundi bandar, pengundi bukan Melayu dan pengundi atas pagar agar beralih mengundi PN.


Memandangkan undi Melayu sejak PRU15 lepas sehinggalah sekarang masih  kekal berada di takungan PN, melalui kerjasama itu, selain Rafizi dan kumpulannya sudah tersedia dengan  deposit undi Melayu yang selesa, PN juga akan beroleh manfaat mendapat sokongan kelompok pengundi yang lain.


Ditambah dengan 10 Ahli Parlimen berkenaan tentunya ada pengaruh tersendiri di kawasan masing-masing, bekerjasama dengan PN itu pasti akan menambah-cerahkan lagi ke arah kemenangan.


Tetapi jika Rafizi dan kumpulannya bertanding solo dan terpaksa berdepan pertandingan tiga penjuru dengan PH/BN serta PN, potensi untuk beliau menang adalah sukar.


Ini kerana beliau dihimpit oleh “dua gajah” iaitu PH/BN di satu pihak dan PN  di satu pihak lain dan keadaan itu lebih memungkinkannya “mati terhimpit” di tengah-tengah.


Yang menarik lagi, dengan PN kini diketuai oleh Dr Ahmad Samsuri Mokhtar atau Dr Sam, seorang tokoh muda profesional PAS yang juga berasal sama negeri dengan Rafizi, laluan untuk kerjasama itu pasti bertambah mudah lagi.- ShahbudinHusin 01Mac2026.


https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1227057989417318&id=100063393840098





No comments: